Anda di halaman 1dari 1

OLEH: MAZRIZAL SUHAIRY 2 NOV 2010-SK TAMAN BUNGA RAYA 1 Setelah bertungkus - lumus menjual kupon, akhirnya hari

yang ditunggu - tunggu berada di depan mata. PPKI sekali lagi diberi penghargaan untuk membuka gerai nasi lemak.

panas.

Terima kasih kepada bekas tenaga pengajar PPKI yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi Hari Keusahawanan 2010. ( Cikgu Ina & Cikgu Leha ) Dengan berbekalkan pengalaman tahun lepas, PPKI tidak kekok berhadapan dengan pengunjung yang ramai. Membungkus nasi lemak merupakan pengalaman yang amat menggembirakan. ( Cigku Wati & Cikgu Nurul ) Pengunjung bersesak - sesak di Gerai Nasi Lemak Panas. Kelihatan warga PPKI sedang sibuk melayan tetamu yang hadir.

~MINDA PENGARANG~ Salam semua Sudah selesai Program Hari Keusahawanan SKTBR1. Memang program ini yang dinanti-nantikan oleh guru PPKI bagi melihat keberkesanan pengajaran kepada murid-murid PPKI dalam urusan berjual beli. Alhamdullilah, dari analisis PPKI, terdapat 78.9% murid-murid PPKI dapat melakukan urusan ini secara sendiri. Ini satu peningkatan yang membanggakan. Tahniah semua!!!

Blog Buletin PPKI sekolah in i t el a h d i la nc ar kan pada3hb Oktober 2009. Penerbitan pertama dimulakan dengan Doa Sekolah yang selalu dibacakan oleh murid-murid SKTBR1 setiap pagi. Blog bulletin ini juga telah menjadi wadah perhubungan diantara PPKI sekolah dengan dunia maya. Diawal tahun 2010, blog bulletin ini telah menerima hit pengunjung yang begitu mengejutkan. Ini adalah kerana sokongan pihak pengurusan sekolah dan ibubapa m urid PPKI. Bahkan, alamat blog ini telah dicetak pada surat rasmi sekolah, surat rasmi PIBG sekolah dan surat komunikasi PPKI sekolah. Kini blog bulletin ini diselia oleh En Mazrizal Suhairy Bin Mohd Akhir dan dibantu oleh penulis jemputan iaitu Cikgu Azlina Azhar yang menggunakan nama pena Ibuaisyah.

Pelbagai cara membungkus nasi lemak. Walau bagaimanapun ia adalah sesuatu yang menggembirakan. ( Cikgu Rizal, Cikgu Azma & Cikgu Azilah )

Beginilah keadaan cikgu - cikgu yang berada di dapur. Memasak sambal dan nasi. Walau bagaimana pun tetap gembira. ( Cikgu Umi & Cikgu Ina )

Beginilah hebatnya warga PPKI. Walaupun cuma ada 'seekor kumbang' sahaja tetapi merangkap pelarisGerai Nasi Lemak Wajah cikgu - cikgu yang sentiasa ceria walaupun berada di dapur. ( Cikgu Ros, Cikgu Umi & Cikgu Aju )

Sekiranya anda mempunyai lontaran idea atau sekadar berkongsi pandangan, silalah email kami di ppkisktbr1@gmail.com ataupun kunjungi kami di http:// ppkisktamanbungararaya1.blogspot.com