Anda di halaman 1dari 29

PUNCA-PUNCA

Diri Sendiri

Diri Sendiri
Tekanan dalam pembelajaran

Tidak berminat dalam p&p

self-esteem rendah

TIDAK BERMINAT DALAM PEMBELAJARAN mata pelajaran yang dia lemah Disebabkan tidak berminat dengan mata pelajaran ini, dia akan keluar dari kelas dan melakukan vandalisme dengan merosakkan harta benda sekolah. Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran dan kurang mendapat bimbingan daripada guru dalam pembelajaran dan pengajaran juga mungkin terlibat dengan kegiatan sebegini.

KONSEP KENDIRI ATAU SELF-ESTEEM YANG RENDAH Dia mungkin berasa kurang berkeyakinan apabila guru bertanyakan soalan kepadanya, walhal dia tahu jawapan sebenarnya. Dia juga merupakan seorang yang pendiam dan malu untuk menonjolkan diri dalam kelas. Contohnya dia sukar untuk memberikan pendapat atau pandangannya sendiri. Dia juga malu apabila diminta berdiri di hadapan kelas.

RAKAN SEBAYA

Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan. Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

Dalam kes Amirul, dia terpengaruh dengan rakan-rakannya yang nakal dengan melakukan kesalahan vandalisme untuk tujuan melepasakan tekanan dan kadangkala hanya untuk suka-suka. Kegiatan mereka merosakkan harta benda telah menjadi satu tabiat atau habit.

Pelajar nakal didapati memiliki konsep kendiri yang negatif. Perbuatan Amirul pada mulanya adalah kerana akur dengan permintaan rakan-rakan untuk terus kekal berkawan bersama mereka. Namun, ianya telah berubah menjadi satu aktiviti rutin dan tabiat mereka apabila berada bersama rakan-rakan dalam satu kumpulan.

ANALISIS SECARA TEORITIKAL

Model Terapi Realiti oleh William Glasser


Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu adalah berdasarkan pilihan yang dibuat. Pilihan yang dibuat oleh individu pula adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka.

Glasser menyenaraikan keperluan asas kepada 6 iaitu :


Kasih Sayang

keseronokan

Kuasa Dan Kawalan

kebebasan

Dari kes Amirul, dapat dikenalpasti bahawa perlakuan dan perbuatan vandalisme yang dilakukan adalah untuk mencari kebebasan dan keseronokan.

CARA MENGATASI

Diri Sendiri

Model Akibat Logikal Dreikurs


murid-murid perlu diberi kuasa autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah. Murid-murid boleh dibimbing untuk ingatmengingati antara satu sama lain tentang peraturan ditetapkan. Rakan sekelas boleh membantu Amirul dengan sentiasa memberi nasihat kepadanya supaya tidak melakukan vandalisme dan sentiasa mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

kenalpasti punca salah laku murid. Dalam kes ini, perasaan rasa kepunyaan perlu dipupuk dalam diri Amirul Apabila Amirul gagal mendapat rasa kepunyaan, dia menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan tersebut. Dia akan cuba menarik perhatian guru dan rakan, mencabar kekuasaan guru, membalas dendam dengan melakukan vandalisme atau menunjukkan kelemahan.

Model Terapi Realiti (William Glasser)


Teori ini juga menekankan tingkah laku manusia didorong oleh keperluan untuk memenuhi empat keperluan psikologi iaitu kasih saying, mempunyai kuasa dan kawalan, kebebasan dan keseronokan. Amirul berkemungkinan kekurangan beberapa keperluan psikologi ini. Dia memerlukan guru yang memberikan perhatian dan mengabil berat ke atas dirinya. Dengan cara ini, dia akan berasa disayangi dan dipunyai dalam persekitaran bilik darjahnya.

murid-murid dapat dibantu untuk mengenal pasti akibat daripada tingkah laku tersebut. Guru kelas boleh membantu Amirul dengan mengenal pasti akibat daripada tingkah lakunya itu. Akibat atau denda mestilah realistic dan dikenal pasti dan dipilih oleh Amirul sendiri bukannya dikenakan oleh guru. Guru hendaklah menjadi pembimbing murid dan menjadi kaunselor untuk mendengar masalah murid serta membantu murid membuat pilihan dan melaksanakan pilihan tersebut.

RAKAN SEBAYA

Glasser menerangkan bahawa tidak kira apaapa yang telah berlaku pada masa lalu atau akan datang, individu berhak memilih tingkah laku atau corak hidup yang memenuhi keperluan asasnya. Walau bagaimanapun, adalah perlu bagi guru untuk mengawasi tingkah laku yang dipilih oleh murid-murid agar tidak menimbulkan masalah.

Guru boleh bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing murid-murid dalam menentukan had-had dan panduan memilih rakan serta mendedahkan kepada murid kepada perilaku yang bermasalah dan jelaskan kepada mereka sebab dan akibat daripada perbuatan itu. Guru perlu membantu murid seperti Amirul dalam memilih dan membuat pilihan yang tepat. Guru juga perlu menegasakan kelakuan yang diterima disekolah dan peraturan yang mesti dipatuhi.

Model Akibat Logikal Dreikurs


Menekankan kepentingan guru memberi kepercayaan dan tanggungjawab kepada muridmurid untuk sama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah. Ini menunjukaan Dreikurs lebih menekankan pengajaran demokratik dan berdepan kesalahan. Pada pendapat beliau, disiplin adalah bukannya satu bentuk hukuman.

Sebaliknya ia adalah satu cara untuk mengajar kanak-kanak untuk mengenakan satu tahap kepada diri mereka sendiri. Seorang guru yang mempunyai sifat demokratik akan memberikan bimbingan dan sifat kepimpinan yang kukuh dan kuat. Dreikurs juga menyatakan bahawa setiap tingkah laku mempunyai tujuan tertentu.

Dreikurs (1968) mendapati tingkah laku bermasalah murid berpunca daripada motif berikut :

1 2 3 4

Mendapat perhatian Mencabar kuasa Membalas dendam Mempamerkan kekurangan

Dalam kes Amirul, perbuatan vandalisme yang dilakukannya lebih cenderung disebabkan oleh tekanan dan dan keperluan untuk memenuhi kekurangan dan keperluan dalam berkumpulan rakan sebayanya. Perbuatan vandalisme yang dilakukan adalah untuk melepaskan tekanan dan kadangkala dilakukan hanya sekadar sebagai hiburan.

Langkah mengatasi
mengenal pasti terlebih dahulu motif mereka melakukan kesalahan tersebut Amirul dan rakan-rakannya melakukan perbuatan tersebut untuk melepaskan tekanan disamping mencari keseronokan. Amirul pula terpaksa melakukan perbuatan tersebut untuk terus berada dan diterima dalam kumpulan tersebut.

Perbuatan yang pada mulanya dilakukan dengan paksaan akhirnya bertukar menjadi satu tabiat dan keseronokan. guru hendaklah memberi tunjuk ajar dan bimbingan supaya mereka dapat memilih cara yang lebih tepat dan sesuai sekiranya berhadapan dengan masalah dan tekanan. Guru juga hendaklah membantu mereka menuarkan matlamat mereka yang salah kepada matlamat yang sebenar.

guru perlulah membantu murid melihat dan mengetahui akibat daripada tingkah laku yang telah mereka tunjukkan. dendaan bukanlah merupakan satu jalan penyelesaian kepada permasalahan yang telah ditimbulkan kerana dendaan yang diberikan hanya akan menyebabkan timbul masalah antara murid dan guru.

Anda mungkin juga menyukai