Anda di halaman 1dari 25

1

ISI KANDUNGAN 1
PENGHARGAAN 2
BERSUMPAH 3
PENGERTIAN BERSUMPAH 3
KAFFARAH SUMPAH 3
MUNASABAH AYAT 4
HURAIAN AYAT 5
HUKUM BERSUMPAH 5
SYARAT-SYARAT BERSUMPAH 6
JENIS SUMPAH 7
HUKUM MELANGGAR SUMPAH 7
DENDA MELANGGAR SUMPAH 8
NAZAR 9
PENGERTIAN NAZAR 9
NAZAR MENGIKUT KONSEP ISLAM 9
MUNASABAH AYAT 11
HURAIAN AYAT 12
NAZAR ADALAH IBADAH 13
DALIL PENSYARIATAN NAZAR 13
HUKUM NAZAR 14
RUKUN NAZAR 14
SYARAT ORANG BERNAZAR 14
SYARAT UCAPAN NAZAR 15
SYARAT PERKARA DINAZARKAN 15
KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR 16
PEMBAHAGIAN NAZAR 17
JENIS-JENIS NAZAR 17
KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR 18
MUNASABAH AYAT 19
KAFFARAH PENEBUS NAZAR 20
HUKUM SETIAP NAZAR 21
KESIMPULAN 23
BIBLIOGRAFI 24

2

1.0.PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T, Tuhan Semesta Alam yang menguasai hari pembalasan,
selawat dan salam keatas semulia-mulia utusan, Nabi Muhammad S.A.W hamba Allah dan
utusan-Nya dan ke atas semua keluarganya dan para sahabatnya. Juga orang-orang yang
mengikut mereka sehinggalah Hari Pembalasan. Semoga pemeliharaan Allah S.W.T diberikan
kepada orang-orang yang berpegang teguh terhadap islam dan memberikati saya yang sentiasa
mencari ilmu Allah S.W.T.
Bersyukur ke Hadrat Illahi kerana dengan berakah dan keizinan-Nya, penulis dapat
menyiapkan kerja kursus, Dirasat Fi Ayat al-Ahkam dalam tajuk Kaffarah dan Nazar tanpa
sebarang konflikasi dan masalah dari segi pembiayaan, rujukan, masa dan kesihatan. Penulis
gembira dan berlapang dada setelah berhempas-pulas bagi menjayakan kerja kursus ini.
Setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada pensyarah yang penulis sanjungi
iaitu Ustaz Shahrul Hizam bin Mokhtar. Penulis amat menghargai bantuan beliau yang memberi
penulis input berkenaan kerja kursus kerana penulis masih setahun jagung dalam pembabitan
kerja kursus ini. Akhirnya dengan bantuan beliau penulis dapat menyiapkan dengan jayanya.
Selain itu jutaan terima kasih kepada ibu bapa dan famili yang penulis sayangi yang sentiasa
memberikan penulis sokongan dari belakang dan menyediakan pelbagai kemudahan seperti
pembiayaan kos kerja kursus penulis ini. Hal ini menyuntik semangat penulis dalam
melangsungkan dan merealisasikan kerja kursus ini mahupun pembelajaran penulis untuk
berjuang dengan bersungguh-sungguh dalam mencari kebenaran ilmu Allah S.W.T.
Akhirnya, penulis berharap usaha yang penulis lakukan dalam menyiapkan kerja kursus ini
dapat meningkatkan keimanan penulis terhadap Allah S.W.T dan agama-Nya dan menjadi insan
yang dapat membantu orang lain dalam merealisasikan impian mereka selagi penulis termampu.

3

2.0.BERSUMPAH
2.1.PENGERTIAN BERSUMPAH
Perkataan aiman adalah jama bagi perkataan yamin. Dari segi bahasa, sumpah bermaksud
kekuasaan. Perkataan yamin juga bermaksud tangan kanan kerana terdapat kekuatan pada
tangan tersebut. Manakala mengikut pengertian istilah pula, yamin diertikan sebagai menguatkan
maksud kata-kata yang tidak thabit dengan menyebut salah satu daripada sifat Allah dalam lafaz
yang tertentu. Lafaz yang menguatkan kata-kata yang thabit seperti demi Allah.
1

2.2.KAFFARAH SUMPAH
Surah al-Maidah ayat 89 :
N HH.bA Bb 1BB)
N10 N. mH.bA B)
VMf .J.Bb F =VMN
Bf .M+ N+v v
0 Bv V NT10
0 V.H 0 MMv
PC.: F M B.H
d`1 6B0 P MAH
No0 bf J`1= P
FbA=Bb. No0 P AHAH
. Bb N =Jb.
)N1 MN`V

1
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 174.
4

89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak disengajakan
(untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja
kamu buat Dengan bersungguh-sungguh.
2

maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang
sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk
mereka, atau memerdekakan seorang hamba. kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan
denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda
penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya
kamu bersyukur.
3

2.3.MUNASABAH AYAT
2.3.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan mengharamkan makanan yang
halal. Ayat 88 surah al-Maidah menceritakan bahawa makanan yang halal adalah lebih baik
daripada apa yang Allah telah rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar bertaqwa kepada
Allah dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.
2.3.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum arak atau khamar,
berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Ayat 90 surah al-Maidah ini
menceritakan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dan merupakan perbuatan yang keji.

2
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 122.
3
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 122.
5

Ianya merupakan perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga menyeru agar
menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.
4

2.4.HURAIAN AYAT
Ayat tersebut (surah al-Maidah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum bersumpah tanpa
niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang melakukan sumpah tanpa niat. Tetapi
hukuman dikenakan jika sumpah yang dilakukan dengan niat. Kandungan ayat tersebut juga
turut menyatakan hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang melanggar sumpah
dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang miskin, iaitu dari
makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu. Selain itu memberi pakaiana kepada
sepuluh orang miskin atau memerdekakan seseorang seorang hamba. Turut ditegaskan bahawa,
sesiapa yang tidak mampu melaksanakan kaffarah yang telah dinyatakan tadi, maka kaffarahnya
lain adalah berpuasa selama tiga hari. Jelas dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan
oleh seorang yang bersumpah. Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada
bersumpah. Jika sumpah dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga sumpah yang telah
dilakukan. Diakhir ayat turut diselitkan peringatan yang mana Allah SWT menerangkan hukum-
hukumnya kepada makhluknya agar makhluknya tahu bersyukur.
5

2.5.HUKUM BERSUMPAH
y Pada umumnya hukum bersumpah adalah makruh. Hal ini berdasarkan firman Allah
SWT dalam surah al-Baqarah ayat 224 yang berbunyi :

4
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 122.
5
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 122.
6

N. Fb1v Bb 1+
Po. .0 FbMV FbfJV.
Fb1V. ) BoBb N Bb.
HA T1
6

224. (dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu sebagai benteng Yang
menghalangi kamu daripada berbuat baik dan bertaqwa, serta mendamaikan perbalahan antara
sesama manusia. dan (ingatlah), Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa mengetahui.
7

y Hukum haram pula apabila bersumpah pada sesuatu yang haram yang mana
meninggalkannya adalah wajib atau sumpah bohong yang tidak berasas sama sekali.
y Hukum wajib dalam bersumpah pula adalah apabila ia merupakan satu-satunya cara
untuk menyelamatkan orang yang teraniaya atau untuk membuktikan kebenaran.
y Manakala hukum bersumpah harus apabila tujuan bersumpah untuk kebaikan, menjauhi
maksiat, membimbing kepada kebenaran atau menghindari kebenaran. Sebagai contoh
dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi :
Maksdunya : Sabda Nabi Muhammad SAW, Demi Allah, Allah tidak jemu membalas
amalan kamu dengan pahala sehinggalah kamu jemu melakukannya.
y Bersumpah juga jatuh hukum sunat apabila untuk meyakini seseorang terhadap nasihat
yang diberikan dan jika diyakini ianya adalah satu-satu jalan yang dapat meyakinkan.
8

2.6.SYARAT-SYARAT BERSUMPAH

6
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 177.

Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 177-180.
7

Sesuatu lafaz dianggap sumpah atau sah sebagai sumpah dengan syarat-syarat berikut :
y Orang yang bersumpah waras dan baligh.
y Sumpah yang tidak sesia.
y Bersumpah dengan menggunakan nama atau sifat Allah SWT.
9

2.7.JENIS SUMPAH
Terdapat dua jenis sumpah iaitu :
y Nyata. Setiap sumpah yang dilakukan dengan menyebut khusus nama Allah. Seperti aku
bersumpah dengan nama Allah. Sumpah nyata ini dianggap sah sebaik-baik sahaja ia
dilafazkan walaupun tanpa niat.
y Tidak nyata. Bersumpah secara umum dengan menjurus kepada maksud Allah SWT.
Seperti aku bersumpah dengan pencipta. Sumpah tidak nyata ini dianggap tidak sah
kecuali dengan niat dan tujuan bersumpah.
10

2.8.HUKUM MELANGGAR SUMPAH
Hukum melanggar sumpah dapat dilihat dalam dua situasi yang berbeza iaitu :
y Melanggar sumpah dengan tidak melaksanakannya pada masa yang telah ditetapkan.
Contohnya seseorang yang bersumpah akan bersedekah pada hari tertentu tetapi dia tidak
melakukan sumpah pada hari yang telah ditetapakannya maka golongan ini wajib
dikenakan denda.

9
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 182-186.
10
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 186-187.
8

y Melanggar sumpah disebabkan pernyataan yang tidak benar yang cuba diyakinkan
dengan bersumpah. Contohnya, seseorang yang bersumpah bahawa dia adalah pemilik
kepada sesuatu barang tersebut sedangkan dia sendiri menyedari barang tersebut bukan
miliknya. Sumpah ini dinamakan sumpah bohong dan pelakunya akan menerima azab
yang berat dari Allah SWT dan dikenakan denda kerana sumpah tersebut tidak sah.
11

2.9.DENDA MELANGGAR SUMPAH
Sesiapa yang mendustai sumpah, maka wajib membayar denda satu daripada empat perkara yang
berikut :
y Memerdekakan seseorang hamba lelaki atau perempuan yang mumin jika ada.
y Memberi makan kepada sepuluh orang miskin mengikut makanan asasi sebuah Negara
tersebut dengan kadar secupak. Member makanan disini bermaksud wajib memberi
makanan kepada orang miskin dan tidak memadai jika hanya menjemput mereka
menikmati jamuan makan dirumah.
y Memberi pakaian yang biasa dipakai kepada sepuluh orang miskin.
y Jika tidak mampu melaksanakn ketiga-tiga hukuman diatas disebabkan halangan
kesusahan, maka wajiblah berpuasa selama tiga hari tanpa putus. Ini berdasarkan firman
Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 89 yang berbunyi :
N HH.bA Bb 1BB)
N10 N. mH.bA
B) VMf .J.Bb F
=VMN Bf .M+
N+v v 0 Bv
V NT10 0
V.H 0 MMv PC.:
F M B.H

11
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 191-193.
9

d`1 6B0 P MAH
No0 bf J`1= P
FbA=Bb. No0 P
AHAH . Bb N
=Jb. )N1 MN`V

89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak disengajakan
(untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja
kamu buat Dengan bersungguh-sungguh.
12

Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang
sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk
mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan
denda Yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda
penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu.
Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya
kamu bersyukur.
13

3.0.NAZAR
3.1.PENGERTIAN NAZAR
Menurut syarak, nazar membawa maksud sebagai janji untuk kebaikan khasnya. Istilah ulama
feqah pula ialah beriltizam untuk mendekatkan diri dengan kewajipan yang tidak disyarakkan

12
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 193-195.
13
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 195.
10

secara mutlak atau pun terikat dengan sesuatu. Nazar ialah janji manusia kepada Allah SWT
kerana menghargai nikmat yang diterima atau mendapat hajat yang dicita. Janji ini wajib
ditunaikan. Nazar mewajibkan atas diri sendiri untuk melakukan sesuatu ibadah untuk Allah
SWT yang asal hukumnya tidak wajib. Pengertian nazar menurut istilah secara mudah ialah
mewajibkan diri sendiri melakukan sesuatu amalan dengan niat mendampingi diri pada Allah.
14

3.2.KONSEP NAZAR DALAM ISLAM
y Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 270) :
Bv. JfA0 .v LfA 0
V:AH .v :H .T Bb
=`1 N Bv. 11 v
X:B+0
270. dan (ketahuilah), apa sahaja Yang kamu belanjakan (dermakan) atau apa sahaja Yang
kamu nazarkan maka Sesungguhnya Allah mengetahuiNya dan (ingatlah), orang-orang Yang
zalim itu tidak ada sesiapa pun Yang dapat menolongnya.
y Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 35) :
f 6BC 0MvBb M L.:
f :AH Bv )
bo:Mv VfJ v F f +60
T/Bb T1Bb
35. (ingatlah) ketika isteri Imran berkata:" Tuhanku! Sesungguhnya Aku nazarkan kepadamu
anak Yang ada Dalam kandunganku sebagai seorang Yang bebas (dari Segala urusan dunia

14
)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jasmin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan
Pertama 2008, Halaman 525.
11

untuk berkhidmat kepadamu semata-mata), maka Terimalah nazarku; Sesungguhnya Engkaulah
Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
y Ayat 3 (Surah Maryam ayat 26) :
VN V.MBb. MC. Bo1T F
BvT MV .v M+.1Bb boM`0
Lf f :AH .oM1
Bov+ `1 .1m0 ..HBb
B+Hf
26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan.
kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku
bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian)
maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
15

3.3.MUNASABAH AYAT
3.3.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
y Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 269).
Ayat ini menceritakan berkaitan dengan nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Allah
SWT mengurniakan al-hikmah iaitu kefahaman yang dalam tentang al-Quran dan as-
Sunnah kepada sesiapa yang dikehendaki Allah SWT. Hal ini menunjukkan bahawa
individu tersebut adalah individu yang mendapat hidayah daripada Allah SWT.
Keberuntungan terhadap individu yang dianugerah al-hikmah benar-benar telah
dikurniakan sesuatu yang banyak. Ianya kerana kandungan al-Quran yang merangkumi
semua aspek kehidupan. Juga ditegaskan bahawa, orang-orang yang menggunakan akal
yang akan mendapat pengajaran daripada ayat Allah SWT.
16

y Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 34).
Ayat ini menceritakan bahawa keutamaan keluarga Imran. Mafhum ayatnya berbunyi
yang mana keluarga Imran merupakan satu keturunan yang terpilih daripada segala umat

15
)http://www.konsepnazar.com.my
16
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Baqarah
ayat 269, Halaman 45.
12

dimasa mereka masing-masing. Sedungguhnya Allah SWT maha mengetahui lagi maha
mendengar.
17

3.3.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
y Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 271).
Ayat ini menceritakan berkaitan dengan sedekah yang dilakukan. Menyembunyikan
pemberian terhadap orang-orang fakir itu adalah jauh lebih baik daripada memberikan
sedekah yang dilakukan secara menampakkannya atau memperlihatkannya. Maka
sedekah yang dilakukan secara sembunyi dengan ikhlas itu akan Allah SWT
menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahan orang tersebut. Allah maha mengetahui
segala apa yang dilakukan oleh hambanya.
18

y Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 36).
Ayat ini menceritakan berkaitan kelahiran Maryam. Ditegaskan dalam ayat ini bahawa
Allah SWT lebih mengetahui akan sesuatu perkara. Isteri Imran menginginkan anak
lelaki namun dia mendapat anak perempuan yang bernama Maryam. Lalu isteri Imran
memohon kepada Allah SWT supaya melindungi anak-anak dan keturunannya daripada
syaitan yang terkutuk.
19

3.4.HURAIAN AYAT
y Ayat 1 (Surah al-Baqarah ayat 270).
Ayat ini menceritakan bahawa Allah SWT maha mengetahui pada setiap apa yang
dinafkahkan dan apa yang dinazarkan. Setiap nazar yang dilakukan adalah dalam

17
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Imran
ayat 34, Halaman 54.
18
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 46.
19
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Imran
ayat 36, Halaman 55.
13

pengetahuan Allah SWT. Dalam ayat ini turut ditegaskan bahawa seseorang yang zalim
tidak akan mendapat sebarang pertolongan daripada Allah SWT.
y Ayat 2 (Surah al-Imran ayat 35).
Ayat ini menceritakan berkaitan dengan nazar yang dilakukan oleh isteri Imran yang
mana dia menazarkan anak yang berada dalam kandungannya untuk menjadi hamba yang
saleh dan berkhidmat kepada Allah SWT sebagai hamba abdi yang saleh (berkhidmat di
Baitul Maqdis). Isteri Imran memohon kepada Allah SWT agar nazar yang dilakukannya
itu diterima oleh Allah SWT. Ditegaskan juga dalam ayat tersebut bahawa Allah maha
mengetahui lagi maha mendengar.
20

3.5.NAZAR ADALAH IBADAH
Sesuatu nazar yang berbentuk ibadah yang asalnya sunat akan menjadi wajib dengan bernazar
untuk melakukannya. Contohnya, anda bernazar untuk puasa hari Isnin dan hari Khamis selama
sebulan. Sedangkan hukum asal Isnin dan Khamis adalah sunat, namun dengan bernazar berubah
menjadi wajib. Contoh-contoh nazar:-
y Berpuasa.
y Mencukur rambut.
y Sedekah.
21

3.6.DALIL PENSYARIATAN BERKAITAN NAZAR
Firman Allah s.w.t di dalam Surah al-Haj ayat 29 :

20
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Baqarah
dan al-Imran, Halaman 45 dan 55.
21
)http://www.nazar.com.my
14

Fbf.H dAV FbH.
.:H Fb.H.
6TBB) CTJBb
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka
menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang
tua sejarahnya itu".
Berdasarkan kepada ayat ini jelaslah bahawa menunaikan atau menebus nazar adalah wajib.
Manakala dalam surah al-Insan ayat 7, Allah swt berfirman yang bermaksud:
:H1BB) B.
Bov CAH `M b1MMJv
22

7. (Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi
Yang Diwajibkan Tuhan kepadaNya), serta mereka takutkan hari (akhirat) Yang azab seksaNya
merebak di sana sini.
3.7.HUKUM NAZAR
Nazar disyariatkan oleh Islam dan diharuskan untuk menghampirkan diri kepada Allah. Oleh
sebab ia itu para ulama feqah berpendapat tidak sah nazar orang kafir.
23

3.8.RUKUN NAZAR
y Orang yang bernazar.
y Pekara yang dinazarkan.
y Ucapan yang diguna untuk bernazar.
24

22
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 201-202.

23
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 202-204.
24
)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan
Pertama 2008, Halaman 528.
15

3.9.SYARAT ORANG YANG BERNAZAR
y Islam, tidak sah nazar kafir, kerana kafir tidak sah berbuat kebajikan.
y Pilihan sendiri yakni tidak dipaksa, tidak sah nazar orang yang dipaksa.
y Lulus memerintah pada benda yang dinazarkan, tidak sah dinazar seumpama
menyembelih kambing oleh orang yang ditahan daripada memerintah harta dengan
sabab muflis atau bankrap, bodoh, kanak kanak dan oramg gila. Syarat ini pada nazar
yang melibatkan harta ada pun nazar yang tidak melibatkan harta maka sah nazar
orang yang muflis dan bodoh, seperti bernazar hendak berpuasa.
y Boleh memperbuat perkara yang dinazarkan. Maka tidak sah bernazar seorang akan
puasa yang dia tidak kuasa lakukan seperti puasa sepanjang hayat atau bernazar
hendak mengerjakan haji pada tahun ini pada hal dia tidak sempat hendak pergi ke
Mekah dengan sebab jauh atau sempit waktu.
25

3.10.SYARAT UCAPAN YANG DIGUNA UNTUK BERNAZAR
y Disyaratkan pada ucapan nazar hendaklah lafaz yang memberi tahu melazimkan
(mewajibkan) sesuatu, seperti berkata seorang yang bernazar bagi Allah wajib atas
ku puasa. Puasa di sini sebagai contoh boleh dimasukkan yang lain.
y Tidak sah nazar dengan diniat didalam hati, kerana nazar termasuk dalam akad maka
syaratnya mesti berlafaz.

3.11.SYARAT PERKARA YANG DINAZARKAN
y Hendaklah perkara yang dinazarkan itu kebajikan yakni taat yang mendampingkan
diri kepada Allah yang tidak tertentu atasnya.
y Tidak sah nazar pada perkara yang tertentu wajib atas orang yang bernazar, seperti
sembahyang fardu.

25
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 208-209.

16

y Tidak sah nazar pada perkara maksiat seperti sembahyang dengan tidak berwudu,
minum arak dan lainnya.
y Tidak sah nazar pada perkara yang makruh seperti puasa selama lamanya bagi
mereka yang takut mudarat atau takut luput hak, seperti nafkah keluarga.
y Tidak sah nazar pada perkara yang harus seperti makan, berdiri atau duduk, sama ada
nazar hendak melakukan perkara yang harus itu atau tidak mahu melakukannya.
y Apabila seorang itu bernazar pada perkara yang tidak sah nazarnya nescaya dia tidak
wajib membayar kafarah dengan sebab dia menyalahi dengan apa yang dinazarkan,
sekalipun pada perkara yang harus.
26

3.12.KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR JIKA TERTANGGUH
Apabila seseorang itu telah bernazar maka wajib ke atasnya melangsaikan tanpa bertangguh
apabila hajatnya dikabulkan oleh Allah SWT. Maka nazar adalah hutangnya kepada Allah SWT
yang telah berjanji menunaikan sesuatu ibadat seperti mana yang dinazarkan. Maka pada
dasarnya janji itu wajib ditepati tanpa bertangguh bila mampu berbuat demikian. Adapun amalan
yang perlu dilakukan oleh seseorang berpandukan suruhan Allah SWT dalam al-Quran apabila
gagal menunaikan nazarnya kepada Allah SWT, firman di dalam Surah al-Maidah ayat 89 yang
bermaksud:
N HH.bA Bb 1BB)
N10 N. mH.bA B)
VMf .J.Bb F =VMN
Bf .M+ N+v v
0 Bv V NT10

26
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 208-213.

17

0 V.H 0 MMv
PC.: F M B.H
d`1 6B0 P MAH
No0 bf J`1= P
FbA=Bb. No0 P AHAH
. Bb N =Jb.
)N1 MN`V
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak disengajakan
(untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja
kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan
sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada
keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.
kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia
berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu
bersumpah. dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada
kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur.
27

3.13.PEMBAHAGIAN NAZAR
Nazar dari segi amalan dan penghayatannya terbahagi tiga, iaitu:
y Nazar melakukan kebajikan, misalnya ia berkata: Jika saya memperoleh kejayaan
cemerlang dalam peperiksaan, saya akan berpuasa sebulan dan sebagainya atau jika saya
beroleh anak lelaki, saya akan membina sebuah masjid.
y Nazar melakukan sesuatu yang diharuskan, misalnya ia berkata: Jika saya disembuhkan
daripada penyakit ini, saya akan melancong ke luar negara dan sebagainya.

27
)http://www.nazar.com.my
18

y Nazar melakukan maksiat, misalnya ia berkata: Jika saya mendapat bonus pada tahun ini,
saya akan tinggalkan sembahyang atau menajakan suatu perjudian (barang dijauhi
Allah).
28

3.14.JENIS-JENIS NAZAR
Nazar terbahagi kepada 3 jenis iaitu sebagaimana berikut :
y Pertama : Nazar Lajaj (Nazar Perbantahan).
Ia merupakan nazar yang berlaku ketika seseorang itu berada dalam keadaan hilang
pertimbangan diri akibat terlalu marah seperti dia berkata ketika dalam keadaan itu :
Sekiranya aku bercakap dengan si pulan maka demi Allah atasku puasa sebulan.
y Kedua : Nazar al-Mujazah (Pembalasan).
Ia merupakan nazar yang mana seseorang itu bergantung pada sesuatu yang akan
menyebabkan dia akan melakukan sesuatu. Dia berbuat demikian bukannya ketika hilang
pertimbangan diri akibat terlalu marah. Contohnya seperti seorang yang bernazar itu
berkata : Sekiranya Allah menyembuhkan penyakitku ini maka demi Allah aku akan
bersedekah seekor kambing.
29

y Ketiga : Nazar Mutlak (Semata-mata).
Ia merupakan nazar yang mana dilafazkan oleh seseorang bagi tujuan mendekatkan diri
kepada Allah tanpa mengaitkan nazarnya itu dengan sesuatu perkara yang lain dan juga
bukan dilafaz ketika hilang pertimbangan diri kerana terlalu marah. Contohnya seseorang
itu berkata : Bagi Allah atasku puasa pada hari Khamis.
y Dipanggil juga nazar jenis kedua dan ketiga sebagai nazar kebajikan kerana orang yang
bernazar itu berniat untuk berbuat kebajikan dan menghampirkan diri kepada Allah.
30

4.0.KEWAJIPAN MENUNAIKAN NAZAR

28
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 204-208.
29
)http://www.nazar.com.my
30
)http://www.nazar.com.my
19

N HH.bA Bb 1BB)
N10 N. mH.bA B)
VMf .J.Bb F =VMN
Bf .M+ N+v v
0 Bv V NT10
0 V.H 0 MMv
PC.: F M B.H
d`1 6B0 P MAH
No0 bf J`1= P
FbA=Bb. No0 P AHAH
. Bb N =Jb.
)N1 MN`V
89. kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu Yang tidak disengajakan
(untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya Dengan sebab sumpah Yang sengaja
kamu buat Dengan bersungguh-sungguh. maka bayaran dendanya ialah memberi makan
sepuluh orang miskin dari jenis makanan Yang sederhana Yang kamu (biasa) berikan kepada
keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba.
kemudian sesiapa Yang tidak dapat (menunaikan denda Yang tersebut), maka hendaklah ia
berpuasa tiga hari.
31

Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. dan jagalah -
peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-
hukum ugamanya) supaya kamu bersyukur.
32

31
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 213-215.

32
)Mustafa al-Khin, Mustafa al-Bugha, Ali al-Syabarji, Manhaj Fiqh al-SyafiI Jilid III, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri,
Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007, Halaman 213-215.
20

4.1.MUNASABAH AYAT
4.1.1.MUNASABAH AYAT SEBELUMNYA
Munasabah ayat sebelumnya adalah berkaitan dengan larangan mengharamkan makanan yang
halal. Ayat 88 surah al-Maidah menceritakan bahawa makanan yang halal adalah lebih baik
daripada apa yang Allah telah rezekikan. Ayat ini juga menyeru manusia agar bertaqwa kepada
Allah dengan mengimaninya serta beriman kepada Allah SWT.

4.1.2.MUNASABAH AYAT SELEPASNYA
Munasabah ayat selepasnya adalah berkaitan dengan larangan meminum arak atau khamar,
berjudi, berkorban untuk berhala dan mengundi nasib. Ayat 90 surah al-Maidah ini
menceritakan bahawa perbuatan tersebut adalah diharamkan dan merupakan perbuatan yang keji.
Ianya merupakan perbuatan yang termasuk dalam amalan syaitan. Ayat ini juga menyeru agar
menjauhi perbuatan-perbuatan ini supaya mendapat keberuntungan.
33

4.2.HURAIAN AYAT
Ayat tersebut (surah al-Maidah ayat 89) dimulai dengan menyatakan hukum bersumpah tanpa
niat. Hukuman tidak dikenakan kepada orang yang melakukan sumpah tanpa niat. Tetapi
hukuman dikenakan jika sumpah yang dilakukan dengan niat. Kandungan ayat tersebut juga
turut menyatakan hukuman terhadap sumpah. Maka bagi orang yang melanggar sumpah
dikenakan kaffarah sumpah iaitu member makan kepada sepuluh orang miskin, iaitu dari
makanan yang biasa kamu berikan kepada keluarga kamu. Selain itu memberi pakaiana kepada

33
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 122.
21

sepuluh orang miskin atau memerdekakan seseorang seorang hamba. Turut ditegaskan bahawa,
sesiapa yang tidak mampu melaksanakan kaffarah yang telah dinyatakan tadi, maka kaffarahnya
lain adalah berpuasa selama tiga hari. Jelas dinyatakan kaffarah sumpah yang perlu dilaksanakan
oleh seorang yang bersumpah. Disamping itu, ayat ini juga melarang setiap individu daripada
bersumpah. Jika sumpah dilakukan juga, pesumpah tersebut kena menjaga sumpah yang telah
dilakukan. Diakhir ayat turut diselitkan peringatan yang mana Allah SWT menerangkan hukum-
hukumnya kepada makhluknya agar makhluknya tahu bersyukur.
34

4.3.KAFARAH PENEBUS NAZAR
Maka berpandukan kepada ayat di atas jelas bahawa kafarah (penebus) bagi nazar adalah seperti
berikut:
1. Memberi makan 10 orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada
keluarga kamu.
2. Memberi pakaian kepada 10 orang miskin
3. Memerdekakan seorang hamba
4. Mereka yang tidak mampu melakukan ketiga-tiga perkara di atas bolehlah berpuasa
selama tiga hari.
35

4.4.HUKUM BAGI SETIAP NAZAR
y Pertama : Nazar Lajaj.
Hukumnya bergantung kepada perkara yang dikaitkan dengannya iaitu apa yang dinazar.
Jika ia boleh berlaku maka wajib atas orang yang bernazar itu untuk melaksanakan apa
yang dinazarkan atau pun membayar kafarah sumpah. Dia dibolehkan untuk memilih

34
)Terjemahan al-Quran al-Karim, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD., Cetakan Pertama 2010, Surah al-Maidah
ayat 89, Halaman 122.
35
)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan
Pertama 2008, Halaman 530.
22

antara keduanya kerana nazar jenis ini hampir sama dengan nazar dari sudut mewajibkan
diri (mewajibkan berpuasa sebulan misalnya) dan menyerupai sumpah pada sudut
keadaannya sebagai jalan ke arah menghalang daripada sesuatu(tidak mahu bercakap
dengan si pulan misalnya). Dalilnya adalah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh
imam Muslim daripada Uqbah bin Amir daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda
yang bermaksud : Kafarah nazar seperti kafarah sumpah.
y Kedua : Nazar al-Mujazah.
Hukumnya ialah jika apa yang dikaitkan dengan apa yang dinazar berlaku seperti sembuh
daripada penyakit maka dia diwajibkan untuk melaksanakan apa yang telah dinazar
seperti sedekah seekor kambing. Dia tidak boleh menggantikannya dengan perkara lain.
Dalilnya sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 29 surah al-Haj :
Fbf.H dAV
FbH. .:H
Fb.H. 6TBB)
CTJBb
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka
menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah
(Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
Dan kamu hendaklah menepati dengan janji Allah apabila kamu berjanji. Maksud hadis
Rasulullah yang diriwayatkan oleh imam Bukhari daripada Sayyidatina Aishah: Sesiapa
yang bernazar untuk mentaati Allah maka taatilah akanNya.
36

y Ketiga : Nazar Mutlak.

36
)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan
Pertama 2008, Halaman 531-534.
23

Hukumnya ialah wajib ke atas orang bernazar untuk melaksanakan apa yang telah
dinazarkan secara mutlak tanpa terikat pada sesuatu perkara. Dalilnya adalah
sebagaimana ayat 29 surah al-Haj yang berbunyi :
Fbf.H dAV
FbH. .:H
Fb.H. 6TBB)
CTJBb
29. "Kemudian hendaklah mereka membersihkan dirinya dan hendaklah mereka
menyempurnakan nazar-nazarnya, dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah
(Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".
Sebagaimana disebut dalam nazar al-Mujazah di atas yang mana ia datang dengan dalil
yang umum. Dia diharuskan untuk melewatkan pelaksanaan kepada apa yang telah
dinazarkan sehinggalah dia merasakan bahawa dirinya sudah mampu untuk
melaksanakannya seperti berpuasa pada hari Khamis. Dia tidak boleh menukar nazarnya
itu dengan kafarah sumpah kerana makna sumpah telah ternafi dengan nazar jenis ini.
37

37
)Muhammad Bakar Ismail, Al-Fiqh al-Wadhih Jilid II, Jamin Enterprise, Berlian Publication SDN. BHD., Cetakan
Pertama 2008, Halaman 535.
24

5.0.KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat kita rumuskan ialah Islam itu adalah agama yang memudahkan.
Kesukaran dan bebanan yang terdapat pada agama Islam itu hanyalah sedikit. Namun sesuatu
yang mudah itu perlulah diambil berat dan ditekankan agar ianya tidak ditambah mudahkan lagi.
Konsep sumpah dan nazar adalah konsep yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
yang berbentuk rabbaniyah dan jamiah (jemaah). Remaja kini, kedua-dua konsep tersebut
banyak berlaku dalam kehidupan dan senario masyarakat kini yang mana ianya memberikan
implikasi dalam kehidupan seharian. Melalui penulisan ini dijelaskan penerapan berkaitan
dengan konsep sumpah dan nazar. Yang mana kedua-dua konsep adalah berpandukan syariat
yang telah ditetapkan. Selain itu juga, kedua-dua konsep ini adalah saling berkaitan. Turut
dinyatakan berkaitan jenis sumpah dalam penulisan ini. Sumpah dikategorikan dalam dua jenis
iaitu sumpah nyata dan sumpah tidak nyata. Syarat-syarat sumpah turut dijelaskan bagi
membezakan sesuatu sumpah itu sah ataupun tidak sah. Perbincangan diteruskan lagi dengan
menjelaskan berkaitan dengan konsep nazar. Nazar merupakan satu perbuatan yang amat
sinonim dalam kehidupan manusia jika menginginkan kebaikan atau beroleh kebaikan. Nazar
dapat dibahagikan kepada tiga kategori dan secara tidak langsung mewakili tiga jenis nazar.
Antara tiga kategori nazar itu ialah, nazar melakukan kebajikan, nazar melakukan sesuatu yang
harus, dan nazar melakukan maksiat. Penjelasan yang lebih lanjut telah disentuh dan dinyatakan
didalam penulisan. Manakala jenis-jenis nazar pula ialah, nazar lajaj, nazar mujazah dan nazar
mutlak. Ketiga-tiga jenis nazar ini adalah berbeza mengikut kriterianya. Tututan hukum bagi
setiap nazar yang dinyatakan juga adalah berbeza mengikut apa yang telah ditetapkan oleh
syarak dan bagi mencapai kemashlahatan hidup manusia. Kedua-dua konsep yang dinyakan
tersebut adalah merangkumi hukum ibadah dan hukum muamalah. Terdapat hukum yang perlu
diselesaikan dalam bentuk ibadah (menyentuh dan berkaitan dengan hak Allah) dan terdapat juga
hukum yang perlu diselesaikan mengikut muamalah (menyentuh dan berkaitan dengan hak
manusia) dalam kehidupan dialam semesta ini.

25

6.0.BIBLIOGRAFI
1. Manhaj Fiqh al-SyafiI, Dr. Mustafa Al-Khin, Dr. Mustafa Al-Bugha, Ali Al-Syarbaji,
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Cetakan Kedua Mei 2007.
2. Al-Fiqh Al-Wadhih Jilid II, Dr.Muhammad Bakar Ismail, Jasmin Enterprise, Berlian
Publication SDN. BHD., Cetakan Pertama 2008.
3. Terjemahan Al-Quran Rasm Uthmani, Al-Hidayah House Of Quran SDN. BHD.,
Cetakan Pertama 2010.
4. Huraian Ayat-Ayat Hukum II, Ustaz Abdul Latif Bin Muda, Pustaka Salam SDN. BHD.,
Prospecta Printers SDN. BHD., Cetakan Pertama November 2001.
5. Tafsir Ayat-Ayat Hukum Jilid II, Saleh Mahfoed, M. Ali Ash-Shabuni, Pustaka Al-Aihar
K.L., Pustaka Al-Azhar Kuala Lumpur, Cetakan Kedua 1995.
6. http://www.konsepnazar.com.my
7. http://www.nazar.com.my