Anda di halaman 1dari 1

KISAH MORAL

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kecil-kecil dahulu. Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika Aku membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya , jika ke kedai kalau aku mengambil gula-gula, dia akan menjeling Padaku bermakna aku disuruh letakkan semula gula-gula itu ditempatnya semula. Suatu hari, aku mengikut ayahku ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, Aku melihat kain pelikat Tok Iman tersepit dicelah punggungnya. Aku yang !kononnya! Ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayahku yang sedang solat terus Memberi jelingannya padaku. Aku faham apa maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain pelikat Tok Iman itu Kecelah punggung Tok Iman tadi. Apalagi melatahlah Tok Iman tadi. Habis tu satu jemaah Batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan Tok Iman tadi. Ayahku yang bermuka merah padam Menahan malu dan marah mengheret aku balik ke rumah. Malam tu juga, berbirat Punggung aku dirotannya. Moral : Jangan nak memandai nak masukkan kain kecelah punggung Tok Iman. p/s : Ni kisah sapa . tak tahu larr . Aku ambil dari blogs.

Anda mungkin juga menyukai