Anda di halaman 1dari 2

ISL / MINGGU 3

ISL MINGGU 3 DEFINISI TAMADUN ISLAM DAN PRINSIP-PRINSIPNYA.


Ibn Khaldun yang menggunakan istilah Umran dalam kajian tentang, pertama

bandar-bandar ataupun ibukota yang memiliki kawasan tanah yang didiami dan penempatan. Kedua, keadaan tinggal menetap dan ketiga ialah berkembang subur dan maju. Syed Muhammad Naquib al-Alttas adalah keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya. Tamadun Islam adalah pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang halus dan mepunyai nilai-nilai seni. Enam prinsip dalam tamadun Islam : i) Memelihara agama Fitrah semulajadi manusia hendakkan agama, manusia bebas memilih agama masing-masing. Firman Allah SWT dalam Al-Quran. Tiada paksaan dalam beragama. (Surah Al-Baqarah) kesejahteraan masyarakat manusia ditentukan oleh setiap anggota masyarakat itu sendiri, maka untuk tujuan mewujudkan suatu masyarakat yang adil, aman dan sejahtera, setiap individu dikehendaki mematuhi dan beribadat serta menyerah diri kepada Allah s.w.t. yang maha Esa dengan mengerjakan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Justeru itu, prinsip utama tamadun Islam ialah untuk memelihara keselamatan agama seperti pencegahan berlakunya penyelewengan ajaran Islam. Contohnya ajaran sesat dan budaya murtad. ii) Memelihara Nyawa / Jiwa Tamadun Islam juga berprinsip untuk menjamin keselamatan setiap nyawa / jiwa daripada pencerobohan manusia lain. Sebab itulah tamadun Islam melarang pembunuhan sama ada diri sendiri atau diri orang lain. Sebaliknya pemeliharaan diri setiap manusia daripada mara bahaya sentiasa digalakkan oleh tamadun Islam. Firman Allah s.w.t., terjemahannya Barangsiapa yang membunuh seorang manusia bukan kerana hukuman pembunuhan atau kerana membuat bencana dalam negeri,maka ertinya orang itu telah membunuh manusia seluruhnya. (Surah Al-Maidah) iii) Memelihara Keselamatan Akal Oleh kerana mulia dan tingginya darjat akal yang membezakan manusia daripada haiwan, maka tamadun Islam berusaha untuk memelihara keselamatan, kewarasan dan kesejahteraannya. Sebab itulah tamadun Islam telah mengharamkan

ISL / MINGGU 3

minuman keras kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pencemaran kewarasan pemikiran. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t dalam ayat, terjemahannya : Wahai org yang beriman,sesungguhnya minuman arak,berjudi,berkorban utk berhala,mengundi nasib dengan panah adalah perbuatan keji,termasuk perbuatan syaitan.Maka jauhilah perbuatan itu,agar kamu mendapat keberuntungan. (Surah al-Maaidah) iv) Memelihara maruah dan keturunan Pada masa kini, dunia dikejutkan dengan pelbagai gejala sosial seperti penzinaan, pembuangan anak dan sebagainya. Untuk memelihara kesinambungan generasi manusia, tamadun Islam telah mengharankan segala punca yang membawa kepada zina dan perbuatan pengguguran dan pembuangan anak. Hal ini dijelaskan dalam ayat, terjemahannya, Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Kami yang akan memberi rezeki kepada mereka dan juga kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka satu dosa yang besar. ( Surah al-Israa ) v) Memelihara Harta Benda Fitrah semula jadi manusia juga ialah suka untuk mencari harta kekayaan. Justeru itulah tamadun Islam menggalakkan manusia melakukannya. Firman Allah SWT, Dan tuntutlah apa yang didatangkan oleh Allah S.W.T kepada kamu untuk hari akhirat dan janganlah kamu lupa habuan kamu di dunia. Buatlah baik sebagaimana Allah berbuat baik kepada kamu dan janganlah kamu melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan. (Surah Al-Qasas) Bagi memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah. ( Surah al-Maaidah ) vi) Memelihara Hak dan Kebebasan Hak Allah SWT : bebas dari taklid,alam bukti kewujudan Allah, bebas dari kesesatan. Hak Manusia : bebas bergerak, bebas bersuara, bebas berpersatuan, bebas beragama. Rujukan 1. http://hjhruhajah.blogspot.com/2008/12/prinsip-prinsip-tamadun-islamsesuai.html
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tamadun_Islam