Anda di halaman 1dari 5

2.1 : Sirah; Mukadimah dan Hijrah Nabi s.a.w.

HADIS 1 BAB IKHLAS DAN BERNIAT PADA SETIAP AMALAN DAN PERCAKAPAN YANG ZAHIR DAN BATIN

Daripada Abi Musa Abdullah bin Qais al-Asyari r.a., berkata: Rasulullah s.a.w. ditanya tentang seorang lelaki yang berperang kerana keberanian, seorang lagi kerana fanatik perkauman dan yang ketiga kerana menunjuk-nunjuk; yang mana satukah di jalan Allah? Rasulullah s.a.w. menjawab: Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah. Riwayatnya disepakati oleh al-Bukhari dan Muslim.

Objektif Khusus
1234Pelajar menyenaraikan jenis niat perang yang ditolak oleh Islam. Pelajar menyebut niat perang yang diterima oleh Allah. Pelajar menerangkan kepentingan membetulkan niat. Pelajar membiasakan diri mencari dan bertanyakan sesuatu yang memberi manfaat kepadanya.

Erti Perkataan
Fanatik perkauman: Taksub terhadap kaum Riya`: Menunjukkan sifat baik dan soleh, berlawanan dengan hakikat sebenarnya. Kalimah Allah: Hikmah atau kehendakNya (dakwah Allah ke arah Islam).

Keterangan Hadis

Modul

Pembangunan

Insan

Ikatan

Muslimin Malaysia (ISMA) 25

2.1 : Sirah; Mukadimah dan Hijrah Nabi s.a.w.

Ikhlas samada semasa terselindung mahupun terangterangan merupakan batu asas yang terbina di atasnya keperibadian insan muslim, serta membentuk tingkah lakunya. Ikhlas adalah ruh amal. Tanpa ikhlas, sesuatu amal menjadi tidak berharga dan tidak bernilai, walau sebesar mana sekalipun amal itu. Kita merupakan umat yang mempunyai pelbagai amal yang besar seperti yang diterangkan oleh hadis ini, tetapi Rasulullah s.a.w. memperincikannya dengan ungkapan Baginda yang komprehensif. Sesiapa yang berperang agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi, maka dialah yang berjihad di jalan Allah. Berdasarkan hadis ini, gambaran perang yang ditolak oleh Islam ialah: berperang kerana menunjukkan keberanian, berperang kerana fanatik perkauman, dan berjihad kerana riya` iaitu menunjuk seolah-olah memiliki sifat yang baik dan soleh sedangkan realiti adalah sebaliknya. Kesemua jenis gambaran tersebut adalah ditolak dan tidak diterima di sisi Allah. Motif amal mestilah berpunca daripada keinginan mahu meninggikan kalimah Allah s.w.t. Orang yang berperang kerana menunjukkan keberanian, motifnya tidak berpunca daripada mahu meninggikan kalimah Allah, tetapi dia digerakkan oleh keinginan menunjukkan keberaniannya di medan perang. Orang yang berperang kerana fanatik terhadap kaum atau kabilahnya; motif dan pendorongnya ialah ketaksuban. Seseorang insan boleh menjadi terlalu taksub terhadap kaum kerabatnya sehingga sanggup menentang seorang insan muslim yang berpegang teguh pada agama, kerana ketaksuban itu telah membutakannya. Orang yang ketiga pula berperang agar kedudukannya dilihat orang dan sehingga dirinya menjadi bahan bualan. Itulah motif dan pendorongnya. Dia terlalu ingin dilihat oleh manusia. Dari sinilah timbulnya perkataan Riya` (dalam Bahasa Arab). Oleh sebab itu, para ulama berkata: Pada Hari Kiamat, orang yang riya` akan dipanggil dengan empat gelaran: Wahai orang

26

Modul Pembangunan Malaysia (ISMA)

Insan

Ikatan

Muslimin

2.1 : Sirah; Mukadimah dan Hijrah Nabi s.a.w.

yang riya` .. wahai pengkhianat .. wahai orang jahat.. wahai orang yang rugi .. pergilah dan pungutlah ganjaran kamu daripada orang yang kamu beramal kerananya. Tiada ganjaran untukmu di sisi kami. Oleh itu, niat mesti menjadi paksi kehidupan kita. Salafussoleh berkata: Belajarlah niat seperti kamu mempelajari ilmu. Para sahabat pula merupakan peniaga niat. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah peniaga niat? Maksudnya ialah mereka mempelbagaikan niat demi kerana Allah untuk satu-satu amalan yang dilakukan, agar memperolehi pelbagai pahala berdasarkan niat yang pelbagai. Perlu kita pertegaskan di sini tentang kepentingan membetulkan niat. Membetulkan niat amat penting di sisi Allah Taala dan mempunyai kesan yang besar dalam alam realiti. Contohnya ialah mereka yang berperang kerana fanatik perkauman, keberanian dan riya`, apakah akibat yang mereka terpaksa tanggung?! Yahudi dan musuh Islam telah menjajah dan memperkosa negara, kehormatan dan tempat suci kita. Keadaan ini berlaku kerana kita mengangkat panji perkauman dan ketaksuban. Akibatnya, kita terpaksa menanggung dua kerugian besar. Pertama kita tidak mendapat pertolongan Allah. Kedua, kita kehilangan jutaan umat Islam lain yang tidak sebangsa dengan kita. Kerana perkauman yang didokong ini tidak meliputi mereka. Bahkan kemungkinan kita turut memerangi mereka di bawah panji pemahaman perkauman yang sempit itu. Oleh itu, kita hendaklah berjihad demi memastikan kalimah Allah adalah yang tertinggi.

Beberapa Pengajaran Hadis


12Kelebihan jihad yang benar, iaitu jihad di jalan Allah. Para Sahabat amat memandang berat kesudahan mereka di akhirat. Mereka sentiasa bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang amalan yang diterima di sisi Allah. Peperangan di jalan Allah mestilah berpunca daripada akal,
Pembangunan Insan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) 27

3-

Modul

2.1 : Sirah; Mukadimah dan Hijrah Nabi s.a.w.

bukan kerana marah atau nafsu. 4Di dalam hadis diterangkan bahawa setiap amalan dihitung berdasarkan niat yang baik. Kelebihan yang dijanjikan adalah khusus untuk orang yang berjihad demi meninggikan kalimah Allah. Setiap orang yang mati di medan perang boleh diurus sebagai syahid. Tetapi niatnya terserah kepada Allah. Dalil mewajibkan niat dalam amalan ialah kata-kata Rasulullah s.a.w.: Agar kalimah Allah menjadi yang tertinggi. Dalil yang menunjukkan bahawa setiap amal itu dikira berdasarkan niat, bukan pada zahirnya, ialah kata-kata Rasulullah s.a.w. selepas ditanya tentang beberapa bentuk niat (berperang kerana keberanian, fanatik perkauman dan riya`): Sesiapa yang berperang demi menjadikan kalimah Allah yang tertinggi. Kata-kata Baginda itu menunjukkan bahawa nilainya pada niat, bukan bentuk amalan yang zahir. Dalam hadis ini terdapat dalil yang menegah perang kerana dunia. Terdapat juga dalil yang melarang peperangan untuk menumpahkan darah orang kafir lantaran dorongan perasaan marah terhadap orang-orang kafir. Kedua-dua hukum yang menegah itu diambil daripada kata-kata Baginda: demi menjadikan kalimah Allah yang tertinggi. Jika pemerintah membenarkan dakwah kepada Islam tersebar dan tidak ditentang atau diperangi, manakala orang ramai pula dibiarkan untuk mendapat pendedahan tentang dakwah, maka tiada keperluan untuk berperang.

56-

7-

8-

Penilaian
12328 Terangkan kepentingan niat dalam konteks penerimaan amal di sisi Allah. Hadis ini menyebut beberapa niat perang yang tidak diterima. Apakah bentuk-bentuk niat tersebut? Buat penilaian terhadap diri anda sejauh mana
Insan Ikatan Muslimin

Modul Pembangunan Malaysia (ISMA)

2.1 : Sirah; Mukadimah dan Hijrah Nabi s.a.w.

perlaksanaan kamu berkaitan ajaran hadis ini. 45Senaraikan niat-niat yang kamu hadirkan ketika mahu melakukan sesuatu amalan. Sebutkan beberapa situasi yang berlaku dalam kehidupan anda, yang menunjukkan betapa anda mahu melakukan amal yang bermanfaat di dunia dan akhirat.

Modul

Pembangunan

Insan

Ikatan

Muslimin Malaysia (ISMA) 29

Anda mungkin juga menyukai