Anda di halaman 1dari 2

ANDA PERLU BUAT!!!

FORMAT PENULISAN ESEI SEJARAH SPM

1. Menjawab persoalan: a. Huraikan b. Jelaskan c. Nyatakan d. Terangkan e. Perbandingan f. Pendapat g. Galurkan h. Ceritakan

Kaedah penulisan yang hampir sama. Isi yang ditulis tidak perlu di susun mengikut urutan. Buat perbandingan. Isi ditulis secara berbandingbanding dalam setiap perenggan Memberi pendapat/pandangan yang bersesuaian dengan soalan. Esei perlu ditulis mengikut susunan sesuatu peristiwa 1 Isi utama + huraian isi utama = 1 perenggan Isi dan huraian mengikut pecahan markah 2markah = 1 isi + huraian N I NT Beri jawapan berdasarkan PE !! markah G!

2. Perlu ada isi utama mengikut soalan: a. Isi fakta b. Isi yang logik c. Isi berbentuk pandangan/pendapat 3. Perlu ada huraian isi: a. Huraian berdasarkan isi utama 4. Tidak perlu buat pendahuluan

5. Tulis pecahan nombor soalan dengan jelas.

Mulakan perenggan pertama dengan isi pertama

CONTOH MENULIS JAWAPAN ESEI SEJARAH SPM SOALAN: 1. Imperalis Barat di Asia Tenggara yang mendorong kuasa Barat melaksanakan imperalisme di Asia Tenggara, a. Jelaskan faktor-faktor yang mendorong kuasa Barat melaksanakan Imperalisme di Asia Tenggara. (4markah) JAWAPAN: 1. a.
Perenggan pertama

Isi utama huraian

Faktor imperalisme barat disebabkan oleh kekayaan bahan mentah di Asia terutamanya di Asia Tenggara. Permintaan bahan mentah yang tinggi seperti bijih timah, kayu kayan, rempah dan sebagainya menyebabkan Negara barat sanggup datang dan menjajah Negara Asia Tenggara. Misalnya, penjajahan Filipina oleh Sepanyol disebabkan oleh permintaan sumber utama seperti tebu. Isi utama Selain itu, perkembangan sistem pengankutan dan perhubungan turut menjadi faktor kedatangan barat ke Asia Tenggara. Pengenalan kapal yang menggunakan enjin berkuasa wap telah mempercepatkan perjalanan antara barat dan timur. Manakala pembukaan Terusan Suez turut membantu memendekkan tempoh masa perjalanan dan menjanjikan perjalanan yang selamat dan selesa.

huraian

Perenggan kedua

FORMAT PENULISAN JAWAPAN SOALAN STRUKTUR 1. 2. 3. 4. Terdapat 4 soalan struktur sejarah. Wajib jawab kesemua soalan. Jawapan di beri berdasarkan markah yang telah di peruntukkan. Tulis jawapan dengan ringkas, jelas dan mudah difahami. Jangan sesekali meninggalkan kosong, ruang jawapan pada setiap soalan.

CONTOH SOALAN STRUKTUR SOALAN: 1. Imperaisme barat merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentinagn tertentu. a) Nyatakan tiga faktor imperalisme Barat di Asia Tenggara. i. Revolusi perindustrian ii. Kekayaan bahan mentah iii. Sistem pengankutan dan perhubungan Jawapan ini juga boleh diterima selagi membawa maksud yang sama. Contoh; I. Sumber bahan mentah II. Hasil bumi yang banyak III. Keperluan bahan mentah IV. Bahan mentah V. Hasil dagangan VI. Sumber perkilangan VII. Barangan keperluan

Jawapa n