Anda di halaman 1dari 5

SITI AISHAH BT SAFEE MOHAMMAD 710724025884 HBML 3403

MUKA SURAT 1. KATA ALU-ALUAN 2. SOALAN 3. PENGENALAN 4. KATA NAMA 5. PEMBENTUKAN KATA 7. PERATUSAN 8. RUMUSAN 10. LAMPIRAN 11. BIBLIOGRAFI 33 4-9 10-23 31 32 ii 3 i

6. KATA NAMA KHAS,KATA NAMA AM &KATA GANTI NAMA 24-30

SITI AISHAH BT SAFEE MOHAMMAD 710724025884 HBML 3403

Salam sejahtera pembuka bicara, Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran kerana dengan keizinNya, saya telah berjaya menyediakan dan menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan kepada saya dengan jayanya. Saya ingin mengucapkan seribu penghargaan kepada EN. SAHAMSULBAHRIM B. HASHIM yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekalung budi diucapkan. Kecemerlangan sesebuah negara terletak kepada sistem pendidikan. Guru yang berilmu dan berinovatif akan melahirkan sebuah bangsa yang bersilat seni siasah diri yang kental dari segi emosi ,intelek ,jasmani dan rohani sejajar dengan matlamat negara yang ingin melahirkan modal insan yang mempunyai taraf minda pertama. Semoga dengan penghasilan tugasan ini dapat memberikan panduan dan pengetahuan kepada semua pihak dan dimanfaatkan bersama bagi melahirkan masyarakat madani ke arah visi dan misi negara kita.

SITI AISHAH BT SAFEE MOHAMMAD 710724025884 HBML 3403

1.0 PENDAHULUAN Manusia berkomunikasi dengan pelbagai cara untuk menyampaikan sesuatu tujuan atau maksud. Salah satu cara berkomunikasi ialah dengan menggunakan alat yang paling maju, canggih, dan kerap digunakan oleh manusia, iaitu bahasa. Wallwork ( 1969 ) telah menyenaraikan beberapa fungsi bahasa, iaitu bahasa sebagai alat sapaan, digunakan bagi tujuan keupacaraan, sebagai alat bertindak, penyimpan rekod, untuk menyampaikan perintah dan keterangan, untuk mempengaruhi orang, curahan rasa hati, dan wadah memuatkan fikiran serta membolehkan seseorang itu berfikir. Namun begitu, fungsi bahasa yang paling utama ialah alat komunikasi antara manusia. Dalam sejarah dan perkembangannya, linguistik dipenuhi dengan berbagai aliran, paham, pendekatan, dan teknik penyelidikan. Ilmu bahasa yang dipelajari saat ini bermula dari penelitian tentang bahasa sejak zaman Yunani (abad 6 SM).

2.0 PENGENALAN Disiplin yang mengkaji bahasa manusia secara saintifik dan sistematik dikenali sebagai linguistik. Ronaald W. Langacker mendefinisikan linguistik sebagai the study of human language. David Crystal ( 1873 ) mendefinisikan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik. John Lyons ( 1968 ) juga mentakrifkan linguistik sebagai kajian yang saintifik terhadap bahasa. Kamus Dewan ( Edisi Ketiga : 1994 ) memberikan pengertian linguistik sebagai kajian saintifik tentang bahasa dan perkara-perkara yang berkenaan bahasa. Jelaslah bahawa disiplin linguistik merupakan ilmu yang menerapkan kajian yang empirik, analitis, objektif, dan saintifik tentang sesuatu bahasa. Dalam disiplin Linguistik Tulen, bidang kajian yang harus diteliti dahulu ialah aspek fonetik. Seterusnya, bidang kajian linguistik yang perlu difahami ialah aspek fonologi, diikuti dengan morfologi, sintaksis, dan kemudiannya aspek semantik. Seseorang yang ingin mendalami bidang bahasa sewajarnya menguasai aspek-aspek ini kerana pengetahuan dan penelitian yang mendalam berkenaan aspek ini akan membantunya memahami prosesproses dan sistem bahasa dengan lebih baik. Selain itu, dengan menguasai aspek fonetik, fonologi, morfologi, sintaksis, dan semantik, seseorang itu bukan sahaja berupaya

SITI AISHAH BT SAFEE MOHAMMAD 710724025884 HBML 3403

menggunakan bahasa dengan lebih baik dan gramatis malahan mampu menghuraikan gejala-gejala bahasa, misalnya permasalahan tatabahasa dengan menggunakan rumus dan hukum yang tepat lagi absah. Misalnya, dalam konteks ini, setiap guru bahasa perlu menyedari bahawa mengajarkan tatabahasa kepada kalangan pelajar merupakan satu tugas yang mencabar dan memerlukan penguasaan tatabahasa yang mendalam untuk memberikan huraian yang memuaskan dan berpada kepada pelajar agar hukum tatabahasa dipatuhi sepenuhnya. Menyedari hakikat itulah, para guru bukan sahaja disarankan malah diwajibkan menggunakan dan menjadikan naskhah Tatabahasa Dewan Edisi Baharu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai rujukan pegangan selain Kamus Dewan Edisi Ketiga sebagai antara rujukan utama. Sebagai pengenalan , di sini dijelaskan dengan ringkas bidang-bidang Linguistik Tulen. deskriptif sekiranya berhadapan dengan sesuatu masalah bahasa, misalnya yang berkaitan dengan proses pengimbuhan bahasa. ilmu linguistik amat membantu kita dalam merealisasikan aspirasi bahasa agar sentiasa subur dengan kajian dan penyelidikan. 3.0 Kepentingan ilmu linguistik dalam kehidupan masyarakat

SITI AISHAH BT SAFEE MOHAMMAD 710724025884 HBML 3403

Abd. Azizi Abd Talib. (2000) . Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan teknik, Kuala Lumpur :Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Juriah Long, Raminah Hj Sabran dan Sofiah Hamid. (1990). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn .Bhd. Nik Safiah Karim. (2003).Bahasa Kita jilid 1. Selangor: KPublishing Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. (2003).Bahasa Kita jilid 2. Selangor: KPublishing Sdn. Bhd. Yahya Othman.Roselan Baki dan Naffi Mat. (2009)Pemerkasaan pendidikan Bahasa melayu dari teori ke praktik.Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Laman Web www.scribd.com/doc/14660563/ www.pendeta.um.edu.my/

Anda mungkin juga menyukai