Anda di halaman 1dari 20

BINATANG YANG HALAL DAN HARAM

Pendahuluan: Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan. Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan. i- Firman Allah SWT: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu (al-Baqarah: 16 ii- Firman Allah SWT: Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-Araf:157) Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbaith. Perkara-perkara yang diharamkan: 1) Bangkai. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Anam:145) Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan: 1. yang mati tercekik atau dicekik. 2. yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan. 3. yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya. 4. yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain. 5. yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih. Dalilnya ialah firman Allah SWT:

Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. (al-Maidah:3) Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syarie selagi ia belum mati. 2) Darah yang mengalir. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: makanlah, lalu mereka berkata: ia adalah darah, jawab beliau: yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir. 3) Babi. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan. 4) Sembelihan untuk selain daripada Allah. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath al-Majid fi Syarh Kitab al-Tawhid: Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: dengan nama al-Masih dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah. 5) Semua binatang buas (as-Siba) yang bertaring. Kata Ibn al-Athir: iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW: Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Thalabah al-Khusyani) . Al-Syafie berpandangan bahawa as-siba yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya. Hujah al-Syafie berhubung dengan dubuk: 1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam. 2. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim.

3. Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim). 6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar. Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung. (Riwayat Muslim) Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik). 7) Keldai peliharaan. Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Kata al-Allamah Siddiq hasan Khan: Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan. Sabda Nabi SAW: Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah). Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran). Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya: i- Hadith Ibn Umar: Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya) . ii- Hadith Ibn Abbas: Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya) . Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini. Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar. Kata al-Baghawi: kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya. Kata Ibn Hazm: telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran. Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat: * Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafiiyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-Eid. * Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja. Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi. 1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan

dengan istihalah (seperti mengurungnya) . 2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafie dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya. 3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan. * Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan. Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram. Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan al-Albani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersih kan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil. 9) Anjing dan kucing. Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing datang dengan beberapa faktor: 1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim). 2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran. 3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih). Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir: Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid - dhaif). Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas. Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafiyyah yang menyatakan halal kucing liar.

10) Semua jenis binatang yang menjijikkan. Firman Allah SWT: dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-Araf:157) Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut: 1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan - bukan kerana sesuatu illah

atau kerana tidak biasa sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram. 2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti. Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia. Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini. 11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh. Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram.

Binatang yang diarahkan bunuh: Sabda nabi SAW: Dari Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-aqur (sejenis binatang yang menggigit). (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai).

Binatang yang dilarang bunuh: Sabda nabi SAW: Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri. 12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati. Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabaith. Juga dengan umum ayat: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195) 13) Haiwan 2 alam: Kata al-Qadi Ibn al-Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat). Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya. 14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya: Berdasarkan sabda nabi SAW: Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan. (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim).

15) Contoh-contoh binatang yang diperselisihkan hukumnya: a) landak: - yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad - yang menghalalkannya: Malik dan Syafie Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal. b) katak: - yang menghalalkannya: Malik Dalilnya: Umum ayat Allah: Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan (al-Maidah:96) ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan. Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafie dan imam yang empat). Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr. - yang mengharamkannya: Ahmad Dalilnya: Hadith Abd. Rahman Bin Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Said Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya). Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak. Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan. c) buaya: * yang menghalalkannya: Malik, Syafie dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah al-Maidah:96 tersebut. * yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring. Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan. d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini. Penutup: Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh.

Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah >>Click to join Taman2Syurga<< [[Berpesan-pesan sesama insan]]

[Non-text portions of this message have been removed] -----------------------------------=== Mari belajar Islam dan berdakwah melalui SMS Cara berlangganan: REG SI kirim ke 3252 (Dari Telkomsel) Tarif Rp.1000 ,- + PPN content akan dikirim tiap hari Untuk berhenti ketik: UNREG SI kirim ke 3252 http://www.media-islam.or.idYahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/syiar-islam/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [EMAIL PROTECTED] [EMAIL PROTECTED] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/

[syiar-islam] Fw: [Taman2Syurga] BINATANG YANG HALAL DAN HARAM ust

Kirim email ke

Perlu diingatkan di sini bahawa soalan ni bukannya datang dari AbyRAd. Jika ada kesalahan tatabahasa, ayat terkasar, soalan seperti mempertikaikan ayat Al-Quran dan apa lagi kesalahan yang lain, beliau awal lagi sudah memohon maaf. Ayat di bawah sememangnya dikarang oleh org lain, mengapa perlu diedit kan?

Soalan oleh: MOHD EZMAN ZAMANI Assalamualaikum... Saya Mohd Ezman Bin Zamani dari Rawang, Selangor. Saya mempunyai satu kemusykilan tentang PENGHARAMAN ANJING. Sebelum saya memulakan bicara, saya ingin meminta maaf jika tersalah atau terkasar bahasa kerana saya hanyalah manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan.

Sememangnya kita semua tahu daripada dulu bahawa terdapat dua haiwan yang diharamkan dalam agama Islam iaitu anjing dan babi. Saya telah membuat analisis dan kajian tentang sebab dan kenapa babi diharamkan. Jawapan-jawapan yang saya perolehi sangat memuaskan hati saya kerana ia menunjukkan keagungan Allah s.w.t dan keistimewaan Al-Quran. Segala analisis yang saya peroleh adalah berlandaskan 'Scientific Proven' dan Alhamdulillah kerana sememangnya babi diharamkan oleh Allah adalah disebabkan penjelasan yang amat saintifik. Saya megakuinya dan saya mengerti mengapa Allah menyatakannya dalam Al-Quran. Tetapi.. Saya tidak menjumpai sebab mengapa anjing diharamkan. Tiada satu pun ayat di dalam AlQuran yang mengatakan bahawa anjing itu haram dan pengharaman anjing diisyhtiharkan berlandas kepada hadis nabi yang bermaksud, "Sucinya bekas salah seorang kamu apabila dijilat anjing hendaklah membasuhnya dengan tujuh kali air. Enam kali air mutlak dan satu kali air tanah". (Hadis riwayat Muslim dan Ahmad). Berlandaskan kepada hadis tersebut, ulama-ulama telah bersepakat bahawa anjing adalah sama tarafnya seperti babi dan ianya haram bagi umat islam. Tetapi mengapa Allah tidak menyatakan dalam Al-Quran seperti tentang pengharaman babi? Adakan Allah terlupa untuk menyatakannya? Sesungguhnya Allah Maha Besar dan Bijaksana, mustahil bagi Allah untuk terlupa dan sesungguhnya setiap hukuman Allah mempunyai sebab yang sempurna. Ada orang memberitahu saya supaya tidak mempertikaikan hukum Allah dan saya bersumpah bahawa saya tidak pernah mempertikaikan sama sekali hukum Allah kerana dalam kes ini, Allah tidak berfirman bahawa anjing itu haram, maka saya tidak sama sekali mempertikaikan hukum Allah. Berbalik kepada hadis tersebut, saya sekali lagi telah membuat analisis tentang maksud hadis tersebut. Saya telah membuat kajian tentang tanah dan mengapa kita diwajibkan mengguna air tanah. Berdasarkan kepada pembacaan (akhbar, journal,artikel,buku dan lain-lain) dan analisis, tanah merupakan agen pembersih terbaik untuk menyucikan SEGALA jenis kotoran dan kerana itulah kita diwajibkan untuk menggunakan air tanah untuk menyucikan najis mugholazzah. Seperti yang kita tahu bahawa air liur binatang mengandungi pelbagai bakteria yang berbahaya dan saya menyimpulkan bahawa hadis nabi tersebut adalah ditujukan kepada semua binatang dan bukan kepada anjing sahaja, Nabi Muhammad menyuruh kita menyucikan najis bekas yang telah dijilat anjing dengan 6 kali air mutlak dan satu kali air tanah kerana tanah adalah unsur terbaik untuk menyucikan segala kekotaran tidak kira sama ada anjing, babi, kucing dan haiwan lain. Mungkin pihak tuan akan berpendapat bahawa air liur anjing sangat berbahaya berbanding haiwan lain seperti kucing tetapi di Malaysia, terdapat kes di mana seorang suri rumah terpaksa di potong kakinya kerana telah di gigit oleh kucing peliharaannya akibat jangkitan bakteria yang terdapat dalam air liur kucing tersebut. Ini menunjukkan bahawa bukan hanya air liur anjing sahaja yang berbahaya tetapi kucing juga. Jadi, jika kedua-dua haiwan tersebut mengandungi bakteria yang berbahaya di dalam air liurnya, mengapa kucing atau haiwan lain tidak diharamkan seperti anjing? Ada pendapat mengatakan bahawa anjing diharamkan kerana tabiat buruk anjing yang gemar

menjulurkan lidahnya tetapi, saya ingin memberitahu pihak tuan bahawa kucing peliharaan saya juga menjelirkan lidahnya seperti anjing terutama apabila dalam keadaan panas. Jadi mengapa kucing atau binatang lain yang menjelirkan lidah tidak diharamkan seperti anjing? Penjeliran lidah oleh semua binatang adalah untuk menstabilkan haba yang terkandung di dalam badan dan ia untuk mengelakkan pengumpulan haba di dalam badan kerana haiwan tidak mempunyai liang peluh. Ada pendapat mengatakan bahawa anjing itu kotor dan menjijikkan, kerana itulah ia diharamkan tetapi saya ingin bertanya, apakah takrifan sebenar terhadap maksud KOTOR DAN JIJIK itu? Haiwan tidak mempunyai akal fikiran untuk membezakan kotor dan jijik termasuklah kucing kerana kucing juga sama seperti anjing, mereka adalah haiwan dan akan menjadi jijik dan kotor apabila tidak dijaga dengan sempurna. Saya harap pihak tuan dapat memberikan penjelasan saintifik tentang mengapa anjing diharamkan seperti penjelasan saintifik yang telah saya peroleh tentang pengharaman babi. Setiap hukum memerlukan penjelasan dan saya amat memerlukan penjelasan tersebut. Allah tidak akan meletakkan hukum dengan sia-sia. Diharap pihak tuan dapat membalas e mail dengan segera berserta penjelasan yang sempurna. Saya hanya manusia yang sentiasa melakukan kesilapan. Ramai rakan saya yang bukan beragama islam bertanya tentang perkara ini dan saya tidak mampu menjelaskan kepada mereka dengan sempurna seperti bagaimana saya menjelaskan tentang babi. Wassalam...

Dijawab oleh: USTAZ SYAHRIL FAZLI BIN MAT HUSSAIN Hukum yang berkait dengan najis anjing bukan disandarkan pada ayat Al-Quran tetapi disandarkan kepada sunnah Nabawiyah. Kalau anda cari di dalam Al-Quran, tidak akan jumpa dalilnya. Bagi orang Islam sumber syariah selain daripada al-Quran iaitulah Sunnah Nabawiyah, Qias dan Ijma Ulama', Ulama'. Sunnah Nabawiyah adalah semua perbuatan, perkataan dan hal yang didiamkan oleh Rasulullah SAW. Kedudukan sunnah Nabawiyah adalah sama dengan AlQuran kerana pada hakikatnya adalah wahyu dari Allah swt juga, Hukum yang ditetapkan oleh al-Quran, hadis, Qias dan Ijma Ulama' adalah hukum yang sah dan wajib diterima pakai di sisi syariat Islam. Begitulah juga di dalam Al-Quran tidak pernah menyebut kewajipan solat sehari semalam sebanyak lima kali dan 17 rakaat. Al-quran juga tidak menyebut berkaitan dengan najis yang dimaafkan, kotoran manusia dan air kencing. Walaupun al-Quran tidak menyebutnya, tetap kita mengatakan ianya bernajis dan tidak boleh dimakan atau minum. Begitulah juga apabila seseorang selesai membuang air kecil atau besar tidak terus menunaikan solat walaupun al-Quran tidak menyebut kenajisannya. Hal ini kerana najis demikian disebut dalam sunnah Nabawiyah. Dalam memahami syariah Islam, kita diharamkan hanya berdalil pada Al-Quran sahaja tanpa melihat kepada sunnah Nabawiyah. Kufur kepada sunnah Nabawiyah sama seperti kufur kepada Al-Quran. Karena sunnah Nabawiyah itu bersumber dari wahyu Allah SWT juga. Adapun dalil

dari sunnah Nabawiyah yang telah diterima semua ulama tentang najisnya air liur anjing adalah sebagai berikut: Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Bila seekor anjing minum dari bekas milik kalian, maka cucilah 7 kali." Dari Abi Hurairah ra bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Sucinya bekas kalian yang dimasuki mulut anjing adalah dengan mencucinya 7 kali." Menurut riwayat Ahmad dan Muslim disebutkan salahsatunya dengan tanah. Maka seluruh ulama sepakat bahawa air liur anjing itu najis, bahkan kedudukan najisnya adalah najis yang berat (mughallazhah), kerana untuk mensucikannya dengan menggunakan tujuh kali air dan salah satunya dengan menggunakan air tanah, sama seperti najis babi. Bagi Mazhab As-Syafiiey Makkiiyyah dan Al-Hanabilah sepakat mengatakan bahawa bukan hanya air liurnya sahaja yang bernajis, tetapi seluruh tubuh anjing itu hukumnya najis berat, termasuk air peluhnya. Bahkan haiwan lain yang kahwin dengan anjing, akan ikut hukum yang sama juga (iaitu najis yang berat). Pada pandangan Syafiieyy Makkiiyyah badan air liur dan mulut anjing adalah najis kerana sumber air liur itu datangnya dari badan. Maka badannya itu juga merupakan sumber kepada najis. Termasuklah air yang keluar dari tubuh badan anjing itu sendiri seperti air kecil, air besar dan peluhnya. Pendapat tentang najisnya seluruh tubuh anjing ini juga dikuatkan dengan hadis lain seperti: Bahwa Rasululah SAW diundang masuk ke rumah salah seorang kaum dan beliau mendatangi undangan itu. Di waktu lainya, kaum yang lain mengundangnya dan beliau tidak mendatanginya. Ketika ditanyakan kepada beliau apa sebabnya beliau tidak mendatangi undangan yang kedua, beliau bersabda: "Di rumah yang kedua ada anjing sedangkan di rumah yang pertama hanya ada kucing. Dan kucing itu tidaklah najis." (HR Al-Hakim dan Ad-Daruquthuny). Jelas kepada kita hadis ini menunjukkan bahawa kucing itu tidak najis, sedangkan anjing itu adalah najis. Wallahua'lam.

Email from: Muhd Zumairi photo by: La-Vita-a-Bella

Read more: Aby RAd's blog: Mengapa Anjing Diharamkan? http://abyrad.blogspot.com/2010/05/mengapa-anjing-diharamkan.html#ixzz1M5SpfYf5

BINATANG YANG HALAL DAN HARAM


Januari 1, 2007

Ahmad Nizam Hukum dan Fatwa 3 Komen

Rate This Oleh: Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir Dewan Pengajian Ibn Qayyim al-Jauziyyah

Pendahuluan:
Risalah ini adalah jawapan kepada suatu soalan yang dikemukakan kepada penulis di Surau Taman Pauh Jaya, Seberang Perai. Ia mengandungi beberapa dalil yang digunakan oleh para ulama bagi menyokong pendirian mereka berhubung halal atau haram memakan benda-benda tertentu khususnya yang berkaitan dengan jenis haiwan. Ia hanya disebut secara ringkas dan tidak dibuat nota kaki berhubung sumber-sumber rujukan. Tujuannya ialah untuk mengelakkan dari risalah ini menjadi terlalu panjang. Sesuatu yang telah disepakati oleh para ulama ialah: asal hukum dalam semua perkara -kecuali ibadah yang mempunyai kaedah lain- adalah harus hingga datang dalil yang menunjukkan kepada haram. Ini berdasarkan kaedah: Perkara yang haram ialah apa yang diharamkan oleh Allah dan rasul-Nya manakala apa yang didiamkan daripadanya adalah suatu yang dimaafkan. Sungguhpun begitu al-Quran telah memberikan panduan tentang makanan yang bagaimanakah yang perlu dan boleh dimakan. i- Firman Allah SWT: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan; karena sesungguhnya setan itu adalah musuh yang nyata bagimu (al-Baqarah:168) ii- Firman Allah SWT: Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-Araf:157) Al-Quran telah menegaskan bahawa makanan yang dihalalkan oleh Allah ialah yang baik-baik sahaja. Justeru itu makanan yang memudaratkan agama dan kesihatan adalah haram dan termasuk di dalam al-khbaith.

Perkara-perkara yang diharamkan:


1) Bangkai. Ini berdasarkan firman Allah SWT: Katakanlah: Tiadalah aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau

darah yang mengalir atau daging babi, karena sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barang siapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (al-Anam:145)

Termasuk di dalam kategori bangkai ialah haiwan:


1. yang mati tercekik atau dicekik. 2. yang mati kerana dipukul samada dengan kayu atau dihempap dengan sesuatu atau dikejutkan. 3. yang mati kerana terjatuh atau dijatuhkan dari tempat tinggi, termasuk juga yang dicampak ke dalam perigi dan seumpamanya. 4. yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain. 5. yang mati kerana dimakan binatang lain, sekalipun anjing pemburu yang terlatih. Dalilnya ialah firman Allah SWT: Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. (al-Maidah:3) Ayat 3 surah al-Maidah ini mengecualikan mana-mana yang tersebut yang sempat disembelih secara syarie selagi ia belum mati. 2) Darah yang mengalir. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Ibn Abbas r.a telah ditanya tentang limpa, lalu beliau menjawab: makanlah, lalu mereka berkata: ia adalah darah, jawab beliau: yang diharamkan kepada kamu hanyalah darah yang mengalir. 3) Babi. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Ayat-ayat tersebut hanya menyebut daging, ini menyebabkab segelintir manusia menyangka selain dari daging babi seperti tulang dan lemaknya adalah halal. Sedangkan yang sahih ialah: setiap yang berasal darinya adalah haram dan hanya daging yang disebut kerana kebiasaannya daging itu yang dimakan. 4) Sembelihan untuk selain daripada Allah. Dalilnya ialah ayat-ayat di atas. Maksudnya ialah binatang disebutkan nama selain dari Allah semasa penyembelihan itu. Begitu juga sembelihan yang ditujukan kepada selain daripada Allah, samada disebut namanya atau

tidak semasa penyembelihan, bahkan sekalipun dibacakan bismillah. Menurut pengarang Fath alMajid fi Syarh Kitab al-Tawhid: Ini kerana sembelihan untuk berhala (an-Nusb) menunjukkan pengagungan untuk taghut sekalipun tidak dilafazkan namanya. Maka ia sama dengan sembelihan yang disebut nama selain Allah. Jika diharamkan kerana disebut: dengan nama alMasih dan sebagainya, maka memaksudnya adalah lebih aula untuk diharamkan. Sebabnya, ibadat kepada selain dari Allah adalah lebih besar kekufurannya berbanding yang memohon kepada selain Allah. Oleh yang demikian, jika haiwan itu disembelih untuk selain dari Allah sebagai ibadah (taqarrub), hukumnya haram sekalipun disebut bismillah. 5) Semua binatang buas (as-Siba) yang bertaring. Kata Ibn al-Athir: iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. Sabda Nabi SAW: Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram. (Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Thalabah al-Khusyani). Al-Syafie berpandangan bahawa as-siba yang diharamkan ialah yang menyerang manusia seperti singa, harimau dan serigala. Oleh itu dubuk dan musang adalah halal. Abu Hanifah pula berpendapat bahawa karnivor adalah as-sabu di antaranya: gajah, dubuk dan kucing. Semuanya haram disisinya. Hujah al-Syafie berhubung dengan dubuk: 1. ia tiada taring, sebaliknya semua giginya memang sama tajam. 2. Andai kata diterima bahawa ia memiliki taring, ia bukan dari kategori as-siba yang disebut di dalam hadith. Pendapat ini dipersetujui oleh Ibn al-Qayyim. 3. Hadith Jabir. Beliau ditanya tentang dubuk: Adakah dubuk binatang buruan? Jawabnya: ya. Beliau ditanya lagi: adakah ini disabdakan oleh nabi SAW? Jawabnya: ya. (Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan disahihkannya serta an-Nasa-i dan Ibn Majah. Disahihkan juga oleh al-Hakim). 6) Semua jenis burung berkuku tajam dan menyambar. Dalilnya ialah hadith Ibn Abbas, katanya: Rasulullah SAW melarang (memakan) setiap yang bertaring dari binatang buas dan setiap yang berkuku (claw) dari burung. (Riwayat Muslim) Adapun yang dimaksudkan dengan burung yang mempunyai kuku ialah: yang kukunya tajam digunakan untuk menangkap dan melukakan serta mengoyak mangsa. Contohnya: helang, enggang, gagak dan layang-layang. Dikecualikan daripadanya: merpati dan burung-burung kecil; kerana ia termasuk dalam al-mustatob (perkara yang dipandang baik). 7) Keldai peliharaan. Di antara perkara yang diharamkan oleh Nabi SAW dalam peperangan Khaibar ialah keldai peliharaan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kata al-Allamah Siddiq hasan Khan: Ramai dikalangan umat Arab yang memiliki naluri yang sejahtera mengharamkannya dan dia melihat syaitan. Sabda Nabi SAW: Apabila kamu mendengar suara keldai, maka mohonlah perlindungan Allah dari syaitan; sesungguhnya dia melihat syaitan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Para ulama sepakat tentang halalnya keldai liar -dan kuda belang dan seladang-. Nabi SAW telah dihadiahkan dengan keldai liar lalu baginda memakannya. (Riwayat al-Bukhari dari hadith Abi Qatadah). Al-Jallalah (Binatang yang memakan kotoran). Iaitu binatang yang memakan kotoran dan sesuatu yang menjijikkan. Ibn Hazm menghadkannya hanya kepada yang berkaki empat sedangkan Ibn Hajar menyatakan ianya umum. Dalilnya: i- Hadith Ibn Umar: Rasulullah SAW melarang dari memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah dan at-Tirmizi yang mensahihkannya). ii- Hadith Ibn Abbas: Larangan itu ialah tentang memakan al-jallalah dan meminum susunya. (Riwayat Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi, an-Nasa-i, Ibn Majah, al-Hakim. At-Tirmizi mensahihkannya). Kata al-Hafiz dalam al-Fath: ia adalah yang paling sahih dalam bab ini. Kata al-Albani: zahir hadith memihak kepada Ibn Hazm lantaran disebut tentang susunya. Sungguhpun begitu, para ulama meluaskannya kepada yang lebih umum sebagaimana yang disebut oleh Ibn Hajar. Kata al-Baghawi: kemudian hukum tentang binatang yang memakan kotoran, hendaklah dilihat: jika ia hanya memakannya kadang-kadang, maka ia bukan al-jallalah; justeru tidak haram dimakan seperti ayam dan sebagainya. Kata Ibn Hazm: telah sahih bahawa Abu Musa mengurung ayam (bertujuan membersihkan makanannya), jika didapati memakan kotoran. Berhubung hal ini para ulama berbeza pendapat:
y y

Ahmad, ath-Thauri dan al-Syafiiyyah berpendapat memakan al-jallalah adalah haram. Inilah yang ditegaskan oleh Ibn Daqiq al-Eid. Sebahagian yang lain menyatakan hukumnya adalah makruh sahaja.

Hukum memakan haiwan halal yang memakan bahan dari daging babi. 1. Pendapat Malik dan sebahagian ulama: daging dan telurnya harus dimakan; kerana makanan yang najis itu dapat disucikan dengan istihalah (seperti mengurungnya). 2. Pendapat sebahagian yang lain seperti ath-Thauri, al-Syafie dan Ahmad: haram memakan daging, telur dan susunya. 3. Pendapat yang lain: jika kebanyakan makanannya adalah najis, maka dia adalah jallalah dan tidak boleh dimakan. Sebaliknya jika kebanyakan makanannya bukan najis, ia boleh dimakan.

Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi mentarjihkan pendapat yang mendetailkan keadaan.

Illah bagi keharaman al-jallalah ialah kenajisan. Illah itulah yang mengubah daging dan susunya dari halal kepada haram. Jadi apabila illat itu hilang dengan cara mengurungnya atau yang seumpama itu, hilanglah hukumnya berdasarkan kaedah: Oleh demikian, tiada lagi ruang untuk mengharamkannya kerana ia adalah halal asalnya dan diharamkan lantaran halangan (najis). Apabila hilang najis, hilang haram. Pendapat inilah yang sahih sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafiz dalam al-Fath dan alAlbani. Namun tiada satu had yang ditentukan dalam mengurung/membersihkan binatang itu sekalipun memang sahih bahawa Umar mengurung ayam al-jallalah selama 3 hari. Kata Siddiq Hasan Khan: barangsiapa yang mendakwa bahawa najis itu masih kekal, sedangkan nama dan sifatnya sudah pergi, hendaklah memberikan dalil. 9) Anjing dan kucing. Hampir tiada khilaf di kalangan ulama tentang pengharaman anjing melainkan satu riwayat pandangan Malik yang menyatakannya sebagai halal. Sungguhpun begitu, sebahagian ulama Malikiyyah (khususnya yang mutaakhkhirin) menyanggahi pandangannya itu. Pengharaman anjing dating dengan beberapa faktor: 1. ia adalah najis menurut jumhur ulama; lantaran arahan nabi SAW supaya bekas yang dijilat oleh anjing hendaklah dibasuh 7 kali yang pertama dengan air tanah. (Riwayat Muslim). 2. ia termasuk di dalam al-mustakhbath (yang dipandang jijik); ia memakan kotoran. 3. larangan nabi SAW daripada memakan harga anjing dan kucing. (Riwayat as-sahih). Dalil keharaman kucing pula disebut di dalam hadith Jabir: Bahawasanya nabi SAW telah melarang dari memakan kucing dan harganya. (Riwayat Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah, dalam isnad hadith ini Muhammad Bin Zaid dhaif). Sungguhpun begitu, ia dikuatkan dengan dalil yang sama tentang keharaman anjing di atas. Menurut ulama, tiada beza hukum di antara kucing liar ataupun jinak, melainkan salah satu pandangan al-Syafiyyah yang menyatakan halal kucing liar. 10) Semua jenis binatang yang menjijikkan. Firman Allah SWT: dan Dia menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk (al-Araf:157) Kebanyakan ulama memberikan garis panduan dalam hal ini seperi berikut: 1. Apa yang dipandang jijik dan kotor oleh manusia (yang murni fitrahnya) dari jenis haiwan bukan kerana sesuatu illah atau kerana tidak biasa sebaliknya semata-mata kerana menganggapnya jijik, maka ia adalah haram.

2. Apabila sebahagian manusia menganggapnya jijik sedangkan yang tidak, maka yang diambil kira ialah tanggap majoriti. Sungguhpun begitu, al-Albani mempersoalkan tentang kesukaran menetukan yang manakah padangan teramai dan ia juga membabitkan soal budaya dan seumpamanya. Oleh itu menurutnya, yang paling tepat ialah: setiap yang jijik di sisi syara itu tentulah akan memudaratkan diri dan agama manusia. Kebanyakan haiwan yang tidak dimakan oleh manusia sedangkan tiada dalil yang jelas menunjukkan ia haram, merupakan haiwan dari kategori ini. 11) Semua binatang yang diarahkan untuk dibunuh atau dilarang dari dibunuh. Sebilangan ulama berpendapat bahawa binatang-binatang yang dilarang oleh nabi SAW dari membunuhnya atau yang diarahkan untuk membunuhnya adalah haram. Binatang yang diarahkan bunuh: Sabda nabi SAW: Dari Aisyah bahawa rasul SAW bersabda: 5 jenis binatang semuanya fawasiq boleh dibunuh di Tanah Haram: burung gagak, burung layang-layang, kala jengking, tikus, anjing dan al-aqur (sejenis binatang yang menggigit). (Riwayat al-Bukhari, Muslim, at-Tirmizi dan an-Nasai). Binatang yang dilarang bunuh: Sabda nabi SAW: Dari Ibn Abbas bahawa nabi SAW telah melarang daripada membunuh 4 jenis binatang: semut, lebah, belatuk dan nuri. 12) Binatang beracun samada yang ikan atau selainnya, diburu atau dijumpai mati. Ini adalah jelas kerana Islam melarang al-khabaith. Juga dengan umum ayat: Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orangorang yang berbuat baik. (al-Baqarah:195) 13) Haiwan 2 alam: Kata al-Qadi Ibn al-Arabi: Pendapat yang sahih berhubung haiwan yang hidup di darat dan air ialah dilarang; kerana terdapat percanggahan dalil halal dan haram. Lalu kami memenangkan dalil haram sebagai langkah berhati-hati (ihtiyat). Sementara sebilangan ulama pula berpandangan bahawa semua haiwan yang memang hidup di laut adalah halal sekalipun ia mungkin boleh hidup di daratan kecuali katak kerana ada dalil lain berhubungnya. 14) Binatang yang tidak disebutkan statusnya: Berdasarkan sabda nabi SAW:

Apa yang Allah halalkan di dalam kitab-Nya, maka ia halal. Apa yang Allah haramkan, maka ia haram. Apa yang Allah diamkan tentangnya, maka ia adalah dimaafkan. (Riwayat al-Bazzar dan katanya: sanadnya sahih, juga disahihkan oleh al-Hakim). 15) Contoh-contoh

binatang yang diperselisihkan hukumnya:

a) landak: - yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan Ahmad - yang menghalalkannya: Malik dan Syafie Dalil yang mengharamkannya, ialah hadith dari Ibn Umar dalam riwayat Ahmad dan Abu Daud. Namun isnadnya dhaif. Oleh itu yang rajih ialah: halal. b) katak: - yang menghalalkannya: Malik Dalilnya: Umum ayat Allah: Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai makanan yang lezat bagimu, dan bagi orang-orang yang dalam perjalanan (al-Maidah:96) ii- Umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan. Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya. (Riwayat Malik, al-Syafie dan imam yang empat). Kedua-dua dalil ini umum tentang hidupan / haiwan di laut (air), lalu ia mencakupi katak; kerana katak termasuk dalam kategori soidul bahr. - yang mengharamkannya: Ahmad Dalilnya: Hadith Abd. Rahman Bin Uthman tentang seorang doctor bertanya kepada nabi SAW tentang hukum menjadikan katak sebagai ubat (untuk dimakan), lalu nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat disahihkan oleh al-Hakim. Dalam sanadnya ada Said Bin Khalid alQurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yang boleh dibuat hujah dengannya). Justeru itu, jika nabi melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah untuk suatu yang penting seperti dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia memang haram dimakan. Ini kerana nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin kerana kehormatannya seperti manusia atau kerana haram dimakan seperti katak. Asy-Syawkani pula seakan-akan tidak bersetuju dengan kaedah binatang yang dilarang bunuh bererti haram dimakan; lantaran baginya ia tidak jelas. Namun yang rajih ialah: katak haram dimakan. c) buaya:

yang menghalalkannya: Malik, Syafie dan sebahagian yang lain. Ini kerana ia termasuk di dalam soidul bahr. Oleh itu tentulah ia terkandung di dalam ayat surah alMaidah:96 tersebut. yang mengharamkannya: Abu Hanifah dan sebahagian lain. Ini kerana ia termasuk di dalam binatang buas, lalu termasuk di dalam kategori bintang buas bertaring.

Kata Ibn Baz: masalah ini adalah ijtihadiyyah dan perbahasannya luas, namun yang lebih ahwat (berhati-hati) ialah meninggalkan daripada memakannya; mengambil kira khilaf yang wujud di samping langkah berjaga-jaga mengelakkan larangan. d) dubuk: telah dibincangkan sebelum ini. Penutup: Ini adalah yang dapat diusahakan berhubung persoalan halal dan haramnya binatang-binatang yang mempunyai berbagai-bagai spesis. Pendetailan tajuk boleh dirujuk di dalam kitab-kitab tafsir dan hadith ahkam serta buku-buku Fiqh.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radiallahuanhu berkata: "Telah bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang maksudnya: "Jibril datang kepadaku dan berkata: "Tadi malam saya datang kepada Tuan, tidak ada yang menghalangiku untuk aku masuk ke rumah yang Tuan ada di dalamnya, kecuali pintu rumah ada patungpatung lelaki, di dalam rumah ada kelambu yang juga ada gambar patung dan di dalam rumah juga ada anjing. Maka perintahkanlah supaya kepala patung yang ada di pintu itu dipotong dijadikan seperti bentuk pohon dan perintahkanlah supaya kelambu itu dipotong dan dijadikan daripadanya dua bantal buat sandaran dan diduduki, dan perintahlah dengan anjing itu supaya dikeluarkan, maka Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaksanakan semua itu." Ada pun anjing itu adalah anak anjing kepunyaan Husain atau Hasan di bawah tempat tidurnya, maka Rasulullah memerintahkannya, maka dikeluarkannya (anjing itu)." (Hadis riwayat Tirmidzi)

Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila anjing menjilat air yang berada dalam bekas salah seorang daripada kamu, hendaklah dituangkan air tersebut, seterusnya basuhlah iaitu samaklah sebanyak tujuh kali Hadis Adiy bin Hatim r.a katanya: Wahai Rasulullah, aku telah melepaskan anjing-anjing yang sudah terlatih untuk berburu, anjing-anjing tersebut membawa binatang buruan itu kepadaku. Aku telah pun membaca Bismillah (menyebut nama Allah) padanya. Baginda bersabda: Apabila kamu menyuruh anjingmu yang telah terlatih dan kamu telah pun menyebut nama Allah atasnya, maka makanlah binatang buruan itu. Aku bertanya: Sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya? Baginda menjawab: Ya, sekalipun anjing-anjing itu telah membunuhnya jika tidak ada anjing lain yang turut bersamanya. Aku bertanya lagi kepada baginda: Bagaimana jika aku memburu binatang dengan menggunakan panah lalu terkena tidak melalui matanya. Baginda menjawab: Apabila kamu memburu dengan menggunakan panah lalu terkena melalui matanya, maka makanlah. Tetapi jika terkena dari bahagian belakangnya (bukan dengan matanya) maka janganlah

kamu makan Hadis Ibnu Abbas r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang terdapat anjing atau gambar-gambar Hadis Ibnu Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang memelihara anjing selain dari anjing untuk menjaga ternakan dan anjing untuk berburu, maka setiap hari pahala amalannya dikurangkan sebanyak dua qirat (kinayah iaitu ibarat bagi ganjaran pahala yang sangat besar)