Anda di halaman 1dari 23

berasaskan perkara-perkara yang terkandung dalam APP 2011.

Ketidakpatuhan Ketua Jabatan terhadap APP 2011 boleh menjejaskan Key Performance Indicator (KPI) Kementerian yang telah ditetapkan oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pemantauan dan kawalan secara berhemat hendaklah dilaksanakan memandangkan peruntukan kewangan tahun 2011 adalah terhad. Oleh yang demikian, peruntukan hendaklah digunakan secara optimum dan diagihkan secara saksama mengikut keutamaan serta mempunyai elemen value for money selaras dengan pengurusan kewangan yang telus dan berintegriti.

1.3

Keseluruhan

peruntukan

KPM

pada

tahun

2011

berjumlah

RM35,762,962,700 yang merupakan 18.03% daripada Anggaran Perbelanjaan Persekutuan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM29,360,378,000 bagi Belanja Mengurus (B41) termasuk Badan Berkanun (Majlis Peperiksaan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka) dan RM6,402,584,700 bagi Belanja Pembangunan (P41). Jumlah keseluruhan peruntukan ini menunjukkan pertambahan

sebanyak 12.14% berbanding peruntukan tahun 2010. Jika dilihat dengan lebih terperinci, pertambahan peruntukan di bawah B41 tahun 2011 adalah sebanyak RM2,866,373,000 atau 10.82% berbanding peruntukan yang diluluskan pada tahun 2010 yang berjumlah RM26,494,005,000. Sebahagian besar daripada peningkatan di dalam peruntukan tahun 2011 merupakan peruntukan emolumen sebanyak RM1,147,356,700, iaitu peningkatan sebanyak 5.67% dan

menyebabkan peruntukan bagi program dan aktiviti KPM bukan emolumen pada tahun 2011 masih tidak mencukupi.

1.4

Peruntukan bagi program/aktiviti yang terhad tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melaksanakan program/aktiviti yang telah diatur oleh KPM. Melalui perancangan dan strategi-strategi pelaksanaan perbelanjaan yang berkesan, program dan aktiviti KPM dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2.0

PERBELANJAAN MENGURUS 2.1 Perbandingan peruntukan B41 KPM bagi tahun 2010 dan 2011 mengikut komponen Modified Budgeting System (MBS) dan Objek Am (OA) adalah seperti berikut:

TAHUN 2010 KOMPONEN MBS (RM) / (%) (a) DASAR SEDIA ADA 23,474,937,600 88.60% 2,889,322,900 10.90% 0 0% 129,744,500 0.49% 26,494,005,000 100%

TAHUN 2011 (RM) / (%) (b) 25,106,108,400 85.51% 4,051,586,600 13.80% 58,957,000 0.20% 143,726,000 0.49% 29,360,378,000 100%

PERBEZAAN (RM) / (%) (c) = (b) - (a) 1,631,170,800 6.95% 1,162,263,700 40.23% 58,957,000 0% 13,981,500 10.78% 2,866,373,000 10.82%

ONE-OFF PERLUASAN PROGRAM SEDIA ADA PEMBUKAAN INSTITUSI BARU JUMLAH

TAHUN 2010 OBJEK AM (OA) (RM) / (%) (a) 10000 20,226,682,500 76.34% 2,350,220,930 8.87% 160,833,770 0.61% 3,756,225,000 14.18% 12,800 0.0001% 26,494,005,000 100%

TAHUN 2011 (RM) / (%) (b) 21,374,039,200 72.80% 3,571,719,700 12.17% 357,561,300 1.22% 4,057,047,800 13.82% 10,000 0.0001% 29,360,378,000 100%

PERBEZAAN (RM) / (%) (c) = (b) - (a) 1,147,356,700 5.67% 1,221,498,770 51.97% 196,727,530 122.32% 300,822,800 8.00% (2,800) (21.88) 2,866,373,000 10.82%

20000

30000

40000

50000

JUMLAH

2.2 Peruntukan

Dasar Baru

(DB) sebanyak RM202,683,000

adalah

melibatkan peruntukan Belanja Mengurus bagi Pembukaan Institusi Baru (PIB) serta Perluasan Program Sedia Ada (PPSA). 2.3 Peruntukan One-Off tidak hanya melibatkan bantuan pelajar dan bertugas di luar negara, malahan telah diperluaskan kepada

penyelenggaraan, perolehan harta modal, serta program National Key Result Area (NKRA), Memartabatkan Bahasa Malaysia dan

Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan Ministry Key Result Area (MKRA). Senarai penuh aktiviti yang diletakkan di bawah program OneOff adalah seperti di Lampiran A. 3.0 AGIHAN WARAN 3.1 Bahagian Kewangan akan mengagihkan waran peruntukan pertama kepada jabatan/bahagian pada 5 Januari 2011. 3.2 Permohonan peruntukan bagi institusi baru tahun 2011 hendaklah dipohon oleh Ketua Jabatan/Ketua Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum institusi baru tersebut mula beroperasi. 3.3 Peratusan agihan waran pertama tahun 2011 kepada jabatan/bahagian adalah seperti berikut: i. Dasar Sedia Ada (DSA):
PERATUS AGIHAN (%) 50-100

OBJEK AM 10000

CATATAN Bagi OS11000, OS12000, OS13000 (100%) Bagi OS14000 dan OS15000 (50%) Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan Agihan seterusnya akan dibuat secara berperingkat mengikut keperluan

20000

50

40000

50

50000

50

ii.

Dasar Baru:

OBJEK AM 10000 20000

PERATUS AGIHAN (%) 1-100 1-100 Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan. Agihan peruntukan adalah mengikut keperluan. CATATAN

iii.

One-Off :

OBJEK AM

PERATUS AGIHAN (%) 50-100 Bagi OS11000, OS12000, OS13000 (100%) Bagi OS14000 dan OS15000 (50%). Agihan seterusnya akan dibuat secara CATATAN

10000

20000

50

berperingkat mengikut keperluan. Agihan seterusnya akan dibuat secara

30000

50

berperingkat mengikut keperluan. Agihan seterusnya akan dibuat secara

40000

50-100

berperingkat mengikut keperluan.

3.4 Bahagian/JPN/PPD hendaklah memastikan bahawa waran peruntukan pertama yang diterima direkod di dalam vot e-SPKB/manual sebaik sahaja diterima. Sekiranya waran pertama tersebut perlu diagihkan (waran peruntukan kecil), ia hendaklah dibuat dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh waran pertama diterima. Bahagian Kewangan boleh menarik balik peruntukan tersebut jika

Bahagian/JPN/PPD gagal mematuhi peraturan ini. 3.5 Pemberian geran kepada Badan Berkanun akan diagihkan mengikut suku tahun setelah mendapat kelulusan Perbendaharaan Malaysia.

3.6 Penyelaras bagi fungsi penyenggaraan peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dipertanggungjawabkan kepada jabatan/bahagian berikut:
PENYENGGARA Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) INSTITUSI TERLIBAT Semua Bahagian di KPM kecuali Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Semua agensi di negeri terdiri daripada JPN, Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Cawangan Bahagian Audit Sekolah (BAS), Cawangan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Pusat Kokurikulum. BTP, BTP Negeri, Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Bahagian (PTPB), Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan semua sekolah di bawah KPM kecuali Sekolah Amanah. Bahagian Pengurusan Matrikulasi (BM) Institut Pendidikan Guru KPM (IPGKPM) Institut Pendidikan Guru (IPG). Kolej-kolej Matrikulasi KPM.

4.0

KAWALAN PERBELANJAAN

4.1 Ketua Jabatan hendaklah memastikan perbelanjaan dibuat secara berkesan dan berhemat. Pelaksanaan sesuatu program/aktiviti/projek hendaklah selaras dengan jumlah peruntukan yang telah diluluskan. Bagi memastikan perbelanjaan tahun 2011 dilaksanakan dengan terancang, berikut adalah antara tindakan-tindakan yang akan/perlu diambil:

4.1.1 Kawalan Perbelanjaan hendaklah dibuat dengan teliti melalui pemantauan berkala supaya tidak berlaku perbelanjaan tanpa peruntukan dan perbelanjaan melebihi peruntukan.

4.1.2 Bagi perbelanjaan mengunjungi wilayah asal, Ketua Jabatan hendaklah memastikan perbelanjaan dicajkan di bawah OS15000.

4.1.3 Semua peruntukan guru ganti/KGSK untuk keperluan semua jenis sekolah dipertanggungjawabkan di bawah aktiviti masing-masing seperti di Lampiran B.

4.1.4 Penganjuran

majlis/anugerah/mesyuarat

dijalankan

secara

berhemat dan bersepadu.

4.1.5 Kod Perakaunan

i.

Semua

perbelanjaan

hendaklah Waran

dibuat

mengikut yang

program/aktiviti diturunkan; ii.

sepertimana

Peruntukan

semua terimaan mesti diakaunkan pada kod yang tepat mengikut jenis terimaan; dan

iii. bagi PTJ yang mempunyai Pusat Kos (PK), Bayaran Gaji dan pukal diperakaunkan mengikut PK.

4.1.6 Pembayaran bil dan penyelenggaraan Daftar Bil

Selaras dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2006, semua Ketua Jabatan perlu memastikan bil yang sempurna dibayar dalam tempoh 14 hari sepertimana AP 103(a). Ketua Jabatan perlu memantau semua bil supaya tidak berlaku kelewatan bayaran untuk mengelakkan aduan berulang. Bagi tujuan ini, satu Daftar Bil hendaklah diselenggara dengan teratur. Laporan Bil mestilah dihantar kepada Bahagian Akaun pada 16 haribulan dan 1 haribulan bulan berikutnya. 7

4.1.7 Pembayaran di bawah AP 58(a)

Semua bayaran terhadap perbelanjaan yang dibuat pada tahun semasa hendaklah dibuat dengan segera bagi mengelakkan bayaran melangkau tahun yang akan mengakibatkan bayaran di bawah AP 58(a). Antara langkah-langkah yang perlu diambil adalah seperti berikut:

i.

Tidak dibenarkan membuat komitmen baru selepas 31 Oktober 2011;

ii.

Memastikan pembayaran diselesaikan sebelum atau pada 31 Disember 2011; dan

iii. Semua

tunggakan

bil

dan

tuntutan

seperti

tuntutan

perjalanan, lebih masa dan lain-lain diselesaikan selewatlewatnya pada 31 Disember 2011.

4.2 Permohonan pindah/tambah/tarik balik peruntukan

4.2.1 Permohonan pindah/tambah peruntukan hanya dipertimbangkan pada bulan April, Julai dan Oktober tahun 2011 dan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan selewat-lewatnya pada 15 haribulan bulan tersebut.

4.2.2 Permohonan pindah/tambah dengan:

peruntukan hendaklah disertakan

i.

pengesahan baki peruntukan di PTJ (laporan e-SPKB) bersama;

ii.

justifikasi yang lengkap; dan

iii. ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/KPP/KPSU

(Pengurusan/Kewangan) sahaja.

4.2.3 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada Bahagian Kewangan mana-mana peruntukan yang tidak dapat dibelanjakan untuk ditarik balik berserta justifikasi yang lengkap dengan ditandatangani oleh Ketua Jabatan/Timbalan/Ketua

Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan/KPP/KPSU (Pengurusan/Kewangan) sahaja. Permohonan hendaklah

dikemukakan selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011 bagi membolehkan peruntukan tersebut diagih semula kepada

jabatan/bahagian yang memerlukan peruntukan tambahan.

4.2.4 Ketua Jabatan bertanggungjawab memastikan baki peruntukan yang akan ditarik balik tidak digunakan dan mencukupi bagi membolehkan waran tarik balik dilaksanakan. Waran tarik balik yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan wajib dikunci masuk (key-in) serta-merta di dalam sistem sebaik sahaja waran diterima. 4.2.5 Bahagian Kewangan berhak mengambil tindakan untuk menarik balik peruntukan sekiranya prestasi perbelanjaan tidak

memuaskan.

4.2.6 Arahan Perbendaharaan (AP) 59

Kes yang berkaitan ketidakpatuhan peraturan kewangan yang dikenakan tindakan di bawah AP 59 semakin meningkat dan tindakan tatatertib, surcaj atau undang-undang yang berkaitan akan disyorkan terhadap mana-mana anggota KPM yang melanggar peraturan ini. Oleh itu, Ketua Jabatan hendaklah memastikan kawalan dan pemantauan yang berkesan bagi mengelakkan berlakunya AP 59. Di antaranya adalah:

i. ii.

Perolehan tanpa Pesanan Kerajaan; Perolehan tanpa peruntukan; dan

iii. Perolehan tanpa mematuhi tatacara/peraturan perolehan. 9

4.3 Tuntutan pertukaran dan penempatan pertama

4.3.1 Pegawai dan kakitangan layak dibayar tuntutan pertukaran dan penempatan sekiranya:

i.

Diarah bertukar di atas kepentingan perkhidmatan seperti kenaikan pangkat, redeployment (penempatan semula); dan

ii.

Pegawai yang baru dilantik dan diberi penempatan pertama.

4.3.2 Pertukaran/perpindahan atas permohonan sendiri hanya boleh diluluskan dan dibayar tertakluk kepada kedudukan

peruntukan yang mencukupi ketika permohonan dikemukakan serta memenuhi syarat-syarat berikut:

i.

Pemohon telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di stesen terakhir sebelum bertukar; atau

ii.

Pemohon telah berkhidmat selama 3 tahun di kawasan pedalaman dan menerima sama ada Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) atau Elaun Khas Mengikut Lokasi Dan Tahap Kesusahan (EKMLTK).

4.4 Kelulusan pakej

4.4.1 Permohonan pakej untuk mesyuarat dan kursus/bengkel/seminar hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan tidak lewat daripada 14 hari dari tarikh program diadakan.

4.4.2 Mana-mana

permohonan

yang

tidak

lengkap

dan

lewat

dikemukakan tidak akan dipertimbangkan.

4.4.3 Tarikh akhir permohonan pakej bagi tahun 2011 ialah pada 1 Disember 2011.

10

4.5 Pinjaman kenderaan dan pinjaman komputer

4.5.1 Semua kelulusan pinjaman tersebut hendaklah direkod di dalam Buku Rekod Perkhidmatan (BRP).

4.5.2 Ketua Jabatan hendaklah memastikan potongan gaji peminjam dilaksanakan mengikut arahan yang telah ditetapkan.

5.0

PEMANTAUAN

5.1 Pemantauan terhadap perbelanjaan oleh jabatan/bahagian akan dibuat dengan lebih rapi dan secara berkala melalui:

5.1.1 Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA)

i.

Ketua

Jabatan

hendaklah

memastikan

pembentangan

laporan kewangan dibuat kepada JPKA masing-masing mengikut kekerapan dan peraturan yang ditetapkan di bawah PP Bil. 10 Tahun 2008 dan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 6 Tahun 2009; ii. Pematuhan terhadap PP dan Surat Pekeliling Kewangan (SPK) berkenaan diambil kira sebagai salah satu kriteria pemarkahan Star Rating Kementerian; dan iii. Penyelaras di peringkat jabatan/bahagian/institusi pendidikan adalah seperti di Lampiran C.

6.0

TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN

6.1 Ketua

Jabatan

adalah

bertanggungjawab

terhadap

pengurusan

kewangan jabatan/bahagian masing-masing dan memastikan bahawa:

i.

peraturan kewangan dipatuhi bagi mengelakkan teguran audit (Audit Negara/Audit Dalam/Audit Sekolah); 11

ii.

teguran audit (jika ada) dijawab dalam tempoh 30 hari dari tarikh laporan diterima;

iii.

perolehan barang-barang awam diuruskan dengan cekap, teratur dan sempurna mengikut peraturan dan tatacara perolehan;

iv.

sekurang-kurangnya 70% daripada jumlah peruntukan tahunan bagi perolehan bekalan dan perkhidmatan (tidak termasuk perkhidmatan perunding) dilaksanakan melalui Sistem e-

Perolehan bagi semua PTJ yang telah eP-enabled; v. Sebarang pindaan skop kerja asal penyelenggaraan bangunan di bawah OS28000 dan OS32000 diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing dan dimaklumkan kepada BPPA berdasarkan had penurunan kuasa yang telah diluluskan; vi. Sebarang pindaan terhadap senarai kelulusan Pegawai Pengawal untuk pembelian Harta Modal Yang Lain di bawah OS35000 hendaklah mendapatkan kelulusan semula Pegawai Pengawal; vii. Pembelian Harta Modal Yang Lain di bawah OS35000 hendaklah didaftarkan di dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA); viii. Pemasangan pendingin hawa yang menggunakan peruntukan Belanja Mengurus mendapat perakuan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Cawangan Mekanikal sebelum mendapatkan

kelulusan Pegawai Pengawal; ix. Perolehan mendapat peralatan ICT termasuk prasarana rangkaian ICT

kelulusan teknikal Jawatankuasa

Pemandu

(JPICT) KPM atau Jawatankuasa ICT JPN (bagi sekolah harian dan perolehan yang kurang dari RM50,000.00); dan x. Semua PTJ yang dilengkapi dengan sistem e-SPKB

melaksanakan pembayaran melalui sistem tersebut. Bagi PTJ yang tidak mempunyai kemudahan sistem e-SPKB, pembayaran boleh dibuat menggunakan kemudahan Kiosk e-SPKB yang ditempatkan di JPN/PPD.

12

7.0

PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

7.1 Penyaluran Bantuan Persekolahan kepada Murid Miskin Berdasarkan Bank Data Kemiskinan Nasional (eKASIH)

7.1.1 Mulai

tahun

2011, data

bantuan penerima

persekolahan berdasarkan

yang

akan dalam

menggunakan

eKASIH

kategori Miskin dan Miskin Tegar adalah bagi bantuan berikut:

Bil. a. b. c.

Jenis Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform (BPS) Rancangan Makanan Tambahan (RMT)

Kategori Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 1 sahaja Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 sahaja Tahun 1 hingga Tahun 6 sahaja

7.1.2 Ketua Jabatan hendaklah mengagihkan peruntukan yang diterima berdasarkan senarai penerima seperti dalam eKASIH yang dibekalkan oleh Bahagian Kewangan, KPM.

7.2 Tuntutan peruntukan Bantuan Makanan Asrama (BMA) bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:

Jenis Asrama Asrama Harian/SBP/Teknik/Sukan/Seni/SABK Asrama Sekolah Pendidikan Khas

Bil Hari Tuntutan BMA 250 hari 270 hari

7.3 Kadar Yuran Makan Asrama (YMA) yang perlu dikutip daripada ibu bapa/penjaga penghuni asrama adalah seperti berikut:
Jumlah Pendapatan Ibu Bapa/Penjaga Sebulan RM5,000 dan ke atas Kurang daripada RM5,000

Kadar YMA Sehari RM 3.00 RM 1.00

13

7.4 Bantuan-Bantuan Baru Persekolahan Tahun 2011 7.4.1 Bantuan Sukan Sekolah (BSS) Peruntukan bagi aktiviti sukan dan permainan telah diasingkan daripada Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) bagi menyokong pelaksanaan dasar 1 Murid 1 Sukan di bawah RMK-10 yang dikenali sebagai BSS. Kadar BSS adalah seperti berikut:

Sekolah

Kadar Setahun Julat Enrolmen Murid 1-50 51-100 RM400 sebuah sekolah 101 150 RM600 sebuah sekolah 151 dan ke atas RM4.00 seorang murid

Rendah

RM200 sebuah sekolah

Menengah Rendah (Pendidikan Khas) Menengah (Pendidikan Khas)

RM6.00 seorang murid RM2,500 sebuah sekolah RM5,000 sebuah sekolah

7.4.2 Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) Kadar BKK bagi sekolah rendah dan menengah (kecuali Sekolah Pendidikan Khas) dikurangkan berikutan pengwujudan BSS. Kadar BKK mulai tahun 2011 adalah seperti berikut:

Sekolah

Kadar Setahun Julat Enrolmen Murid 1-50 51-100 RM800 sebuah sekolah 101 150 RM1,200 sebuah sekolah 151 dan ke atas RM8.00 seorang murid

Rendah

RM400 sebuah sekolah

Menengah Rendah (Pendidikan Khas) Menengah (Pendidikan Khas)

RM10.00 seorang murid RM5,000 sebuah sekolah RM10,000 sebuah sekolah

14

7.4.3 Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) Kadar BKKA adalah seperti berikut:
Asrama Sekolah Rendah Sekolah Menengah Kadar Setahun RM15.00 seorang murid RM20.00 seorang murid

7.4.4 Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) Kadar BKKP ialah RM25.00 seorang murid setahun. 7.4.5 Bantuan Yuran Murid Prasekolah Swasta Kerajaan telah bersetuju memberi bantuan yuran murid

prasekolah swasta kepada ibu bapa/penjaga yang berpendapatan bulanan RM2,300 dan ke bawah sebanyak RM150.00 seorang murid sebulan (maksimum 10 bulan).

7.5 Program Susu 1Malaysia (PS1M)

Setiap murid sekolah rendah akan dibekalkan satu kotak susu seminggu (200ml sekotak).

7.6 Bantuan Bayaran Utiliti (Air dan Elektrik) bagi Sekolah Bantuan Kerajaan

Kerajaan bersetuju memberi bantuan kewangan bagi pembayaran utiliti (air dan elektrik sahaja) kepada Sekolah Bantuan Kerajaan maksimum RM 2000.00 sebulan tertakluk kepada bil sebenar.

15

8.0

PERJAWATAN

8.1 Arahan

penempatan

kakitangan

di

sesebuah

organisasi

mesti

berdasarkan Waran Perjawatan yang diluluskan oleh Agensi Pusat sama ada dari segi gred dan jawatannya.

8.2 Penempatan secara pentadbiran tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan Pegawai Pengawal.

9.0

TUGAS RASMI KE LUAR NEGARA 9.1 Semua tugas rasmi yang melibatkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan hendaklah mendapat perakuan/sokongan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) terlebih dahulu sebelum dikemukakan kepada Pegawai Pengawal untuk kelulusan.

9.2 Bagi semua lawatan/tugasan rasmi Y.A.B Menteri Pelajaran ke luar negara, jumlah pegawai pengiring adalah terhad kepada 2 orang pegawai sahaja, manakala bagi Y.B Timbalan Menteri Pelajaran adalah terhad kepada seorang pegawai sahaja. 9.3 Kekerapan tugasan/lawatan rasmi pegawai ke luar negara juga hendaklah dikurangkan dan bilangan pegawai dihadkan kepada jumlah yang paling minimum bagi setiap lawatan. 9.4 Bagi lawatan rasmi ke luar negara yang melibatkan murid, jumlah guru pengiring adalah mengikut nisbah 5 murid : 1 guru (tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi). 9.5 Semua permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang lengkap mesti dikemukakan ke Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet) untuk kelulusan Pegawai Pengawal tidak kurang daripada 7 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan.

16

9.6 Permohonan perjalanan tugas rasmi ke luar negara yang menggunakan peruntukan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah mesti

dikemukakan ke Bahagian Kewangan untuk mendapatkan persetujuan Pegawai Pengawal sebelum diangkat untuk kelulusan Perbendaharaan Malaysia. Permohonan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kewangan (Cawangan Bajet) tidak kurang daripada 14 hari bekerja sebelum tarikh perjalanan. 9.7 Bahagian Kewangan tidak akan mengemukakan permohonan

perjalanan rasmi ke luar negara untuk kelulusan Pegawai Pengawal sekiranya:i. ii. permohonan lewat diterima dari tempoh yang ditetapkan; permohonan tidak disertai dokumen yang lengkap;

iii. peruntukan jabatan/bahagian yang tidak mencukupi; dan iv. perjalanan telah dilakukan terlebih dahulu.

9.8 Perjalanan yang dilakukan tanpa kelulusan Pegawai Pengawal akan menyebabkan tuntutan tidak boleh dibayar dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.

10.0

PENUTUPAN AKAUN

10.1 Ketua Jabatan yang tidak menepati tahap varian yang dipersetujui di dalam Perjanjian Program bagi tahun 2011 dikehendaki menyediakan Laporan Pengecualian kepada Bahagian Kewangan berdasarkan kepada PP Bil. 2 Tahun 2009 selewat-lewatnya pada 1 Februari 2012 untuk dikemukakan kepada Perbendaharaan Malaysia.

17

Salinan Kepada :

Dalaman : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia Timbalan-timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia SUSK Menteri Pelajaran Malaysia SUSK Timbalan-Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia Luaran : Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia Bahagian Belanjawan Tingkat 7, Blok Utara Kompleks Kementerian Kewangan Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62050 PUTRAJAYA Akauntan Negara Malaysia Pejabat Akauntan Negara Malaysia Aras Eksekutif Tingkat 8, Blok 2G1A Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62594 PUTRAJAYA Ketua Audit Negara (Cawangan Pendidikan) Kementerian Pelajaran Malaysia Aras 9, Blok E12 Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 PUTRAJAYA

LAMPIRAN A

Senarai Aktiviti di bawah Program One-Off

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30.

Butiran 080100 080200 080300 080400 080500 080600 080700 080800 080900 081000 081100 081200 081300 081400 081500 081600 081700 081800 081900 082000 082100 082200 082300 082400 082500 082600 082700 082800 082900 083000

Aktiviti Bertugas Di Luar Negara NKRA : Education MBMMBI Perluasan Program Vokasional dan Kemahiran Kenderaan/Jentera Bermotor Harta Modal-Harta Modal Yang Lain Penyelenggaraan Sekolah dan Asrama Penyelenggaraan Bangunan Tanah dan Pembaikan Tanah Penyelenggaraan Genset Penyelenggaraan Telaga Tiub Penyelenggaraan Solar Hibrid Elaun Murid Berkeperluan Khas Bantuan Geran Perkapita Bantuan Kokurikulum Bantuan Sukan Yuran Khas Sekolah Projek Khas Murid Sekolah Berasrama Penuh Bantuan Makanan Asrama Rancangan Makanan Tambahan Bantuan Pakaian Seragam Pasukan Beruniform Perjalanan dan Pengangkutan Murid Bantuan Jaket Keselamatan Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Penan Bantuan Makanan Prasekolah Bantuan Geran Perkapita Prasekolah Emolumen Kakitangan Kontrak Pembelian Buku Teks NKRA: Low Income Household Program Susu 1Malaysia

LAMPIRAN B

Senarai Aktiviti dan Jenis Sekolah

Bil. 1. 2. 3. 4.

5. 6. 7. 8.

Aktiviti Rendah Menengah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Bahagian Pendidikan Islam Bahagian Pendidikan Khas Bahagian Sukan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

Jenis Sekolah Sekolah Rendah Harian Sekolah Menengah Harian Sekolah Menengah Teknik / Vokasional Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Sekolah Kecemerlangan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Sukan Sekolah Seni

LAMPIRAN C

PENYELARAS JPKA DI KPM Penyelaras JPKA di peringkat Bahagian, KPM

Penyelaras 1. Bahagian Kewangan Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP)

Bahagian Bahagian-bahagian di bawah Pengurusan Kementerian. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 1. 2. 3. 4. 1. 2. 3. 4. 5. 6. BPPDP Bahagian Buku Teks (BBT) Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) BPG Pengurusan Institut Pendidikan Guru (IPGM) Institut Aminuddin Baki (IAB) Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)

2.

3.

Bahagian Pendidikan Guru (BPG)

4.

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH)

BPSH Bahagian Pelajaran Swasta (BPS) Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) Bahagian Pendidikan Teknikal dan Vokasional (BPTV) Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/Kluster (BPSBP) 7. Bahagian Sukan (BS) 8. Bahagian Seni dan Kokurikulum (BSK)

LAMPIRAN C

Penyelaras JPKA di peringkat JPN/Institusi Pendidikan

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. BKew JPN BPTV BPKhas BSSK BPI BPSBP BM BTP BPG

Penyelaras

Jabatan/ Institusi Pendidikan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) PPD/ Sekolah PTJ Harian Sekolah Menengah Teknik & Vokasional Sekolah Pendidikan Khas Sekolah Sukan dan Seni Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kolej Matrikulasi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Institut Pendidikan Guru