Anda di halaman 1dari 4

Mimbar Musolla

B I L . 1 / 2 0 1 1 F E B 2 0 1 1 / R A B I U L A W W A L 1 4 3 2 H

SABDA

RASU-

LULLAH S.A.W : TIDAK SEMPURNA

Dia Kekasih Abadi


Maulidur Rasul saban tahun diraikan sebagai mengingati dan membuktikan rasa cinta kita kepada Junjungan mulia Rasulullah S.A.W. Sebagai umatnya yang tidak pernah melihat atau pun menatap wajah suci baginda, tentulah sukar untuk kita melafazkan kalimah cinta kepadanya tanpa kita terlebih dahulu mengenali sirah perjalanan hidup baginda. Begitu hebat rasa cinta baginda kepada umatnya begitu jualah hebatnya nur hidayah Ilahi dalam kita menyemai dan menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada Rasulullah S.A.W. Ketika detik-detik saat kewafatan baginda, Saidina Umar Al-khattab iaitu insan yang paling sukar untuk menerima hakikat tentang pemergian buat selama-lamanya baginda sehingga Saidina Abu Bakar As-Siddiq membacakan ayat wahyu Ilahi bermaksud : Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul (Utusan Allah), dan sudah pun didahului oleh beberapa orang rasul, jika demikian kalau ia pula mati atau terbunuh patutkah kamu berbalik (menjadi kufur).. (Surah Ali Imran ayat : 144). Jika itulah gambaran kecintaan yang dipamerkan oleh para sahabat kepada baginda..

IMAN KAMU SEHINGGA AKU LEBIH DICINTAINYA DARIPADA ANAK, IBU BAPA DAN MANUSIA SELURUHNYA (HADITH SAHIH RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM).

ISI KANDUNGAN:

Dia Kekasih Abadi

Bingkisan Rabiul 1 Awwal

(Bersambung di halaman 3)

Sunnah Yang Terhijab Sunnah Nabi.. Yang patut diikuti. Dia Kekasih Abadi

LAMBAIAN ZULHIJJAH BINGKISAN RABIUL AWWAL


Sirah Maulidur Rasulullah S.A.W.
Baginda dilahirkan pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571 Masihi. Bapa baginda bernama Abdullah Bin Abdul Mutalib dari keturunan Bani Hashim yang sangat mulia dikalangan masyarakat arab di Mekah ketika itu. Manakala ibu baginda bernama Aminah Binti Abdul Wahab juga dari golongan bangsawan arab ketika itu.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud : Sesungguhnya Allah Taala telah mencipta segala kejadian lalu dijadikan aku dari yang sebaiknya dan daripada golongan yang terbaik pula. Kemudian Allah memilih suku bangsa lalu dijadikan aku dari sebaik-baik suku bangsa. Kemudian Allah memilih keluarga, lalu dijadikan aku dari sebaik-baik keluarga, maka jadilah aku sebaikbaik diri daripada sebaik-baik keluarga dikalangan mereka (Hadis Riwayat At-Tirmizi).

Mutiara Hikmah 3 Nikmat Sementara

HALAMAN

Sunnah Yang Terhijab


Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu teladan yang baik bagi mu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (balasan baik) hari akhirat dan banyak menyebut (zikir) Allah (Surah Al-Ahzab : ayat 21)

Ada pun tujuan RasululHanyasanya dengan mengingati Allah hati pasti akan tenang.. lah diutuskan Allah kepada masyarakat arab jahiliah ketika itu adalah untuk menyempurnakan akhlak manusia yang semakin mirip kepada sifat kebinatangan yang tercela. Rasulullah bukan setakat mendidik manusia untuk beriman kepada Allah semata-mata tetapi kehadiran baginda telah Berjaya mengubah sikap buruk masyarakat arab ketika itu sehingga menjadi bangsa yang tinggi budi pekertinya. Baginda merupakan contoh ikutan yang terbaik

kerana setiap tutur kata, perbuatan dan sikap yang ditonjolkan baginda mampu menawan dan menjadi ikutan masyarakat arab ketika itu. Sebagai umatnya yang cintakan kedamaian dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat kita dianjurkan untuk menuruti segala tingkah laku yang ditunjukkan oleh baginda melalui bingkisan wahyu Ilahi dan sabdaan baginda. Di dalam Islam, setiap urusan kehidupan baik dari segi ibadah, muamalah (urusan harian), munaka-

hat (perkahwinan) dan urusan-urusan kehidupan yang lain berpandukan kepada Al -Quran dan Hadis. Semakin lama manusia alpa dibuai kemewahan hidup yang tidak terkawal, semakin jauhlah hati kita untuk menuruti sunnah hidup Rasulullah S.A.W. Walaupun ia hanyalah sunnah yang ringan tetapi dengan keberkatan perkara sekecil itulah yang mampu memberi syafaat (pertolongan) kita di hari perhitungan di padang mahsyar nanti. Wallahu alam..

Sunnah Nabi Yang Patut Diikuti.


1. Qiyamullail @ Tahajjud Kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. 2. Solat fardhu berjamaah Solat secara berjamaah mendapat ganjaran 27 kali ganda. 3. Membaca Al-Quran setiap hari Al-Quran adalah teman bicara yang terbaik untuk kita di dunia dan di akhirat. 4. Beristigfar @ taubat setiap masa. Sebaik pelaku kesalahan adalah yang sentiasa memohon keampunan. 5. Bersedekah setiap hari kerana disukai oleh Allah dan didoakan oleh Malaikat.

Ya Allah, hiasilah diriku dengan sifat-sifat agung Rasulullah S.A.W.

MIMBAR

MUSOLLA

BIL.

1/2011

HALAMAN

Dia Kekasih Abadi


bererti terkubur jua ajaran baginda buat selamanya. Baginda meninggalkan pusaka yang sangat berharga kepada umatnya iaitu Al-Quran dan Assunnah (Hadith) sebagai panduan hidup yang benar. Rasa kasih dan cinta baginda kepada umatnya tidak hanya berlegar di kalangan sahabat sahaja bahkan melangkaui pelbagai rantau dan benua di dunia ini. Inilah bukti cinta abadi baginda kepada umat manusia. Bukti kecintaan kita kepada Baginda. Seandainya kita perhatikan pada zaman kita ini, semakin ramai umat Islam yang tidak menghiraukan lagi tentang sambutan Maulidur Rasul disebabkan faktor kesibukan dalam mengejar kemewahan dunia. Nilai-nilai agama semakin diketepikan tanpa memikirkan kesan buruk dari penolakan kita terhadap perintah Allah yang ditetapkan dalam kehidupan seharian kita. Apabila Allah menguji kita dengan kesusahan barulah kita tanpa segan silu sibuk memohon bantuan dan pertolongan dariNya. Setiap masalah dan ujian kesusahan yang kita hadapi di dunia ini adalah sebagai kaedah untuk mendidik diri kita menjadi hambaNya yang sentiasa yakin dan percaya kepada kekuasaanNya. Kehidupan sementara yang kita lalui ini adalah medan untuk kita melakukan amal kebajikan sebanyak mungkin untuk menjadi bekalan hidup kita di alam akhirat nanti. Hakikatnya, Rasulullah adalah contoh ikutan yang terbaik kerana baginda merupakan pemimpin, suami, ayah dan datuk yang terbaik bagi sahabat, keluarganya dan umat baginda. Maka mengamalkan sunnah baginda adalah bukti kecintaan kita kepadaNya. "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu adalah contoh teladan yang terbaik..."
Surah Al-Ahzab ( ayat 21 ).

(Sambungan dari halaman 1)

Barang siapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakan nya dan berusaha meneladaninya (Imam Al-Qadhi Iyadh)

Rasulullah S.A.W. sehingga ke akhir hayatnya, bagaimana pula dengan diri kita sebagai umat akhir zaman yang tidak pernah langsung menatap wajah baginda boleh mengaku sebagai umatnya? Namun hakikatnya, Rasulullah S.A.W. tetap menyebut berulang kali dibibirnya kalimah umatku di penghujung hayatnya. Cinta dan kasih baginda kepada umatnya sangatla mendalam dan seluruh hidupnya dikorbankan demi kesejahteraan umatnya di dunia dan di akhirat nanti. Cinta Abadi Pemergian Rasulullah S.A.W. buat selama-lamanya, bukanlah

Mutiara Hikmah
Ada orang bertanya kepada Ibnu Abbas dan Saidina Ali : Apakah sebaik-baik hari, apakah sebaik-baik bulan dan apakah sebaik-baik amal? Jawab Ibnu Abbas : Sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, sebaik-baik bulan ialah bulan Ramadhan dan sebaik-baik amal ialah solat pada waktunya. Jawab Saidina Ali : sebaik-baik hari ialah hari keluarnya kita dari dunia (mati) dalam beriman, sebaik-baik bulan ialah yang di dalamnya kita bertaubat dengan sebenarnya dan sebaik amal ialah apa yang diterima Allah dari kita kecil hinggalah besar.
MIMBAR MUSOLLA

HALAMAN

Nikmat Sementara

Penciptaan

manusia adalah sebaik-baik kejadian. Manusia

dibekalkan akal dan nafsu untuk memandu dalam melayari kehidupan di dunia ini. Peranan anggota pancaindera membantu manusia melaksanakan setiap aktiviti harian dan kefardhuan kepada Allah S.W.T. Setiap anggota tubuh manusia saling kuat menguati antara satu sama lain. Allah tidak menjadikan setiap anggota tubuh manusia itu sia-sia tanpa manfaatnya. Manusia bergerak setiap saat memerlukan peranan dan kekuatan anggota badannya. Peranan mata umpamanya untuk memandang, telinga untuk mendengar, mulut untuk berkata-kata, hidung untuk bernafas dan juga deria bau. Namun hakikatnya, setiap anggota tubuh kita mempunyai peranan masing-masing dan ianya merupakan dalil yang jelas tentang kewujudan dan kekuasaan Allah sebagai pencipta kita. Ada ketikanya kita sentiasa alpa dan lalai kepada setiap apa yang diperintahkan oleh Allah seperti pelaksanaan hukum halal dan haram yang disyariatkan oleh Islam. Ketika kita asyik leka mengejar kemewahan hidup dan darjat di sisi manusia, kita lupa tuntutan hubungan sesama manusia (hablum minannas) yang dianjurkan oleh Islam supaya kita sentiasa berlaku adil dengan tidak menzalimi manusia sekeliling kita yang banyak membantu kejayaan kita hari ini. Ada ketikanya, hati kita berniat baik tetapi disebabkan kerakusan nafsu kita tindakan zalim di luar kesedaran telah kita lakukan untuk mencapai apa yang kita inginkan. Tanpa disedari mulut kita sanggup berdusta demi matlamat yang sementara. Kita sanggup memfitnah rakan sekerja demi pangkat yang belum pasti.

Natijahnya bahawa matlamat tidak menghalalkan cara perlulah diterapkan dalam minda kita bahawa setiap tindakan yang hendak kita laksanakan mestilah bertepatan dengan kehendak syarak tanpa berlaku penindasan sesama manusia. Kita mesti meyakini bahawa hari pembalasan (akhirat) pasti berlaku yang akan menghitung setiap amal baik dan buruk kita di muka bumi ini. Ketika itu, tangan, mulut, mata, telinga dan seluruh pancaindera kita akan menjadi saksi ke atas setiap amalan kita di dunia ini. Bertepatan firman Allah bermaksud : Hari ini kami paterikan (kunci) mulut mereka dan tangan mereka berbicara kepada kami dan kaki mereka menjadi saksi ke atas apa yang mereka kerjakan. (Surah Yasin : ayat 65).

Damba Kasih Mu
Tika waktu terus berlalu Sirah Nubuwwah Mu terus dipandu Memohon syafaat kasih sayang Mu Rindu umat yang tidak pernah bertemu Teguh mencintai diri Mu yang satu. Al-Quran dan Assunnah warisan suci Sebagai panduan insan yang lalai Setiap detik ajaran ditaati Untuk mencapai kasih yang abadi Apabila saat jasad kaku bersemadi Duhai Kekasih Hati Pujaan Budi pekerti Mu sebagai ikutan Dalam melayari bahtera kehidupan Sebagai panduan umat akhir zaman Terus semarak cinta berkekalan Di saat waktu ajal bertamu Penuh ketenangan jiwa Mu berlalu Deraian air mata syahdu Iringi detik pemergian Mu Tetap terpahat rindu dari umat Mu... Ya Rasulullah... Ya Habibullah...

Sebarang cadangan bagi menambahbaik Mimbar Musolla bolehlah dikemukakan kepada pihak urusetia :

Unit Inovasi Bahagian Khidmat Pengurusan Tel : 03-8883 5251 Faks :03-8889 3921
ariffin_ramdzan@mohe.gov.my

Anda mungkin juga menyukai