Anda di halaman 1dari 5

OBJEKTIF KAWAD KAKI

1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia (memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)

2.

Membentuk anggota penguatkuasa supaya berkerjasama dalam satu kumpulan

3.

Huraian a. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib didalam Pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali. b. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu.

4. Mendisiplinkan pelajar supaya mematuhi peraturan di samping melatih mereka menhenai teknik-teknik kawat kaki.

KHUTBAH KAWAD

Pada pagi / petang ini saya akan mengawadkan skuad. Penanda sebelah kanan siapa dia ! ....... JAWAB ! Penanda sebelah kiri siapa dia ! ...... JAWAB ! Itu adalah barisan hadapan. Barisan tengah, tengah juga barisan belakang, belakang juga. Apa yang saya mahu perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan cergas. Perintah saya yang salah jangan jangan dibuat. PERINGATAN : Apabila berjalan skuad hendaklah pacakkan tumit, lenggangkan tangan ke hadapan sama paras dengan bahu dan kebelakang seberapa yang boleh. FAHAM ITU SKUAD !

BAHAGIAN-BAHAGIAN KAWAD

1. Perintah

: Masuk

Baris !

Perbuatan : Semua anggota masuk baris dan membuat satu barisan panjang dalam keadaan senang diri dan rehatkan diri.

2. Perintah

: Baris ! Baris ...........SEDIA !

Perbuatan : Semua anggota sedia. (Kaki kiri dirapatkan kekaki kanan)

3. Perintah

: Kekanan ......... LURUS !

Perbuatan : Semua anggota pasukan itu meluruskan barisan pada jarak 12 antara satu sama lain dengan tangan kanan mereka diangkat kebahu anggota sebelah kanan sambil memandang ke kanan.

4. Perintah

: Pandang .......... DEPAN !

Perbuatan : Semua anggota pandang depan semula sambil tangan diturunkan.

5. Perintah

: Dari kanan .......... BILANG !

Perbuatan : Anggota-anggota membilang seorang demi seorang dari kanan ke kekiri barisan.

6. Perintah

: Rehatkan ..............DIRI !

Perbuatan : Angkat kaki kiri dan jarakkan lebih kurang 12 dari kaki kanan dan bilang 1, 2 sambil tangan ke belakang dan naikkan keparas pinggang.

7. Perintah

: Bergerak ke kanan bertiga-tiga. Kekanan ............ PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kanan (mengikut arah bahu kanan)

8. Perintah

: Baris akan menghadap ke belakang. Kekanan .......... PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kanan ( mengikut arah bahu kanan, Pusing arah belakang)

9. Perintah

: Baris akan bergerak ke kanan. Kekanan .......... PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kanan (mengikut arah bahu kanan)

10. Perintah

: Baris akan bergerak ke hadapan. Kekana ........... PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kanan ( mengikut arah bahu kanan)

11. Perintah

: Bergerak ke kiri bertiga-tiga. Kekiri ............ PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kiri (mengikut arah bahu kiri)

12. Perintah

: Baris akan menghadap ke belakang. Kekiri ............ PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kiri (mengikut arah bahu kiri)

13. Perintah

: Baris akan bergerak ke kiri. Kekiri ......... PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kiri dan pusing arah kiri.

14. Perintah

: Baris akan menghadap ke hadapan. Kekiri ............ PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 90 darjah ke kiri dan pusing arah hadapan.

15. Perintah

: Baris akan menghadap ke belakang. Kebelakang ....... PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 180 darjah ke belakang, ikut arah kanan, pusing ke Arah ke belakang.

16. Perintah

: Baris akan menghadap ke hadapan. Belakang ....... PUSING !

Perbuatan : Pusing badan 180 darjah ke belakang, ikut arah kanan, pusing ke Arah ke hadapan.

17. Perintah

: Dua langkah ke kanan ............. GERAK !

Perbuatan : Bergerak ke kanan dua langkah jarak 12.

18. Perintah

: Dua langkah ke kiri ............. GERAK !

Perbuatan : Bergerak ke kiri dua langkah jarak 12.

19. Perintah

: Dua langkah ke hadapan ............. GERAK !

Perbuatan : Bergerak dua langkah ke hadapan.

20. Perintah

: Dua langkah ke belakang ............. GERAK !

Perbuatan : Bergerak dua langkah ke belakang.

21. Perintah

: Buka barisan ................................... GERAK !

Perbuatan : Barisan hadapan bergerak dua langkah ke hadapan jarak 30 Manakala barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang dan Berdiri dalam keadaan diam. Barisan tengah diam tanpa bergerak.

22. Perintah

: Tutup barisan ................................... GERAK !

Perbuatan : Barisan hadapan bergerak dua langkah ke belakang jarak 30 Manakala barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan dan Berdiri dalam keadaan diam. Barisan tengah diam tanpa bergerak.

23. Perintah

: Keluar baris atau bersurai.

Perbuatan : Semua pusing 90 darjah kekanan dan langkah kaki kiri keluar. Selepas tiga langkah baru berpisah dan teriak. TERIMA KASIH ............ CIKGU !

Anda mungkin juga menyukai