Anda di halaman 1dari 10

Definisi Kemahiran Membaca

Membaca mengandungi dua proses asas, iaitu nyah kod (decode) dan pemahaman. y Proses nyah kod melibatkan pemahaman tentang hubungan antara huruf-huruf dan menterjemahkan perkataan tulisan kepada bentuk yang sama dengan bahasa lisan. Proses pemahaman pula membolehkan seseorang memahami makna sesuatu perkataan atau makna perkataan mengikut konteks.

Harris dan Sipay (1980) menyifatkan proses membaca sebagai proses untuk memperoleh tafsiran yang bermakna tentang lambang-lambang bercetak atau bertulis. Manakala Kenedy (1981) pula mendefinisikan bacaan sebagai keupayaan seseorang untuk mengecam bentuk visual (lambanglambang grafik yang mewakili bahasa atau perkataan), menghubungkan bentuk itu dengan bunyi atau makna yang telah diketahui, dan seterusnya berasaskan pengalaman lalu, memahami dan mentafsirkan maksudnya (Marohaini Yusoff, 1999).

Membaca sebagai proses sensori

Membaca adalah satu proses kognitif

PROSES MEMBACA

Membaca sebagai proses pengamatan

Membaca sebagai satu proses bahasa

Membaca sebagai proses sensori y y y Deria atau pancaindera adalah pintu masuk berbagai rangsangan ke otak untuk diproses. Dua deria yang terlibat secara aktif dalam proses membaca adalah penglihatan dan pendengaran. Kedua-dua deria ini berhubung rapat antara satu sama lain dalam proses membaca.

Membaca sebagai proses pengamatan

Pengamatan adalah satu proses menimbulkan makna kepada tugastugas panca indera berdasarkan pengalaman lalu dan pengamatan ini berhubung rapat dengan pemikiran. Dalam bacaan, pengamatan membolehkan seseorang mengenal dengan tepat lambang-lambang dan mengaitkannya dengan bunyi-bunyi dan juga makna.

Membaca sebagai satu proses bahasa

Bacaan adalah sebagaian daripada kemahiran bahasa (language arts) iaitu yang bermula daripada mendengar, bertutur, membaca, dan seterusnya menulis.

Membaca dapat membantu manusia berkomunikasi dan berhubung sesama mereka melalui sistem lambang-lambang tulisan yang mereka cipta.

Membaca adalah satu proses kognitif

Membaca bukan hanya melibatkan proses mekanis tetapi juga melibatkan proses kognitif atau berfikir pada semua peringkat membaca seperti mengecam, mendiskriminasi, dan memahami. Oleh itu kecerdasan seseorang akan mempengaruhi kemajuannya dalam membaca

Peringkat Pengajaran Kemahiran Membaca

Pengajaran bacaan yang dijalankan boleh guru bahasa tertumpu kepada dua kemahiran iaitu bacaan secara kuat (bacaan mekanis) dan bacaan secara senyap (bacaan mentalis/akaliah).

Kemahiran membaca kuat lebih menumpukan kepada kemahiran sebutan, intonasi, dan gaya membaca (membaca berita).

Manakala bacaan senyap

merupakan

kemahiran

membaca

untuk

memahami dan juga kepantasan membaca petikan sesuatu bahan.

Mengajar kemahiran membaca kepada kanak-kanak hendaklah dibuat secara berperingkat-peringkat supaya mereka dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik. Kamarudin Hj. Husin (1988) membahagikan pengajaran bacaan kepada lima peringkat:

Peringkat penyediaan murid

Peringkat mendirikan asas

Peringkat melatih membaca dan memahami

Peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemarkan membaca

Peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

Peringkat penyediaan murid

Apabila kanak-kanak memasuki tahun satu persekolahan, guru perlu menyiasat terlebih dahulu tahap kesediaan murid terutamanya penguasaan bahasa dan juga emosi murid. Pengetahuan guru tentang tahap kesediaan membaca murid dan juga kemahiran sedia ada murid akan dapat membantu guru untuk menyediakan murid bagi pelajaran membaca.

Peringkat mendirikan asas

Peringkat mendirikan asas bacaan sangat penting dalam pengajaran kemahiran membaca kepada murid-murid. Pada peringkat ini guru perlu menggunakan pelbagai alat bantu mengajar dan juga bahan bacaan yang sesuai. Bahan bacaan yang digunakan hendaklah ringkas, menarik, dan bermakna. Kemahiran asas bacaan bermula dengan mengenal abjad, suku kata, perkataan, frasa, dan seterusnya ayat. Pada peringkat ini juga galakan dan dorongan perlu diberikan kepada murid secara berterusan

Peringkat melatih membaca dan memahami

Peringkat seterusnya adalah melatih membaca dan memahami. Pada peringkat ini bahan bacaan yang digunakan hendaklah dipilih dengan baik. Selain menekankan aspek sebutan dan kelancaran, guru juga mula menekankan aspek pemahaman. Kebiasaan murid membaca nyaring boleh dikurangkan kepada bacaan senyap secara beransur-ansur. Soalan-soalan guru berkaitan bahan yang dibaca akan membantu murid membina kemahiran memahami

Peringkat melatih membaca untuk hiburan atau mencari maklumat

Setelah kanak-kanak sudah boleh membaca dengan lancar dan seterusnya memahami isi bahan yang dibaca, mereka akan menggunakan kemahiran ini untuk memilih bahan bacaan lain untuk mencari maklumat dan juga untuk mengisi masa lapang. Guru boleh membantu kanak-kanak dengan mengajar mereka kemahiran mencari maklumat di pusat sumber dan juga internet.

Peringkat membina dan mengukuhkan sikap gemarkan membaca

Sikap suka membaca hendaklah dipupuk di peringkat sekolah lagi supaya sebati dengan jiwa kanak-kanak. Kebiasaannya sekolah kerap mengadakan pertandingan membaca, pameran buku, peraduan mengarang, dan sebagainya.

MATLAMAT
Kemahiran membaca dan memahami diajarkan kepada murid-murid supaya mereka dapat bertindak balas terhadap maklumat yang diperoleh dalam bentuk tulisan. Daripada kemahiran ini, mereka dapat memperluas ilmu dan pengetahuan yang terakam dalam bahan bertulis.

TUJUAN MEMBACA

Tujuan serta-merta

Tujuan lanjutan

Tujuan Serta-merta

Tujuan serta-merta adalah untuk membolehkan murid membaca dan memahami sesuatu bahan yang digunakan. Apabila seseorang murid dikatakan boleh membaca, maka kenyataan itu bermaksud murid berkenaan boleh membaca dengan cepat, tidak teragakagak, boleh membaca dengan serta-merta dan tidak mengambil masa yang panjang untuk menghabiskan sesuatu bahan bacaan. Selain itu, boleh membaca juga bererti murid boleh membaca bersendirian tanpa bergantung kepada bantuan guru. Tujuan serta-merta juga mempunyai tujuan-tujuan yang lain, antaranya: untuk membolehkan murid membaca dengan sebutan dan rentak irama atau intonasi yang betul. Untuk membolehkan murid membaca senyap tanpa berasa sebarang gangguan. Untuk mewujudkan sikap suka dan mahu membaca terus menerus dan mencari pengertian daripada yang dibaca.

Tujuan Lanjutan

Tujuan lanjut bermaksud murid dapat membetulkan fahamannya yang salah, membandingkan fikiran dan pengalaman orang lain untuk menyelesaikan masalah hidupnya sendiri. Murid seharusnya dapat berfikir dan melahirkan fikiran dengan cara yang teratur. Apabila mereka boleh membaca maka dapatlah mereka menambah satu lagi alat perhubungan iaitu membolehkan mereka merapatkan diri dengan orang lain yang ada di sekelilingnya. Tujuan lanjut bermatlamat; Sebagai alat untuk meningkatkan pengetahuan dan pengalaman setelah keluar dari sekolah dan juga sebagai satu cara untuk menyambung murid dan guru. Merapatkan lagi diri dengan masyarakat dan memudahkan mereka untuk mengikuti perkembangan alam dan manusia. Meluaskan fahaman serta membetulkan idea-idea yang salah. Menjadikan bahan-bahan perbandingan dengan orang lain. Mendapat bahan fikiran untuk dijadikan panduan hidup iaitu dengan meneladani perkara-perkara yang baik yang dilakukan oleh orang lain.

Membaca dilaksanakan bagi mencapai tujuan atau matlamat yang berikut;

Membolehkan murid mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi huruf.

Melatih murid membaca dengan sebutan, tekanan, nada dan intonasi yang betul.

Membina kebiasaan menuturkan ayat-ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan yang dibacanya

Melatih murid membaca secara senyap dan pantas di samping dapat memahami isi yang dibaca dengan pantas juga.

Melatih murid memetik isi-isi bahan bacaan dengan cepat dan tepat dan menyatakan semula kepada orang lain dengan ayat yang betul dan boleh difahami dengan mudah.

Menanamkan kemahiran untuk menjelaskan makna perkataan dan ayatayat dengan cepat, jelas dan tepat

Meluaskan kosa kata, mengenal pasti perbezaan maknanya dalam konteks yang berbeza.

Anda mungkin juga menyukai