Murid yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda baik di dunia dan akhirat haruslah bijak menguruskan masa yang anda punyai.Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap murid agar melakukan
pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, berikut diberikan perbincangan ringkas tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu. Terdapat beberapa kepentingan, faedah dan keutamaan yang murid akan perolehi apabila pembelajaran. Antaranya ialah anda dapat menilai kembali apakah yang telah anda lakukan . Dengan adanya jadual belajar, anda akan dapat membahagikan masa untuk mengulangkaji sesuatu subjek dengan sistematik. Sudah pastinya anda tidak akan menghadapi masalah apabila musim peperiksaan tiba. Selain itu, jadual belajar juga dapat membantu anda menguruskan masa yang dipunyai dengan cara yang berkesan dan memberikan faedah paling optimum . Anda pasti tidak mempunyai masalah seperti murid lain yang selalunya tidak sempat mengulangkaji pelajaran sewaktu musim peperiksaan. Jadual belajar juga penting supaya anda dapat melatih mendisplinkan diri dalam menepati masa. Keadaan ini membolehkan anda mengamalkan cara hidup yang lebih sempurna. Anda juga akan dapat mempelbagai aktiviti yang perlu anda lakukan setiap hari. Ini perlu dilakukan bagi menjamin dan membolehkan anda menjadi seorang yang serba boleh. Penyediaan jadual waktu belajar juga d apat mendorong ke arah pencapaian kejayaan yang cemerlang dalam bidang yang anda ceburi, baik kehidupan dunia atau akhirat. Ia juga dapat mengelakkan amalan suka bertanggu h untuk melakukan sesuatu tugas. Anda pasti akan dapat mengimbangkan pembahagian masa terhadap pelbagai jen is aktiviti yang akan dilakukan dengan adanya jadual belajar. anda menyediakan dan mempunyai sebuah jadual waktu