Anda di halaman 1dari 7

UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PENUTUPAN IHTIFAL INSTITUSI PENDIDIKAN AGAMA PERINGKAT NEGERI PERAK TAHUN 2011M/ 1432H

Bersyukur kita ke hadrat ALLAH kerana dengan perkenan dan limpahan rahmat kasih sayangNYA, kita semua dapat hadir dan menjadi sebahagian daripada majlis yang bermakna ini.

Saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih atas peluang dan penghormatan menjemput saya bagi merasmikan Majlis Penutupan Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perak Tahun 2011M/ 1432H.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Program ini amat besar faedahnya dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid-murid di semua sekolah di negeri Perak. Dalam konteks yang lebih luas, Majlis Ihtifal ini bukan sahaja dilihat sebagai aktiviti yang hanya mempunyai kaitan dengan hiburan, kesusasteraan, muzik tetapi turut
1

merangkumi tuntutan untuk menguasai ilmu pengetahuan, satu aspek ibadah jika disertai dengan niat untuk mengajak

pendengarnya mengingati Allah dan berbuat kebaikan. Sejarah telah membuktikan zaman kegemilangan empayar Islam

semenjak dari zaman Rasulullah S.A.W., ihtifal telah menjadi satu aspek penting dalam pembinaan ketamadunan empayar-empayar Islam.

Majlis Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perak ini, adalah bukti kecintaan dan kesungguhan kita dalam menjunjung budaya ilmu seterusnya mengagungkan al-Quran dan memartabatkan Bahasa Al-Quran iaitu Bahasa Arab. Kita juga berharap dengan Majlis Ihtifal seumpama ini jualah, akan lahirnya masyarakat Islam yang berpengetahuan seterusnya melahirkan cendekiawan Islam terbilang di dunia bersesuaian dengan tema Ihtifal pada tahun ini iaitu AKIDAH MENJANA TRANSFORMASI INSAN CEMERLANG.

Melalui agenda Perak Aman Jaya, kepimpinan negeri Perak sentiasa meletakkan pembangunan pendidikan sebagai

keutamaan. Lantaran itu, kepimpinan sekolah merupakan saluran utama agenda ini dapat disebar luaskan kepada semua masyarakat. Untuk memastikan usaha ini dapat diteruskan dengan berkesan, keberkesanan sekolah sebagai sebuah organisasi perlu diberi perhatian dan sentiasa berfungsi.

Organisasi hanya akan berkesan jika sekiranya pemimpin mampu mempengaruhi anggotanya ke arah mencapai tujuan dan matlamat yang dirangka. Perubahan ini dapat dilakukan melalui amalan kepimpinan yang berwawasan, ada hala tuju yang jelas dan dikongsi bersama-sama. Justeru, pemimpin hendaklah menghayati visi dan misi, mempamerkan rasa yakin dan optimis bahawa visi dan misi akan dapat dicapai serta menonjolkan bakat dan kebolehan mereka yang dipimpin. Membina keyakinan merupakan kunci kepada kejayaan dan keyakinan ini akan dikukuhkan lagi dengan amalan kepimpinan melalui teladan.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Dua penanda aras yang menjadi penentu tahap kecemerlangan seseorang muslim sebenarnya terletak kepada sejauh mana ia mampu menyempurnakan dengan jayanya tuntutan di dalam menyuruh kepada kebaikan (amar makruf) dan mencegah daripada kemungkaran (nahi mungkar), dan dalam masa yang sama ia berjaya membina hubungan yang berkualiti terhadap ALLAH S.W.T. Keadaan ini dirumuskan oleh ALLAH seperti maksud firmanNYA:

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (dengan sebab kamu) menyuruh kepada yang makruf (kebaikan) dan mencegah dari yang mungkar (keburukan) dan (kamu) beriman kepada Allah. -Surah Ali Imran; ayat 110

Sehubungan itu semangat untuk suatu perubahan yang cuba dihidupkan melalui pelaksanaan Majlis Ihtifal seperti ini serta
4

pernyataan

AKIDAH

MENJANA

TRANSFORMASI

INSAN

CEMERLANG yang menjadi tema majlis, bukan sekadar slogan sebaliknya menjadi peringatan yang berterusan untuk kita meneruskan usaha memberikan yang terbaik dalam setiap amalan yang dilakukan.

Saya juga ingin mengingatkan bahawa majlis ini adalah satu usaha kita bersama untuk mendapatkan keredhaan ALLAH di samping mengeratkan ukhwah sesama kita dalam menjayakan misi dan agenda pendidikan di negeri ini.

Pengorbanan dan usaha kita mungkin tidak setanding dengan jasa Rasulullah S.A.W. dan para sahabat, namun matlamat dan cabaran tetap sama iaitu mendidik dan memimpin umat manusia kepada hidup yang sejahtera lagi dirahmati ALLAH S.W.T.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Sesungguhnya, marilah kita bersyukur dengan nikmat ini dan mudah-mudahan segala usaha kita mendidik dan

memperkasakan serta memuliakan agama, diharapkan kita tergolong daripada rantaian-rantaian penyampai dakwah dalam melebarkan seruan Islam ke seluruh alam yang mana firman Allah dalam surah Yusuf ayat 108 yang berbunyi: Maksudnya:Katakanlah (Wahai Muhammad): Inilah jalanku, Aku dan

orang-orang Yang menurutKu, menyeru manusia umumnya kepada agama ALLAH dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata

Saya berharap semoga usaha ini InsyaAllah mengembalikan keagungan Islam dan melahirkan masyarakat yang bersahsiah serta berketerampilan tinggi, bukan sahaja memenuhi tuntutan zaman malah meraih kejayaan dunia dan akhirat.

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz

(BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM)

Saya merasmikan Majlis Penutupan Ihtifal Institusi Pendidikan Agama Institusi Pendidikan Agama Peringkat Negeri Perak Tahun 2011M/ 1432H.

Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamualaikum w.b.t. Sekian, terima kasih.