Anda di halaman 1dari 18

PKP 3105 2.

1 Perkembangan Kanak-kanak Disleksia


Ciri- ciri Kanak-kanak Disleksia
Disediakan oleh: Chan Lei Ping Tai Ching Hsuan Tan Mei Duan Wee Hui Yean Yap Tze Hung

a. Fizikal
1. Tiada perbezaan yang nyata berbanding dengan kanak-kanak biasa / Tidak mengalami sebarang kecacatan lain kecuali masalah mata 2. Tidak dapat mengimbas huruf, kata, dan ayat yang berlainan dan ini mengakibatkan banyak yang tertinggal ataupun dilangkau. Keadaan ini menyebabkan tumpuan dan pemahaman kanak-kanak ini lemah dalam aspek bacaan yang seterusnya menjadikan mereka tidak memahami apa yang dibaca.

3. Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan, atas, bawah serta pengamatan yang lemah. 4. Kemahiran motor yang lemah / Kemahiran motor halus dan motor kasar kurang memuaskan. 5. Koordinasi yang lemah. 6. Pergerakan pergelangan tangan yg luar biasa

6. Lambat menulis dan tulisan mereka buruk. 7. Sukar memegang pensil dengan betul. 8. Sukar menggunting 9. Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor. 10. Tidak pandai membutangkan baju dan butang baju selalu salah butang. 11. Tidak pandai mengikat tali kasut. 12. Sukar menyepak dengan baik 13. Sukar menaiki tangga dengan baik

b. Kecerdasan
1. Mempunyai kecerdasan mental yang selaras atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengira,membaca dan menulis (3M). 2. Tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan perkataan 3. Gaya pemprosesan yang berlainan. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor. Mereka akan membaca atau menulis dengan terbalik

4. Menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf, bunyi huruf, dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d serta perkataan yang hampir serupa ejaannya. Contoh lain: - 15 dengan 51 - saw menjadi was - m dengan w Sering meninggalkan huruf pada pangkal perkataan Sering menambah huruf pd hujung perkataan

5. Lemah dalam ingatan dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya. 6. Kesukaran dalam turutan biasa. Sentiasa salah mengeja sesuatu perkataan. 7. Sukar menyalin 8. Mereka mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. 9. Masalah dalam pengurusan masa, ruang, dan konsep arah 10. Kesukaran memahami, mengingati dan mematuhi satu siri arahan.

11. Daya tumpuan yang lemah dan mudah terganggu. 12. Sukar menggunakan jalan yg berliku-liku 13. Keliru memakai kasut pada kaki yg betul 14. Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan. 15. Perkembangan pertuturan & bahasa yang lambat 16. Walau bagaimanapun, kanak-kanak disleksia berbakat dan berkebolehan seperti kreatif, berfikiran lateral, berimaginatif, memiliki hubungan ruang (spatial relationships), dan pandai membuat visualisasi

c. Emosi
1. 2. 3. 4. Mudah rasa ketegangan dan rasa bimbang. Perasaan risau dan rendah diri. Perasaan sedih atau duka, kerap terasa tertekan Perasaan cepat bosan atau jemu terhadap pelajaran. 5. Gangguan emosi seperti kemurungan dan kecelaruan tingkahlaku. 6. Berkelakuan gelisah yang disebabkan oleh salah sangka dan gelaran murid malas atau bodoh.

7. Pada peringkat prasekolah, majoriti kanakkanak disleksia masih lagi ceria dan dapat menyesuaikan diri dengan baik 8. Masalah emosi hanya mula wujud apabila arahan-arahan dan bimbingan awal membaca oleh guru tidak selaras dengan gaya pembelajaran mereka 9. Kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran ini akan hilang keyakinan diri dan sedar mereka tidak berkeupayaan sama sekali kerana sering dimarahi

10. Keadaan ini menjadi lebih serius apabila kanak-kanak ini melangkah kaki ke alam persekolahan. 11. Tekanan emosi yang diterima boleh menyebabkan mereka putus asa kerana gagal memahami pengajaran guru 12. Akhirnya anak ini sering marah dan kecewa terhadap diri sendiri, ibu bapa, gurunya, dan seluruh sistem persekolahan yang menjurus kepada masalah disiplin

d. Sosial
1. Kanak-kanak yang bermasalah disleksia akan disalah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab. 2. Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri dalam kalangan masyarakat. 3. Kurang beryakinan 4. Tidak mempunyai ramai kawan

5. Pendiam dan jenis orang yang senyap dan tidak banyak bercakap 6. Susah hendak bergaul 7. Bercakap dengan suara yang kuat / menjerit. 8. Kemahiran bersosial kurang memuaskan 9. Tidak berminat mendengar cerita, tetapi suka melihat buku cerita yang bergambar. 10. Tidak berminat dengan aktiviti yang berkait dengan lagu contohnya nursery rhyme.

11. Sesetengahnya tidak menyedari tingkah laku dan tutur kata mereka tidak senormal kanakkanak sebaya mereka 12. Akibatnya timbul situasi yang kurang menyenangkan kerana mereka tidak dapat mengesan bahawa sebenarnya seseorang sedang marah atau tersinggung terhadap tingkah laku dan tutur kata mereka yang negatif Ini menyebabkan mereka tersisih apabila berada di dalam majlis tertentu 13. Masalah sosial yang lain seperti enggan ke sekolah, mengelak daripada membuat kerja rumah, ketagihan televisyen, menipu, agresif, dan mudah putus asa

Murid disleksia prasekolah


Kemahiran bertutur yg lambat & sukar memahami arahan Suka mengganti perkataan & hiperaktif Kemahiran motor kasar dan motor halus yg lemah Sering kali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yg dipelajari Tidak merangkak semasa bayi Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri Sifat ingin tahu yg tinggi, berminat terhadap perkara baharu, dan suka bertanya banyak perkara

Murid disleksia sekolah rendah


6-9 tahun: Kemahiran membaca, menulis, mengeja yg lemah serta suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor Menggunakan jari untuk mengira dan membaca Keliru dgn kiri & kanan Tulisan cermin atau terbalik

9-12 tahun:
Kesilapan membaca, mengeja, dan lemah dalam kefahaman Mengambil masa yg panjang utk menyiapkan latihan Kesukaran menyalin maklumat pada papan tulis atau buku teks Sukar mengikuti arahan lisan yg panjang Kelihatan tidak terurus semasa berada di rumah atau sekolah Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa