Anda di halaman 1dari 9

7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

May 19, 2008 | By Shueqry | 11 Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur. Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin. 2. Tekad Bermotivasi. Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua. Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari. 3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi. Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesisesi motivasi pendek ni. Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah. Bila Anda start punch card nak masuk kerja, baca Bismillah, moga Anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat Anda lalai, mengantuk, macam tak cukup cas betri saja. Andai kata Anda seorang pelajar, start nak masuk kelas, duduk di kerusi Anda dan start nak bukak buku, mulakan semuanya dengan Bismillah. Moga apa jua yang Anda lakukan mendapat keberkatan. Masuk aje kelas, pasang niat Anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, Anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang! 5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak? Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi. Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja. Mulai hari ini, ubah sikap Anda. Set target apa yang Anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari. Andai Anda seorang pelajar, set target berapa bab yang Anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang Anda nak baca

dalam minggu ni, berapa soklan Anda nak tanya dengan lecturer Anda nanti. Andai Anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang Anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang Anda nak dapat hasil dari bisnes Anda. Set juga apa yang Anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes Anda. Andai Anda seorang pekerja, set berapa tugas yang Anda nak siapkan dan set limit masa untuk Anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan. 6. Lihat Warna Cerah Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea. Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh! Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood Anda menjadi positif. 7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang. Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, Anda jadi orang yang tak bersemangat langsung. Lebih teruk, Anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda. Anda mesti berubah untuk kemajuan diri. Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup!

Dua Situasi Yang Mencabar Fikiran Positif


October 13, 2008 | By Shueqry | Bagi Anda yang telah berjaya membentuk diri sendiri membina sikap positif, tindakan positif dan fikiran positif, tahniah diucapkan. Terus positif! Untuk kekal positif, terlebih dahulu kita perlu tahu bagaimana dan situasi apa yang akan kita hadapi nanti. Orang yang berfikiran positif sentiasa berdepan dengan banyak cabaran kerana setiap hari akan berjumpa banyak situasi yang kadangkala menyebabkan dia jatuh ke fikiran negatif, terutama ketika marah, stress, sakit hati atau cemburu. Marah adalah sikap dalam diri yang menjadi pencabar utama pada fikiran positif. Sesetengah orang tak boleh tahan sabar, tak leh nak tahan marah, mesti meletup punya. Marah akan menyebabkan kita hilang pertimbangan logik, selain mendorong tabit suka menghambur rasa tak puas hati tanpa bertapis. Apa nak buat bila Anda marah? Cemana nak berfikiran positif ketika sedang marah? Boleh buat ke? Marah sifatnya api. Jadi untuk memadamkan api, kita kena cari air supaya api tu padam lalu menghilang. Air ni sifatnya sejuk, tenang, damai. Bagi kita manusia, kesejukan, ketenangan dan kedamaian ada dalam sikap pemaaf dan saat Anda meminta maaf juga ketika sedang berada di tempat tenang. Setiap kali Anda marah, kawal diri Anda, kenal pasti bila Anda nak marah cemana. Saat mula marah, tahan marah tu sebab ia akan menjadikan Anda hilang kawalan.

Paling teruk, Anda akan hilang kawan, hilang saudara mara, hilang kasih sayang keluarga tanpa Anda sedari. Sebelum menyesal sendiri, lebih baik Anda fikir dulu sebelum naik marah atau naik angin tiba-tiba. Bila sedar yang Anda marah, minta ampun banyak-banyak daripada Tuhan. Bagi yang Islam, ucap istighfar banyak-banyak daripada Allah swt. Rasa meminta maaf dari lafaz istighfar tu akan meresap jauh ke dalam sanubari lalu menerbitkan keinsafan, yang sifat sejuknya boleh memadam api kemarahan. Minta maaf juga dari rakan-rakan, keluarga dan yang tersayang, mana tahu, ada yang terasa. Paling penting, Anda kena maafkan diri sendiri, kena terima kesilapan diri sendiri kerana tak mengawal sikap marah. Tanamkan tekad yang Anda akan mengawal rasa marah lain kali. Tanam tekad supaya Anda sentiasa jaga emosi Anda! Stress, biasanya muncul dari kesibukan kerja, sebab kurang rehat, kurang tidur, kurang kasih sayang atau ketika dimarah atau diherdik dengan suara tinggi tiba-tiba. Seperti marah, stress juga sifatnya api kerana ia bagai membakar marak di dalam kepala sehingga kita jadi tertekan. Cemana nak berfikiran positif bila Anda dah mula stress? Lain orang lain caranya. Tapi, cara yang biasanya berkesan adalah dengan mencari tempat yang tenang, sunyi, damai dan sejuk. Lawan stress kena cari suasana yang bersifat sejuk. Sama seperti kita simbah api dengan air, last-last api tu padam. Sesetengah orang suka berenang untuk kurangkan stress. Ada yang suka bergelak ketawa walau di hatinya penuh dengan stress yang susah nak diterangakan kepayahannya. Ada juga di antara kita suka meluah dengan rakan kerana berbuat begitu buat dia rasa lebih ringan. Ada orang suka jalan-jalan untuk ringankan beban stress. Walau apapun cara yang Anda lakukan untuk mengurangkan beban stress, biar yang berkesan, sesuai dengan diri Anda. Buat dulu satu cara, jika masih kurang berkesan, ubah. Buat cara lain sampai terasa sesuai untuk melawan stress. Jika berenang tak berkesan, cuba gelak ketawa. Ketawa dan terus ketawa, pastikan diri Anda sentiasa ketawa. Jika ketawa masih tak berkesan untuk ilangkan stress, buat cara lain. Pergi berjalan-jalan, atau cari kawan untuk meluah stress Anda. Selepas meluah, Anda akan mula nampak aspek-aspek positif dalam semua yang Anda lalui, sebab fikiran tak lagi dikuasai emosi.

Itulah dua situasi utama yang selalu mencabar fikiran positif. Dua situasi ni juga yang menyebabkan ramai orang gagal melatih minda mereka menjadi positif, hanya kerana selalu marah-marah dan asyik tertekan. Situasi-situasi lain akan ikut selepas rasa marah dan rasa tertekan. Jika Anda bertemu dengan dua situasi tersebut, ikuti langkah yang dicadangkan, sebab ia berkesan membantu Anda kembali semula kepada sikap positif, tabiat positif dan fikiran positif. Nak sentiasa berfikiran positif, kena sentiasa bersemangat. Jika tak bersemangat, latih diri supaya sentiasa bersemangat. Nak ada semangat, kena tekad. Nak tekad, perlukan keazaman yang kuat!

Masa Depan Hari Ini


May 8, 2008 | By Shueqry | Kali ni kita berkongsi satu inspirasi dari Mahatma Ghandi, katanya : The future depends on what we do in the present. Kita yang menentukan masa depan kita sendiri hari ini, bukan orang lain, sedara mara mahupun rakan sekerja, hanya kita sendiri. Tiada orang lain melainkan kita saja. Kejayaan di masa depan ditentukan sepenuhnya oleh usaha kita. Makin kuat usaha dan makin banyak ilmu yang digali, maka makin cerah masa depan di hujung sana. Ingat, apa yang kita buat menentukan masa depan kita sepenuhnya. Jadi, Andai masih tidak berbuat apa-apa, masa depan tetap akan ada, cuma ia tak secerah yang disangka dan tak berjaya seperti yang diduga. Adakah itu pilihan Anda? Azhar Mansur berjaya menjadi anak Malaysia pertama mengelilingi dunia setelah bersedia empat tahun lamanya. Kejayaan beliau adalah hasil usaha yang dimulakan pada 1460 hari sebelum itu. Kita yang mencorakkan masa depan. Untuk tahu apa jenis corak yang kita mahu, tanya diri sendiri, apa jenis kejayaan yang kita nak gapai dan dalam bidang apa kita mahu berjaya.

Semua orang mahukan kejayaan, tapi tak tahu kejayaan yang bagaimana. Jadi, Anda perlu kenal pasti apa makna kejayaan bagi diri Anda, sama ada kejayaan sebagai seorang pelajar IPT yang cemerlang, pekerja cemerlang mahupun usahawan cemerlang. Kegemilangan masa depan, dicorakkan oleh tangan Anda. Fikir kejayaan, usaha ke arah kejayaan. Ambil keputusan untuk menjadi orang berjaya hari ini juga!

Motivasi Ada Di Mana-mana


July 5, 2008 | By Shueqry | Salam pembaca iMotivasi. Moga memulakan hari dengan penuh bersemangat dan penuh motivasi. Saya sungguh bersemangat hari ini. Ramai dari kita asyik turun naik motivasinya. Tapi, tahukah Anda, motivasi ada di manamana? Ia ada di depan mata, cuma Anda yang tak nampak. Motivasi tak naik-naik sebab Anda tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penyuntik motivasi. Kita perlu bijak menafsirkan sekeliling lalu mencari motivasi tersirat di dalamnya. Bagi saya, di waktu pagi saya menjadikan kerajinan orang lain yang saya lihat sebagai penyuntik motivasi. Mereka terdiri dari golongan rendah, yang menjadi tukang sapu, tukang potong rumput, drebar bas, pemandu lori dan penjual kuih. Saya benar-benar kagum dengan kerajinan mereka kerana mereka bangun bekerja di awal subuh sematamata nak mencari rezeki. Di waktu tengahari, saya menjadikan orang-orang professional dan yang berjaya sebagai penyuntik inspirasi. Setiap kali melihat mereka berpakaian kemas, segak dan berjalan dengan penuh yakin, saya jadi cukup bersemangat bekerja!. Sebelum tidur, mengingat Anda sebagai pembaca blog ini membuat saya tak kering dengan curahan idea, terutama di kala sunyinya malam. Terus terang, tiap kali mengingat Anda dan bila timbul keinginan nak buat orang jadi bersemangat, idea mengalir deras! Mulai saat ini, Anda perlu berubah. Cari apa yang dapat memotivasikan Anda dan apa yang dapat menjadikan Anda kekal termotivasi. Ia mungkin benda, perkara, sesuatu, orang, situasi atau peristiwa. Cari saja, Anda akan jumpa.

Motivasi ada di mana-mana, ada pentunjuknya, cuma Yang Maha Esa mahu kita berfikir dahulu, baru dapat menggali motivasi tersirat yang banyak tersimpan di alam semesta ciptaannya. Bila kita mengingat kejayaan-kejayaan orang lain yang pernah kita lihat, baca atau ternampak, ia juga boleh membuat kita bermotivasi. Pilih salah satu cara dan sesuaikan dengan diri Anda. Hidup perlu ada motivasi, baru ada prestasi!!

Petua Bagaimana Push Diri Anda Mengejar Matlamat


June 12, 2008 | By Shueqry | Saya andaikan Anda sudah ada matlamat saat anda membaca tips motivasi kali ini. Yah, matlamat Anda itu sudah ditulis di atas kertas dan Anda sudah sedia untuk mencapainya. Tetapi, masalah timbul. Anda malas, kurang bertenaga, lebih banyak mendengar cakapan negatif, kurang inspirasi bahkan terfikir nak berhenti dari berusaha, lebih baik duduk diam-diam saja. Anda terfikir nak push diri sendiri. Anda perlu PAKSA diri Anda. Tapi bagaimana? Saya kongsikan 5 petuanya dibawah Pertama, anggap matlamat yang Anda dah AMBIL ITU penting, sangat penting bagi Anda, ibarat nyawa serta maruah Anda bergantung padanya! Kedua, bajetkan masa. Bagi sesetengah orang, mereka set time limit dalam sehari, seminggu, sebulan. Untuk setiap jangka masa, tetapkan matlamat-matlamat pendek yang mesti dicapai. Ketiga, baca matlamat Anda lebih dari sepuluh kali sehari, kalau boleh setiap setengah jam dalam sehari! Ia membuat semangat Anda membara setiap kali membacanya. Keempat, lupakan perkara lain yang kurang penting, selupa yang mungkin sampai Anda tak ingat langsung. Ini termasuk berjalan-jalan tanpa membeli satu apa, berbual kosong, melebihkan hiburan dari bekerja, melebihkan rehat dari usaha. Kelima, sentiasa berfikir cara bagaimana nak mencapai matlamat tu, tanya diri apa lagi cara yang boleh Anda gunakan.

Timbul saja idea, buat terus!

Anda mungkin juga menyukai