Anda di halaman 1dari 6

Malaysia mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai identiti masing- masing.

Oleh itu semua penduduk harus berkerjasama dalam menjaga perpaduan yang sedia ada dengan memahami beberapa perkara yang berkaitan dengan hubungan antara etnik. Menurut ilmi sosiologi, terdapat beberapa konsep yang berkaitan dengan hubungan antara etnik iaitu kelompok, ingroup, outgroup,etnosentrisme dan prejudis. 1.0 Kelompok Bagi sesebuah masyarakat yang dinamis yang bergerak pantas, individu tidak boleh terasing daripada kelompok sebagai panduan, ikatan, satu keperluan hidup dalam dunia ini. Kewujudan kelompok merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Kelompok lahir daripada individu, tanpa individu tidak akan lahir kelompok (Wan Azmi Ramli,1992). Apabila individu berinteraksi secara berterusan dengan seseorang individu yang lain, kemudian interaksi tersebut akan berkembang membentuk sebuah kumpulan . Kemudian kumpulan manusia tersebut berkekalan dan membina beberapa ciri tertentuk makan mereka akan membentuk sebuah kelompok. Menurut Bales, kelompok ialah bilangan manusia yang terlibat dalam interaksi sesama mereka atau dalam beberapa pertemuan dan perjumpaan ditaktrifkan sebagai kelompok kecil. Setiap anggota membuat pandangan dan tanggapan tertentu antara satu sama , sekiranya mereka ditanya, mereka mampu memberi gambaran tentang setiap anggota sebagai individu, walaupun hanya dengan mengingati bahawa mereka itu telah hadir bersama. Bass pula mentakrifkan kelompok sebagai suatu himpunan individu dan kewujuduanya sebagai

himpunan itu memberikan ganjaran kepada anggotanya (Wan Azmi Ramli, 1993). Kelompok juga boleh ditakrifkan sebagai dua manusia atau lebih yang berinteraksi sesama mereka dalam keadaan di mana setiap orang mempengaruhi dan dipengaruhi oleh sesama sendiri. Antara ciri ciri yang perlu ada dalam sesebuah kelompok ialah kelompok tersebut harus mempunyai perpaduan, mempunyai susunan atau struktur keanggotaan, mempunyai matlamat dan mempunyai jatidiri.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan manusia bekerja di dalam kumpulan. Antaranya ialah keselamatan. Apabila individu menganggotai sesebuah kelompok, individu tersebut dapat mengurangkan rasa tidak selamat apabila keseorangan. Manusia akan berasa lebih kuat, mengurangkan keraguan dalam diri dan akan mampu mengharungi cabaran apabila mereka menjadi salah satu ahli kelompok tersebut. Selain itu sesebuah kelompok juga bertindak sebagai pengenalan atau identiti. Apabila seseorang individu menganggotai sesebuah kelompok, ia dapat mencerminkan identiti kelompok tersebut melalui pakaian, budaya dan juga bahasa yang digunakan oleh kelompok tersebut. 2.0 Ingroup Kebanyakan individu telah menjadi ahli sekurang kurangnya satu ingroup atau kelompok dalam. Individu yang mengganggotai satu ingroup merasakan mereka mempunyai hubungan yang rapat dengan individu yang dikenali. Seseorang individu yang terpengaruh dengan sesuatu kelompok dalam tidak akan meninggalkan kelompok tersebut. Istilah ingroup atau kelompok dalam muncul ketika para anggota suatu kelompok merasa bahawa mereka mempunyai citacita, tujuan dan norma yang sama (Badja Waluya, 2007,). Ingroup adalah kelompok sosial di mana setiap anggotannya menyatakan diri mereka sebagai anggota kelompok tersebut (Yudhistira Ghalia Indonesia, 2006). Ahli kelompok ingroup akan mengganggap kami berbeza dengan mereka . Terdapat identity yang membezakan diantara orang di dalam kelompok dengan orang yang berada di luar kelompok. Sikap ingroup adalah disebabkan oleh faktor simpati dan dan mempunyai perasaan yang dekat dengan anggota kelompok tersebut. Antara contoh ingroup ialah ahli keluarga atau rakan yang rapat dengan individu tersebut. Individu yang berada dalam ingroup yang sama akan mempunyai mempunyai minat yang sama dalam berpakaian dan muzik. Selain itu juga anggota ingroup juga akan mempunyai cara bercakap yang sama seperti menggunakan perkataan yang spesifik untuk menyatakan sesuatu perkara. Walaubagaimanapun, ahli ingroup tidak hanya mempunyai hubungan dengan ahli kelompok sahaja, tetapi mereka juga berhubungan dengan kelompok yang lain yang berbeza dengan ingroup mereka.

Anggota ingroup memerlukan pertolongan, kesetiaan dan perlindungan di antara satu sama lain dalam kelompok mereka. Hubungan dalam kelompok biasanya disebabkan oleh faktor tolong menolong, hubungan yang rapat, saling memerlukan, mempunyai rasa simpati dan mempunyai nasib yang sama. Apabila mempunyai rasa ingroup,individu bukan sahaja akan mendapat sokongan dari segi material, tetapi mereka juga mendapat sokongan dari segi psikologi seperti rasa kepunyaan (belonging) dan selamat daripada ingroup ( Susan T. Fiske, Daniel T. Gilbert, Gardner Lindzey, 2010). 3.0 Outgroup Outgroup pula merupakan konsep yang berlawanan dengan konsep ingroup. Individu yang menyatakan ini bukan kelompok saya, tetapi kelompok mereka akan mewujudkan kelompok luar (outgroup). Bagi seseorang yang mempunyai rasa ingroup pada kelompok tertentu akan menjadi outgroup pada kelompok yang lain. Penggunaan keluarga mereka atau rakan dia menunjukkan sudah ada pengakuan yang berkaitan dengan kelompok luar. Sikap outgroup dapat dilihat apabila tiada hubungan yang akrab di kalangan anggota bukan kelompoknya. Mereka akan bersaing, bermusuhan, tidak peduli, membenci dan berlawanan. Individu akan mempunyai rasa curiga terhadap kelompok luarannya. Tanggapan individu terhadap outgroup juga biasanya akan merendahkan kelompok tersebut dan seterusnya menunjukkan sikap permusuhan. Individu yang berada dalam ingroup akan menganggap outgroup sebagai pesaing mereka. Selain itu, outgroup bagi seorang individu akan menjadi ingroup bagi individu yang lain. Contoh yang dapat dilihat ialah seorang individu yang merupakan anak jati Kelantan, akan mempunyai rasa ingroup dengan individu yang mempunyai dialek dan adat yang sama. Masyarakat Kelantan akan mengganggap masyarakat yang tinggal di negeri lain merupakan outgroup mereka. Mereka akan menggangap kita orang Kelantan (ingroup) dan mereka orang luar (outgroup) . Hal ini yang akan sedikit rasa iri hati, permusuhan dan juga persaingan antara masyarakat tersebut.

Ingroup dan outgroup boleh digunakan untuk mengetahui jarak sosial diantara individu yang berada di dalam satu kelompok dengan individu yang berada diluar kelompok. Jarak sosial akan semakin rapat jika mereka berada dalam satu kelompok, dan jarak sosial akan menjadi semakin jauh apabila mereka berada pada kelompok yang berbeza. 4.0 Etnosentrisme Setiap bangsa mempunyai kebudayaan dan adat mereka yang tersendiri. Kebudayaan ini akan membezakan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Mereka akan cenderung menganggap kebudayaan mereka sebagai budaya yang boleh diterima pakai, yang logik dan yang paling unggul. Sesuatu yang berbeza dengan kebudayaan yang mereka miliki akan dilihat sebagai kurang baik dan tidak mempunyai nilai estatika. Kewujudan hal ini yang akan menimbulkan rasa etnosentrisme. Terdapat banyak makna yang memperihalkan konsep etnosentrisme. Definisi etnosentrisme menurut Kamus Dewan Ediai Keempat ialah pandangan atau sikap yang percaya bahawa golongan atau kebudayaan etnik sendiri lebih unggul daripada golongan atau kebudayaan etnik lain. Etnosentrisme juga merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota keluarga sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah lebih baik daripada dan hebat daripada etnik lain. Etnosentrisme juga memberi makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain melalui kaca mata sendiri (Shamsul Amri Baharuddin,2008, ms 12). Etnosentrisme merupakan gejala sosial yang universal dan kadang kala tidak disedari oleh individu yang melakukannya. Etnosentrisme merupakan kecenderungan tidak sedar untuk menginterpritasikan atau menilai kelompok lain dengan menggukur dengan kebudayaannya sendiri (Shamsul Amri Baharuddin,2008, ms 12). Disamping itu etnosentrimse dapat dikaitkan dengan rasisme iaitu kepercayaan bahawa seseorang individu dapat diklasifikasikan kedalam kelompok ras yang berbeza berdasarkan kelas kelas ras berdasarkan biologi ras tersebut.Jadi, seseorang individu akan menolak
4

perbezaan budaya dan menganggap bahawa kelompok lain lebih inferior. Selain itu juga, faktor keyakinan yang tinggi terdapat kebudayaan sendiri juga boleh menimbulkan rasa etnosentrisme dalam masyarakat tersebut. Kelompok tersebut akan menganggap budaya mereka merupakan budaya yang terhebat berbanding dengan kelompok lain.Sebagai contoh masyarakat A yang menganggap kelompok politik agama A lebih hebat daripada politik agama orang lain (Alo Liliweri,2005, ms 16). 5.0 Prejudis Prejudis ditakrifkan sebagai pandangan negatif mengenai ahli atau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seseorang atau etnik kelompok tertentu. Biasanya prejudis tidak dinyatakan secara terbuka.Lazimnya pandangan ini ini tidak berasaskan maklumat yang jelas, tepat atau mencukupi. Stereotaip akan terhasil apabila prejudis disuarakan (Shamsul Amri Baharuddin,2008, ms 12). Prejudis antara etnik akan terjadi apabila sesebuah kumpulan etnik memandang negative terhadap kumpulan etnik yang lain. Prejudis yang kuat terhadap kumpulan etnik etnik lain ialah adalah sukar untuk di ubah walaupun diberikan fakta dan bukti yang kukuh bahawa pemahaman tersebut adalah salah. Memalui proses sosialisasi, sikap prejudis disalurkan daripada satu generasi kepada generasi yang lain (Shamsul Amri Baharuddin,2008, ms 12). Apabila ia disalurkan dari satu generasi kepada generasi yang lain, ia mampu menggugat intergrasi diantara kaum yang terdapat dinegara. Prejudis juga dikenali sebagai perasaan buruk sangka yang merupakan perasaan semulajadi dalam diri seseiapa sahaja yang sentiasa mencurigai keihklasan dan kejujuran orang lain. Sifat ini perlu dikawal kerana ia mempunyai ciri ciri tersendiri iaitu tidak dapat menerima perubahan walaupun pengalaman walaupun melalui pengalaman baru, hujah yang logik dan kenyatakaan yang tidak dapat disangkal lagi. Prejudis juga merupakan satu penilaian di dalam satu kelompok sosial dan ahli kelompok yang lain berdasarkan konsep yang di salah tafsiran yang terjadi walaupun terdapat bukti yang kukuh .( Margaret L. Andersen, Howard Francis Taylor,2008).Perasaan prejudis ini merupakan sejenis penyakit psikologi yang tidak sangat sukar dihilangkan melalui cara yang biasa.
5

Bibliografi Shamsul Amri Baharuddin (2008). Modul Hubungan Etnik.Pusat Penerbitan Universiti.Shah Alam Marvin E. Shaw (1989). Dinamik Kelompok:Psikologi Tingkah Laku Kelompok Kecil ( wan Azmi Ramli,Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka ms 6 Alo Liliweri (2005).Prasangka dan Konflik.PT LKis Pelangi Aksara Susan T. Fiske, Daniel T. Gilbert, Gardner Lindzey(2010). Handbook Of Social

Psychology,Volume 2. John Wiley and Sons Margaret L. Andersen, Howard Francis Taylor (2007). Sociology: Understanding A Diverse Society. Cengage Learning.

Anda mungkin juga menyukai