Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI MOHAMAD SAFWAN BIN MAHZIN REFLEKSI Pada 07.03.2011 11.03.

.2011 saya dan seorang rakan sekelas telah menjalani latihan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) Sekolah Kebangsaan Bendang Siam. Kami telah diberikan satu tugasan Kerja Kursus Pendek (KKP) bagi memenuhi mata berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Semasa menjalankan tugasan ini, kami membuat pemerhatian ke atas murid yang bermasalah. Aspek yang diperhatikan adalah masalah disiplin dan tingkah laku yang telah ditimbulkan. Pemerhatian semasa kelas pemulihan Bahasa Melayu yang dikendalikan

oleh Pn Norhayati bin Najri, guru pemulihan SK Bendang Siam. Pn Norhayati juga merupakan setiausaha panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Bendang Siam. Sebanyak seorang sahaja murid beliau semasa kelas kali ini iaitu Mohamad Ezam bin Rosmi, Tahun 2 Wawasan. Mohamad Ezam mempunyai masalah tidak dapat membaca suku kata walaupun dia dapat mengenal huruf. Apabila menggabungkan huruf, dia tidak dapat membunyikan suku kata tersebut. Ezam mempunyai iaitu tidak dapat menumpukan perhatian didalam kelas, suka membuat loyar buruk, malas, dan suka memerlukan perhatian guru. Pengajaran yang dilakukan oleh Pn Norhayati adalah mengenal suku kata dan menggabungkan suku kata.

Setelah selesai melakukan tugasan ini, saya lebih menyedari tentang keperluan murid-murid bermasalah dan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah. Komunikasi dan gaya kepimpinan guru membawa kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai kesimpulan, tugasan ini ini membantu saya supaya memahami apa tentang keadaan murid yang bermasalah. Selain itu juga, masalah yang ditimbulkan juga mempunyai jalan penyelesaian dengan mengikut model model berdasarkan buku rujukan pengurusan bilik darjah .