Anda di halaman 1dari 27

MENANGKIS KEJAHATAN ILMU HITAM

Oleh: USTAZ MAT TORMIZI MD AROF

MUQADDIMAH
Makhluk-makhluk halus wujud sejak kelahiran nabi
Adam A.S di muka bumi. Mereka berperanan merosak dan meyesatkan anak Adam A.S sehingga hari qiamat seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam Al-Quran & AsSunnah. Kedua-dua makhluk ini sering bermusuhan dan masing-masing akan menggunakan pelbagai cara untuk mengatasi pihak lawan tidak kira dengan cara halus atau kasar. Kerjasama diantara tukang sihir dengan makhluk halus inilah yang menakutkan manusia lain. Ini adalah kerana pada kebiasaannya mereka akan melakukan perkara-perkara yang berunsur syirik atau kufur samada secara sembunyisembunyi atau terang-terang

PENGERTIAN SIHIR
SIHIR
memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya - mangsa sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran & membayangkan sesuatu sebagai sebaliknya.

Syeikh al-Azhar - amalan perbuatan yang

dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya.

Ibn Qudamah al-Maqdisi


- Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan /ditulis /dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh atau hati dan akal orang yang disihir tanpa menyentuhnya secara langsung.

Kesimpulannya adalah sihir merupakan


kesepakatan antara manusia dan syaitan

CARA TUKANG SIHIR MENDEKATI SYAITAN


Menjadikan Al-Quran sebagai alas kaki untuk ke
tandas Menulis sebahagian ayat Al-Quran dengan benda kotor ( darah haid) Menulis sebahagian ayat Al-Quran di tapak kaki atau menulis Surah Al-Fatihah secara songsang (terbalik) Solat tanpa wudu atau dalam keadaan berjunub Menyembelih untuk syaitan tanpa menyebut nama Allah dan meletakkannya di suatu tempat yang telah dijanjikan.

Pembahagian Sihir
Ulama'telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian:

Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah


7 bintang. Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat. Meminta bantuan dengan roh-roh rendah ya'ni jin. Khayal,hipnopsis atau silap mata. Perbuatan aneh yang nampak dari penyusunan alatalat berdasarkan ukuran-ukuran tententu. Menggunakan ubat-ubat khusus ya'ni dalam berbagaibagai bentuk makanan dan minyak. Menggantungkan ke hati mangsa bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan apabila muncul rasa takut maka akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa. Mendekat dengan cara yang ringan dan lembut.Ini telah menjadi perkara lumrah di kalangan masyarakat.

CARA TUKANG SIHIR MENDATANGKAN JIN


Menerusi sumpah atas nama jin atau syaitan Menerusi penyembelihan. Menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis Menulis ayat-ayat al-Quran terbalik Menggunakan bintang Menerusi tapak tangan Menerusi apa yang dipakai

MENGENALI TUKANG SIHIR


Tanda-tanda pada seorang pengubat yang sebenarnya adalah tukang sihir: Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah pesakit seperti kain,baju,sapu tangan dan sebagainya. Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifatsifat tertentu dipakai oleh untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah. Adakalanya juga melumurkan darahnya kebahagian tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi(tidak ada penghuni). Memberi azimat-azimat tertentu. Membaca jampi serapah ke atas azimat itu menggunakan bahasa yang tidak difahami.

Menggunakan kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor. Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya empat puluh hari.Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama kristian Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di bilik yang tidak dimasuki sinar mentari. Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.

Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan di suruh berasap dengannya Dia membaca sesuatu yang tidak difahami. Memberitahu pesakit tentang namanya,negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakan. Menulis huruf-huruf pada potongan kertas atau pada tembikar bewarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

JENIS-JENIS SIHIR DAN PENGARUHNYA TERHADAP MANGSA DAN CARA RAWATAN

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Memisahkan suami isteri dengan sihir Guna-guna atau sihir percintaan Memperdayakan pandangan silap mata(hipnotis) Sihir yang membuat gila Sihir membuat orang tidak bermaya Sihir mendengar panggilan Sihir membuat penyakit Sihir melakukan pendarahan Sihir menahan penikahan

1. Sihir memisahkan suami isteri


Jenis-jenis sihir memisah a. Memutuskan hubungan seseorang dengan ibunya. b. Memutuskan hubungan antara seseorang dengan

c. d. e. f.

ayahnya Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawan nya Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam peniagaan atau seumpamanya Memisahkan antara suami dengan isterinya.

Tanda-tanda sihir pemisah a. Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi


benci b. Berlaku keraguan antara suami isteri c. Enggan meminta maaf d. Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil. e. Pandangan buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik f. Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya

2. Guna-guna atau sihir percintaan


Tanda-tanda sihir percintaan a. Gejolak cinta yang keterlaluan b. Hasrat yang berlebihan untuk melakukan
hubungan seksual Sukar mengawal cinta Rindu bayang yang berlebihan Patuh secara membuta tuli

c. d. e.

Cara-cara sihir percintaan berlaku @ Terdapat wanita yang tidak sabar apabila

berlakunya pertelingkahan antara suami isteri lantas mereka mengambil jalan mudah dengan bertemu dengan tukang sihir bagi memastikan suami mereka sentisa mencintai mereka

Kesan-kesan sihir percintaan a. Adakalanya suami akan menanggung sakit dalam b. c.


jangkamasa yang lama Adakalanya kesan daripada sihir itu terbalik sehingga suami menbenci isterinya. Adakalnya seorang isteri mengerjakan sihir berganda-ganda kepada suaminya dengan tujuan dia membenci setiap wanita dan hanya mencintainya sahaja, sehingga menyebabkan suami membenci ibu, saudara mara perempuan dan semua wanita yang masih ada hubungan kerabat.

Sebab-sebab sihir percintaan. a. Timbulnya berbagai-bagai perselisihan antara b.

suami isteri Perasaan cemburu wanita memang hebat,mereka selalu cemas jika suaminya akan berkahwin lagi.

Sihir yang dihalalkan.

a. Menghias dan mencantik isteri di hadapan b. c. d. e. f. g. h.

suami. Tidak memperlihatkan sesuatu yang buruk dari seorang isteri kepada suaminya. tidak mencium bau yang tidak sedap, selalu senyum manis, berkata baik ,lembut, menjaga harta suami, merawat anak-anak dengan kasih sayang, Mentaati suami selagi dia tidak menyuruh melakukan perkara maksiat kepada Allah.

3. Sihir Memperdayakan pandangan (hipnotis)

a. Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan


sebaliknya. b. Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya. c. Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya , seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah nabi Musa.

Tanda-tanda Hinoptis:

3. Sihir yang membuat gila

a. b. c. d. e. f. g.

Tanda-tanda Sihir Gila:


Melatur, benggung dan lupa sesuatu. Kacau dalam perbicaraan. Mata kuyu{monyok} Tidak boleh tenang di satu tempat. Tidak boleh melanjutkan pekerjaan tertentu. Tidak mengambil berat tentang penampilan {selekeh}. Sampai kesatu tahap bahawa berjalan tidak tahu dan adakalanya tidur di tempat-tempat sunyi.

Cara Berlaku Sihir Gila: a. Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk kedalam

tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikir dan daya ingatan.

5. Sihir membuat orang tidak bermaya


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Suka berseorangan. Diam terus. Tidak suka berbagai-bagai pertemuan. Fikiran meracau. Selalu pening. Selalu lesu dan tidak bermaya. Menutup diri sepenuhnya.

Cara Berlaku Sihir Tidak Bermaya: a. Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang

disihir dan disuruhkan supaya tinggalkan di otaknya serta membuat mangsa mengeram dan menutup diri.Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala{tidak bermaya} pada orang yang disihir.

6. Sihir mendengar panggilan


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Selalu mengalami mimpi ngeri. Bermimpi mendengar orang memanggil nama. Mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tidak melihat orangnya. Selalu was-was. Selalu meragukan teman dan orang-orang yang mencintainya. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi. Mimpi melihat haiwan yang mengejarnya.

a. Tukang sihir mengirimkan jin yang diberikaan


tugasnya untuk menyibukkan orang yang disihir pada waktu tidur dan jaga, kemudian jin itu menampakkan dalam diri dalam tidurnya berupa berbagai-bagai haiwan buas yang mengancamnya atau memanggilnya ketika jaga kadang-kadang dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suarasuara aneh.

Cara-cara berlaku Sihir Ini:

7. Sihir membuat penyakit

1. Selalu sakit pada salah satu anggota badan. 2. Saraf tersumbat. 3. Lumpuh salah satu anggota tubuh. 4. Tidak berfungsi salah satu pancaindera. 5. Lumpuh menyeluruh.

Cara berlakunya Sihir Ini: jin akan menetap di otak, benar-benar

ditempat yang dikehendaki oleh yang memberi tugas iaitu tukang sihir, kemudian dia menetap di pusat pendengaran, penglihatan dan sebagainya.Ketika itu, anggota tubuh berada di antara 3 keadaan:
Menegah isyarat-isyarat untuk sampai kepada anggota tubuh sehingga anggota tubuh tersebut tidak berfungsi lalu pesakit mengalami bisu, buta, tuli dan lumpuh. Adakalanya membiarkannya sehingga anggota tubuh kadangkala berfungsi dan adakalanya tidak. Menyebabkan otak memberikan isyarat berturut-turut dan cepat tanpa sebab sehingga anggota tubuh menjadi kaku dan tidak bergerak sekalipun tidak sampai lumpuh.

8. Sihir pendarahan

Sesungguhnya sihir ini tidak berlaku melainkan kepada wanita. Seorang perempuan yang ingin disihir kemudian jin itu diberikan tugas untuk mengeluarkan darah, dengan cara tersebut dan jin akan berjalan bersama darah. Sabda Rasullulah{s.a.w}: " Syaitan berjalan dalam tubuh manusia pada peredaran darah"

Pengertian Pendarahan: Adapun sihir pendarahan ini ialah apa yang disebut oleh ahli feqah dengan istihadah dan dan di kalangan doktor biasanya disebut pendarahan.Kemungkinan pendarahan ini berlangsung sampai beberapa bulan dan mungkin jumlah darahnya sedikit atau banyak.

9. Sihir menahan pernikahan


2. 3. 4. 5. 6. 7.

1. Pening kepala yang berterusan, tidak terhenti

sekalipun diberikan ubat oleh doktor. Sesak di dada terutamanya setelah Asar hingga tengah malam. Melihat pelamar bermuka hodoh. Banyak berfikir {fikiran melayang} Selalu gelisah waktu tidur. Selalu rasa sakit di perut. Rasa sakit ditulang punggung bahagian bawah.

Cara berlakunya Sihir Ini: a. Tukang sihir menugaskan beberapa jin

mendekati gadis tersebut hingga dapat masuk kepadanya. Selepas itu jin akan melakukan satu diantara dua:
i. Masuk ke dalam wanita tersebut menyebabkan dia benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya. ii. Atau jin menipu penglihatan dengan membayangkan bahawa wajah lelaki yang ingin melamarnya berwajah buruk.

PENUTUP
Perbicangan yang berkaitan dengan ilmu hitam
ini amat susah untuk difahami oleh seseorang, selama mana tidak mengambil tahu tentangnya dan terlibat secara langsung mengenainya, yang hanya difahami oleh mereka yang terlibat secara khusus sahaja, seumpama pawang atau bomoh. Dalam masyarakat Melayu kita, perbuatan ilmu hitam ini dengan perantaraan makhluk-makhluk halus yang jahat boleh dikatakan banyak berlaku, biar pun agama mereka anuti itu melarang keras perbuatan tersebut. Banyak orang terkena sihir, santau, kena rasuk dan sebagainya, menyebabkan manusia hilang pertimbangan akal, menjadikan bercakap bersendirian, sasar, bingung, tidak siuman, sakit kepala berpanjangan dan sebagainya .

Semoga risalah yang tidak seberapa ini dapat

memberi sedikit manfaat dan dijadikan panduan untuk kita semua. Dan juga mudah-mudahan dengan mendalami dan menghayati risalah ini dapat menambah pengetahuan dan permasaalahan makhluk halus ini. Akhirnya pesanan saya untuk semua janganlah kita memandang remeh dalam perkara tersebut bahkan ianya satu bidang yang harus diketahui bersama. Marilah sama-sama kita berdoa memohon kepada Allah SWT agar kita diselamatkan daripada gangguan makhluk halus dan selamat dunia akhirat.

RUJUKAN
1) Al-Quran al-Karim. 2) Sunnah Nabawi. 3) Alam Jin Wa Malaikat 4) Talbis Iblis 5) Tanbih al Ghafilin
- Umar al-Asyqar. - Abu al Farj Ibnu - Abu al Laist al Jauzi.

Samarqandi. 6) Alam al Jin Wa Syayatin - Abdul Karim 7) Alam Jin Fi Dhau'I Kitab - Abdul Karim

Naufan. Naufan.

Disediakan oleh : Us. Syarhan Syafie Dikeluarkan oleh : AKADEMI PENGAJIAN ISLAM DAN DAKWAH (APID) P7 FASA 1C3, Bandar Baru Manjung, 32040 Manjung Perak Darul Ridzuan. Tel : 05-6889868 Faks : 05-6883119 HAK CIPTA TERPELIHARA

Anda mungkin juga menyukai