Anda di halaman 1dari 4

Syiah: Rafidhah Adalah Nama Yang Menjadi Kebanggaan (2)

Dipetik daripada www.darrulkautsar.net

Terjemahan

Syiah: Rafidhah Adalah Nama Yang Menjadi Kebanggaan (2)

Daripada Abi Abdillah (Ja'far as-Sadiq) a.s., katanya: "Demi Allah! Sesungguhnya ia adalah sebaik-baik nama yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kamu selagi kamu berpegang dengan kata-kata kami dan tidak mendustakan kami. Perawi (Uyainah) berkata: Abu Abdillah a.s. mengucapkan kata-kata ini kepadaku ketika aku menceritakan kepadanya bahawa ada seorang berkata kepadaku: "Elakkan dirimu daripada menjadi seorang Rafidhi (seorang Rafidhah). Daripada Abi al-Jarud katanya: "Semoga Allah memekakkan kedua-dua telinganya sebagaimana Allah telah membutakan kedua-dua matanya sekiranya dia tidak mendengar Aba Ja'far (Muhammad al-Baqir) a.s. berkata bahawa si fulan telah menamakan kita dengan satu nama". Beliau (Abu Jafar) bertanya: "Apakah nama itu? Dia pun menjawab: "la menamakan kita Rafidhah. Lantas Abu Jaafar a.s. berkata sambil menunjukkan ke dadanya: "Aku termasuk dalam golongan Rafidhah dan dia adalah sebahagian daripadaku (Rafidhah). Beliau berkata sedemikian sebanyak tiga kali. Daripada Abi Basir katanya: "Aku berkata kepada Abu Ja'far a.s: "Semoga diriku dijadikan tebusan untukmu. Satu nama yang menyebabkan penguasa-penguasa menghalalkan darah kita, harta-harta benda kita dan penyeksaan terhadap kita. Abu Ja'far a.s. bertanya: "Apakah nama tersebut? Abu Basir menjawab: "Ar-Rafidhah. Lantas Abu Ja'far a.s. berkata: "Sesungguhnya tujuh puluh orang dari tentera Fir'aun telah menolak dan meninggalkan Fir'aun dan bergabung dengan Musa a.s. Tidak ada seorangpun dari kaum Musa yang lebih bersungguh (kuat beribadat) dan lebih mencintai Harun dari mereka, kerana itu kaum Musa menamakan mereka Rafidhah. Maka Allah mewahyukan kepada Musa supaya mencatitkan nama itu ke dalam Taurat kerana Aku (Allah) telah mengurniakan nama itu kepada mereka. Dan itulah nama yang Allah telah kurniakan kepada kamu (Syiah). (Rujukan: Abu Jafar Ahmad bin Muhammad bin Khalid al-Barqi Kitab al-Mahasin hal. 157)

Kesimpulan:

1.

Syiah mengatakan Rafidhah mereka.

adalah satu nama yang menjadi kebanggaan

mereka dan mereka menganggap nama tersebut adalah satu kemuliaan bagi

2.

Syiah mengatakan Rafidhah adalah nama yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada mereka berdasarkan kitab-kitab sahih di sisi mereka.

3.

Syiah mengatakan nama Rafidhah telah diberikan oleh Nabi Musa a.s. kepada pengikut-pengikut setianya.

Sumber: http://www.darulkautsar.net/article.php?ArticleID=3927