Anda di halaman 1dari 9

AKTA KILANG DAN JENTERA 1967

PERATURAN-PERATURAN (PEMBERITAHUAN, PERAKUAN KELAYAKAN DAN PEMERIKSAAN) KILANG DAN JENTERA (PINDAAN) 2004

PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 56(1) Akta Kilang
dan Jentera 1967 [Akta 139], Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:

Nama dan permulaan kuat kuasa 1. (1) Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera (Pindaan) 2004. (2) Peraturan-Peraturan ini mula berkuat kuasa pada 8 Oktober 2004.

Pindaan am 2. Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera 1970 [P.U. (A) 43/1970], yang disebut Peraturan-Peraturan ibu dalam Peraturan-Peraturan ini, dipinda (a) dengan menggantikan perkataan kaki di mana-mana jua terdapat dengan perkataan meter; (b) dengan menggantikan perkataan cwt di mana-mana jua terdapat dengan perkataan kg;

(c) dengan menggantikan perkataan k.k di mana-mana jua terdapat dengan perkataan kilowatt; (d) dengan menggantikan perkataan kuasa kuda di mana-mana jua terdapat dengan perkataan kilowatt; dan (e) dengan menggantikan perkataan paun seinci persegi tolok di manamana jua terdapat dengan perkataan kilo pascal.

Pindaan peraturan 2 3. Peraturan 2 Peraturan-Peraturan ibu dipinda(a) (b) dengan memotong takrif kuasa kuda; dan dengan memasukkan selepas takrif isian padu takrif yang berikut: lif khidmat ertinya lif yang direka bentuk dan dibina untuk membawa barang-barang sahaja, dan termasuk pelayan palsu;.

Pindaan peraturan 33 4. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 33 dengan peraturan yang berikut:
BayaranPemeriksaan kilang.

33.

Bayaran hendaklah dikenakan seperti berikut bagi tiap-tiap satu pemeriksan kilang (tidak termasuk pemeriksaan jentera) jika luas kawasan lantai adalahRM (i) (ii) kurang daripada 1,395 meter persegi 1,395 meter persegi dan ke atas tetapi kurang daripada 4,650 meter persegi 193 495

(iii)

4,650 meter persegi dan ke atas

873.

Pindaan peraturan 34 5. Peraturan 34 Peraturan-Peraturan ibu dipinda (a) dengan menggantikan perenggan (i) dengan perenggan yang berikut: (i) jika permukaan memanas bagi dandang stim adalah RM kurang daripada 5 meter persegi 5 meter persegi dan ke atas tetapi kurang daripada 10 meter persegi 10 meter persegi dan ke atas tetapi kurang daripada 25 meter persegi 25 meter persegi dan ke atas tetapi kurang daripada 50 meter persegi 50 meter persegi dan ke atas tetapi kurang daripada 100 meter persegi 100 meter persegi dan ke atas tetapi kurang daripada 250 meter persegi 250 meter persegi dan ke atas 608; 506 405 337 270 84 203

(b)

dengan perenggan (ii), dengan menggantikan perkataan 25 dengan perkataan 100; dan

(c)

dengan perenggan (iii), dengan menggantikan perkataan 20 dengan perkataan 80.

Pindaan peraturan 35 6. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 35 dengan peraturan yang berikut:
Bayaran Pengandung tekanan tidak berapi.

34.

Bayaran hendaklah dikenakan bagi tiap-tiap satu pemeriksaan pengandung tekanan tak berapi seperti berikut: (i) jika pengandung itu di bawah tekanan stim dan isian padunya RM kurang daripada 0.1 meter padu 0.1 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 0.5 meter padu 0.5 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 5 meter padu 5 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 10 meter padu 10 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 15 meter padu 15 meter padu dan ke atas 180 144 108 90 36 54

(ii)

jika pengandung itu tidak di bawah tekanan stim dan tidak diguna semata-mata untuk memulakan enjin pembakaran dalam dan isian padunya RM kurang daripada 0.1 meter padu 0.1 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 0.5 meter padu 0.5 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 5 meter padu 5 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 10 meter padu 10 meter padu dan ke atas tetapi kurang daripada 15 meter padu 15 meter padu dan ke atas 160. 120 100 80 20 40

Penggantian peraturan 36 7. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 36 dengan peraturan yang berikut:
Bayaran Enjin pembakaran dalam.

36. Bayaran hendaklah dikenakan seperti berikut bagi tiap-tiap satu pemeriksaan enjin pembakaran dalam jika kilowatt enjin adalah RM kurang daripada 10 kilowatt 50

10 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 50 kilowatt 50 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 100 kilowatt 100 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 200 kilowatt 200 kilowatt dan ke atas

100

120

220

280

Dengan syarat bahawa, jika enjin itu dimulakan dengan udara mampat atau gas lawas, hendaklah dikenakan bayaran sebanyak RM20 bagi tiaptiap pengandung tekanan tak berapi yang dipasang pada enjin itu..

Pindaan peraturan 37 8. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 37 dengan peraturan yang berikut:
Bayaran Enjin pacuan air.

37. Bayaran hendaklah dikenakan seperti berikut bagi tiap-tiap satu pemeriksaan enjin pacuan air jika kilowatt enjin itu adalah RM kurang daripada 20 kilowatt 20 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 100 kilowatt 100 kilowatt dan ke atas 120. 40 80

Pindaan peraturan 38 9. Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan peraturan 38 dengan peraturan yang berikut:
Bayaran Mesin angkat.

38. Bayaran hendaklah dikenakan seperti berikut bagi tiap-tiap satu pemeriksaan (i) mana-mana mesin angkat (selain daripada lif penumpang letrik, lif barang-barang atau lif layanan atau kren bergerak) jika kilowatt penggerak utama yang dipasang adalah RM Kurang daripada 15 kilowatt 15 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 37 kilowatt 37 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 75 kilowatt 75 kilowatt dan ke atas 237 194 86 151

(ii)

mana-mana lif penumpang elektrik atau lif barangbarang jika perjalanan lif itu adalah RM kurang daripada 30 meter 30 meter dan ke atas tetapi kurang 173 380

daripada 140 meter 140 meter dan ke atas (iii) (iv) mana-mana lif khidmat letrik mana-mana kren bergerak 483 120 146.

Pindaan peraturan 39 10. Peraturan 39 Peraturan-Peraturan ibu dipinda (a) dengan menggantikan perenggan (i) dengan perenggan yang berikut: (i) mana-mana jentera selain daripada dandang stim, pengandung tekanan tak berapi, mesin angkat atau enjin pembakaran dalam, jika jumlah kilowatt penggerak utama (tidak termasuk penggerak utama simpanan) adalah RM kurang daripada 10 kilowatt 10 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 20 kilowatt 20 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 50 kilowatt 50 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 100 kilowatt 100 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 200 kilowatt 160 140 120 60 100

200 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 500 kilowatt 500 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 1000 kilowatt 1000 kilowatt dan ke atas tetapi kurang daripada 2000 kilowatt 2000 kilowatt dan ke atas

180

200

240

400; dan

(b)

dalam perenggan (iii) (i) dengan menggantikan perkataan lima puluh sen dengan perkataan RM2; dan dengan menggantikan perkataan lima kaki padu dengan perkataan dan 0.15 meter padu

(ii)

Pindaan peraturan 41 11. Peraturan 41 Peraturan-Peraturan ibu dipinda dengan menggantikan perkataan $25 dengan perkataan RM100.

Dibuat 28 September 2004 [KSM/PUU/S/01/08/02 Jld. 2; PN(PU2)235/IX]

Datuk Wira Dr. Fong Chan Onn Menteri Sumber Manusia

Anda mungkin juga menyukai