Anda di halaman 1dari 41

Frekuensi Kaya

Frekuensi Kaya

Rahsia Daya Penarik dan Imaginasi

Oleh Zahidan Abd Aziz, MBA


www.frekuensikaya.com www.rahsiarezeki.com www.rahsiasedekah.com Blog: www.frekuensikaya.blogspot.com www.rahsiarezeki.wordpress.com

RM30.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya

PENAFIAN
Ebook panduan ini dihasilkan untuk memberikan pengajaran dan menyalurkan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan, sekuriti atau perakuan sekuriti. Strategi yang disebut di dalam buku ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Pengarang serta pihak penerbit dengan ini secara khususnya tidak bertanggungjawab atas apaapa risiko, kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan buku panduan ini, secara langsung atau tidak langsung. Hakcipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan ebook ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa juga cara sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin daripada pihak penulis

Versi Keluaran: 1.0 , Julai, 2010

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya

ISI KANDUNGAN
PENDAHULUAN......1 BAHAGIAN A BAB 1 : MENGAPA PERLU KAYA.....7 BAB 2 : Al-QURAN DAN HADIS MENYENTUH TENTANG HARTA, DUNIA DAN KEKAYAAN ...18 BAB 3 : MENGUBAH APA YANG ADA PADA DIRI ANDA .......30 BAB 4 : AKU ADALAH MENURUT SANGKAAN HAMBAKU TERHADAP KU ..31 BAB 5 : TIAP SESUATU BERMULA DENGAN NIAT..33 BAHAGIAN B BAB 6: OTAK ORANG KAYA DAN MISKIN ....36 BAB 7 : OTAK DAN FREKUENSI..40 BAB 8 : MANUSIA MENGGUNA 5% OTAK SAHAJA..46 BAB 9 : UNDANG-UNDANG DAYA PENARIK ...51 BAB 10 : ENGKAULAH APA YANG ENGKAU FIKIRKAN..54 BAB 11 : IMAGINASI ATAU ILMU? .....56 BAB 12: BAGAIMANA IMAGINASI DAN VISUALISASI BERFUNGSI DAN MENYERLAH...59

EMPTY.

BAB 17 : KAYA YANG PENUH KEBERKATAN ..86 BAB 18 : MOHONLAH DARI ALLAH .89

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya

PENDAHULUAN
Assalamualaikum & salam sejahtera. Terima kasih kerana anda telah membuat keputusan untuk berubah dan meneroka alam fikiran dan ilmu tentang kekayaan yang dipaparkan dalam ebook ini. Percayalah, detik anda membuat keputusan untuk membeli buku ini, satu saraf di dalam diri anda telah dirangsang, diusik, dan didorong untuk mengubah diri anda. Niat itu sendiri telah merangsang beberapa sel dalam otak anda untuk mencipta sesuatu yang anda niatkan.

EMPTY.
tahun demi tahun, fasa demi fasa. Sampai bila ini akan berakhir sedangkan usia anda semakin meningkat.

EMPTY.

Berkat kesungguhan dan keinginannya yang tinggi itu berserta perancangan yang jitu, hasil ternakannya bertambah. Setiap hari dia memperolehi RM100 hasil jualan ikannya dan purata sebulan dia memperolehi RM2,000 ditolak ada hari hari beliau tidak menjual kerana ikan tidak mencukupi. Dengan ditambah pendapatannya di kilang, semuanya berjumlah RM2600.

EMPTY.

Satu hari, setelah Salih berhenti kerja, dia telah membelikan sebuah freezer dua pintu untuk dihadiahkan kepada ibunya. Bising-bising ibunya terdiam juga setelah mendapat hadiah yang diidam-idamkannya sejak sekian lama.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya Ebook ini melihat pelbagai perspektif untuk anda fikirkan, Sama ada dari Al-Quran, Hadis, kajian, falsafah, pembacaan dan pengalaman. Amalkan mana yang baik. Yang baik dari Allah dan yang lemah adalah atas kekurangan diri saya sendiri. SELAMAT MAJU JAYA DAN BERTEMU ANDA DI PUNCAK KEJAYAAN.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya

BAB 1 : MENGAPA PERLU KAYA


Masyarakat kita seringkali menganggap negatif terhadap orang kaya dan mencemburui orang kaya. Mungkin juga mereka melihat segelintir orang kaya yang berkelakuan tidak baik, sombong atau tidak mengendahkan orang miskin. Ibarat ada pemisah antara orang kaya dan miskin. Walhal dalam Islam, antara miskin dan kaya itu patut bantu-membantu dan saling memerlukan. Contohnya orang kaya memerlukan tukang membaiki paip di rumahnya yang sudah rosak, atau kerja-kerja buruh yang perlu dilakukan. Sebaliknya orang miskin perlukan orang kaya untuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan, membina masjid, memberi sumbangan untuk membiayai kos pembangunan dan sebagainya. Dalam bab berikut ini kita akan melihat satu-persatu aspek kaya-miskin dan mengapa kita perlu kaya menurut pandangan Islam dan melihat kepada realiti kehidupan itu sendiri.
Ahad , 23 Mei 2010

MukaDepan

Eksklusif: Tahfiz dibuang


Oleh Hafizah Iszahanid

05/23/2010
KUALA LUMPUR: Mereka bukan calang-calang orang, tetapi tahfiz, bekas pegawai tentera, pegawai bank dan pesara kerajaan, kini tergolong sebagai pesakit terdampar selepas tiada waris termasuk anak-anak yang mahu mengambil mereka pulang walaupun sudah sembuh dirawat di hospital. Jumlah pesakit seperti mereka, kebanyakannya warga tua semakin meningkat di beberapa hospital kerajaan termasuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang mencatatkan 489 kes tahun lalu meningkat 81 kes berbanding tahun sebelumnya. PENGHUNI Pusat Jagaan Nur Hasanah merenung masa depan masih tak menentu. Anak dakwa diabai bapa sejak kecil balas dendam Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya

Jangan Jadi Mereka yang Terbuang


Berita ini telah disiarkan dalam BH pada 23 Mei, 2010, iaitu 489 kes orang yang dihantar ke HKL tetapi tidak dijemput oleh keluarga atau anak selepas mereka sembuh. Kes ini adalah satu fenomena baru dalam masalah sosial yang antara faktor penyebabnya ialah kemiskinan, sama ada berpunca daripada anak, keluarga atau pesakit itu sendiri. Jika diteliti, kemiskinan menyebabkan orang benci kepada kita kerana terpaksa menagih simpati dan belas kasihan orang lain untuk survival kita. Sebaliknya jika 489 orang yang terlantar ini adalah orang yang berada atau kaya, InsyaAllah perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka boleh berdikari.

Bolehkah Solat Dengan Tenang?


Menjadi kaya adalah satu keperluan, kita perlu kaya kerana kemiskinan akan menjerumuskan kita kepada kekufuran. Sebagai umat Islam mengapa kita perlu kaya? Sudah tentu untuk beribadah kepada Allah, untuk berdakwah, membantu yang miskin, untuk umat. Seluruh harta kekayaan tersebut digunakan untuk beribadat kepada Allah.

EMPTY .

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

Frekuensi Kaya

Petikan dari sebuah akhbar di Nusantara.

Memberi Makan Kepada Orang Miskin


Islam memandang tinggi kepada orang yang rajin memberi makan kepada orang miskin.

EMPTY..

Mencari Nafkah Untuk Orang Miskin


Orang Islam tidak seharusnya mengabaikan tuntutan untuk membantu orang yang miskin yang tidak berkemampuan. Dari segi ganjaran pun ia adalah sama dengan pahala orang yang berjuang fi sabilillah. Untuk membolehkan seseorang membantu orang miskin, mereka hendaklah terlebih dahulu digolongkan orang yang berada atau mempunyai sesuatu untuk diberi, lebih labih lagi orang yang kaya kerana sudah tentu mereka mampu memberi yang banyak. Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masingHakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 8

Frekuensi Kaya masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. AlIsrak 26. Dari Abu Hurairah r.a, dari nabi s.a.w. sabdanya yang bermaksud:Orang-orang yang berusaha mencari nafkah untuk perempuan-perempuan yang tidak (belum) bersuami dan untuk orangorang miskin, sama dengan orang-orang yang berjuang fi sabilillah. H.R. Muslim

Sebaik-Baik Nafkah
Nafkah mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam. Orang yang memberi nafkhah diberi

EMPTY..
Keperluan Untuk Mendirikan masjid
Ganjaran menghadirkan diri ke masjid seperti hadis di bawah adalah sangat besar sehingga dianugerahi tempat di syurga.
Orang yang membina masjid mempunyai ganjaran besar di sisi Allah. Allah akan memberi sebuah mahligai baginya di syurga.

Sebaik-Baik Sedekah ialah Ketika Kaya

.. EMPTY..
Allah Tidak Menyukai Perbuatan Meminta-Minta
Islam menuntut umatnya supaya bekerja dan berusaha untuk membebaskan diri mereka
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 9

Frekuensi Kaya daripada belenggu kemiskinan dan sebolehnya menjadi orang yang berkemampuan iaitu mampu memberi sedekah, mampu berzakat, mampu memberi nafkah dan membayar hutang. Setiap pekerjaan yang dilakukan oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia merupakan ibadat iaitu selagi ia dilakukan dengan niat yang baik dan tidak melanggar hukumNya. Rezeki yang berkat adalah rezeki yang dicari dengan titik peluh sendiri, bukan dengan cara menunggu pemberian daripada orang lain seperti meminta sedekah, derma dan sebagainya padahal tubuh badan masih lagi kuat dan sihat. Hal ini amat dilarang keras oleh Islam kerana ia merupakan perbuatan yang memalukan dan menghinakan.

EMPTY.
Menjelaskan Hutang Si Mati
Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasululullah s.a.w. bersabda: Roh orang mati yang beriman tergantung (diawang-awangan) dengan sebab hutangnya-sehinggalah hutangnya dibayar oleh warisnya atau orang lain H.R. Tirmizi

EMPTY.
Demikianlah banyaknya sebab mengapa kita, terutamanya umat Islam perlu kaya atau berada untuk membolehkan kita melaksanakan tuntutan-tuntutan dalam Islam. Untuk kaya, kita perlu berusaha dan membaiki diri kita. Walau serendah mana pun kita, janganlah berserah diri sebelum berjuang. Allah menginginkan kita mengubah diri kita dan berada di tahap yang lebih baik. Janganlah membiarkan diri kita dalam kemiskinan atau kepapaan dan menyusahkan orang di sekeliling kita. Laksanakan lah tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga, sebagai ibu atau ayah. Carilah yang halal. Moga dengan ketiadaan kita nanti, waris-waris kita boleh bergembira dengan apa yang kita tinggalkan, bukannya menanggung kesusahan selepas ketiadaan kita.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

10

Frekuensi Kaya

BAB 2 : Al-QURAN DAN HADIS YANG MENYENTUH TENTANG HARTA DAN KEKAYAAN
Apabila disebut Miskin, tiada siapa yang ingin miskin kecuali Nabi-Nabi sahaja kerana kezuhudan mereka. Sebagai manusia biasa, kita semua ingin kaya. Walau bagaimanapun, Kaya atau miskin, ada baik dan buruknya.

.rajin bersedekah, rajin membantu orang dengan wang ringgitnya, rajin berderma dan membina masjid, contohnya, maka dia akan diterima amalannya oleh Allah dan digolongkan sebagai orang yang pemurah. Dengan kekayaannya juga dia rajjin memberi makan kepada orang miskin, berzakat dan membiayaai orang untuk mengerjakan haji, yang mana amalanamalan itu mungkin tidak dapat dilakukan oleh orang miskin. Sebaliknya, miskin juga mungkin menjadi sebab untuk berlaku kekufuran (nauzubillah) dan dimurkai Allah atas kesombongan anda, akhlak yang buruk dan sebagainya. Dengan miskin, pakaian yang compang-camping, ia menyusahkan anda beribadat, apa lagi untuk memberi nafkhah dan berzakat, sebaliknya menjadi peminta sedekah. Bagi yang kaya, kalau tak berhati-hati, mungkin menjadi kikir, sayang kan harta, cintai dunia, sombong dan sebagainya seperti Qarun. Dengan ini amalan akan tertolak. Maka secara kesimpulannya, segala-galanya terletak di hati, tangan, pancaindera, fikiran, perbuatan, niat dan ilmu di dada anda. Yang lebih besar dari itu ialah taufiq dan hidayah dari Allah. Pintalah taufiq dan hidayah dari Allah, moga Allah merestui anda dan mendorongkan anda kearah kebaikan. Berikut ini dipetik ayat dari Al-Quran mengenai kaya, miskin, harta dan kekayaan sebagai renungan dan agar kita dapat menilai dan melihat hikmah Allah menjadikan sesuatu seperti yang dikehendaki-Nya:

Orang Berharta Jangan Membelakangkan Orang Miskin


Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya dari kalangan kamu, bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 11

Frekuensi Kaya serta orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah; dan (sebaliknya) hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. An-Nur: 22

Allah Miskinkan Orang yang Mencari Kekayaan Melalui Harta Fakir Miskin dan Anak Yatim Orang Berjihad ke Jalan Allah Dengan Harta Benda dan Jiwa adalah lebih Tinggi Darjatnya
(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal. At-Taubah 20-21

EMPTY ..

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

12

Frekuensi Kaya

Menjadikan Harta Sebagai Jambatan ke Akhirat


Harta kekayaan, kemewahan dan pangkat menyilaukan pandangan serta dapat mengubah pendirian seseorang. Islam melarang umatnya bersikap terlalu mementingkan kehidupan dunia dan membelakangkan kehidupan di akhirat. Sedangkan pemberian atau nikmat-nikmat keduniaan itu sebenarnya adalah suatu bentuk ujian daripada Allah s.w.t. untuk mengukur sama ada manusia menghargainya dengan bersyukur atau tenggelam dalam kelekaan hingga menjadi kufur terhadap Allah s.w.t. Sebaliknya, orang Islam patut menjadikan nikmat-nikmat tersebut sebagai faktor pendorong untuk melakukan kebajikan dan amal soleh yang dituntut dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Rasulullah s.a.w. telah mengingatkan kita dalam hal ini dalam bersabda baginda yang bermaksud: Sesungguhnnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatku adalah harta kekayaan. H.R. at-Tirmidzi

Gunakan harta benda untuk menuntut ilmu akhirat.

Siapa yang Dikatakan Miskin


Dari Abu Hurairah r.a yang diriwayatkan oleh Muslim, katanya: Yang disebut orang miskin itu bukanlah peminta-peminta yang diberi orang satu atau dua biji kurma atau sesuap atau dua suap makanan. Tetapi sesungguhnya orang miskin itu ialah orang yang tahu menjaga diri (dari meminta-minta). Jika kamu mahu bacalah firman Allah s.w.t. .... mereka tidak meminta-minta kepada orang ramai dengan mendesak-desak ...Al-Baqarah:273

..EMPTY
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 13

Frekuensi Kaya

BAB 3 : Mengubah Apa yang Ada Pada Diri Anda


Sesuatu yang dinamik dan tidak statik bererti ia bergerak, berubah, menyesuaikan diri dan sentiasa berjuang untuk mencapai tahap yang lebih baik. Begitu juga manusia yang dijadikan Allah sebagai makhluk teristimewa, yang perlu mengubah sesuatu pada dirinya agar lebih hebat, mulia, lebih beriman dan mencapai apa juga tahap kebaikan. Dari segi sains jika sel yang terdapat pada badan seseorang itu mati, bererti matilah bahagian tersebut dan jika tidak ada penumbuhan sel yang baru maka bahagian tersebut akan lumpuh, atau jika kulit, ia akan menjadi kulit yang kusam dan tidak nampak cantik seperti mana pada kulit yang tumbuh sel baru. Manusia tidak seharusnya berpuas hati apabila mencapai tahap yang tertentu dan tidak melakukan apa-apa selepas itu. Kita disuruh berhijrah, mencari penemuan yang baru, mencapai tahap yang lebih gemilang untuk faedah seluruh manusia dan masyarakat di sekelilingnya. Jika kita berpeluk tubuh sahaja dan tidak berusaha menambah apa yang ada pada diri kita seperti ilmu, usaha, ikhtiar, amalan dsb, maka jangan diharap orang lain akan melakukannya atau sesiapa sahaja akan melakukannya untuk diri anda. Kitalah yang perlu menggerakkan tulang empat kerat kita untuk mencapai sesuatu. Allah s.w.t. telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud: Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka. Ar-Rad: 11 Allah telah berfirman bahawa nasib sesuatu umat tidak akan berubah melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya. Oleh itu umat Islam hari ini perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperbaiki kehidupan mereka dan maruah mereka kerana sesungguhnya hanya orang yang bijak dan tegas dalam mempertahankan agama Allah serta beriman dan beramal soleh sahaja yang berhak mendapat pertolongan Allah s.w.t. dalam menghadapi ancaman musuh. Ubahlah diri anda dengan mengubah minda, pemikiran anda, menambah ilmu anda, mencari

EMPTY.
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 14

Frekuensi Kaya

BAB 4 : AKU ADALAH MENURUT SANGKAAN HAMBAKU TERHADAP KU


Berbaik Sangka dan Buruk Sangka
Hadis Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Allah s.w.t. berfirman: Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingatiKu. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diriKu. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak. H.R. Abu Hurairah

Menyebut yang Baik Sahaja


Dari Ummi Salamah katanya: Rasulullah s.a.w. telah masuk menziarahi Abu Salamah sedang mata Abu Salamah terbuka, lalu Nabi s.a.w menutupnya, kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya roh apabila ia diambil oleh Malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu)"; (mendengar yang demikian) sebahagian dari keluarganya riuh rendah (menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka), lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara-perkara yang buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara-perkara yang baik, kerana Malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa yang kamu katakan - baik atau buruk", kemudian Baginda s.a.w. berdoa dengan sabdanya: "Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang-orang yang mendapat hidayah pertunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkanlah bagi kami dan baginya Ya Rabbal alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya." H.R. Ummi Salamah

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

15

Frekuensi Kaya

Jauhi Sangkaan Buruk


Apa salahnya jika anda niatkan kaya untuk manfaat seluruh alam, untuk kebaikan keluarga anda, masyarakat taman anda, negeri anda dan seluruh dunia? Selagi kaya anda, selagi banyak anda boleh sumbangkan untuk kebaikan sejagat, lagi banyak anda boleh berderma, berfisabilillah, berjihad dan bantu-membantu sesama anda. Nabi Muhammad s.a.w. ada bersabda bahawa Tiap sesuatu bermula dengan niat...

Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat


Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya sama ada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak iklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat. Ulama kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya. Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala. Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan. Rasulullah s.a.w. Bersabda yang maksudnya. Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya. H.R. Bukhari dan Muslim

EMPTY.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

16

Frekuensi Kaya

BAB 6: OTAK ORANG KAYA DAN OTAK ORANG MISKIN.


Tahukah anda bahawa kehidupan seharian antara orang kaya dan miskin sangat-sangat jauh bezanya? Di dalam otak manusia terdapat 10 trillion synaps yang diciptakan Allah untuk memimpinnya setiap nano saat pergerakannya. Otak mampu menjalankan perkara yang amat rumit. Sebagai contoh, otak manusia mengandungi sekitar 10 ke 15 bilion sel neuron, setiap satunya bersambung dengan neuron yang lain. SubhanAllah, Maha Suci Allah menjadikan otak kita begitu unik, begitu hebat dan sempurna. Tahukah bahawa Allah menjadikan kejadian manusia ini begitu sempurna dan sebaik-baik kejadian. Manusia juga diberi kelebihan yang melebihi makhluk-makhluk Allah yang lain. Firman Allah, Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak Adam, Kami angkat mereka di daratan dan di lautan. Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan. Al-Israk: 70 Kalau dikatakan kelebihan yang sempurna, sungguh hebat manusia itu sebagai sebaik-baik kejadian. Kita sendiri lihat otak manusia lebih hebat dari superpower computer, alat megatronics kerana alat itu perlu dikawal oleh manusia dan tak boleh berjalan sendiri. Manusia juga lebih hebat dari engine V8, lebih hebat dari stemcell transplant, lebih hebat dari program Java, satelit dan lebih hebat dari apa-apa sahaja yang telah dicipta oleh manusia kerana manusia mencipta sesuatu menggunakan otak. Sedangkan otak dicipta oleh Allah s.w.t. Semestinya otak itu lebih hebat dari apa yang dicipta oleh otak.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

17

Frekuensi Kaya

EMPTY.
Berpuluh-puluh tahun dahulu DNA adalah dianggap mustahil, begitu juga sebelum Presiden John F. Kennedy mengarahkan penerokaan ke angkasa lepas, pergi ke bulan adalah dianggap mustahil. Ada beratus-ratus lagi perkara yang dianggap mustahil tetapi pada hari ini telah menjadi kenyataan bahawa ia boleh dilakukan. Antara perkara yang orang dahulu anggap mustahil ialah bercakap dengan orang yang berada di benua lain (telefon), handphone, jantung palsu menggunakan bateri, kapal selam, melihat sel yang berjuta-juta kali halusnya (microscope), dan sebagainya.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

18

Frekuensi Kaya

Ini secara jelas telah disebut oleh Allah s.w.t di dalam surah Ali Imran ayat 110 yang bermaksud:

..EMPTY..
Pengajaran daripada ayat ini ialah bahawa, akal (otak) hendaklah dipandu oleh hati yang bersih, yang tunduk kepada Allah dan tidak angkuh kepada suruhan Allah. Akal yang tidak dipandu oleh wahyu dan roh Islam akan membawa kepada kesesatan dan kemusnahan.

Frekuensi
Delta Theta Alpha
Beta

Gamma
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 19

Frekuensi Kaya Frekuensi adalah satu sukatan untuk mengukur kekerapan berlakunya sesuatu putaran/pusingan dalam tempoh tertentu. Putaran/pusingan yang dimaksudkan ialah seperti gelombang radio, putaran engin, getaran mesin dsb.

EMPTY.

Otak berfikir dalam kiraan frekuensi.


Jenis Delta Theta Frekuensi Keterangan Bawah 4 Hz, gelombang Tidur nyenyak paling rendah 4 7 Hz Mengantuk, hampir terlelap, keadaan ketika khusyuk, berzikir. Disinilah imaginasi dapat dimanfaatkan untuk mencipta kejayaan dan kekayaan. 8 12 Hz Relaks, menutup mata, mengelamun, 12 30 Hz Sibuk, aktif, bekerja, konsentrasi 30100 Hz. Aktiviti neuron dalam rangkaiannya semasa berfikir.

Alpha Beta Gamma

EMPTY.
Otak merupakan organ pemproses maklumat pusat badan. Ia terkandung dalam kepala melalui saraf kranial, dan berhubung dengan saraf tunjang, yang menduduki badan melalui saraf
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 20

Frekuensi Kaya belakang (spinal nerve). Otak merupakan pusat akal dan minda, yang merangkumi komponen seperti kognisi, persepsi, tumpuan fikiran (attention), ingatan dan emosi. Daripada situ, cabang-cabang lain psikologi muncul pula ahli psikologi moden seperti Freud dan Carl Jung yang memberikan sumbangan kepada bidang ini.

EMPTY.

Panduan Wallace Wattles Mengenai Kekayaan

Wallace Wattles lahir, 1800, menulis buku The Science of Getting Rich, kemudian diterbitkan pada tahun 1910

Sebagai salah seorang pendulu dalam kajian terhadap imaginasi ini, Wallace telah membuat beberapa kesimpulan:
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 21

Frekuensi Kaya

Setiap benda mempunyai tenaga universal. Tenaga ini melimpahi setiap muka bumi dan alam.
Apabila anda membentuk suatu pemikiran di dalam kepala anda, anda sebenarnya telah menyentuh tenaga berkenaan yang anda fikirkan itu. Manusia mempunyai kebolehan untuk melahirkan pemikiran dan menyebabkan perkara yang difikirkan di dalam mindanya untuk lahir di dalam ruang-lingkup tenaga universal. Untuk mengaktifkan kebolehan ini, kita mestilah belajar untuk memupuk minda yang kreatif. Secara umumnya, kita berfungsi dengan minda yang berdaya saing. Tetapi untuk mewujudkan sesuatu melalui pemikiran, kita perlulah menggerakkan minda yang kreatif. Kita adalah harmoni dengan tenaga universal (Yang Maha Kuasa) apabila kita menunjukkan kesyukuran.

EMPTY.
aktif. Anda mesti membuat apa yang seharusnya anda lakukan setiap hari untuk membolehkan imej tersebut menjadi realiti. Terutamanya, berusaha keras untuk memberikan perkhidmatan kepada orang lain sesuatu yang bernilai lebih daripada apa yang dibayar kepada anda. Sesiapa yang melakukan panduan ini, akan menjadi kaya. Dan kekayaan yang mereka perolehi adalah sama banyak dan bertepatan dengan gambaran dalam minda mereka, ketepatan tujuan mereka, kejituan kepercayaan mereka dan kedalaman tanda syukur yang mereka zahirkan.

Tak hairanlah, ada orang menyebut beliau sebagai: Seorang yang telah mengubah dunia dengan buku kecil berwarna hijau.
Wallace mendapat sedikit sangat atau tiada latarbelakang pendidikan akademik. Bapanya seorang tukang kebun. Dia dilahirkan di sebuah ladang kecil di Illinois. Dia memulakan alam pekerjaannya sebagai buruh ladang dan kemudiannya berpindah ke Chicago, A. Syarikat. Di Chicago, Wallace bersusah payah sebagai penulis dan mengalami kegagalan demi kegagalan. Selama bertahun-tahun dia dilanda kemiskinan tetapi sentiasa bekerja keras untuk mencapai kesenangan bagi diri dan keluarganya. Kemudian daripada itu beliau mulai mengkaji tentang Pemikiran Baru yang muncul ini dan menemui proses memperolehi kekayaan.

Beliau Mendapati Bahawa Mencapai Kekayaan ialah Hasil Daripada Melakukan Sesuatu Perkara Dengan Cara Tertentu.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

22

Frekuensi Kaya

Inilah buku berwarna hijau yang diterbitkan setebal 60 halaman yang mengubah dunia

Wallace mulai berjinak-jinak dengan beberapa pemikir terkemuka dalam Penemuan Baru ini, antara mereka, Emma Curtis Hopkins dan William Walker Atkinson. Dunianya terbuka kepada cara hidup baru. Kemudiannya, Wallace melibatkan diri sepenuhnya dalam pengkajian dan pembelajaran dan menenggelamkan diri beliau dalam tulisan Georg Wilhelm Friedrich Hegel dan Ralph Waldo Emerson dan lain-lain. Pada satu hari di Chicago dalam tahun 1896, satu rahsia besar telah di terbongkar. Wallace mendapat inspirasi dan jawapan mengapa beliau tenggelam dalam kemiskinan selama ini. Dengan mengubah imaginasi, beliau telah mengubah segala-galanya dan mendapat jalan bagaimana merealisasikan kehidupan yang beliau ingini - kemakmuran dan hasil yang melimpah ruah. Malam tersebut, kehidupannya berubah untuk selama-lamanya. Selepas mengkaji tanpa mengira penat-lelah dan menguji-kaji prinsip ini, beliau telah mencantumkan formula yang membawa kejayaan dan kekayaan. Dengan itu lahirlah The Science of Getting Rich. Secara mudahnya, buku tersebut memulakan berkembangnya teori Law of Attraction iaitu bagaimana prinsip imaginasi menarik kekayaan atau apa yang kita ingini.

Tetapi selama bertahun-tahun, penemuan-penemuan Wattles telah dilupakan hampir kesemuanya, kecuali oleh beberapa orang sahaja.

Buku Wallace,

EMPTY.
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 23

telah saya adakan di seluruh dunia, dari Eropah ke Asia, ke Amerika. Bob Proctor

Frekuensi Kaya

BAB 8 : MANUSIA MENGGUNA 5% OTAK SAHAJA


Kecemerlangan Otak yang Disalahgunakan

Ada juga yang impikan ini

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

24

Frekuensi Kaya

Foto: msn Autos

Atau ini.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

25

Frekuensi Kaya

Ada juga yang impikan untuk sampai ke sini. Alhamdulillah. Tapi dah bertahun-tahun hajat masih tak sampai. Cubalah lakukan apa yang anda akan pelajari ini. Mudah-mudahan.

Impikan pencapaian gemilang pun OK.. Atau keluarga bahagia.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

26

Frekuensi Kaya

Ramai Kenalan

Sehidup semati

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

27

Frekuensi Kaya

Tapi jangan lupa, sumbangkan kepada orang yang memerlukan pertolongan anda sekiranya anda kaya atau berada.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

28

Frekuensi Kaya

BAB 9 : UNDANG-UNDANG DAYA PENARIK


Undang-undang Daya Penarik (The Law of Attraction) menyatakan bahawa sesuatu benda menarik benda yang sama dengannya. Secara mudahnya sebagai contoh, pemikiran (thought), adalah tenaga (energy}; jika anda menggunakan pemikiran yang positif, anda akan mendapat hasil yang positif. Jika anda menghantar atau menggunakan pemikiran tentang kekayaan, anda akan mendapat kekayaan. Formulanya:

.EMPTY

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

29

Frekuensi Kaya

BAB 10 : ENGKAULAH APA YANG KAU FIKIRKAN


Kehidupan menuntut kepada peningkatan kemajuan dan tujuan berfikir betul adalah untuk menggerakkan kemajuan. Berikan masa untuk mengubah kehidupan anda dan kurangkan masa untuk mengubah pendirian orang lain. Untuk mengubah diri seseorang, percayalah potensi yang diberi Allah kepada kita, iaitu Allah telah mengurniakan kita sesuatu yang tidak diberi kepada haiwan iaitu akal fikiran (haiwan hanya diberi nafsu dan otak dan berfikir secara tindakbalas (reflex)) Kajian Saintifik dalam bidang metafizik telah menunjukkan fakta bahawa seseorang itu ialah apa yang difikirkannya. Dia akan menjadi apa yang difikirkannya tentang dirinya dan apa yang difikirkannya sekarang akan mencorakkan masa hadapannya. Disebabkan dia boleh mengubah pemikirannya untuk kebaikan dalam apa bidang sekalipun, dia juga boleh mengubah keseluruhan dirinya. Tetapi majoriti yang cuba mengubah diri mereka dengan cara ini didapati gagal kerana dia tidak bertindak dan menjadi apa yang dia fikirkan, tetapi sebaliknya dia terus mempercayai apa yang orang lain cakap tentang dia atau apa yang dia percaya tentang diri dia pada masa yang lalu. Pendapat oleh Christian Larson

Pemikiran Mengubah Seseorang Manusia


Sains Fizik telah memecahkan jasad kepada molekul, molekul kepada atom, atom kepada tenaga. Sir Ambrose Fleming dalam syarahannya mengenai tenaga di Royal Institution telah berkata: Dalam kehadirannya yang hakiki, kita tidak memahami tenaga melainkan apa yang terhasil daripada Minda atau Kehendak. (In its ultimate essence, energy may be incomprehensible by us except as an exhibition of the direct operation of that which we call Mind or Will.)

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

30

Frekuensi Kaya

BAB 11 : IMAGINASI ATAU ILMU? EMPTY.

Kemudian, fikirkan bagaimana Thomas Alva Edison mencipta bal lampu yang pertama setelah membuat beribu-ribu (10,000) kali percubaan dan gagal. Setelah penat lelah, barulah terhasil lampu filamen yang pertama.

EMPTY.
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 31

Frekuensi Kaya

BAB 12 : BAGAIMANA IMAGINASI DAN VISUALISASI BERFUNGSI DAN MENYERLAH


Imaginasi dan visualisasi

EMPTY.
Sesuatu yang kita tidak pernah nampak contohnya mesin kubota (untuk membajak sawah) sudah semestinya kita tidak boleh gambarkan melainkan dengan mencantumkan idea idea dari sesuatu yang kita pernah lihat. Contohnya kita pernah lihat traktor dan kereta kebal, maka kita boleh mencantumkan dalam idea kita untuk mencipta mesin yang mengunakan enjin traktor dan tayar seperti kereta kebal. Jadi dengan cara ini lahirlah mesin kubota.

Imaginasi dan visualisasi seakan akan sama ertinya iaitu mencipta dalam minda kita (menggambarkan) sesuatu yang baru atau yang sedia ada yang ingin kita hajatkan. Berpandukan ilmu fizik dan teori Law of Attraction Undang-undang daya penarik (UDP), tindakan kita akan menghampiri sesuatu yang kita gambarkan, fikirkan dan hajatkan. Contohnya jika kita kaki memancing, sudah tentu kita akan berjumpa kaki pancing yang lain yang lebih advance, contohnya, jika otak kita kerap memikirkan minat kita itu.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

32

Frekuensi Kaya

Foto: RayDS

Kita menggunakan semua deria kita untuk mencipta suasana atau keadaan yang kita ingini seperti pendengaran, perasaan, rasa, pemandangan, malah mungkin bau untuk menjadikan ia lebih real atau nyata dalam fikiran kita. Untuk meningkatkan kekesanan visualisasi, panduan berikut adalah berguna:

EMPTY.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

33

Frekuensi Kaya

Foto: Whereareyoumurphy

EMPTY.

Visualisasi dan Imaginasi


Visialisasi dan Imaginasi ialah satu kaedah yang cepat dan singkat untuk mencapai citi-cita. Bidang in sebenarnya telah diterokai beratus-ratus tahun dahulu oleh orang yang terkenal dalam bidang ini seperti Prentice Mulford (1834-1891), Wallace Wattles (1860-1911), Genevieve Behrend (1881-1960), Napoleon Hill, Norman Vincent Peale, Jose Silva dan lain-lain. Ramai daipada kita melakukan kesilapan dengan membayangkan berlakunya yang buruk dalam kehidupan kita. Yang selalu membuat kesilapan ini ialah agen insurans kerana mereka selalu datang kepada kita menyatakan akan berlaku mala petaka seperti kemalangan, kesusahan, kebakaran, keputusan wang pada satu hari nanti dan jika tidak mempunyai perlindungan, kita akan susah. Memang kita perlu bersedia sentiasa tetapi janganlah dibesar besarkan perkara yang tidak kita ingini itu kerana ini mengundang yang kita sebut itu untuk datang (berdasarkan Law of Attraction.) Mulai dari hari ini fikirkan yang baik sahaja, InsyaAllah yang baik itu akan datang kepada anda. Ingatlah: What You Think is What You Get (WYTWYG.)

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

34

Frekuensi Kaya

EMPTY.
Sepatutnya otak kita dilahirkan untuk mencipta idea-idea yang cemerlang, yang kreatif yang

Tulis Dahulu Hajat Anda Dan Senaraikan Dengan Lebih Jelas


Bagaimana kita boleh mencetuskan imaginasi yang cemerlang? Antara waktu yang paling baik untuk mencapai imaginasi yang cemerlang ialah ketika kita membaca, menulis dan belajar. Imaginasi kita subur melalui 3 kegiatan ini. Bacalah apa yang anda minati dan suburkan minda anda kerana membaca akan meluaskan imaginasi kita, bukan sahaja ilmu. Amalkan selalu sebagai aktiviti harian, atau sekurang-kurangnya mingguan anda supaya lebih tepat imaginasi anda, lebih cepat anda mencapai hasrat dan cita-cita. Tapi awas, GUNAKAN UNTUK PERKARA KEBAIKAN SAHAJA.

.. EMPTY..

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

35

Frekuensi Kaya

BAB 13 : BERSEDEKAHLAH
Bersedekah secara fiziknya menyebabkan kita berasa kaya. Itulah kelebihan bersedekah yang kita tidak perasan atau sedar kerana kebanyakan kita berasa bahawa manfaat bersedekah ialah hanya untuk mendapat pahala di akhirat. Apabila kita berasa kaya dan berasa lebih senang daripada orang lain, itu lah kekayaan sebenarnya. Untuk lebih mendalam mengenai kelebihan bersedekah bukalah http://rahsiasedekah.wordpress.com Perasaan kaya ini sebenarnya satu langkah untuk menuju kekayaan berdasarkan Undang-undang Daya Penarik (Law of Attraction.)

Berikut ini diberikan beberapa hadis dan ayat al-Quran yang menyentuh tentang kelebihan bersedekah:

Bersedekah Membawa Keberkatan Dan Kemuliaan


Rasulullah s.a.w. Bersabda yang bermaksud: Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan. Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkatkan darjatnya. H.R. Muslim

Banyak Cara Untuk Bersedekah

.EMPTY.
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 36

Frekuensi Kaya

BAB 15 : CARILAH REZEKI SEPERTI DIKEHENDAKI ALLAH


Dalam mencari rezeki dan kekayaan, ada ketikanya kita lupa untuk menyemak sama ada cara kita itu betul atau tidak berpandukan al-Quran dan Sunnah. Ini kerana, maklumlah kita telah diperintah oleh British sejak beratus tahun, dan kalau nak di kira dari pemerintahan Portugis sudah lebih 500 tahun, jadi unsur-unsur yang bukan Islam itu telah menjadi darah daging. Idea dan dasar Machiaveli iaitu Matlamat menghalalkan cara masih menjadi ikutan kita. Kita rasa bangga berpegang pada Tsun Tze Art or War iaitu seni berperang - asalkan menang. Tak kita sedari bahawa perkara itu adalah bertentangan dengan Islam dan, tubuh dan anggota kita akan disoal di depan Allah Rabbul Jalil di Padang Mahsyar. Banyak hadis-hadis yang menerangkan tentang halal-haram dan syarat syarat untuk mencari rezeki yang diberkati dan diredhai Allah. Untuk mengetahui lebih terperinci bukalah http://rahsiarezeki.wordpress.com Berikut ini diberikan beberapa ayat dan hadis yang menerangkan tentang bagaimana mencari rezeki seperti yang di kehendaki Allah.

..EMPTY..
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 37

Frekuensi Kaya

Bermegah-Megah Dengan Harta


Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya (dan mengetahui tujuannya menghabiskan harta bendanya itu? (Mengapa manusia terpedaya dan bermegahmegah?) Tidakkah Kami telah menjadikan baginya: dua mata (untuk ia memerhatikan kekuasaan dan kekayaan Kami?) Dan lidah serta dua bibir (untuk ia menyempurnakan sebahagian besar dari hajat-hajatnya)? Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Al-Balad: 7-10

Manusia yang Tidak Menghargai Kebesaran Allah


Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungaisungai (yang mengalir di dalamnya). Mengapa kamu berkeadaan tidak menghargai kebesaran Allah (dan kekuasaanNya.) Nuh: 12-13

Ada Di Antara Anak dan Isteri yang Menjadi Musuh


Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anakanak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah sedaya supaya kamu; dan dengarlah (akan pengajaran-pengajaranNya) serta taatlah (akan perintah-perintahNya); dan belanjakanlah harta kamu (serta buatlah) kebajikan untuk diri kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. Al-Taghabun: 14-16

Perniagaan yang Terlebih Baik


Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn'. Itulah kemenangan yang besar. Al-Saff: 10-12

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

38

Frekuensi Kaya

Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Doa yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Doa) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi Sahih

JIKA ANDA SUKA, LAKUKAN LAH AMALAN SEPERTI BERIKUT:


Amalan Harian. 1. Bismillah hirohmanirohim kali 2. Alfatihah 3. Selawat ke Atas Nabi 4. Istighfar (Astaghfirullah ha innAllah ha ghafurrurrahim) 5. Tasbih (SubhanAllah, walhamdulillah, wallaila ha illAllah Wallhakbar) 6. Lakhaula wala khuwata illa billa hilaliyilazim 7. Laqad ja akumsampai ...azim (dalam Surah at-Taubah) 8. Ayat Seribu Dinar. (Waman yat taqilla..sampai qadra.) (dalam Surah an-Nisa ayat 2-3) Solat 1. Solat Hajat 2. Dhuha 3. Rawatib 4. Tahajjud 5. Tasbih 6. Witir 2 < 8 rakaat 4 rakaat 12 rakaat 2 < 8 rakaat 4 rakaat (2 salam) 1 < 3 rakaat 1000<2500 100 x 40 < 100 x 40 < 100 x 40 < 200 x 100 x 40 < 100 x 40 < 100 x

Amalan Solat Tahajjud SATU cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam. Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk kerana amalan bangun bertahajud adalah perbuatan yang amat berat untuk dikerjakan. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud: Dan dari malam,
Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com 39

Frekuensi Kaya hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji. (Surah Al-Israk: Ayat 79) Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya. Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula. Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud. Di waktu inilah iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah. Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Allah s.w.t. sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya. (Hadis Riwayat: Abu Daud.) Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah a. Jauh daripada segala penyakit b. Lahir kesan takwa pada wajahnya c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia d. Percakapannya mengandungi hikmat e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati). Sementara empat perkara di akhirat ialah: a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri b. Dipermudahkan hisab c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim seperti kilat d..Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

40

Frekuensi Kaya

.EMPTY..
Makluman: Versi ebook lengkap boleh dibeli dari www.frekuensikaya.com

Hakcipta Terpelihara 2010 | www.frekuensikaya.com

41