Anda di halaman 1dari 5

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN.

MODUL ASSURE.

Modul Assure telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1982). Assure boleh diertikan sebagai memastikan sesuatu berlaku. Modul Assure ini adalah berfokus kepada inisiatif pengajar menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Modul ini juga menyediakan rangka kerja yang sesuai dengan media dan teknologi mengikut kesesuaian persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Modul Assure sesuai bagi persekitaran yang konstruktivis di mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi dengan persekitarannya. Terdapat enam fasa penting di dalam modul ini iaitu :

A - Analyse learner ( Analisis pelajar ) S - State bjectives ( Nyatakan objektif ) S - Select instructional methods, media & materials ( Pilih kaedah, media, bahan ) U - Utilize media & materials ( Guna media & bahan ) R - Require learner participation ( Dorong penglibatan pelajar ) E - Evaluate & revise ( Nilai dan semak )

Analisis Pelajar.

Sebelum memulakan pengajaran kita perlu mengenalpasti pelajar yang terlibat di dalam pengajaran dan pembelajaran. Agak sukar bagi kita untuk menganalisis kesemua ciri pelajar yang ada, tetapi 3 perkara utama yang mungkin boleh dilakukan iaitu ciri-ciri umum, kompetensi khusus peringkat masuk dan mod pembelajaran.

(i)

Ciri-ciri umum Guru perlu mengenalpasti cirri-ciri umum yang terdapat pada seorang murid seperti jantina, umur, bakat, gaya pembelajaran, petempatan / daerah / kawasan, budaya dan kelas atau taraf ekonomi. Ciri-ciri umum ini boleh dikenalpasti melalui sesi suai kenal antara guru dengan murid pada hari pertama persekolahan dan daripada pemerhatian guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran.

(ii)

Kompetensi khusus peringkat masuk. Setiap pelajar akan mempunyai pengalaman dan pengetahuan tertentu yang dibawa masuk ke dalam kelas. Ini dikenali sebagai entry point. Guru perlu menganalisis pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid untuk membantu guru menyediakan pengajaran yang berkesan. Di samping itu juga pelajar dapat membina pengetahuan secara konstruktivis dan membantu guru mengesan pengetahuan murid melalui soal jawab ataupun pra ujian.

(iii)

Mod pembelajaran. Gaya pembelajaran murid merupakan trait psikologi yang berkaitan dengan cara dan gaya individu menganggap, berinteraksi dan bertindak balas secara emosi dengan persekitaran pembelajaran. Ianya merujuk kepada cara yang paling sesuai untuk individu menguasai pembelajaran. Ia mempengaruhi cara seorang individu memproses maklumat. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang mengambil kira gaya pembelajaran akan menjadikan suatu pembelajaran lebih berkesan.

Nyatakan Objektif.

Guru perlu menyatakan objektif pembelajaran yang akan dicapai oleh murid sesuai dengan kehendak murid serta menetapkan perubahan tingkahlaku yang akan berlaku kepada murid. Objektif pembelajaran secara khusus perlu dinyatakan dengan jelas serta menepati kehendak. Penulisan objektif mestilah berdasarkan format ABCD iaitu :

y y y y

A Audience B Behavior C Condition D Degree

Pilih Kaedah, Media dan Bahan.

Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Terdapat tiga langkah proses pemilihan yang perlu dijalankan. Pertama adalah pemilihan kaedah yang paling sesuai. Kaedah yang sesuai perlu dipilih besesuaian dengan ciri murid, pengetahuan sedia ada, gaya pembelajaran serta objektif. Kedua adalah pemilihan media di mana bentuk format media yang akan digunakan untuk murid seperti gambar, foto, slaid dan video. Pemilihan media ini perlu mengambil kira kumpulan pelajar, keupayaan, objektif dan maklum balas yang diberi. Ketiga ialah memilih. Mengubahsuai atau menghasilkan media yang sesuai dengan sumber pengajaran dan pembelajaran. Ia merujuk kepada isi pelajaran yang difokuskan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Guna Media dan Bahan.

Persoalan yang sering timbul ialah bagaimana guru dan murid memanfaatkan sesuatu media dan bahan sumber. Terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan sebelum ianya digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Antara langkah yang boleh dilakukan ialah semak / pratonton / kaji bahan sumber sebelum digunakan, sediakan bahan dengan betul, lengkap dan cukup, rancang penggunaan sumber, sediakan persekitaraan yang sesuai dan guna bahan secara optimum dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dorong Penglibatan Pelajar.

Pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif akan menghasilkan perubahan tingkah laku yang diharapkan. Pemilihan media dapat membantu dan mengekalkan penglibatan murid seperti perbincangan kumpulan, penjanaan idea, dan penglibatan aktif murid melalui latihan, simulasi, kuiz dan perbincangan serta komen.

Nilai dan Semak.

Setiap orang boleh membuat pengajaran dan mengajar, tetapi pengajar yang baik akan menilai diakhir pengajarannya. Penilaian perlu bagi mendapat maklum balas dari murid untuk memastikan keberkesananya. Refleksi guru dengan murid boleh dijalankan untuk membolehkan murid memberi respon terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah dijalankan. Ia bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan yang berlaku agar penambahbaikan dapat dilakukan pada masa akan datang. Persoalan yang boleh dijawab untuk menilai dan menyemak pengajaran dan pembelajaran adalah seperti:
y y y y y

Adakah objektif tercapai? Adakah bahan yang digunakan membantu P&P? Adakah murid dapat menggunakan media denga betul? Adakah suasana P&P selesa? Adakah soalan yang dikemukakan dapat dijawab?

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS

Tarikh Masa Kelas Bilangan Murid

: 20 Februari 2011 : 8:45 pagi 9:45 pagi : 4 Tekun : 27 orang

Bilangan Kumpulan : 6 kumpulan (4 5 orang dalam 1 kumpulan) Tahap Pembelajaran : Sederhana lemah Tempat Matapelajaran Tajuk pengajaran : Bilik Tayangan : Sains : Proses kitar hidup haiwan : Murid-murid telah mengetahui bahawa :
y y y

Pengetahuan Sedia Ada

Haiwan membiak melalui bertelur dan beranak. Haiwan yang bertelur katak, ikan, ayam Haiwan yang beranak lembu, kucing, anjing

Objektif pengajaran

: Di akhir pengajaran murid dapat :

Anda mungkin juga menyukai