Anda di halaman 1dari 4

CadanganTeksKh hutbahsem mpenaIsraM Mikraj:

MembebaskanBai itulMaqdis

.. !
ng i Sidang Jumaat yan dirahmati Allah Mempering M gati peristiw Isra M wa Mikraj berer memper rti ringati perj juangan Ra asulullah SAW. R Rasulullah SAW diut untuk m tus menyempur rnakan satu misi yang mengamb masa u g bil selama 23 tahun. S Seerah ataup perjalan hidup Rasulullah S pun nan R SAW ini m merupakan khazanah k yang tid ternilai kepada um Islam ya melaksa dak mat ang anakan misi yang telah diwariskan kepada i h n umat ya datang kemudian. Ini ditegask di dala khutbah wida' (haji perpisahan ketika ang kan am i n) Nabi be erpesan 'hen ndaklah me ereka yang hadir meny yampaikan kepada yan tidak ha ng adir agar yang tid hadir le dak ebih memah hami. Merek yang tida hadir itu ialah umat Islam yang datang ka ak u t g silih be erganti dari satu gene i erasi kepada satu gen nerasi dan m mereka sem dituntu untuk mua ut memaha tugas y ami yang diama anahkan kep pada merek iaitu men ka nyeru kepad al-khair (Islam), da menyur ruh kepada ma'ruf da mengha a an alang dari kemungka aran. Inilah misi besar yang h ditaklifk ke atas umat Islam sepanjang zaman. kan m Sidang Jumaat yan dirahmati Allah, ng i Untuk men U neruskan m ini kita berhajat kepada pan misi a k nduan yang terdapat di dalam d seerah. Seerah me engandung prinsip-prin nsip perjua angan yang memandu umat Islam untuk m memiku tugas yan maha ber ini. Seer adalah gambaran te ul ng rat rah g erhadap apa yang baka dilalui a al oleh me ereka yang m mahu mener ruskan perju uangan Nab SAW. bi Peristiwa Is P sra Mikraj pastinya b berkait rapa dengan ta at anah suci a al-Quds di Palestin. P Sudah t tentu perist tiwa besar yang diala ami Rasulu ullah SAW ini sangat relevan di dalam t d

memahami tuntutan perjuangan membebaskan Baitul Maqdis dan Masjid al-Aqsa yang merupakan tempat singgahnya Nabi dalam perjalanan Isra Mikraj yang penuh baroqah. Dalam konteks ini kita dapati banyak persamaan di antara peristiwa yang berlaku pada hari ini dengan apa yang dilalui oleh Rasulullah SAW sendiri. Rakyat Palestin pada hari ini ditindas dan dizalimi oleh zionis Israel. Mereka dikenakan sekatan perjalanan, penyingkiran dari tanah-tanah milik mereka, kepungan oleh tembok-tembok pemisah dan terakhir sekatan ekonomi dan penutupan laluan darat, udara dan laut di Gaza. Semua bentuk kezaliman dan penindasan ini pernah ditimpakan ke atas Rasulullah SAW dan komuniti mukmin oleh orang-orang Quraish. Bahkan seluruh Bani Hasyim dan Bani Abu Talib yang mempunyai hubungan keluarga dengan Rasulullah SAW diboikot samada mereka muslim atau sebalinya. Ini bererti sesiapa juag yang menyokong atau melindungi Rasulullah SAW walaupun mereka bukan dari kalangan umat Islam turut menerima akibat dan dipulau sama. Seluruh penduduk Mekah membuat perjanjian untuk memboikot, memulau, tidak bersilaturrahim, tidak berjual beli, tidak berkahwin dengan mereka. Selama tiga tahun lamanya mereka dipinggirkan di Shiib (lembah) Abi Talib. Keadaan menjadi begitu genting sehingga anak-anak menangis kelaparan pada waktu malam dan mereka terpaksa mengalas perut dengan kulit unta dan kulit-kulit kayu. Rasulullah SAW dikhianati dan dianiaya oleh penduduk Mekah termasuk bapa saudara Nabi sendiri iaitu Abu Lahab. Apabila kita bandingkan dengan apa yang berlaku pada hari ini maka kita akan dilihat persamaan yang amat ketara. Bukan sahaja rakyat Palestin dikepung dan dipulau oleh masyarakat antarabangsa yang didalangi oleh Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Rusia dan PBB bahkan mereka dikhianati oleh pemimpin-pemimpin Arab. Dalam keadaan rakyat Gaza diserang bertalu-talu oleh zionis Israel, pemimpin-pemimpin Arab bersekongkol menyokong serangan ini dan menghalang bantuan dari menyeberang masuk ke Gaza. Semua drama yang pahit ini telah kita saksikan di Gaza. Anak-anak merintih kelaparan pada waktu malam sehingga ibuibu mengutip rumput di jalanan untuk direbus dan mengalas perut anak-anak mereka. Ini jugalah yang dialami oleh Rasulullah SAW. Dek kerana tidak tertahan mendengar rintihan anak-anak maka ada di kalangan orang-orang Quraish yang tidak sampai hati dan menyusup pada waktu malam untuk menghantar makanan. Kini rakyat Gaza merintih tetapi bantuan dihalang memasuki Gaza. Kita perhatikan sikap pemimpin-pemimpin Arab yang serupa dengan sikap pemimpin Quraish termasuk Abu Lahab yang merupakan keluarga Rasulullah SAW sendiri. Kita telah melihat bagaimana Hosni Mubarak, pemerintah Arab Saudi, Raja Jordan bahkan Presiden Mahmud Abbas (Pihak Berkuasa Palestin) sendiri merestui serangan ke atas Gaza, melantik kontraktor Mesir untuk membekalkan makanan kepada askar Israel dan mengenakan pelbagai syarat tidak menasabah sehingga menghalang bantuan untuk menyeberang ke Gaza. Namun seerah menunjukkan pemulauan ke atas Rasulullah SAW adalah merupakan siri-siri awal kepada kemenangan yang bakal ditempa oleh umat Islam. Boikot ini berakhir setelah tiga tahun dan diikuti pula dengan pelbagai bentuk penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh Rasulullah SAW. Ini termasuklah kematian Abu Talib dan isteri tercinta, Sy Khadijah RA yang merupakan tonggak utama kepada Rasulullah SAW. Ini disusuli dengan peristiwa menyayat hati apabila Rasulullah diusir dari Taif dan dilontar dengan batu. Dalam saat-saat yang amat menekan inilah Rasulullah SAW dikurniakan mukjizat yang amat besar iaitu peristiwa Isra' dan Mikraj. Dalam peristiwa bersejarah ini Nabi singgah di Masjid AlAqsa sebelum meneruskan mikraj ke Sidratul Muntaha.

Maha suci Allah yang memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat. Al-Isra 1 Sidangh Jumaat yang dirahmati Allah, Perjalanan ini punya makna yang sangat simbolik dalam perjuangan Palestin pada hari ini. Selepas peristiwa Isra' dan Mikraj bermulalah pertemuan dengan penduduk Yathrib yang membawa kepada perjanjian Aqabah I dan II yang disusuli dengan hijrah dan pemasyuran Yathrib sebagai Kota Madinatul Nabi. Bermula dari saat itu kemenangan demi kemenangan ditempa sehingga cahaya Islam memancar ke seluruh ufuk timur dan barat. Kesemua ini menunjukkan kepada kita bahawa kemanangan bakal datang setelah pelbagai ujian dan mehnah dilalui oleh umat Islam di palestin. Peristiwa Isra dan Mikraj juga mengingatkan kita kepada gambaran-gambaran akhir zaman yang telahpun dinyatakan oleh Rasulullah SAW. Beriman denganmRasul bererti beriman dan meyakini dengan berita-berita ghaib yang disampaikan oleh baginda, samada menyangkut tentang peristiwa masa depan apatah lagi tentang hari Qiamat. Berkaitan tentang peristiwa masa depan yang bersangkutan dengan Palestin, terdapat begitu banyak perkhabaran-perkhabaran yang disampaikan oleh Nabi. Sepatutnya perkhabaran-perkhabaran ini menguatkan azam dan keyakinan umat Islam tentang jihad yang sedang berlaku di palestin. Malangnya umat Islam pada hari hilang punca apabila berhadapan dengan isu Palestin. Sebabnya ialah kita tidak lagi menggunakan neraca iman dalam menilai perjuangan Palestin. Sebaliknya kita menggunakan penilaian kebendaan dan seringkali menyalahkan rakyat Palestin tanpa melakukan apa-apa untuk membantu mereka. Walhal apa yang saksikan pada hari ini telahpun digambarkan oleh Rasulullah SAW. Nahik Ibn Suraym al-Sakuni r.a. menyampaikan dari Rasulullah SAW, baginda bersabda kamu akan memerangi golongan kafir sehingga yang tinggal akan berperang di Sungai Jordan, kamu berada di sebelah timur (Jordan pada hari ini) dan mereka berada di sebelah baratnya (Tebing Barat Palestin yang dijajah Israel). Ibnu Hajar al-Asqalani. Rasulullah SAW bersabda berhubung dengan penduduk tanah suci al-Quds, Mereka dan isteri-isteri mereka, anak-anak dan hamba sahaya mereka berada dalam ribat (kubu) di jalan Allah Al-Tabarani. Masjid al-Aqsa pasti akan dibebaskan. Sama ada umat Islam peduli atau tidak tentang keadaan masjid al-Aqsa yang terkepung pada hari ini. Hakikatnya mereka yang berjihad untuk melindungi dan mempertahankan tanah suci akan dimuliakan oleh Allah dan mereka akan dijanjikan kemenangan. Sedang mereka yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad yang merupakan kewajipan setiap umat Islam ini pastilah akan rugi dengan kerugian yang tak mungkin dapat ditaksir di dunia dan di akhirat. Semuga Allah membuka hati kita dan memilih kita untuk berada di dalam saf umat Islam yang berjihad untuk membebaskan masjid al-Aqsa. Muawiyah bin Abu Sufyan menyampaikan Rasulullah SAW bersabda, Akan ada di kalangan umatku yang akan terus berada di atas jalan kebenaran. Tiada sesiapa yang menentang mereka dapat menyakiti mereka sehingga tiba hari kiamat, Para sahabat bertanya, Di mana mereka

ya Rasulullah? Rasulullah SAW jawab, Mereka berada di baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis. Sidang Jumaat yang dirahmati Allah, Hari ini kita menyaksikan cahaya kemenangan sudah mulai kelihatan. Amat benarlah janji Allah. Kepalsuan tidak dapat dipertahan dan pasti musnah. Hakikat ini sedang kita saksikan pada hari ini. Regim-regim Arab yang melindungi Israel ditumbangkan satu demi satu. Masyarakat antarabangsa terutama dari barat kini berada di barisan hadapan membela rakyat Palestin bahkan bersedia untuk berkorban apa sahaja untuk membantu rakyat Gaza yang terkepung. Semua ini adalah bukti bahawa perjuangan untuk pembebasan Tanah suci pastinya akan mendapat pembelaan berterusan dari Allah sehingga kejayaan di capai sepenuhnya.


Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor Pengerusi Aqsa Syarif 1 Julai 2011

AQSASYARIF
No.18JalanDamaiMewah2, TamanDamaiMewah,43000Kajang, SelangorDarulEhsan,Malaysia. Tel:0387334636,Faks:0387349636 Email:admin@aqsasyarif.org.my Web:www.aqsasyarif.org.my Facebook:www.facebook.com/aqsa.syarif AQSASYARIFBERHAD Acc.No: MaybankIslamic:551575004299 CIMBIslamic:12160000452101

__._,_.___

Anda mungkin juga menyukai