Anda di halaman 1dari 5

Pengertian tort dan kecuaian Perkataan tort adalah dalam bahasa latin yang bermaksud salah.

Tort adalah satu daripada cabang undang-undang sivil yang menentukan tindakan undang-undang yang boleh diambil ke atas mereka yang telah melakukan perbuatan ataupun kecuaian bagi mendapatkan ganti rugi. Bidang tort ini sangat luas dan merangkumi pencerobohan, gangguan, fitnah dan pernyataan silap. Undang-undang tort digunakan untuk menentukan soal liabiliti dan ganti rugi yang dituntut dalam dakwaan. Kecuaian (negligence) adalah salah satu daripada tort. Terdua jenis kecuaian dalam pendidikan iaitu kecuaian guru dan kecuaian

pendidikan. Kecuaian pendidikan adalah berkenaan dengan kegagalan guru mendidik pelajar. Pelajar tidak dapat memahami pelajaran yang diajar oleh guru tersebut. Tetapi selalunya dakwaan tentang kecuaian pendidikan amat sukar dibuktikan. Kecuaian guru pula berkenaan dengan kemalangan dan kecederaan fizikal yang terjadi kepada pelaja. Menurut Tiee Fat Hee(2004), terdapat empat elemen yang menentukan samaada kecuaian guru telah berlaku iaitu 1) Kewajipan berjaga-jaga (duty of care). 2) Memungkiri kewajipan berjaga-jaga (breach of duty) 3) Pelajar mengalami kecederaan fizikal (injury to pupils) 4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru (proximate cause)

CONTOH KES KECUAIAN: MOHD. RAIHAN IBRAHIM&ANOR. v. THE GOVERNMENT OF MALAYSIA & ORS. Kes rayuan ini terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menolak tuntutan kerugian di atas kecederaan yang telah dialami oleh plaintif pada 15 Mac 1971 dalam kelas kemahiran hidup pertanian. Rayuan tersebut adalah terhad kepada persoalan liabiliti hanya di dalam skop liabiliti responden yangditetapkan, kerugian umum sebanyak RM60,000 telah

dipersetujui oleh kedua pihak. Semasa kelas matapelajaran sains pertanian, seorang pelajar telah terkena cangkul yang digunakan oleh rakannya semasa kelas tersebut. Kejadian berlaku selepas kelas yang terdiri daripada 37 atau 38 orang murid tingkatan 1 berbaris bagi mengambil peralatan pertanian dari stor sekolah dan terus ke kebun. Mangsa dan Raja Aminuddin membuat batas, mangsa menggunakan penyodok manakala Raja Aminuddin menggunakan cangkul. Oleh kerana jarak keduanya yang terlalu dekat, walaupun telah diberi amaran oleh mangsa supaya jangan mengangkat cangkul semasa dia masih menyodok, tetapi amirul terus sahaja mengangkat cangkul tanpa menghiraukan kata-kata masngsa dan menyebabkan terkena kepala mangsa dengan luka 2 inci dan retak pada tulang tengkorak belakang kanan. Semasa kejadian berlaku, guru sedang duduk di bawah pokok, beberapa meter dari batas tersebut.Oleh itu, beberapa elemen diteliti: 1) Kewajipan berjaga-jaga Termaktub di dalam undang-undang, bahawa

seorang guru sekolah bertanggungjawab untuk mengawasi pelajar ketika berada di dalam kawasan sekolah, baik di dalam kelas atau tempat permainan. Dalam kes ini, Pn Hau Kan Yong, guru yang bertanggungjawab pada masa pembelajaran tersebut dan beliau telah masuk dan memulakan kelas 2) Memungkiri kewajipan berjaga-jaga - Jika guru tahu bahawa pelajar terlibat ataupun melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kecederaan terhadap diri mereka ataupun sesama sendiri, menjadi tanggungjawab guru untuk memastikan langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan pelajar-pelajar. Merujuk kes ini, guru matapelajaran tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang sewajarnya untuk mengelakkan kemalangan berlaku ke atas pelajar-pelajar yang berada dibawah jagaannya dan tidak memeriksa keselamatan peralatan yang ingin digunakan. Malah pada masa pembelajaran tersebut, guru tidak berada di tempat kemalangan ataupun hampir kepada pelajar semasa kemalangan berlaku, sebaliknya beliau berada di bawah pokok yang berada 4 ela dari tempat kemalangan.

3)

Pelajar

mengalami

kecederaan

fizikal

Akibat daripada guru

matapelajaran

tidak mengawasi murid-muridnya dan gagal memberi arahan dan memeriksa penggunaan alat-alat pertanian, pelajar iaitu pemohon telah mengalami kecederaan yang mana belakang kepalanya terkoyak sepanjang 2 inci dan retak tulang di bahagian yang sama. 4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru - Kemalangan ini berlaku disebabkan guru tidak menjalankan tugasnya mengawasi pelajar yang mengendalikan peralatan (cangkul) yang membahayakan dan jarak antara pelajar semasa penggunaan alatan tersebut dengan betul. Ini terbukti apabila Pn. Hau KanYong sendiri mengaku bahawa jika dia nampak pemohon berada di kedudukan yang dekat dengan Raja Aminudin, sudah tentu dia tidak akan membiarkan yang mana kedudukan tersebut boleh menyebabkan kemalangan itu berlaku. Oleh itu, pelajar telah mengalami kecederaan kerana guru tersebut gagal memeriksa keadaan peralatan pertanian samaada selamat digunakan atau tidak serta gagal mengambil langkah untuk mengelakkan kecederaan pelajar tersebut dan mengawasi perlakuan pelajar dari jarak yang sepatutnya. Tiga dari daripada empat elemen kecuaian wujud di dalam kes. Oleh kerana itu, guru didapati bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku. Manakala rayuan dengan kos yang dipohon oleh pemohon diterima. Kesimpulan, telah termaktub dalam undang-undang seorang guru sekolah bertanggungjawab untuk mengawasi pelajar semasa mereka berada di kawasan sekolah, samaada di kelas ataupun di tapak permainan sekolah. Sebagai pemimpin sekolah, pengetua berperanan besar dalam memastikankeselamatan pelajar semasa kebeberadaan pelajar di kawasan sekolah. Pemimpin sekolah bertanggungjawab penuh diatas segala yang melibatkan persekitaran sekolah yang mana para pelajar masih di bawahseliaan pihak sekolah kerana sekolah adalah loco parentis. Keselamatan pelajar di sekolah adalah tanggungjawab guru dan pengetua sekolah. Sebagai seorang pengetua, mereka perlu mengelakkan berlakunya

sebarang kecuaian yang melibatkan pelajar secara langsung kerana kemalangan. Kecederaan mudah berlaku ke atas pelajar pada persekitaran yang tidak dijangka. Oleh yang demikian pengetua dengan kerjasama para guru harus menumpukan perhatian yang serius semasa berada di dalam kelas mahupun aktiviti luar kelas.

CONTOH KES KECUAIAN 2 : KES SILVADURAI KUNNARY & ANOR V PENGETUA, SRJK CINA, CHUNG HWA & ORS Kes ini dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka dan hakim untuk kes ini Datuk Suriyadi
Halim Omar. Kes ini berkenaan seorang pelajar terjatuh kerana tersadung batu pada selepas

turun dari permainan jongkang-jongkit di kawasan sekolah semasa waktu rehat. Murid tersebut akhirnya telah meninggal dunia akibat dari kemalangan itu. Ibubapa pelajar tersebut membuat dakwaan bahawa kecuaian pihak SRJK Cina, Chung Hwa telah menyebabkan mereka kematian anak mereka. Oleh itu, beberapa elemen diteliti; 1)Kewajipan berjaga-jaga - Pihak sekolah selalu memberi nasihat kepada pelajar dan biasanya pada waktu perhimpunan tentang sentiasa berhati-hati di kawasan sekolah dan bahaya semasa bermain jongkang-jongkit. Guru bertugas juga selalu mengingatkan pelajar tentang bahaya bermain jongkang-jongkit. 2) Memungkiri kewajipan berjaga-jaga - peristiwa terjadi pada waktu rehat dan dalam kawasan sekolah, terdapat guru-guru bertugas yang memantau dan memberi peringatan berhati-hati semasa bermain. Oleh itu, tidak terdapat mungkir kewajipan berjaga-jaga. 3) Pelajar mengalami kecederaan fizikal -Terdapat kecederaan berlaku pada pelajar tersebut semasa waktu rehat. Tetapi kecederaan pelajar bukan disebabkan oleh permainan jongkangjongkit. Ia merupakan satu kemalangan selepas pelajar turun dari jongkang-jongkit dan

sedang berjalan kearah kelas telah tersepak batu dan jatuh. Ini menunjukkan ia disebabkan oleh kecuaian murid itu sendiri. 4) Terdapat perkaitan diantara kecederaan pelajar dengan tingkahlaku guru - Dalam kejadian ini, mahkamah mendapati jongkang-jongkit bukanlah punca kecederaan yang membawa kepada maut terhadap pelajar tersebut, tetapi pelajar tersebut terjatuh ke atas objek keras. Tidak munasabah untuk menyatakan guru bertanggungjawab untuk mengelak kecederaan berlaku terhadap pelajar pelajar jika terkena objek keras di kawasan sekolah. Dapat dijangka pelajar akan jatuh di kawasan sekolah dan mungkin kecederaan akan berlaku apabila pelajar berlari-lari di kawasan sekolah. Tidak terdapat elemen kecuaian guru berlaku dalam kes ini. Oleh itu, setelah hakim meneliti dan mahkamah tidak yakin bahawa para plaintif tidak dapat

membuktikan bukti fakta keputusan yang menyebelahi mereka. Hakim menyatakan bahawa kawalan dan supervisi kawasan sekolah telah dijalankan dengan baik. Juga guru telah berlaku yang sepatutnya apabila mendapati pelajar tersebut jatuh hinggalah pelajar diambil oleh ibu angkat pelajar. Jika bukti doktor yang digunakan oleh plaintif, iaitu pelajar tersebut boleh diselamatkan jika setelah dia pengsan, dan terus dibawa ke hospital. Tetapi keadaan pelajar semakin lemah sementara di bawah pengawasan ibu angkat dan ini telah melepaskan tanggungjawab sekolah. Oleh itu, mahkamah telah menolak rayuan plaintif dengan kos. Kesimpulan, pengetua bersama guru-guru sekolah harus mengambil inisiatif untuk memastikan kawasan sekolah seperti bilik darjah, tempat bermain, sekitar sekolah adalah selamat dan tidak menyebabkan kecederaan kepada pelajar. Jika pembinaan sedang dijalankan ataupun terdapat bahan-bahan yang diletakkan di kawasan sekolah, kawasan bahan tersebut perlu dipagar dan dijadikan kawasan larangan kepada pelajar.

Anda mungkin juga menyukai