Anda di halaman 1dari 26

KECERDASAN MENTAL (IQ) DAN PENCAPAIAN AKADEMIK: KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP PELAJAR SAINS DAN TEKNIKAL

RESEARCH VOTE NO: PJP/2005/PPA(lO)-S125

Pusat Perkhidmatan Akademik Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia

KECERDASAN MENTAL (IQ) DAN PENCAPAIAN AKADEMIK: KAJIAN PERBANDINGAN TERHADAP PELAJAR SAINS DAN TEKNIKAL
( Katakunci :Kecerdasan mental dan pencapaian akademik)

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap' kecerdasan (IQ) serta hubungannya dengan pencapaian akademik. Seramai 109 sampel yang mewakili populasi daripada Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia telah diambil untuk dijadikan subjek kajian. Butir-butir demografi dan alat Ujian IQ Wechsler (1955) telah diambil dan digunakan bagi tujuan ujikaji ini. Individu diuji dari segi 'performance skill' sahaja yang mewakili pembolehubah-pembolehubah seperti 'picture pengukuran arrangement', 'picture completion', 'block design', 'Digit Span' dan 'Object assembl'y. Persoalan kajian cuba melihat akan tahap kecerdasan pelajar, seterusnya mengukur perbezaannya terhadap jantina, bangsa dan keputusan akademik mengikut semester terakhir. Data yang diperolehi melalui 'scaled score' bedasarkan jadual yang disertakan dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS-x. Keputusan kajian yang diuji menggunakan t-test, Anova sehala dan korelasi menunjukkan tahap kecerdasan berhubungan secara positif dengan pencapaian akadernik. Keputusan juga menunjukkan terdapatnya perbezaan di antara tahap kecerdasan (IQ) dengan pembolehubah jantina, bidangiprogram dan lokasi Universiti.

Para Penyelidik:
Hafzan bt Ariffin (Ketua) Norida bt Abdullah Prof.Dr Tajuddin Ninggal

E-mail Tel. No Vote No

BAB I
PENDAHALUAN 1.0
'a

Pengenalan

Seseorang individu mempunyai kevpayaan untuk berfikir dengan cerdas. Individu juga berupaya untuk membentuk pelbagai andaian dan membuat keputusan yang berhubung masalah berkenaan dengan nombor, gambar atau melibatkan fakta. Setiap individu yang dilahirkan normal akan mempunyai keupayaan untuk berfikir dan menggunakan intelek bagi menangani perkara-pekara berkaitan proses membuat keputusan dan penyelesaian masalah dalam kehidupan seharian. Namun, kecerdasan mental yang dimiliki oleh setiap individu tidak sama dengan individu yang lain. Untuk membezakan aspek ketaksamaan inilah satu pengukuran diadakan untuk menguji kecerdasan atau lebih tepat lagi dipanggil kepintaran. Pengukuran untuk menguji kecerdasan adalah penting untuk mengukur kemampuan intelek individu yang ingin menguasai kehidupan sosial di dunia yang sedang mangharungi arus globalisasi pada ketika ini. Dengan kata lain, ia mampu untuk mengatasi masalah yang berkaitan dengan dunia hari ini seperti masalah persaingan, penempatan dalam seting pekerjaan, komunikasi, teknologi dan seumpamanya. Kecerdasan mental (IQ) merupakan satu komponen yang terdapat di dalam bidang psikologi kognitif. Sains kognitif merupakan satu kajian saintifik yang bermatlamat untuk memahami sifat semulajadi fikiran manusia. Ia merangkumi pelbagai bidang termasuk Kecerdasan Buatan, Linguistik, Antropologi, Psikologi, Neuroscience, Falsafah, and Pendidikan. Aspek kognitif atau kognisi dalam bidang

psikologi merupakan aspek keseluruhan yang merangkumi proses intelektual seperti persepsi, taakulan, ingatan, pemikiran dan bahasa. Bidang kognisi yang melibatkan proses-proses ini akan dibentuk sebagai maklumat yang diperolehi, ditrasformasi, disimpan, diambil kembali dan digunakan. Kesediaan kognitif berkaitan dengan kualiti kefahaman, pemikiran dan taakulan yang dibawa oleh seseorang bersamanya ke dalam situasi pembelajaran yang baru. Peda peringkat rendah, kesediaan kognitif termasuk kebolehan mengamati dan
t

menyedari akan idea-idea, memahami, mengekalkin, dan mengingatkannya kembali. Pada peringkat yang lebih tinggi, kebolehan kognitif bermakna kebolehan menggunakan idea-idea, menyepadukannya dengan yang ada dan membuat kemajuan seterusnya. Kebolehan-kebolehan jenis ini bergantung kepada tahap kematangan intelek yang telah dicapai, latar belakang pengalaman dan pencapaian, kaedah bagaimana pengetahuan yang lebih awal disusun dan bagaimanabahan yang baru itu disampaikan. Kesemua perkara ini berinteraksi antara satu sama lain untuk mewujudkan kesediaan kognitif. Kecerdasan yang diuji dalam kajian ini adalah melibatkan proses pengamatan, pemerhatian dan persepsi individu. Pengarnatan adalah proses kognitif yang aktif yang dalamnya termasuk proses pemilihan, organisasi dan interpertasi ransangan (Solso, 1995). Pengamatan melibatkan proses otak menerima maklumat daripada deria, menyusun semula maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada pengalaman yang bermakna. Pengamatan bukan sahaja melibatkan deria penglihatan sahaja, tetapi juga deria pendengaran, rasa, bau, kenistetik dan perasaan. Pengamatan melibatkan tindakan yang membezakan dan memilih gerak balas. Oleh yang demikian, pengamatan menyedarkan pertalian serta perbezaan kualitidan kuantiti ransangan, Malah kemampuan seseorang untuk membuat pengamatan bagi menimba maklumat daripada persekitaran akan meningkat dengan bertambahnya pengalaman dan latihan. Namun, terjadi juga kegagalan dalam proses pengamatan disebabkan oleh ganguan emosi, keadaan kesihatan fizikal dan mental serta kurang pengalaman yang memberi dorongan untuk berfikir dan bertaakul.
' I

- El
Ransangan Ingatan deria

Maldumat Pengamatan Pengaruh Pengamatan

Ingatan Jangka pendek

Ingatan

Rajah 1.1 Proses Pengamatan


Badasarkan rajah 1.1, proses pengamatan dilihat dari tiga bahagian system ingatan dalam memperoses maklumat. Ransangan sampai ke kelenjar deria dan menghasilkan
\

deriaan yang disimpan beberapa saat dalam ingatan deria. Di sini deria diproses dan diubahsuai dalam pelbagai cara. Hasilnya dipindah kepada ingatan jangka pendek yang kemudia~ya disimpan di dalam ingatan jangka panjang untuk kegunaan kemudian dalam pemikiran dan penyelesaian masalah. Perkara yang berterusan ini juga dilihat sebaliknya. Pengetahuan yang disimpan dalam ingatan jangka panjang membantu menentukan apa yang disimpan di dalam ingata jangka pendek dan apa yang disimpan disini akan menentukan pula bagaimana deriaan kita diproses untuk dijadikan pengamatan (retrieval data). Keupayaan proses pengamatan dalam aspek kecerdasan amat bergantung kepada faktor psikologi, biologi (yang berkaitan dengan pacaindera dan keupayaan otak memproses maklumat) dan sosiobudaya seseorang.
h

1.1 Pemasalahan Kajian


Dalam konteks Malaysia, perbezaan individu memang menjadi suatu perkara yang jelas. Perbezaan individu merujuk kepada variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, samada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat di kalangan individu dalam sesuatu kumpulan. Salah satu perkara yang menjadi keutamaan dalam kajian ini adalah untuk melihat aspek perbezaan sifat kognitif iaitu kecerdasan mental (IQ). Di antara objektif yang tersenarai dalam Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia adalah untuk menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga negara dan antarabangsa dengan bilangan 75%

gaduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Oleh itu, untuk mencapai hasrat kerajaan tersebut, universiti universiti awam di Malaysia seharusnya memainkan peranan yang utama dalam membentuk graduan yang kreatif dan berinovasi. Oleh itu, keseimbangan di antara kecerdasan mental, emosi dan spiritual adalah perlu dikalangan graduan tempatan. Hal ini bertepatan dengan agenda kebangsaan terhadap pendidikan dan latihan di Malaysia. Sejak dari era 60-an, pelbagai tujuan dan matlamat telah dirancang untuk
\

memenuhi kehendak Negara dalam melahirkan gradkan yang berpotensi. Bermula pada Rancangan Malaysia'Pertama (1966-1970), matlamat dalam bidang pendidikan adalah untuk membangunkan masyarakat dan mencapai matlamat ekonomi. Antara pendekatan dan matlamat utama yang diambil dalam rancangan ini adalah untuk memperbaiki sistem pendidikan Negara bagi meningkatkan politik, sosial dan ekonomi dikalangan masyarakat yang berbilang kaum. Dalam era ini, bilangan pelajar yang memasuki Universiti awam masih lagi rendah di samping bilangan kursus/program yang masih di tahap kritikal. Oleh itu, persaingan di antara pelajar untuk memenuhi matlamat pendidikan formal mudah dicapai. Keadaan berbeza dan berubah apabila dunia memasuki era 90-an dan 2000, apabila melalui Rancangan Malaysia Keenam dan ketujuh, matlamat utama dalam bidang pendidikan telah mula berfokus kepada pembangunan din individu sendiri iaitu pelajar perlu melengkapi diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang terbaik di samping untuk melahirkan masyarakat yang mempunyai nilai moral yang tinggi. Oleh itu, pengetahuan intelek serta keseimbangan dengan emosi dan moral telah mula ditekankan dalam aspek pengajian tinggi. Charmer (1988) telah menyenaraikan beberapa faktor penyebab berkenaan dengan lepasan sekolah atau universiti yang tidak diterima bekerja oleh majikan. Diantara faktor-faktor penyebabnya adalah tahap pencapaian akademik dan gred yang rendah, tiada motivasi untuk bertindak, tiada inisiatif untuk membuat keputusan yang drastik, kekurangan 'soft skills' (bahasa, komunikasi, kemahiran), kekurangan tahap

kematangan dan tiada potensi untuk bertindak sebagai pemimpin. Perkara ini ada hubung kaitnya dengan kecerdasan mental yang melibatkan skala prestasi.

1.2

Objektif Kajian

Dengan merujuk kepada pemasalahan kajian, tumpuan kajian adalah untuk melihat tahap kecerdasan dikalangan pelajar -pelajar di dua Universiti awam di Malaysia iaitu Univesiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan
\

Malaysia (KUTKM). Kajian ini diuji bedasarkan k'epada objektif-objektif umum dan khusus seperti berikut;

1.2.1 Objektif umum


i) Mendedahkan para mahasiswa/I terhadap pengenalan diri mereka dari segi kecerdasan kendiri kearah perkembangan potensi diri yang lebih baik. ii) Menjalankan satu kajian yang berkaitan bidang psikologi kognitif yang amat jarang dilakukan di Malaysia khususnya pengukuran dari aspek kecerdasan dikalangan individu dewasa.

'z

1.2.2 Objektif khusus


i) Mengukur dan melihat sejauhmanakah tahap kecerdasan dari aspek prestasi seorang pelajar Universiti bedasarkan alat ujian yang telah diuji kebolehpercayaan dan keesahannya di luar Negara. ii) Melihat perbezaan jantina, lokasi pengajian dan bidanglprogram dengan keputusan kecerdasan mental yang telah diperoleh. iii) Melihat perhubungan diantara tahap kecerdasan mental dengan pencapaian akademik pelajar.

1 3

Kepentingan Kajian
Pengkaji mernilih kajian ini untuk memberi sumbangan ke arah penambailcan

ilmu pengetahuan mengenai perkembangan intelektual dikalangan penuntut-penuntut Universiti. Bersesuaian dengan objektif utama yang dibentuk oleh pengkaji, iaitu untuk mendedahkan para mahasiswa/I terhadap pengenalan diri mereka dari segi kecerdasan kendiri kearah perkembangan potensi diri yang lebih baik, didapati subjek kajian amat berminat untuk mengetahui tahap perkembangan kecerdasan mental mereka. Perkara % ini perlu dipandang positif kerana ia merupakan s a h tindak balas yang baik diterima oleh subjek terhadap kajian seumpama ini. Ganjaran bukan perkara utama yang menjadi ukuran.
i

Kepentingan utama kajian ini adalah untuk memajukan idea panduan diri, strategi dan pembelajaran refleksi. Kesemua idea ini disokong oleh penyelidikan dalam meta kognisi yang merujuk kepada dua dimensi pemikiran iaitu individu berpengetahuan mempunyai pemikiran tersendiri dan kebolehan mereka menggunakan kesdaran ini untuk mengawal proses kognitif mereka. Kedua-dua dimensi ini perlu diperkembangkan sepanjang pembelajaran agar pelajar menjadi lebih sedar akan keupayaan meraka untuk berfikir, belajar dan meyelesaikan masalah lebih terancang dalam pembelajaran, lebih berupaya mengurus aktiviti kognitif dalam pembelajaran, pemikiran dan penyelesaian masalah dalam kehidupan harian mereka. Salah satu kepentingan implikasi pendidikan dalam penyelidikan meta kognisi (aspek kecerdasan) ialah kesedaran bahawa pengetahuan dan perolehan kamahiran hanya sebahagian daripada perkembangan kognitif. Dalam kes ini yang lebih penting ialah pemikiran kritikal strategi pembelajaran pelajar dan kebolehan mereka akan mencerminkan apa yang mereka telah pelajari di peringkat awal dan tertiari. Menurut Abelson (1977), pelajar tidak akan menjadi seorang pelajar yang berkesan, fleksibel atau mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dengan berkesan sekiranya mereka tidak berupaya mengawal dan mengarahkan proses kognitif mereka.

Pelbagai teori dan kajian berkenaan dengan proses kognitif manusia memf~k~skan kepada pembentukan keberkasanan diri, jangkaan hasil dan pembelajaran pengawasan diri dikalangan individu itu sendiri. Individu yang berusaha kea rah kecemerlangan sentiasa menilai persembahan mereka dan mengaitkannya dengan hasil yang diingini. Sebagai contoh melalui ujian, penilaian dalam peperiksaan atau ujian untuk perkembangan kendiri. Pertimbangan ini merupakan bahagian penting dan perlu sama ada proses penilaian itu dicuba, disempurnakan atau diulangi. Penyelidik kognitif juga menunjukkan bahawa ke~ayaan atau kegagalan individu hanyalah tanggapan mereka sendiri dan tanggapan ini membawa akibat dalam pembelajaran individu tersebut. Kajian ini juga penting untuk membantu penyelaras kurikulum pendidikan membuat perancangan untuk mahasiswd universiti. Ini adalah kerana perkembangan intelektual dan kebolehan berfikir secara kritikal merupakan matlamat utama pendidikan formal. Oleh itu, keputusan kajian diharap dapat membantu pihak-pihak yang terbabit untuk membuat palarasan kurikulum yang lebih baik dan sesuai untuk kehendak pelajar Universiti mengikut kehendak semasa. Di samping itu juga, keputusan dan huraian dalam perbincangan kajian ini dapat memberi gambaran kepada pihak pengurusan akademik universiti terhadap kepentingan mengatahui sejauh mana tahap pencapaian kecerdasan mental dikalangan pelajar-pelajar teknikal di institusi ini. Hal ini dijelaskan lagi dengan keputusan terhadap perbezaan diantara pengujian jantina, bangsa, program pengajian dan pencapaian akademik dengan tahap kecerdasan yang dicapai. Seterusnya, beberapa langkah perlu diambil untuk memperbaiki tahap perkembangan pendidikan melalui sukatan kurikulum yang dirangka dari peringkat awal program pengajian di institusi ini bagi memenuhi matlamat untuk melahirkan graduan yang berkompentensi di akhir peringkat pengajian mereka.

1.4

Kerangka teoritikal

Pelbagai teori telah dibentuk oleh pengkaji barat mengenai isu kecerdasan mental. Dipercayai kajian berkenaan fungsi mental telah dimulai sejak permulaan tamadun lagi oleh tokoh-tokoh falsafah yunani seperti Plato dan Aristotle. Namun kajian berkenaan fungsi dan kepentingan kecerdasan telah mula berkembang sehingga ke hari ini. Kronologi dan perkembangan teori dan kajian kecerdasan mental ini boleh dilihat melalui rajah 1.2.
\

Tahap Sejarah sehingga tahun

Tahap Moden sehingga tahun 1869 Kajian sehingga tahun 1901

I
Binet

Perkembangan kajian sehingga tahun 1937


'

: Simon

pL l Plaget

Pendekatan kotemporari sehingga tahun

-C
Inhelder Taylor

Stern

cHall
Terman

James

Wundt

J. Cattell

7-

Goddard

E. Thorndik

Hollingworl

Soodenoug

VY

-'-I-.

yec;;tIe~

..
IVernon Eysenck

- Thurston

r=
Anas tasr

~u~~~~

-'(-1 h

Pendekatan

Sternbera

il
Gardner

Rajah 1.2 Kronologi dan Perkembangan teori clan pengukuran Kecerdasan mental

Teori yang menjadi panduan dalam kajian ini adalah 'Teori Guilford' bagi kecerdasan mental. Teori ini pula dikaitkan dengan pembentukan model bagi kajian ini.

1.4.1 Teori kecerdasan Guilford


Guilford mendapati bahawa terdapat tiga aspek yang terdapat dalam proses pemikiran (feces of intellect), iaitu operasi mental, kandungan dan produk.
1

Operasi mental Operasi mental adalah proses intelektual yang utama. Perkara atau nilai yang
i

termasuk dalam aspek ini ialah kognisi yang meliputi penyusunan hal-hal yang diketahui, ditemui atau yang disedari seperti pemikiran bertumpu (convergent

thinking), iaitu menerima keputusan dna penyelesaian yang dibuat; pemkiran bercapah (divergent thinking), iaitu mengolah rangsangan yang banyak dan mencapai banyak kemungkinan penyelesaian; penilaian, iaitu membuat penilaian terhadap maklumat yang diterima atau keputusan yang dibuat, ingatan segera dan ingatan jangka panjang yang meliputi penerimaan dan pengeluaran maklumat.

ii)

Kandungan

Kandungan adalah maklumat yang menghasilkan operasi. Kandungan boleh berbentuk visual, auditori, makna perkataan, simbol dan tingkah laku. Maklumat yang diproleh daripada penglihatan adalah sepeti gambar. Maklumat yang diperolehi daripada pendengaran seperti muzik dan lagu. Maklumat yang diperoleh daripada makna perkataan meliputi perkataan-perkataan. Maklumat berbentuk simbolik pula adalah dalam bentuk tanda-tanda yang bersifat harfiah sementara maklumat berbentuk tingkah laku meliputi maklumat bukan verbal dalam interaksi sesame individu seperti emosi.

iii) Produk Apabila maklumat diproses, hasil akan terbentuk (iaitu dengan menggunakan operasi dan kandungan yang tertentu). Proses ini melibatkan maklumat dengan item tunggal yang disebut unit, beberapa set item yang dikelompokkan bedasarkan cirri umum yang disebut kelas, hubungan antara item dengan informasi yang disebut hubungan, penyusunan maklumat yang disebut system, perubahan maklumat yang disebut trasformasi dan ramalan maklumat yang disebut implikasi.
I

Ketiga-tiga aspek pemikiran ini dibahagikan pfila ke dalam beberapa subkategori yang diperincikan dalam jadual 1.1. Menurut teori ini berfikir adalah merupakan satu proses operasi mental terhadap sesuatu isi kandungan untuk mencapai sesuatu
's

hasil. Guilford berpendapat bahawa kecerdasan merupakan beberapa segi atau factor yang bergantung dalarn satu kesatuan. Satu-satu faktor itu ialah kebolehan yang unik. Gabungannya adalah 4 x 5 x 6 faktor. Gabungan ketiga-tiga dimensi ini

menjadikan kecerdasan terdiri daripada 120 kebolehan intelek. Gambaran ini adalah bedasarkan gambarajah 1 .l.

Gambarajah 1.1

Model Struktur-Intelek Guilford

Jadual1.1 Wajah Kecerdikan Guilford (Faces of intellect)

MPEK PEMIKZRAN
-

SUBKATEGORI

Operasi Mental

1. kognisi [cognition; recognizing old information


& discovering new].

2. Pemikiran bertumpu [convergent thinking]

3. Pemikiran bercapah [ divergent thiking]


4. penilaian
1

5. ingatan segera [immediate memory]


6. ingatan yang disimpan untuk jangka masa

tertentu [memory over time]

Kandungan

1. Penglihatan [visual content] 2. pendengaran [auditory content]

3. makna perkataan
4. symbol

5. behaviourisme

Produk

1. unit

2. kelas

3. perhubungan
4. sistem

5. transformasi
6. implikasi

1.5.2 Model Kajian

I
(Lelaki, perempuan)

PELAJAR PRA SISWAZAH

( Melayu, bukan

KECERDASAN
KORELASI

PENCAPAIAN

WechslerAdult Intelligence Scale-Revised ( WMS-R-111) (adult)

Atas 3.00
\

1. Penyempurnaan gambar

>

2. Aturan gambar

Bawah 2.99
\

3. Susunan blok
4. Pencantuman objek

5. Simbol digit

Rajah 1 3 :Kerangka model kajian

Rajah 1.3 menunjukkan model yang dibuat oleh pengkaji untuk tujuan kajian. Bedasarkan model dibina, tahap kecerdasan mental (IQ) merupakan pemboleh ubah terikat yang utama diukur untuk tujuan kajian ini. Korelasi dilihat dengan

pembolehubah bebas iaitu pencapaian akademik melalui keputusan CGPA yang terakhir subjek kajian. Kecerdasan mental (IQ) diukur dengan hanya mengambil skala prestasi yang mengandungi 5 subskala untuk disempurnakan bagi memperolehi skor IQ iaitu penyempurnaan gambar, aturan gambar, susunan blok, pencantuman objek dan symbol digit. Pemboleh ubah bersandar yang dilihat dalam kajian ini adalah jantina, bangsa dan lokasi pengajian.

1.5

Definasi konsep dan operasional

1.5.1 Kecerdasan mental (IQ)


Kecerdasan merupakan salah satu daripada aspek dalam psikologi kognitif. Kecerdasan merupakan satu kebolehan kognitif yang dipelajari daripada pengalaman untuk membolehkannya membuat penyesuaian diri dalam kehidupan harian. Mental pula bermaksud fikiran. David Wechsler (1955), seorang ahli psikologi klinikal telah menyatakan kecerdasan adalah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitar, dirinya dan kepakaran yang ada padanya yang secara tidak langsung boleh menolong individu tersebut menghadapi cabaran hidup. Kecerdasan juga merujuk sebagai aspek keseluruhan personality. Bagi beliau kecerdasan mental ini melibatkan personality, nilai dan proses kognitif. Hal ini kerana ia dilihat sebagai pelbagai kemampuan dan tret yang kompleks. Beliau juga mempercayai bahawa seseorang yang memiliki kecerdasan yang tinggi turut memiliki kebolehan yang tinggi dalam bidang lain. Contohnya mneyelesaikan masalah matematik, menganalisis sajak, menghayati muzik dan lain-lain. Kebolehan ini adalah bersifat sejagat atau universal Untuk menguji individu remaja atau dewasa, Wechsler telah menginterpertasi tahap IQ melalui skor IQ yang diperolehi melalui alat ujian yang diciptanya iaitu Wechsler Adult Intelligence Scale-Revised ( WAIS-R- 111 ) (adult). Pengujian kecerdasan adalah berdasarkan markah yang diperolehi oleh alat ujian yang digunakan.

Beberapa kumpulan umur telah dibentuk bagi memperlihatkan skor IQ yang berbeza. Bedasarkan kajian ini, d q a h kecerdasan dibahagikan kepada empat kategori seperti yang telah ditetapkan oleh Persatuan Psikologi Amerika (APA). Kategori tersebut dijelaskan berdasarkan jadual 1.2. Kumpulan umur yang diarnbil dalam kajian ini adalah di dalam kumpulan 18 hingga 19 tahun.

Jadua11.2 Skala kecerdasan Alat Ujian Weschler

j!

Tahap umur
18- 19 tahun

Skala Kecerdasan
90 ke bawah 90 hingga 109 110 hingga 129 130 ke atas

Tahap Kecerdasan
Rendah Sederhana Tinggi Pintar cerdas

1 . Prestasi 52
Prestasi bermaksud keupayaan individu untuk membuat interpretasi dengan betul dan pantas bedasarkan ujian yang dijalankan. Diantara perkara-perkara yang diuji bagi menentukan prestasi seseorang individu ialah kepekaan, daya logik, imaginasi, kreativiti, koordinasi minda, pengamatan, persepsi dan pemerhatian.

1.53 Pintar cerdas


Pintar cerdas merujuk kepada mereka yang mempunyai skor 130 dan ke atas daripada kecerdasan piawai. Secara puratanya, kajian di Amerika Syarikat mendapati bilangan mereka ini puratanya adalah 2% hingga 3 % daripada jumlah penduduk. Mereka yang dikategorikan dalam kumpulan ini dikatakan mahir dan pantas dalam membuat keputusan mengenai aspek logik dan mempunyai ciri-ciri yang menunjukkan proses koordinasi minda yang tinggi.

1.5.4

Pencapaian akademik (P.N.G.K)

pencapaim akademik seseorang pelajar Universiti diukur melalui keputusan bagi setiap semester pengajian yang dipanggil PNGK. PNGK adalah ukuran untuk menentukan pencapaian Taraf Akademik Pelajar sepanjang pengajian dan Semester Pertama sehingga Semester Terkini dan sebagai syarat keperluan pengijazahan pelajar. Pengiraan PNGK adalah berdasarkan kaedah berikut. Jurnlah Nilai Gred (Nilai Gred x Unit Kursus) bagi semua kursus yang dikumpul dari Semester Pertama hingga Semester Terkini di bahagi dengan jumlah unit bagi semua k u ~ u yang didaftar. Terdapat empat kategori yang menentukan tahap kecemerlangan s pelajar pada akhir semester pengajian melalui ukuran PNGK iaitu;

PNGK 3.69 ke atas : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas ~ a t u PNGK 3.00 - 3.68 : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas I1 Bahagian Atas PNGK 2.50 - 2.99 : Ijazah Sajana Muda Dengan Kepujian Kelas I1 Bahagian Bawah PNGK 2.00 - 2.49 : Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas I11

Di dalam kajian ini, pencapaian akademik melalui PNGK pelajar diukur bedasarkan dua kategori, iaitu; Kategori 1 : - Pencapaian akademik tinggi
= PNGK 3.00 ke atas

Kategori 2 : - Pencapaian akademik rendah = PNGK 2.99 ke bawah

1.5.5 Program Kejuruteraan


Bidang kejuruteraan ialah salah satu aplikasi sains untuk memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Kejuruteraan menggabungkan pengetahuan, matematik, dan

~ ~ ~ g a l a m a n mereka bentuk sesuatu objek atau proses. Pengamal kejuruteraan untuk profesional dipanggil jurutera. Seorang jurutera mencipta jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Contohnya, Thomas Edison, (seorang saintis) mencipta fonograf. Beliau kemudiannya mengarahkan pembantunya yang merupakan seorang ahli teknologi atau jurutera untuk memperbaiki alat tersebut dengan membuang harmonik daripada hasil bunyinya. Di dalam konteks kajian ini, bidang kejuruteraan adalah tertumpu di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia. Di antara bidang-bidang kejuruteraan yang terdapat di kampus ini ialah, kejqruteraan mekanikal, kejuruteraan pembuatan, kejuruteraan elektronik dan komputer dan kejuruteraan elektrik.

1.5.6 Program ICT


Program ICT secara umumnya adalah pengkajian perhitungan (computation) dan pemprosesan maklumat, sama ada dari segi perkakasan mahupun perisian. Skop ICT masih tidak dapat dipisahkan dengan jelas memandangkan bidang ini meliputi aspek yang amat luas dalam kehidupan manusia dan skopnya akan terus berkembang selari dengan perkembangan kemajuan teknologi. Sebagai contoh, pada suatu masa dahulu telefon bimbit lebih dikaitkan dengan bidang kejuruteraan, akan tetapi apabila teknologi telefon bimbit semakin berkembang, terdapat banyak teknologi daripada aliran sains komputer diserapkan ke dalam alatan ini. Kemajuan robotik semakin menyerapkan elemen-elemen sains komputer seperti kepintaran buatan untuk menjadikan sesebuah robot lebih bijak. Antara perkara penting dalam sains komputer adalah Bahasa Pengaturcaraan. Bahasa pengaturcaraan adalah bahasa yang boleh digunakan untuk menulis perisian komputer. Antara bahasa pengaturcaraan yang popular ialah C dan Java. Di dalam konteks kajian ini, bidang ICT adalah tertumpu di Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia.

1.5.7 Program Sains


Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains (science) datang daripada bahasa Latin scinetia, yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Proses sains bermula dengan pengalaman, dan

kemudiannya mendapatkan fakta dan peraturan daripadaya. Bidang sains mengkaji sesuatu perkara melalui dengan melihatnya dengan teliti, mengukurnya, membuat eksperimen dan ujikaji, dan dengan Cuba menerangkan mengapa sesuatu perkara terjadi. Mereka yang lahir daripada bidang ini dipanggil pakar sains (scientist). Di dalam konteks kajian ini, bidang sains adalah tertumpu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). UTM, program sains adalah kajian-kajian umum dalam bidang Di sains iaitu biologi, fizik, kimia dan matematik.

1.5.8 Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia


Kobj Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) telah ditubuhkan pada Desember 2000 di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti, 1971. Ia mula beroperasi pada tahun 2000. Ia ditubuhkan bagi memenuhi misi dan matlamat pendidikan teknikal negara bagi melahirkan graduan yang berkemahiran mengamalkan secara praktis dan aplikasi. Sehingga kini KUTKM mempunyai lima fakulti untuk pra siswazah utama yang memfokuskan kepada program teknikal seperti Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Kejuruteraan Elektronik Komputer, Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Fakulti Kejuruteraan Pembuatan dan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

1.5.9

Universiti Teknologi Malaysia

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada awalnya dikenali sebagai Institut Teknologi Kebangsaan. Pada tahun 1975, ia mula dikenali sebagai UTM. Ia mempunyai pelbagai fakulti yang bermula dengan penubuhan Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Seni Bina dan Pusat Pengajian Sains dan Kemanusiaan (akhirnya ditukar sebagai Fakulti Pengurusan dan Sumber Manusia.. Mulai tahun 1981, pihak Universiti telah menambah lagi fakulti dengan mewujudkan Fakulti Sains dan beberapa program yang baru di bawah Fakulti Kejuruteraan. Ditambah lagi pada tahun 1991, Fakulti Pendidikan telah diwujudkan. Sehingga kini UTM telah melahirkan 101,034 orang graduan dalam pelbagai jurusan sains dan teknikal.

1.6

Hipotesis Kajian

Hipotesis merupakan teori atau model yang mengalirkan kesimpulan-kesimpulan logikal yang tertentu (Keiss & Bloomquist). Pembentukan hipotesis adalah berasaskan tanggapan yang dibuat oleh penyelidik. Kedua-dua proses induksi dan deduksi diperlukan untuk memilih antara kemungkinan-kemungkinan tersebut (Sidek, 2003). Bedasarkan kepada objektif kajian ini, empat hipotesis nu1 (HO) kajian telah dibentuk ; seperti berikut; Hiwtesis I (HOi) i. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecerdasan dengan jantina pelajar. Hipotesis I1 (HO2) ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecerdasan dengan bidanglprogam pengajian pelajar. Hivotesis I11 mO3) iii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kecerdasan dengan pelajar mengikut lokasi pengajian di KUTKM dan UTM. Hivotesis V (H04) iv. Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara tahap kecerdasan dengan pencapaian akademik pelajar di KUTKM.

1 BAB 1

KAJIAN LITERITUR

Bab dua akan membincangkan mengenai kajian-kajian serta keputusan yang diperolehi daripada hasil penyelidik yang lepas. Kajian literitur ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kajian yang diambil di dalam negara dan kajian yang diambil dari

luar negara. Manakala setiap pecahan kajian dalam dan luar Negara ini pula
dibahagikan kepada dua subkategori iaitu kajian mengenai perbezaan demografi dan kecerdasan dan kajian mengenai hubungan pencapaian akademik dengan kecerdasan.

2.1 Kajian dalam Negara


Kajian terhadap isu kecerdasan di dalam Negara amat kurang dilakukan oleh penyelidik terutama yang menggunakan alat ukuran WAIS. Namun, kajian lepas di dalam Negara adalah tertumpu kepada aspek pengukuran kecerdasan secara umu dikalangan pelajar-pelajar di institusi pengagian tinggi tempatan.

2.1.1 Kajian Mengenai perbezaan demografi dan kecerdasan

Lim Yoke Poh (1986) telah menguji kesesuaian teknik temubual pertimbangan reflektif dalarn mengukur perkembangan intelektual pelajar. Kajian juga cuba melihat hubungan di antara bidang pengkhususan, jantina dan tempat asal terhadap tahap perkembangan intelektual para pelajar. Teknik temubual pertimbangan reflektif (TT'R) adalah satu teknik temubual separuh struktur yang terdiri daripada empat dilemma di mana setiap dilemma terdiri daripada kenyataan-kenyataan yang

bercan@.

Kajian telah dijalankan ke atas 56 orang pelajar UKM yang terdiri

a p a d a 26 orang pelajar peringkat rendah (tahun 1 dan 2) dan 30 orang pelajar pringkat tinggi (tahun 3 dan 4). Analisis data menujukkan pelajar-pelajar peringkat tinggi secara signifikannya mendapat min skor yang lebih tinggi daripada pelajarpelajar peringkat rendah (4.15). Kajian ini juga menunjukkan bidang pengkhususan, jantina dan tempat asal tidak mempunyai pengaruh yang signifikan ke atas tahap prkembangan intelektual pelajar. Chee Kwan Foong (2001) pula ielah mengkaji aspek kecerdasan mental dan personality dari segi penyesuaian sosial. Bilangan subjek yang terlibat dalam kajian adalah seramai 108 orang yang dikategorikan kepada beberapa kelompok atau kumpulan mengikut ciri-ciri jantina, lokasi (Bandar dan luar Bandar) dan etnik. Kajian menggunakan alat ujian 'Raven's Standard Progressive Matrices' untuk mengukur kecerdasan dan 'California Test of Personality' untuk menguji personality. Keputusan menunjukkan bahawa tiada korelasi yang wujud di antara kecerdasan mental dan personality (penyesuaian social). Keputusan juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan mental dan personality mengikut pembolehubah etnik. Namun tiada perbezaan yang signifikan dalam kecerdasan mental dan personality dikalangan subjek lelaki dan perempuan.

2.1.2 Kajian mengenai kecerdasan dan hubungannya dengan pencapaim


akademik
Tajuddin (1999) telah menjalankan kajian pengujian IQ dan minat untuk proses pemilihan pelajar ke program saintis cemerlang (PSC) di Universiti Teknologi Malaysia. Pengakaji telah menggunakan alat ukuran

Wechsler Adult Intelligence

Scale-Revised (WAIS-R- 111 ) dan Self Directed Search Inventory (SDS) untuk
mngenalpasti individu yang sesuai dan layak untuk menyertai projek saintis emerlang anjuran Institut Ibnu Sina, UTM. Seramai 32 orang pelajar tahun 3 dan 4 daripada fakulti Sains telah mengambil ujian IQ dan minta kerjaya. Mereka terdiri daripada 19 pelajar perempuan dan 13 pelajar lelaki dari kumpulan ekspres MARA

,tau ela ajar dari sekolah menengah kerajaan biasa yang telah mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan SPM. Setiap pelajar menduduki dua jenis pengujian iaitu Wechsler Adult Intelligence Scale-Revised ( WAIS-R- 11) untuk mengukur IQ dan Self Directed 1 Search Inventory (SDS) untuk mengukur minat kerjaya. Kedua-dua jenis pengujian diberikan secara berasingan dalam jangka waktu yang berbeza. Keputusan kajian menunjukkan secara keseluruhannya, kesemua pelajar yang telah menduduki keduadua pengujian di atas telah menunjukkan minat 'dan semangat yang tinggi untuk mencapai keputusan yang cemerlang. Kajian ini sekaligus menerangkan bahawa keputusan kajian menunjukkan pencapaian akademik mempengaruhi pencapaian dalam
i

akademik pelajar di Universiti. Habibah (1978), telah manjalankan kajian berkenaan dengan motivasi pencapaian dengan prestasi pelajar tahun lima. Seramai 90 orang subjek murid darjah enam daripada 40 buah sekolah rendah di Selangor dan Wilayah Perseketuan telah diujikaji dengan menggunakan alat ujian kecerdasan ' Raven's Standard Progressive Matrices'. Kajian mendapati terdapatnya hubungan yang tinggi diantara kecerdasan dengan pencapaian dalam peperiksaan Penilaian Darjah Lima. Korelasi yang didapati di antara kecerdasan dengan pencapaian adalah 0.839. Mohd Husni (1987) telah melihat hubungan di antara kecerdasan dengan pencapaian akademik dan pemilihan pemimpin dikalangan pelajar. Selain itu, beliau turut melihat kesan pengantara (keadaan fizikal, taraf pendidikan ibu-bapa dan keaktifan) ke atas hubungan kecerdasan dan pencapaian akademik dengan pemilihan pemimpin pelajar. Seramai 140 orang sampel pelajar sekolah dipilih yang mengandung dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan pemimpin dan kumpulan bukan pemimpin. Alat ukuran yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dan satu set alat ujian kecerdasan iaitu 'The Advanced Progressive Matrices' (set I and II). Tujuan ujian kecerdasan ini adalah untuk menguji kecekapan individu berasaskan masa. Data yang diperolehi dianalisis dengan kaedah khi kuasa dua. Keputusan menunjukkan kecerdasan tidak

dengan pemilihan pemimpin tetapi pencapaian akadernik berhubungan

;pignifikan dengan pemilihan tersebut. Ketiga-tiga kesan pengantara juga tidak

akepada hubungan antara kecerdasan dengan pemilihan pemimpin.


Siti Rahayah dan Ibrahim (2002) telah menghasilkan kertas kerja berkaitan dengan kecerdasan pelbagai (Multiple Intelligence) dalam konteks pendidam sekolah di Malaysia. Tujuannya adalah untuk membentangkan kajian terkini kecerdasan pelbagai dan kepentingannya kepada pelajar-pelajar sekolah dan
I

kolej. Ia juga membincangkan keperluan KP dalam sukatan kurikulum, pedagogi dan system penilaian dalam konteks pendidikan di Negara ini. KP yang dicipta oleh Howard Gardner (1983) adalah satu set kemahiran yang membolehkan seseorang menyelesaikan masalah atau menghasilkan keluaran atau perkhidmatan yang bernilai kepada budayanya. Terdapat lapan konstruk kecerdasan yuang dikenalpasti dalam alat ujian KP iaitu visual-linguistik, logic-matematik, spatial, kinestetik badan, muzikal, intrapersonal, interpersonal dan naturalis. Kajian menunjukkan bahawa kelas-kelas yang mengamalkan KP dalam pengajaran dan pembelajaran menghasilkan pembelajaran yang menyeronokkan, mempercepatkan pembelajaran, skor pencapaian yang meningkat dan perubahan harga diri dan moral sekolah kea rah yang lebih positif.
2.2 Kajian luar Negara
5

Kajian berkenaan kecerdasan di luar Negara telah jauh maju kehadapan berbanding dengan Malaysia. Terutama sekali kajian yang berkaitan dengan penggunaan alat ujian IQ WAIS-R -111 (adult). Hal ini adalah kerana mereka adalah pelopor kepada konsep dan teori mengenai kecerdasan dikalangan manusia. Mereka juga menganggap aspek kecerdasan merupakan kayu pengukur yang utama untuk menentukan tahap kematangan dan kecerdikan seseorang dalam aspek pendidikan, kejaya dan sosial.

23.1 Kajian Mengenai perbezaan demografi dengan kecerdasan


Richard Lynn dan Xiao Yang Dai (1993), pengkaji daripada Universiti of Ulster, Northen Ireland, telah berke jasama dengan penyelidik daripada Universiti di China untuk melihat kebolehan kognitif bedasarkan kepada perbezaan jantina terhadap 179 sampel masyarakat China dewasa dengan menggunakan alat ujian WAIS-R -111 (adult). Keputusan menunjukkan subjek perempuan memperolehi markah min yang lebih tinggi daripada subjek lelaki dalam skala prestasi dan subjek lelaki meperolehi 1 markah yang lebih tinggi dalam skala verbal. Namun, subjek lelaki memperoleh markah yang lebih tinggi bagi keseluruhan skor IQ. Lynn et a1 (2000) sekali lagi melakukan kajian lanjutan daripada kajian di atas untuk melihat kebolehan kecerdasan bedasarkan kepada faktor jantina.Beliau telah membuat kajian untuk mengukur perbezaan jantina terhadap kecerdasan secara umum. Beliau menggunakan alat ujian yang dibina oleh pengkaji sendiri untuk mengukur pengetahuan secara umum. Seramai 469 subjek perempuan dan 167 subjek lelaki telah diamabil sebagai sampel kajian. Alat ujian mengandungi 182 item yang merupakan s o d selidik pengetahuan umum merangkumi pelbagai gagasan yang mengukur hal ehwal semasa, kesihatan fizikal, social dan sains, wanita dan fesyen. Data dianalisis dengan menggunakan ujian t-test. Keputusan kajian menunjukkan subjek perempuan memeperolehi markah min yang lebih tinggi daripada lelaki dalam hanya gagasan fesyen sahaja. Manakala lelaki telah memperolehi min yang lebih tinggi daripada subjek perempuan dalam pelbagai gagasan termasuklah hal ehwal semasa, kesihatan fizikal dan rekreasi, seni dan sains. Kitchener (1978), telah menjalankan kajian ke atas 60 orang subjek yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah, pelajar universiti Minnesota dan graduan universiti. Subjek ini juga telah dibahagkan kepada 30 jantina lelaki dan 30 jantina perempuan. Ujian perkembangan intelektual melalui teknik pertimbangan reflektif telah dilakukan. Analisis varians menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga kumpulan ini dari segi pertimbangan reflektif.

Welfer (1979) telah menjalankan kajian yang sama ke atas 64 pelajar Universiti Minnesota. Beliau telah melihat perkembangan intelektual serta hubungannya dengan bilangan tahun di kolej serta bidang pengkhususan (bidang kejuruteraan dan sains sosial) dengan menggunakalan alat ujian Terman's Concept Mastery dan Teknik pertimbangan Reflektif. Keputusan kajian mendapati terdapat perbezaan di antara pelajar baru dan pelajar lama dalam tahap pertimbanagna reflektif. Namun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam bidang pengkhususan dan bilangan tahun dalam kolej.

2 V

Kajian mengenai kecerdasan dan hubungannya dengan pencapaian

akademik
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh para penyelidik menyokong tentang adanya perkaitan di antara kecerdasan dan pencapaian. Crow dan Crow (1969), telah menjalankan kajian tentang darjah kecerdasan dan pencapaian purata sekolah tinggi. Keputusan menunjukkan perkaitan yang rapat di antara tahap kecerdasan dan pencapaian sekolah. Ini bermakna bahawa pelajar-pelajar yang mendapat purata markah yang tinggi adalah mereka yang mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi. Perry et. A1 (1957 ) telah menjalankan satu kajian jangka panjang untuk melihat tahap perkembangan intelek dikalangan pelajar-pelajar di Universiti Harvard. Kaedah temubual telah dijalankan pada setiap tahun dari tahun 1957 hingga tahun 1961. Setiap tahun sebanyak 20 subjek lelaki telah diambil secara rambang dan keputusan menunjukkan pertambahan intelek dari tahun ke tahun. Pelajar-pelajar baru biasanya berada di tahap dualism manakala pelajar-pelajar lama berada di tahap ralativism. Keputusan ini menyokong hipotesis pengkaji yang mengatakan terdapatnya hubungan selari di antara tahap perkembangan intelek dengan tahap pendidikan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai