Anda di halaman 1dari 30

-mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang -mendukung kebenaran yang kita sepakati -mengamalkan

sikap dan perwatakan yang murni -mengambil langkah sederap -menghirup udara hasil kemerdekaan -mengikut acuan sendiri -mengundang kontroversi -menjadi cerucuk utama pembangunan -menjulang negara ke puncak jagat -menuntut setiap anak watan mengotakan aspirasi -menyambut gamitan menara impian -menyebabkan imej negara tercalar -menyediakan kursus dan latihan yang relevan -menyembunyikan masalah utama masyarakat -mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan berpeleseran -mewujudkan masyarakat yang bermaklumat dan berpengetahuan -milineum baru ini pasti sahaja sarat dengan muatan cabaran reformasi

-muafakat merupakan inti kepada perpaduan -negara kita akan bersih daripada unsur sosial yang tidak sihat -nilai keinsanan yang syumul -nilai-nilai material semakin memberkas dan meluas dalam masyarakat -pandangan pro dan kontra yang dipaparkan -pelbagai cabaran yang bakal menghambat -pelbagai masalah sosial sedang menghinggapi masyarakat -pembentukan masyarakat sakinah -pembudayaan ilmu perlu dipupuk dan dibajai oleh generasi muda masa kini -pendedahan oleh pihak media massa menghangatkan senario ini -perlu dibaja kembali -perubahan yang diharap masih belum menjelma -petanda kehancuran generasi -pewujudan masyarakat madani-propaganda negatif terhadap negara kita dapat ditepis -kita perlu mengorak langkah

-kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini -komitmen menyeluruh agensi yang terlibat -kongkongan yang selama ini dianggap membelenggu -Masalahnya, kita mahu memberi pendapat tetapi tidak rela dikritik -makmur dari segi ekonomi tetapi muflis nilai kekeluargaan -mampu mengadunkan satu kombinasi usaha yang cukup padu -manifestasi kesanggupan bangsa -manusia bukanlah `haiwan robotik yang tidak mempunyai rasa dan jiwa -masa depan menjanjikan cabaran di luar jangkaan -masalah putusnya komunikasi dan jurang generasi -masalah sosial dan susila yang meruncing -masih terbelenggu dengan cara berfikir yang sempit -masyarakat yang naif dengan mata kebendaan yang melalaikan -melangkah dengan seribu kekuatan -melontarkan soalan yang cukup penting

-melupakan cita-cita yang lebih luhur -membangunkan generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu -membebaskan mereka daripada belenggu kejahilan dan kegelapan -membenam budaya hedonistik yang tidak berfaedah -membetulkan ketidaktepatan fakta -membimbing mereka memenuhi impian -membina impian masa depan yang lebih gemilang -membongkar kepincangan -membuktikan sensitiviti, kepekaan dan keprihatinan mereka -mempengaruhi minda generasi muda -mempertahankan perasaan saling bersefahaman -mempertingkat dan memperteguh kefahaman -mempraktikkan elemen tolak ansur -memudaratkan kesejahteraan rakyat -menabur bakti kepada mereka yang kurang beruntung -menaburkan nilai kebendaan yang tidak bertahan lama -menagih komitmen dan pengertian serius semua pihak -menampilkan wajah baru yang disulami tekad

-menangkis tuduhan yang tidak berasas -mencapai tahap yang mencemaskan -mencerminkan dengan jelas akan hakikat ini -mencerminkan generasi yang muflis dan tercabut daripada akar tradisinya -mendapat perhatian dan liputan media massa -mendepani masa depan yang tidak menentu

Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara Saban tahun, 16 Mei merupakan hari keramat lagi suci murni kepada warga sekolah, iaitu Hari Guru di tanah air kita. Sekalung budi dan tahniah serta penghargaan yang setinggi-tingginya kepada insan yang bergelar sebagai pendidik. Sehubungan dengan itu, setiap sekolah telah meraikan Hari Guru dengan pelbagai aktiviti seperti mengadakan jamuan, memberikan hadiah dan mengadakan persembahan kepada guru yang disayangi. Ternyata, setiap warga sekolah perlu

menghargai jasa dan sumbangan guru terhadap pembangunan individu, bangsa dan Negara. Hal ini selaras dengan tema Hari Guru 2010, Guru Pembina Negara Bangsa. Walhal, guru memainkan peranan yang signifikan dalam pembangunan umat sejagat. Atas bimbingan guru, lahirlah golongan profesional seperti doktor, jurutera, saintis dan lain-lain lagi. Seperti kata mutiara Sasterawan Negara Usman Awang, Lahirnya seorang Perdana Menteri, Doktor, peguam, dan pensyarah adalah bermula daripada seorang guru biasa yang mengajarnya baca dan tulis. Dengan kata lain, tanpa guru, siapakah kita? Tepuk dada tanya selera. Dengan kata lain, guru turut menentukan pembangunan negara dengan melahirkan tenaga mahir dan pakar-pakar dalam setiap bidang untuk menjamin kemajuan negara. Iltizam dan komitmen guru telah berjaya mencambah insan yang berketerampilan dan berdaya saing untuk memartabatkan pembangunan negara sehingga negara kita dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju. Pada era digital ini, guru tidak lagi memainkan peranan sebagai penyampai ilmu kepada putera dan puteri yang berjuang dalam medan ilmu. Dalam zaman ledakan maklumat ini, pelajar berupaya memperoleh ilmu melalui pelbagai wadah dan wahana, seperti internet, e-buku, majalah, surat khabar malah televisyen satelit. Ekoran daripada itu, guru perlu bertindak sebagai fasilitator untuk membimbing pelajar menimba ilmu. Mutakhir ini, guru bukan sahaja perlu menguasai ilmu pengetahuan dalam bidang majornya tetapi juga perlu menguasai ilmu psikologi dan ICT supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif dalam pembelajaran dan pemelajaran . Dalam situasi ini, pelajar lebih minat dan beria-ia untuk mengikuti pelajaran. Sebagai impaknya, guru yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi dapat membimbing pelajar mencapai akademik yang cemerlang. Salah satu tanggungjawab yang dominan bagi setiap guru adalah melahirkan golongan yang memiliki mentaliti kelas pertama kepada tanah air kita. Hal ini terjadi demikian kerana warga didik bukan sahaja memberikan ilmu dunia tetapi juga perlu menyampaikan ilmu akhirat kepada anak buahnya. Pendidikan kerohanian sangat mustahak kepada setiap insan. Guru perlu sentiasa menyuntikkan nilai-nilai murni kepada pelajar supaya mereka dapat menuju ke arah hakiki dan tidak mudah terpengaruh oleh hasutan syaitan. Dengan bimbingan,

prihatin, asuhan dan kasih sayang guru, insan yang bersikap penyayang, bersemangat kental dan berfikiran terbuka akan bercambah. Jati diri penggerak wawasan. Atas sumbangan guru, pelajar yang memiliki jati diri dan bersahsiah mulia dapat menjanakan pembangunan negara. Kita perlu mengakui pengorbanan guru dalam melahirkan anak watan yang berguna. Malangnya, kini banyak pelajar telah dipengarui oleh budaya barat dan hedonisme sehingga terbelenggu oleh kemelut sosial . Remaja kita seolah-olah tidak dapat melepaskan diri dalam kepompong sindrom sosial, seperti melepak, mat rempit, penagihan dadah, dan lain-lain lagi. Sesungguhnya guru perlu mendukung cita-cita untuk membanteras sindrom sosial dalam pekarangan sekolah dan masyarakat kita. Rentetan daripada itu, guru perlu sentiasa bekerjasama dengan ibu bapa untuk mengetahui kemusykilan pelajarnya . Para pendidik sentiasa mengorbankan masa dan tenaga untuk memulihkan pelajar yang tersesat di hujung jalan supaya mereka dapat balik ke pangkal jalan. Secara tidak langsung, guru berupaya mementuk masyarakat madani dan sakinat. Jasa guru akan sentiasa dikenang dalam sanubari anak muridnya hingga akhir hayat. Guru selalu diibaratkan sebagai lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain. Dedikasi guru dapat membentuk pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurilum serta berakhlak mulia. Guru berkualiti aspirasi negara. Guru yang bertanggungjawab dan amanah sentisa dihormati oleh rakan sejawatan dan anak murid. Sekalung budi dan sekeping kad Hari Guru sebagai tanda terima kasih yang tidak terperi kepada semua guru. Jasa dan budi guru akan sentiasa dikenang. Segala teguran dan kritikan daripada guru semata-mata adalah demi kebaikan pelajar. Tampaknya, profesion guru semakin mencabar berbanding dengan zaman silam. Oleh itu guru perlu bersemangat waja diri dan gigih untuk meladeni kerenah pelajar yang semakin liar. Jangan putus asa dan patah semangat malah perlu sentiasa menyemarakkan semangat dan motivasi pelajar supaya mereka dapat menjadi insan yang kamil dan seimbang dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi. Natijahnya, komitmen yang utuh dalam kalangan guru dapat memperkasakan pembangunan insan yang berkualiti sehingga mencapai visi negara, iaitu 1 Malaysia. Guru cemerlang negara terbilang. Pendidik perlu

melengkapkan diri supaya dapat membimbing anak pelajar ke arah cemerlang. Gemilang dan terbilang. Selamat Hari Guru.

Kesedaran sivik merupakan satu aspek yang penting dalam kehidupan, lebihlebih lagi kepada sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Malangnya, sikap ini semakin luntur dalam kalangan masyarakat. Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan langkah-langkah yang diambil untuk menyuburkan kesedaran sivik. Kesedaran sivik boleh ditakrifkan sebagai rasa sedar yang mendalam dan berterusan serta muncul dari hati seseorang atas dasar tanggungjawab untuk memelihara hak dan kepentingan awam. Kesedaran sivik akan menjadikan

seseorang individu itu warganegara yang ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kepentingan awam untuk dikongsi bersama. Hari ini, kita begitu megah mengatakan bahawa negara kita telah maju dan pesat membangun seiring dengan era globalisasi namun, tanpa kita sedari kesedaran sivik dalam kalangan rakyat Malaysia begitu rendah malah semakin luntur ditelan arus pemodenan. Hal ini terbukti apabila masih terdapat dalam kalangan masyarakat kita, individuindividu yang masih tidak menghormati satu sama lain. Kata-kata, Yang muda disayangi, yang tua dihormati, tidak dapat kita lihat daripada perlakuan mereka. Apabila berada di dalam pengangkutan awam seperti bas, monorel mahupun kereta api, masih banyak lelaki yang sasa dan bergaya, tidak sanggup untuk memberi tempat duduk kepada wanita tua atau ibu mengandung yang tidak berdaya. Di perhentian-perhentian bas pula, sampah-sarap yang mengotorkan dan menyakitkan mata memandang juga bukan perkara asing di mana-mana tempat di negara kita. Di manakah silapnya sehingga pada zaman negara mengorak langkah ke arah menjadi negara maju pun, fenomena negatif yang memperlihatkan kerendahan kesedaran sivik masyarakat kita masih berleluasa dan dapat kita lihat di manamana? Pada pendapat saya, kita harus meneliti dan mendalami permasalahan ini agar langkah yang ampuh dan berkesan dapat dilaksanakan bagi menyuburkan kesedaran sivik ini dalam kalangan masyarakat kita. Pepatah ada mengatakan bahawa anak-anak adalah ibarat kain putih; ibu bapalah yang yang akan mencorakkan kehidupan dan peribadi mereka yang sebenarnya. Pepatah ini menggambarkan betapa pentingnya peranan ibu bapa dalam mencorakkan peribadi yang positif dalam diri anak-anak mereka. Malahan, rumah adalah ibarat syurga kepada setiap anak yang lahir ke dunia ini. Dari rumah, mereka mengenal erti kasih sayang, perasaan saling memahami serta saling menghormati. Namun, hakikat yang amat pahit untuk diterima adalah terdapat banyak daripada kalangan masyarakat kita kini yang menjadikan rumah sebagai neraka buat anak-anak mereka. Kajian Jabatan Kebajikan Masyarakat mendapati bahawa kadar perceraian dan rumah tangga bermasalah semakin hari semakin meningkat terutama di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, George Town dan Johor Baharu. Perceraian memperlihatkan masalah rumah tangga antara suami isteri yang berpunca daripada permusuhan, perkelahian dan kecurangan antara suami isteri. Siapakah saksi kepada semua permasalahan ini? Sudah pastilah insaninsan lain dalam institusi rumah tangga itu, iaitu anak-anak. Tanpa disedari oleh ibu bapa, mereka telah memusnahkan keceriaan rumah tangga dan alam remaja anak-anak mereka menyebabkan anak-anak turut berendam air mata. Menyaksikan

ibu bapa seperti anjing dengan kucing, akan mempengaruhi pertumbuhan jiwa anak-anak terutama remaja yang sedang meningkat dewasa. Perasaan marah kepada ibu bapa ini akan mewujudkan luka jiwa yang amat dalam kepada anakanak. Maka, akan terdapat antara mereka yang melepaskan kemarahan itu di luar rumah, iaitu dengan menconteng atau melakarkan graffiti di tempat-tempat menunggu bas atau merosakkan harta benda awam seperti tandas dan telefon awam. Malahan, terdapat juga dalam kalangan mereka yang bertindak seperti marahkan pijat, kelambu dibakar iaitu melepaskan kemarahan dan dendam mereka kepada orang lain seperti guru-guru dan rakan-rakan dengan menunjukkan sikap biadab dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan. Segala perlakuan ini dapat kita lihat dalam kehidupan kita sehari-hari menjadi bukti rendahnya kesedaran sivik di kalangan masyarakat terutama golongan remaja. Malahan, kajian polis mendapati bahawa lapan puluh peratus daripada remaja yang ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah merupakan mereka yang datang dari keluarga yang bermasalah. Justeru tidak keterlaluan jika kita menyatakan bahawa salah satu punca kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat adalah berpunca daripada kelonggaran dalam institusi rumah tangga itu sendiri sehingga menyebabkan jiwa anak-anak menjadi tidak subur atau terbantut. Seterusnya, perkara tersebut akan mempengaruhi perlakuan mereka. Semangat patriotik yang rendah juga menjadi sebab lunturnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Anak-anak hari ini kurang dididik agar berbangga menjadi rakyat Malaysia. Oleh itu, perasaan sayang akan negara dan berbangga menjadi warganegara Malaysia masih amat kurang dalam kalangan masyarakat kita. Satu contoh yang jelas membuktikan pernyataan ini adalah apabila Lagu Kebangsaan, Negaraku, berkumandang di udara. Berapa ramaikah antara kita yang berhenti dan berdiri tegak secara sukarela bagi menghormati lagu tersebut? Berapa ramaikah pula antara kita yang masih mengetahui Rukun Negara dan menghayatinya? Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa jumlahnya adalah terlalu sedikit; iaitu hanya dalam kalangan warga senior kita. Apabila tahap kesedaran dan kecintaan terhadap negara rendah, natijahnya, perasaan Negara KitaTanggungjawab Kita juga turut kurang dalam diri setiap individu. Justeru tidak ada perasaan bersalah apabila seseorang itu merosakkan bunga di tamantaman rekreasi. Tidak ada juga perasaan dan keinginan dalam hati mereka untuk mencantikkan setiap kawasan di negara ini. Justeru, ada yang tidak berasa bersalah

apabila mereka membuang sampah di tempat-tempat yang tidak sepatutnya, seperti ke dalam sungai atau di mana-mana yang difikirkan selesa untuk mereka berbuat demikian. Perkara yang jelas adalah wujudnya sikap, aku, aku dan engkau, engkau dalam diri masyarakat kita. Oleh itu, perasaan sepunya terhadap harta benda awam, perasaan menghormati pelbagai kaum atas dasar ini ialah tempat kita dan negara ini ialah negara kita dan kitalah yang bertanggungjawab atas keharmonian, kesejahteraan serta keindahannya, tidak wujud dalam diri mereka yang terlibat. Maka, sehingga hari ini, kita masih menyaksikan perlakuan-perlakuan negatif yang memperlihatkan bahawa tahap kesedaran sivik masyarakat ternyata masih rendah. Ketidakmampuan sistem pendidikan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak kepada para pelajar turut menyebabkan kesedaran sivik masih belum membanggakan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini. Selain rumah, sekolah merupakan institusi murni yang berperanan membentuk sahsiah dan peribadi seseorang individu. Di sekolah yang terdapat pelajar daripada pelbagai bangsa dan agama, maka integrasi kaum berlaku. Melaluinya, para pelajar mempelajari adat dan budaya kaum lain. Mereka juga belajar menerima, memahami dan menghormati satu sama lain walaupun mereka dari latar belakang bangsa dan kaum yang berbeza. Namun, kenapakah kita masih menyaksikan pelajar-pelajar yang tidak menghormati satu sama lain? Mengapakah nilai-nilai murni seperti mematuhi undang-undang dan peraturan serta hormat-menghormati masih kurang dipraktikkan oleh para pelajar seluruh negara? Dalam hal ini, kita tidak menafikan kepentingan sekolah kepada kehidupan seseorang individu.Namun, keberkesanan fungsinya sebagai tempat untuk mencerna peribadi murni dalam kalangan para pelajar masih boleh dipertikaikan. Tambahan pula pada masa kini, keunggulan serta kecemerlangan sesebuah sekolah diukur dari segi pencapaian akademiknya. Jika tinggi peratus kelulusan para pelajar, maka dikatakan bahawa sekolah itu ialah sebuah sekolah yang baik. Hambatan untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang akademik inilah yang menyebabkan guru-guru bertungkus-lumus melatih anak-anak didik mereka agar mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan. Waktu pengajaran dan pembelajaran juga adalah untuk mencapai matlamat yang sama ini. Natijahnya, tugas untuk mendidik sahsiah serta membentuk perkembangan emosi para pelajar semakin dikesampingkan. Malahan,terdapat sesetengah sekolah yang mengetepikan terus kegiatan kokurikulum untuk pelajarpelajar kelas peperiksaan semata-mata untuk memberi penekanan kepada

peperiksaan. Hal ini pernah diselar oleh Menteri Pelajaran yang berasa kesal terhadap tindakan sesetengah pengetua sekolah yang tidak memberi penekanan kepada bidang kokurikulum sehingga matlamat menghasilkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek tidak tercapai sepenuhnya. Jika di rumah anak-anak gagal terdidik, di sekolah juga mereka tidak menerima bimbingan yang sewajarnya, maka tidak hairanlah jika kita masih melihat ketempangan peribadi anak-anak muda kita yang masih rendah kesedaran siviknya. Pada era globalisasi ini, negara kita begitu ghairah untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Gagasan idea mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamed ini telah menjana pembangunan yang amat pesat dalam pelbagai bidang di negara kita, terutama bidang telekomunikasi dan perindustrian. Sememangnya, idea tersebut merupakan impian murni setiap warganegara kerana pembangunan dan kemajuan akan menjanjikan peningkatan taraf hidup masyarakat kita. Namun,kita terpaksa membayar harga yang mahal untuk segala yang dinikmati itu. Keghairahan mengejar kebendaan telah mewujudkan golongan masyarakat yang individualistik dan materialistik. Kemajuan serta pembangunan pesat juga telah meragut semangat kejiranan dan kemesraan dalam masyarakat. Sikap siapa lu siapa gua semakin berleluasa. Hidup bak enau dalam belukar, hanya melepaskan pucuk masingmasing sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat. Natijahnya, kepentingan terhadap kebendaan ini menyebabkan seseorang bertindak tanpa mementingkan perasaan dan kebajikan orang lain. Dengan alasan tidak mahu menjaga tepi kain orang lain, masyarakat, terutamanya yang di bandar-bandar besar hanya sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing. Kegiatan gotong-royong yang diadakan hanya akan disertai jika terdapat orang-orang besar yang merasmikannya. Jika tidak, amalan bergotong-royong itu tidak akan mendapat sambutan. Oleh yang demikian, kita menyaksikan masyarakat di bandar-bandar besar mengadakan majlis kenduri dan perkahwinan di hotel-hotel. Dengan berbuat demikian, mereka sebenarnya telah membunuh semangat kerjasama yang mewujudkan silaturrahim serta keharmonian dalam masyarakat. Peluang untuk saing mengenal dan bertegur sapa antara jiran juga tidak dapat dipraktikkan. Jadi, tidak hairanlah jika dikatakan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita semakin berkurang. Malahan lebih malang daripada itu, sikap mementingkan diri juga turut menimbulkan masalah lain. Sebagai contoh, apabila berlaku sesuatu kemalangan, terdapat

individu yang terus memandu tanpa menghiraukan mangsa kemalangan yang memerlukan bantuan. Hal ini bermakna, di samping menghapuskan kesedaran sivik, sikap individualistik ini yang diakibatkan oleh pembangunan ini juga telah turut membunuh rasa kemanusiaan di kalangan sesetengah daripada kita. Sejajar dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan alam siber. internet, media massa seperti televisyen dan sebagainya telah mendominasi kehidupan sebahagian besar daripada masyarakat. Sasaran pembangunan ini juga tidak mengecualikan golongan kanak-kanak dan remaja. Kita tidak bimbang jika perkembangan tersebut adalah sesuatu yang positif. Malangnya, filem-filem yang ditayangkan di televisyen begitu dikuasai oleh filem-filem luar terutamanya filemfilem dari Barat. Bersama-sama filem tersebut ialah nilai-nilai kehidupan masyarakat Barat yang amat bertentangan dengan budaya dan amalan kita masyarakat Timur. Kebanyakan rancangan dari Barat ini memaparkan anak-anak yang sudah tidak lagi menghormati ibu bapa mereka. Mereka kononnya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat dan kehendak mereka. Malahan, pada kebanyakan siri filem atau drama Barat ini ditonjolkan bahawa keluarga terutama ibu bapa yang sudah tua, tidak lagi penting buat anak-anak mereka. Bahkan, bagi anak-anak yang sudah berkeluarga, ibu bapa adalah terpisah terus daripada kehidupan mereka. Jika kita perhatikan, paparan remaja Barat di sekolah juga amat berbeza daripada para pelajar dalam sistem pendidikan kita yang begitu menekankan nilai-nilai murni dan adab antara guru dan pelajar. Di Barat, pelajar boleh meletakkan kaki di atas meja semasa guru sedang mengajar. Perkaraperkara ini disertai maklumat-maklumat negatif dari internet secara perlahan-lahan telah mempengaruhi dan menghakis nilai dan kesopanan masyarakat kita. Justeru kita melihat kepincangan akhlak dan peribadi masyarakat kita semakin hari semakin ketara. Jadi, tidak hairanlah jika kesedaran sivik seperti sikap menghormati guru dan orang yang lebih tua juga semakin hari semakin luntur dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Walaupun petanda-petanda kerendahan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat semakin jelas, namun, kita tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan membiarkan permasalahan ini semakin serius. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, sebelum yang bengkok terus menjadi patah, langkah-langkah untuk mengembalikan nilai murni dan kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat perlu

segera dilaksanakan. Dalam hal ini, kita terpaksa meletakkan tanggungjawab penting ini kepada pihak pendidikan. Hal ini juga turut disedari oleh Menteri Pelajaran kita. Oleh sebab itu, beliau telah mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran yang sedia ada dirombak semula. Jika melalui Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM), elemen nilai-nilai murni wajib diterapkan dalam setiap mata pelajaran, maka dalam kurikulum baru yang disemak semula, perkara ini ditambah pula dengan meletakkan elemen semangat patriotik sebagai sesuatu yang wajib diterapkan dalam pengajaran. Selain itu, nilai-nilai kesusasteraan pula kini diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Melalui cerpen, novel, drama dan puisi yang diajarkan dari peringkat Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima, tema-tema yang berkenaan dengan nilai-nilai murni dan semangat cinta akan negara telah diterapkan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed pernah menyatakan bahawa kita perlu mencontohi sikap masyarakat Jepun. Walaupun negara mereka semakin maju, namun, masyarakatnya masih mengekalkan nilai-nilai murni di samping mengamalkan budaya dan adat resam bangsa mereka. Malahan di negara-negara Jepun dan Korea ini, yang merupakan dua buah negara gergasi perindustrian ini, institusi pendidikan begitu dihormati oleh ibu bapa kerana mereka menyedari bahawa daripada sekolah, anak-anak mereka dididik dan diasuh untuk menjadi insan yang sempurna. Malahan, sistem pendidikan di kedua-dua buah negara ini amat menitikberatkan mata pelajaran kesusasteraan dan sejarah, dari peringkat rendah hingga ke peringkat pengajian tinggi. Mereka percaya bahawa dengan mengenali asal usul bangsa serta keindahan bahasa dan budaya mereka, mereka dapat melahirkan rakyat yang tinggi semangat cinta akan negaranya. Semangat inilah yang membawa negara mereka pada kemajuan kerana rakyatnya sanggup berkorban jiwa dan raga demi negara yang tercinta. Justeru dalam usaha untuk melahirkan semangat cinta akan negara serta menerapkan kesedaran sivik yang tinggi dalam diri anak-anak remaja kita, maka tidak boleh tidak, perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilaksanakan. Dalan hal ini, guru-guru juga memerlukan orientasi baru agar turut memberi perhatian pada sahsiah dan nilai-nilai murni anak-anak didik mereka dan tidak hanya berusaha membimbing mereka mencapai kejayaan dalam bidang akademik. Selain usaha di atas, pihak sekolah perlu juga melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan berkesan. Kita perlu sedar bahawa aktiviti kokurikulum merupakan wahana yang paling berkesan dalam membentuk sikap murni seperti

bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri para pelajar. Sebagai contoh, aktiviti perkhemahan yang dianjurkan oleh badan-badan beruniform seperti Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah, akan membentuk semangat berpasukan yang tinggi dalam kalangan ahlinya. Mereka akan bersamasama mendirikan khemah, mematuhi giliran memasak dan sebagainya , sepanjang perkhemahan diadakan. Selain itu, aktiviti kawat kaki dan latihan-latihan yang diadakan pula akan membentuk para pelajar yang mematuhi masa dan sentiasa berdisiplin. Aktiviti bergotong-royong oleh persatuan-persatuan dan kelab-kelab sama ada di sekolah, mahupun di kawasan sekitar sekolah pula akan menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar terhadap alam sekitar serta sekolah mereka. Bak kata pepatah, tak kenal , maka tak cinta. Justeru melalui programprogram yang dijalankan, para pelajar akan membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri mereka. Mereka akan lebih bersikap membina daripada meruntuhkan atau membinasakan sesuatu. Mereka juga akan lebih bertanggungjawab terhadap segala kemudahan yang disediakan untuk kegunaan ramai. Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang lebih berkesan, kita berharap agar tidak ada lagi telefon awam yang dirosakkan, atau tandas awam yang diconteng dengan katakata yang tidak menyenangkan mata memandang. Sebaliknya, kita akan dapat menyaksikan masyarakat yang lebih bertolak-ansur, umpamanya, mereka tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki bas awam atau komuter. Anak-anak muda kita juga akan lebih menghormati golongan yang tua kerana tahap kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat telah meningkat. Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara merupakan kata-kata yang melambangkan kepentingan generasi muda terhadap pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita mahu melahirkan golongan remaja yang berwibawa dan berketerampilan dalam pelbagai bidang agar mereka dapat menyumbang tenaga dan bakti kepada negara. Hal ini tidak akan tercapai jika remaja kita rendah kesedaran siviknya serta kurang jati dirinya. Justeru usaha kerajaan untuk mewajibkan remaja yang berusia lapan belas tahun menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mampu meningkatkan kesedaran sivik dalam kalangan golongan muda di negara kita ini. Latihan-latihan yang diikuti adalah bermatlamat untuk membentuk jati diri dan sikap positif dalam diri remaja. Malahan, lebih daripada itu, program tiga bulan ini akan melarikan para remaja daripada pelbagai gejala negatif seperti melepak, merambu dan melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak

berfaedah. Latihan-latihan yang dijalankan juga akan memberi penekanan pada kepentingan kesedaran sivik, kepentingan mencintai negara,kepentingan pembentukan modal insan serta kepentingan untuk membina kemandirian dan jati diri agar sikap positif ini akan tumbuh subur dalam diri anak-anak remaja negara kita. Apabila para remaja ini mempunyai rasa bertanggungjawab terhadap diri, bangsa dan negara, secara tidak langsung, mereka juga akan bertanggungjawab terhadap hak dan kepentingan orang lain. Hasilnya, diharapkan agar melalui program Khidmat Negara ini, negara akan dapat melahirkan masyarakat yang lebih tinggi tahap kesedaran siviknya. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Kita mahu melahirkan masyarakat yang hidup seperti aur dengan tebing, saling menguatkan antara satu sama lain. Kita mahu melahirkan masyarakat yang kukuh semangat kejiranannya serta sentiasa bersedia untuk bekerjasama demi kebaikan bersama. Dalam hal ini, saya berpendapat agar amalan bergotong-royong yang menjadi teras konsep bekerjasama dalam masyarakat kita perlu disuburkan kembali, terutamanya di kawasan-kawasan bandar. Pada tahap awal, kita berharap agar para menteri dan Wakil Rakyat turut turun padang bersama-sama dengan rakyat dalam aktiviti gotong-royong yang diadakan. Apabila budaya gotong-royong ini telah dapat diwujudkan, masyarakat akan dengan sendirinya mengatur program-program tersebut untuk kepentingan kawasan tempat tinggal mereka. Selain itu, amalan rumah terbuka serta ziarah-menziarahi pada musim-musim perayaan juga merupakan amalan positif yang akan meningkatkan kesedaran sivik dalam masyarakat kita. Melalui aktiviti ini, sesama jiran akan salin mengenali dan beramah mesra sesama mereka. Walau bagaimanapun, kita berharap agar kejadian berebut makanan yang berlaku dalam satu majlis terbuka anjuran seorang menteri beberapa tahun lalu akan dapat diatasi pada masa-masa akan datang. Kita mahu melihat bukan sahaja keharmonian hubungan pelbagai bangsa di negara kita tergambar melalui aktiviti tersebut, malahan juga kita mahu menampilkan adab yang tinggi dalam kalangan masyarakat kita yang terkenal dengan budi bahasa dan kesantunannya. Apabila program-program ini dapat disebarluaskan di seluruh negara, sudah pasti tahap kesedaran sivik masyarakat kita juga akan dapat ditingkatkan. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Peribahasa tersebut membawa maksud

bahawa peribadi serta perlakuan ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak mereka. Justeru jika kita ingin melihat kesedaran sivik subur dalam masyarakat, maka ibu bapa perlu memainkan peranan perdana dalam usaha ini. Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, sesuatu perkara itu perlu dipupuk dari kecil oleh ibu bapa agar apabila anak-anak memasuki alam persekolahan, nilainilai asas yang positif seperti hormat-menghormati, beradab sopan dan bertolakansur telah sedia wujud dalam diri anak-anak mereka. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mendidik anak-anak agar saling menghormati antara satu sama lain. Sebagai contoh, anak-anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka yang lebih tua. Anak-anak juga diajar agar menghormati harta benda milik adikberadik mereka serta harta benda bersama. Oleh itu, amalan bergotong-royong sesama ahli keluarga perlu diterapkan dari peringkat rumah lagi. Bukan sahaja amalan ini akan memudahkan pelaksanaan sesuatu pekerjaan, malahan kemesraan keluarga juga akan dapat ditingkatkan. Kita sedia maklum bahawa pada peringkat usia muda, anak-anak sedang membina identiti mereka. Oleh sebab itu, ibu bapa akan menjadi contoh teladan yang paling hampir untuk diikuti oleh anak-anak. Dalam hal ini, ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Oleh itu, ibu dan bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama mereka agar nilai positif ini diikuti oleh anakanak. Ibu bapa juga perlu menegur kesilapan anak-anak agar mereka mengetahui garis panduan antara perkara yang betul dan perkara yang salah. Kebanyakan permasalahan yang berlaku dalan kalangan remaja masa kini adalah disebabkan ibu bapa begitu takut untuk memperbetul dan menegur perbuatan negatif anakanak mereka. Jika ibu bapa dapat memainkan peranan mendidik anak-anak mereka sewajarnya, maka sudah pasti masalah remaja kekurangan kesedaran sivik ini tidak akan wujud di negara kita. Pilihan kita yang terakhir untuk membentuk masyarakat yang mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi adalah melalui tindakan tegas dan penguatkuasaan undang-undang. Jika kita tinjau ke negara jiran kita, Singapura, kita akan begitu kagum akan rakyatnya yang begitu patuh akan peraturan serta amat bertanggungjawab terhadap harta benda awam. Namun, dasar sebenar sikap tersebut adalah daripada ketegasan kerajaan Singapura mendidik rakyatnya.Setiap mereka yang didapati melanggar peraturan awam akan terus didenda. Malahan, dalam perkara penggunaan tandas awam pun,Singapura sentiasa

memastikan penggunaannya yang betul Sesiapa yang didapati tidak menarik pam air selepas menggunakan tandas akan dikenakan hukuman pada masa itu juga. Negara kita juga perlu menguatkuasakan peraturan dan undang-undang yang melibatkan rakyat yang kurang kesedaran siviknya ini. Jika Singapura mewajibkan aktiviti khidmat masyarakat kepada sesiapa yang didapati melanggar hak-hak penggunaan harta benda awam seperti telefon awam, dan pembuangan sampahsarap, mengapakah kita tidak boleh melaksanakannya? Golongan masyarakat yang berkepala batu dan terlalu mementingkan diri sendiri ini sememangnya perlu dikenakan tindakan tegas. Setakat ini, tindakan hanya dikenakan kepada mereka yang didapati merosakkan telefon-telefon awam. Bagaimana pula dengan mereka yang tidak dapat membezakan antara tong sampah dengan tempat menunggu bas? Golongan ini juga perlu dikenakan tindakansewajarnya. Dalam hal ini, tindakan beberapa pihak berkuasa tempatan (PBT) menangkap orang ramai yang mengotorkan tempat-tempat awam dan mewajibkan mereka membersihkan tempat itu semula adalah amat dipuji. Hal ini disebabkan, melalui pelaksanaan peraturan yang tegas itu, orang ramai akan sentiasa beringat-ingat semasa menggunakan segala kemudahan awam yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk kemudahan mereka. Kesimpulannya, walaupun masalah kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat kita belum begitu parah, namun, kita perlu berusaha untuk membaikinya. Hal ini terutamanya dalam kalangan remaja kerana merekalah yang bakal mencorakkan hala tuju masa depan negara. Kita menginginkan agar kemajuan yang kita kecapi adalah selaras dengan pembangunan jiwa dan peribadi anak-anak bangsa kita. Justeru menyedari hakikat bahawa kesedaran sivik dalam kalangan masyarakat masih rendah atau semakin luntur, semua pihak harus membuka mata dan memainkan peranan masing-masing untuk membina satu bangsa Malaysia yang berjaya dan mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi. Negara Kita Adalah Tanggungjawab Kita. Oleh itu bersama-samalah kita seluruh warga negara yang tercinta ini memupuk sikap saling bekerjsama dan saling bersatu hati agar kemajuan yang diingini tercapai tanpa mengorbankan nilai dan susila bangsa dan agama kita.

Sebagai wartawan sebuah majalah sukan, anda ditugaskan untuk menulis rencana yang bertajuk Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara. Tulis rencana itu selengkapnya. Langkah-langkah Meningkatkan Mutu Sukan Negara Kekalahan skuad bola sepak kebangsaan dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet negara ketika bertanding sama ada pada

peringkat serantau mahupun antarabangsa telah menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya, ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain dalam bidang sukan. Dalam hal ini, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah dengan merombak jawatankuasa induk yang menaungi sesebuah persatuan sukan. Bukan lagi rahsia, kebanyakan persatuan-persatuan sukan di Malaysia dipimpin oleh elit politik. Lihat sahaja persatuan-persatuan seperti Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Persekutuan Hoki Malaysia (PHM), dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Malangnya, para pemimpin yang dipilih secara sebulat suara ini, sering menjadikan persatuan berkenaan sebagai medan untuk mencari pengaruh dan meneruskan agenda politik mereka. Keghairahan memenuhi agenda peribadi, menyebabkan program pembangunan sukan dan atlet telah dianak tirikan oleh mereka. Kedangkalan ilmu tentang bidang sukan serta kegagalan memahami perubahan yang berlaku, mewajarkan ketandusan pencapaian para atlet kita. Berkaitan hal ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi pernah menyeru agar para pemimpin politik melepaskan jawatan mereka dalam persatuan sukan agar program pembangunan sukan hanya ditangani oleh individu yang berkelayakan. Justeru, sewajarnya barisan kepimpinan sukan ini dirombak dan seterusnya memberikan laluan kepada muka-muka baru yang mempunyai latar belakang bidang sukan serta beriltizam tinggi untuk memajukan mutu sukan negara, bak kata pepatah, hanya jauhari yang mengenal manikam. Di samping itu, program-program pembangunan atlet juga perlu diperbaiki dan diberi nafas baru dalam usaha melahirkan atlet yang berdaya saing dan mampu mengibarkan cabaran negara pada peringkat antarabangsa. Kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan telah menyediakan peruntukan yang cukup banyak untuk menyokong program-program pembangunan sukan di negara ini seperti penubuhan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN). Program pembangunan sukan ini meliputi aspek-aspek kritikal seperti kewangan, kejurulatihan, pemakanan, psikologi, dan sebagainya. Berhubung dengan isu ini, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Azalina Othman pernah menegur tentang cara

pemakanan para pemain bola sepak kebangsaan ketika bertanding dalam Kejohanan Piala Asia yang dianggap tidak bersesuaian dengan diet para atlet. Menurutnya kebanyakan para pemain bola sepak negara lebih menggemari roti canai, nasi lemak, dan merokok. Kegagalan menyediakan program-program berkualiti, memungkinkan mutu sukan negara terus merudum dan kita terus ketandusan para atlet yang berpotensi. Contohnya sejak menjuarai Piala Thomas pada 1992, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) terus gagal membentuk sebuah pasukan kebangsaan yang mampu memecah penguasaan China dan Indonesia dalam arena badminton. Biarpun munculnya gandingan emas, Koo Ken Kiat dan Tan Boon Heong, namun kegagalan pasukan negara dalam Kejohanan Badminton Dunia bulan lalu menterjemahkan segala-galanya. Namun begitu, segala kelemahan tidak harus menjadi noktah untuk kita terus berusaha. Dengan pengemblengan usaha dan iltizam semua pihak, pastinya sinar di hujung terowong dapat dijelmakan untuk mengangkat kembali martabat sukan negara kita. Selain itu, para atlet negara juga perlu didedahkan dengan kejohanankejohanan antarabangsa secara lebih kerap. Penyertaan secara berterusan amat penting dalam usaha memantapkan persembahan serta menyesuaikan diri di dalam situasi pertandingan yang sebenarnya. Pasukan bola sepak contohnya, tidak mampu membentuk persefahaman yang mantap jika digabungkan menjelang saat akhir pada sesebuah kejohanan sahaja. Setiap pemain sudah pasti mempunyai latar belakang kemahiran dan peribadi yang berbeza. Justeru, penyertaan secara berterusan dalam pelbagai kejohanan dapat membentuk persefahaman dalam kalangan mereka seterusnya mampu menuai hasil yang diharapkan. Pencapaian ratu squasy negara, Nicole Ann David sehingga membolehkan beliau berada pada kedudukan teratas senarai pemain terbaik dunia, adalah berpunca daripada penyertaan yang tidak putus-putus dalam pertandingan peringkat antarabangsa. Perlu ditegaskan bahawa kejayaan yang diinginkan tidak boleh dijelmakan dengan usaha secara ala kadar, seperti melepaskan batuk di tangga. Sebaliknya ia menuntut iltizam dan kerja keras semua pihak sama ada dalam kalangan para atlet, pihak-pihak berwajib, dan malahan peminat sukan tanah air. Sesungguhnya kemerosotan mutu sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun, seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan

negara-negara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia. Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan, terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

Penanda Wacana Penanda permulaan karangan Pada era globalisasi ini, Pada zaman pascakemerdekaan ini, Dalam meniti arus kemodenan ini, Dasawarsa ini, Dalam meniti kehidupan pada marcapada, Sejak sedekad yang lalu, Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, Sejak akhir-akhir ini, Penanda huraian isi karangan Hal ini demikian kerana Hal ini berlaku kerana Hal ini terjadi kerana

Hal ini disebabkan oleh Hal ini wujud akibat daripada Hal ini bersangkut-paut dengan Hal ini berpunca daripada Hal ini tercetus apabila Hal ini timbul apakala Penanda memberi contoh dalam karangan a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni ....... Masalah ini sama dengan peribahasa ........... Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ........Memburu kejayaan tidak seperti menjamu selera di kedai makan; makan dahulu bayar kemudian. Memburu

kejayaan umpama menanam pokok buah-buahan. Tanam, jaga dan nikmati hasilnya kemudian. ~Osman Affan Imaginasi adalah sesuatu yang amat berguna kepada pelajar. Ia boleh membuat pelajar merasa bahawa belajar itu susah, atau belajar itu senang. Maksudnya, jika di dalam imaginasi pelajar itu menunjukkan bahawa belajar itu adalah perkara susah, maka pelajar itu pasti merasa susah semasa hendak belajar. Imaginasi adalah lebih penting daripada kebijaksanaan. ~Albert Einstein Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. Interpretasi : Tafsiran - mendepangi : menghadapi - revolusi : perubahan secara cepat dan meluas - sejagat : seluruh dunia - bertunjangkan : berdasarkan - globalisasi : mengenai dunia seluruhnya - marcapada : dunia sekarang ini - dangkal : cetek, sedikit - mapan : mantap, tidak berubah-ubah - propoganda : pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai - dinobatkan : ditabalkan - mangkin : faktor yang mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan - dana : kumpulan wang untuk sesuatu kegunaan - memantau : melihat - merintis : membuka jalan, mempelopori - memacu : menggesa supaya bergerak pantas - menelusuri : menjejaki - siratan : sesuatu yang tersembunyi - terampil : cekap - diperlekeh : dipermudah - meritokrasi : sistem sosial yang menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya - merit : sifat / kualiti yang layak mendapat - mandiri : berdiri sendiri - aktivis : orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif - pugut : vandalisme

- pincang : ada kekurangannya - mukadimah : permulaan kata - fatan : cerdik / pandai - arbitrari : tidak berasaskan pemikiran - afiliasi : pertalian - prolifik : banyak menghasilkan karya - lampas : halus / lepas mulut - menyingkap : membongkar / mendedahkan - kebejatan : kerosakan / keburukan - tempias : percikan / arus - kancah : medan / gelanggang - melestarikan : mengekalkan - gimik : sesuatu yang digunakan untuk menarik perhatian umum - malap : pudar / muram - alaf : seribu tahun - stereotaip : tidak asli - menerajui : memimpin / mengetuai - badai : kekacauan - sekelumit : sedikit - meluputkan : menghilangkan - kepompong : ruang lingkup / sarung - tersohor : termasyhur - intiha : akhir / penutup - berganjak : beralih - bukti yang konklusif : bukti yang kukuh - memanifestasikan fikiran : menggunakan idea dengan sebaik-baiknya - jika ditelusuri : jika dikaji secara mendalam - alaf baharu : masa terkini - mutakhir ini : pada masa kini - landasan berfikir : cara berfikir - masyarakat konvensional : masyarakat umum/biasa - mengaibkan diri : memalukan diri - inteligensia : kumpulan manusia yang bijak - anjakan paradigma : perubahan demi kemajuan atau kebaikan - prakarsa : inisiatif/daya usaha

- mendabik dada : kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan - masih bermain dengan fantasi : berkhayal / tidak berfikiran matan - seantero dunia : seluruh dunia - di persada antarabangsa : pada peringkat antarabangsa/global - meluaskan horizon pemikiran : meluaskan pandangan / pemikiran - menikam sanubari : menusuk perasaan / menjadikan perasaan benar-benar terasa - integrasi kaum : perhubungan kaum - menukilkan kata-kata : menyampaikan pendapat/ menulis sesuatu/ menyatakan sesuatu

MASALAH REMAJA LARI DARI RUMAH BUKAN HANYA BERPUNCA DARIPADA KURANGNYA KASIH SAYANG IBU BAPA Cahaya matahari menyilau mata, Rasa pedih berusaha menahan; Lafaz bismllah pembuka kata, Gelanggang pertandingan segera dimulakan. Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, TuanPengetua Sekolah Menengah Kebangsaa Perempuan Temenggung Ibrahim, barisan hakim yang adil lagi bijaksana, barisan pembangkang, guru-guru, dan rakan pelajar sekalian. Terlebih dahulu. kami barisan pencadang tetap berpendirian bahawa tajuk perbahasan ini, "Masalah Remaja Lari dari Rumah Bukan Hanya Berpunca daripada Kurangnya Kasih Sayang Ibu Bapa" memang tepat dan tidak pcrlu dipersoalkan lagi. Sebelum saya membahaskan lebih lanjut. elok sekiranya saya menyimpulkan makna remaja lari dari rumah. Remaja yang lari dari rumah ialah remaja yang meninggalkan rumah tanpa restu daripada ibu bapa menuju ke satu lempat yang biasaanya tidak diketahui oleh ahli keluarganya. Mereka bertindak sedemikian kerana perasaan tidak puas hati atau didorong keinginan

memperoleh sesuatu. Manakala kurangnya kasih sayang meliputi perhatian dan belaian kemesraan. Dewasa ini, akhbar-akhbar menyiarkan berita tentang remaja yang lari dari rumah. Walaupun pelbagai usaha telah diambil untuk membendung masalah ini. tetapi nampaknya sehingga kini masalah remaja lari dari rumah belum juga berakhir. Hadirin yang dimuliakan, Hujah saya yang pertama, remaja yang berusia lingkungan 12 hingga 21 tahun merupakan golongan yang menempuh alam kritikal; penuh perasaan. menganggap segala tindakannya betul, kurang mendengar nasihat orang lain, dan suka mencuba sesuatu yang baru. Dalam meniti usia ini, golongan ini menganggap segala tindakannya adalah benar dan tiada sesiapa yang holeh melarang. Kata-kata orang yang lebih dewasa dan berpengalaman, baik ibu bapa, guru, mahupun saudara mara tidak diendahkan. Mereka tidak takut untuk meninggalkan rumah kerana banyak tempat yang boleh didiami; rumah rakan ataupun bekerja yang diyakini majikan mereka akan menyediakan tempat tinggal. Berbekalkan keyakinan yang tidak semua benar, mereka akan berasa selamat tinggal di luar rumah. Atas alasan yang longgar mereka tidak berasa bersalah meninggalkan rumah, mengecewakan ibu bapa, sakali gus menepikan masa depan. Mereka tidak kisah sama ada ibu menangis atau meratap, ayah kecewa atau marah,. Yang penting, kata hati perlu dituruti. Hujah saya yang kedua, faktor rakan-rakan boleh dibahagikan kepada dua; rakan yang sama aliran atau teman lelaki bagi remaja perempuan. Rata-rata dipengaruhi oleh teman lelaki. Teman lelaki mereka mempunyai kedudukan yang baik dari segi fizikal: bergaya dengan pakaian berjenama, berketerampilan menarik. dan berkereta mewah. Pemuda yang kita tidak tahu hati budinya, biasanya bagaikan musang berhulu ayam, akan memerangkap remaja dengan kata-kata yang indah, selain memberi hadiah. Remaja perempuan yang tidak pernah menikmati kemewahan akan mudah terperangkap dengan pujuk rayu yang boleh menggetarkan perasaan. Mereka dijanjikan dengan pekerjaan yang menarik dan gaji melebihi RM2,000.00 sebulan, berpeluang melancong, dan mendiami rumah mewah. Remaja yang akalnya Cuma sejengkal dan bosan pula menghadapi timbunan buku, tanpa berfikir panjang akan terpengaruh dengan pujukan jejaka idaman hati. Kata orang, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turuti. Hadirin yang dikasihi, Hujah saya yang ketiga, kurangnya didikan agarna. Sebaik-baiknya, anak

yang berusia selewat-lewatnya tujuh tahun telah dihantar ke sekolah agama dan diajar membaca al-Quran. Tetapi disebabkan ibu bapa sibuk dengan kerjaya dan menghadapi kesukaran untuk menghantar dan mengambil anak di sekolah agama, mereka berasa cukup menghantar anak ke sekolah kebangsaan. Sebenarnya agama yang dipelajari dan jika dihayati di hati dan di jiwa boleh menjadi benteng seseorang itu daripada melakukan sesuatu perkara yang buruk. Apa yang berlaku sekarang, sudahlah pendidikan agama kurang, ibu bapa pula tidak memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Mintalah anak hersolat dan berpuasa sebagai contoh, tidak akan dituruti oleh sianak jika si ibu atau ayah tidak melakukannya. Disebahkan kurangnya didikan agama, anak-anak yang terabai ini tiada sempadan dalam bertindak lalu perbuatan lari dari rumah dianggap perkara biasa bagi remaja yang jiwanya telah kosong dengan roh keagamaan. Hujah saya yang keempat ialah pengaruh media massa. Media massa kita, baik televisyen, akhbar, dan majalah sering menyiarkan berita dari Barat yang memaparkan remaja yang rosak akhlaknya. Jika pun tidak berita dari Barat, paparan artis tempatan yang berpakaian menjolok mata sudah cuknp membuatkan pembaca yang terdiri daripada golongan remaja memikirkan hal-hal yang negatif. Keadaan diburukan lagi dengan paparan daripada internet; paparan maklumat seluas-luasnya dan apa sahaja yang ingin dicapai hanya perlu menekan butang pada papan kekunci. Bagi remaja dari Barat. hidup bersama kekasih tanpa nikah bukanlah sesuatu kesalahan. Malah, perbuatan lari dari rumah, terutamanya golongan artis Barat juga sesuatu yang lazim. Disebabkan bahan yang dihaca selalu memaparkan unsur yang negatif, sedar atau tidak, segala tindakan yang bakal diambil sering bertentangan dengan nilai-nilai hudaya tempatan. Hadirin yang dikasihi, Hujah saya yang kelima, sikap masyarakat juga menyebabkan remaja lari dari rumah. Jika dulu. terutamnnya apabila anak-anak dara herkelakuan tidak senonoh, masyarakat kampung akan menegur ataupun rnembuat aduan terus kepada ibu bapa mereka. Kini, keadaan ini boleh dikatakan tiada lagi, bukan sahaja berlaku di bandar-bandar besar, malahan di kampung-kampung. Sikap seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing menjadi amalan sesetengah masyarakat. Ini berpunca daripada kesibukan menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan masalah jiran di sebelah rumah pun tiada siapa yang tahu. Jika mereka mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing, sudah tentu mereka akan tegur sekiranya terlihat seorang pemuda yang tidak dikenaii berbual-bual dengan

anak dara jiran sehingga larut malam. Sikap masyarakat yang negatif ini seakanakan memberi ruang kepada remaja melakukan perkara yang dirasakan betul, tetapi sebenarnya bersalahan daripada nilai kehidupan masyarakat madani. Izinkan saya membidas hujah pembangkang pertama tadi. Menurutnya, ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap anak mereka menyebabkan anak menjadi liar. Sebenamya, dalam kesibukan ibu bapa memberi tumpuan terhadap kerjaya, anak-anak memang kurang diberi perhatian. Kalaulah ini menjadi asas remaja lari dari rumah, sudah tentu ribuan lagi remaja saban hari akan meninggalkan rumah. sebab boleh dikatakan rata-rata ibu bapa sekarang menumpukan perhatian terhadap kerjaya sehinggakan anak terasa terabai. Kalau sekadar alasan ibu bapa kurang memberi perhatian, tiada sebab si anak mahun lari dari rumah. Anak tahu ibu bapa mereka bekerja untuk mencari nafkah dan menyediakan yang terbaik untuk masa depan mereka. Jadi, mengapakah remaja lari dari rumah? Inilah persoalan yang pihak kami barisan pencadang hujahkan. Mereka lari kerana ada faktor-faktor di luar rumah yang sudah tersedia menanti. Hadirin yang dimuliakan, Berdasarkan hujah-hujah yang saya berikan, sudah terang lagi bersuluh, kini sudah terbukti bahawa masalah remaja lari dari rumah bukan hanya berpunca daripada kurangnya kasih sayang ibu bapa, sebaliknya banyak faktor-faktor lain yang berpunca daripada faktor di luar rumah. Jadi, kami menyeru barisan pembangkang agar menyertai barisan kami yang lebih berani mengemukakan hujah yang benar, tepat, dan meyakinkan. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Hujah saya ini akan disambung oleh rakan saya yang lain. Sebelum saya menangguhkan perbahasan ini, izinkan saya lafazkan serangkap pantun yang berbunyi, Dari runtuhnya kota Melaka, Bersama kita dirikan Putrajaya; Hujah palsu bohong belaka, Akan ditangkis seberapa daya. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai