Anda di halaman 1dari 18

MTE3101 Mengenal Nombor

Topik 1

Sistem Pernomboran

1.0 Sinopsis Tajuk ini merangkumi perkembangan sistem pernomboran yang pelbagai bermula dari sistem pernomboran awal hingga ke sistem pernomboran Hindu-Arab sekarang. Sistem pernomboran awal yang dibincangkan termasuk Sistem pernomboran Gundalan(Tally), Sistem pernomboran Roman, Sistem pernomboran Mesir, Sistem pernomboran Mayan dan sistem pernomboran Babylonian. Di bawah sistem pernomboran Hindu-Arab, bilangan simbol dan kumpulan dalam pelbagai asas di titikberatkan. Anda juga akan mempelajari bagaimana untuk menukar dari satu asas kepada asas sepuluh dan sebaliknya. 1.1 Hasil Pembelajaran 1. Membandingkan perkembangan Sistem Pernomboran yang pelbagai. Menukarkan asas b kepada asas 10 dan sebaliknya.

2.

1.2 Kerangka konsep

Sistem pernomboran

Sistem pernomboran Awal

Sistem pernomboran Yang lain.

Sistem Pernomboran HinduArab

Bilangan simbol dan kumpulan dalam pelbagai asas. Menukar asas b kepada asas 10 dan sebaliknya.

MTE3101 Mengenal Nombor

1.3 Sistem pernomboran Awal Pada masa lampau,manusia menggunakan pelbagai cara untuk merekod nombor yang diperlukan. Sebagai contoh untuk mewakilkan bilangan kambing biri-biri dalam kumpulan, pengembala kambing mengumpul batu-batu kecil. Dengan memadankan batu-batu kecil dengan kumpulan kambing, pengembala boleh mengetahui jika ada kambingnya yang hilang. Ahli Matematik pada masa ini menamakan cara padanan ini sebagai padanan satu dengan satu. Kebelakangan ini , manusia menggunakan cara lain untuk merekod barang kepunyaan mereka. Mereka mengikat tali pada kulit kayu atau melukis tanda gundalan pada batu untuk memadankan tali dengan tanda gundalan. Sebenarnya, kayu gundalan dan batubatu kecil adalah perkembangan penting ke arah penciptaan sistem pernomboran.

Kayu Gundalan Kemudian manusia mula menggunakan simbol untuk mewakili nombor. Sebagai contoh, gambar sayap digunakan untuk mewakili dua objek. Pada kebanyakan sistem penomboran awal, manusia membentuk nombor dengan cara mengulangi simbol asas dan menambah nilai untuk mendapat nombor yang mereka kehendaki. Orang-orang Egypt, Greek dan Roman menggunakan sistem pernomboran seperti ini. Gambarajah di bawah memaparkan Sistem Pernomboran Greek..

Pernomboran Greek

MTE3101 Mengenal Nombor

Orang Hindu menggunakan sistem pernomboran yang lebih tinggi dari yang lain. Ia mengikut prinsip nilai tempat dan menggunakan sepuluh nombor. Sistem ini berkebang secara beransur-ansur ke dalam Sistem Hindu-Arab kita sekarang (juga dikenali sebagai sistem nombor perpuluhan) dan digunakan sekarang di seluruh dunia. Perkembangan pelbagai Sistem Pernomboran awal ditunjukkan di bawah. 1.3.1 Sistem Pernomboran Gundalan (The Tally Numeration System) Sistem pernomboran ini adalah yang paling mudah di antara semua sistem pernomboran. Ia terdiri daripada satu garisan tunggal ,mewakili setiap objek yang dikira. Walau bagaimanapun terdapat dua kelemahan menggunakan sistem ini iaitu (1) nombor yang besar memerlukan simbol individu yang banyak, (2) sangat sukar untuk membaca nombor yang terdiri daripada nombor yang besar. Contoh; bolehkah anda dengan cepat memberitahu apakah nombor yang diwakili oleh tanda gundalan di bawah? Tidak mudahkan ?

IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII
Sistem Gundalan di tambahbaik dengan cara pengumpulan , di mana gundalan yang kelima ditandakan dengan dan diletakkan melintang di setiap empat gundalan supaya menjadi satu kumpulan terdiri daripada lima seperti di bawah:

IIII
Mengumpul adalah cara paling mudah untuk mengenal nombor yang diwakilkan. Dengan menggunakan teknik pengumpulan, bolehkah anda sekarang beritahu apakah nombor yang di wakilkan oleh gundalan dalam contoh di atas.

1.3.2 Sistem Pernomboran Mesir ( Around 3400 BC)

Sistem hieroglifik Mesir (The Egyptian hieroglyphic system ) adalah contoh Sistem Pengumpulan Pernomboran mudah. Nombor-nombor dibentuk dengan menggabungkan simbol hieroglifik yang ditiru yang mewakili kuasa sepuluh.

MTE3101 Mengenal Nombor

Sistem pernomboran ini adalah berasaskan tanda gundalan, iaitu I 1 II 2 III 3 IIII 4 IIIII 5 IIIIII 6 IIIIIII 7 IIIIIIII 8 IIIIIIIII 9

Bagaimanapun, selepas 9, mereka memerlukan satu simbol baharu yang memerlukan pengumpulan untuk mewakili set nombor tertentu. Nilai berikutnya ialah (tulang tumit) yang mewakili 10. Angka Mesir menggunakan cara untuk merekod kuantiti adalah berdasarkan asas 10 dengan simbol satu,sepuluh dan kuasa sepuluh berturut-turut. Suatu hieroglifik khusus digunakan untuk setiap nombor yang berkuasa sepuluh. Bagaimanapun tidak ada simbol untuk sifar. Oleh itu suatu simbol tertentu dihapuskan di dalam angka bila gandaan sepuluh bukan sebahagian dari nombor tersebut. Sebahagian simbol yang digunakan di dalam angka Mesir ditunjukkan di bawah:

Sistem Mesir adalah mengikut sifat penambahan. (additive property); iaitu nilai sesuatu nombor Sebagai contoh: Apakah nombor yang diwakili oleh heiroglifik berikut?

Tepat! heiroglifik di atas mewakili nilai 21,346. Cuba tuliskan 465,123 menggunakan Sistem Pernomboran Mesir. Semoga Berjaya!

1.3.3 Sistem pernomboran Roman (Antara 500 B.C. dan A.D. 100) Sistem pernomboran Roman adalah lebih canggih berbanding dengan sistem Pernomboran Mesir. Kelebihannya berbanding Sistem Mesir termasuklah penggunaan:

MTE3101 Mengenal Nombor

Prinsip penolakan(subtractive principle) yang membolehkan nombor diwakili secara lebih ringkas dan Prinsip pendaraban (multiplicative principle) yang memudahkan untuk menulis nombor yang bernilai besar.

Jadual berikut menujukkan lapan abjad yang digunakan untuk mewakili nilai berbeza di dalam sistem Pernomboran Roman dan nilai sepadannya di dalam Sistem Pernomboran Hindu-Arab. Angka Roman I V X L C D M Jadual 1 Peraturan tertentu mesti dipatuhi bila menggunakan Sistem Pernomboran Roman, iaitu: Angka Hindu-Arab 1 5 10 50 100 500 1000

Hanya simbol I, X, C, dan M boleh diulang, tetapi tidak boleh menulis simbol lebih daripada 3 kali secara berturut-turut. Jika simbol keempat diperlukan, gunakan prinsip penolakan.

Bila menggunakan prinsip penolakan, kita hanya boleh menolak I, X, C, dan M (tidak V, L, atau D tanpa dengan 5) Kita hanya boleh menolak angka daripada 2 angka bersebelahan yang paling tinggi. (contoh. kita boleh ada IV dan IX, tetapi kita tidak boleh ada IL, IC, ID, IM) Gunakan palang di atas simbol atau beberapa simbol untuk menandakan pendaraban dengan 1000 contoh; V bermakna 5 x 1000 = 5000; IX bermakna 9 x 1000 = 9000

Gunakan palang menegak untuk menandakan pendaraban dengan 100 contoh; | V | bermakna 5 x 100 = 500 ; | L | bermakna 50 x 1000 x 100 = 5,000,000

MTE3101 Mengenal Nombor

Contoh contol lain diberi di bawah:

Jika angka Roman disenaraikan sedemikian hingga setiap angka mempunyai nilai lebih
besar dari angka di sebelah kanannya, maka nilai angka boleh didapati menggunakan sifat penambahan. Setiap angka I, X, C dan M boleh diulang sebanyak tiga kali. Angka-angka V, L, dan D tidak diulang, contoh: XVI = ? CCCVI = ? MMCCCLXII = ?

Jika angka yang disenarai sedemikian hingga setiap angka TIDAK mempunyai nilai

yang besar daripada angka disebelah kanannya, maka nilai angka tersebut didapati menggunakan sifat penambahan dan sifat penolakan. Hanya angka I, X, dan C, yang boleh ditolak daripada angka lain. Contoh: IV = ? ; IX = ? ; XL = ? ; XC = ?; CD = ?; CM = ?; CXLIV = ?; MCDLXXI = ?

Selanjutnya penolakan nilai


Sebagai contoh: XL = ? ; Jadual di atas.

dibenarkan jika nilai bagi angka di sebelah kanan berada

pada baris pertama dan kedua selepas angka sebelah kiri seperti dalam jadual 1. XC = ?

tetapi XD tidak sama dengan 490 kerana X terletak pada baris 3 daripada D di dalam

Apakah 490 menggunakan simbol Roman? 490 = ___________________ Tahniah! Anda berjaya!

Sistem Roman ialah sistem kedudukan ( positional system) kerana kedudukan suatu
nombor boleh memberi kesan pada nilai nombor yang diwakili. Sebagai contoh: XI ialah sebelas manakala IX ialah sembilan.

Bila menulis nombor besar, Sistem Pernomboran Roman juga menggunakan sifat

pendaraban. Contoh: IX = 9 x 1000 = 9000 ;

IDICCLXII = 500 x 100 + 100 + 100 + 50 +10 + 2 = 50,262


6

MTE3101 Mengenal Nombor

Cuba ini: Tulis menggunakan angka Roman:

579 4,709

___________________________

304,536 8,070 = ___________________________

1.3.4 Sistem Pernomboran Mayan. ( Antara A.D. 300 dan A.D. 900) Sistem Pernomboran Mayan berasaskan sistem 20 (vigesimal) yang menggunakan hanya tiga simbol terdiri dari sistem cengkerang, palang dan titik di dalam sistem nilai menegak.Suatu titik mewakili satu, palang mewakili lima dan cengkerang mewakili sifar. Carta di bawah menunjukkan kitaran pertama yang lengkap bagi nombor Mayan.

Angka Mayan Seperti sistem nombor sekarang, nilai tempat digunakan untuk mengembangkan sistem Mayan bagi mendapatkan nilai yang besar. Bagaimanapun, sistem ini mempunyai dua perbezaan yang signifikan berbanding sistem kita gunakan sekarang ; iaitu 1) nilai tempat disusun secara menegak. dan 2) mereka menggunakan asas 20, atau sistem vigesimal. Baca dan cari maklumat tentang nilai tempat dalam Sistem Mayan berbanding sistem kita yang menggunakan asas 10. Untuk mendapatkan semua nombor yang lain, Mayan hanya menggunakan 20 simbol daripada nombor 0 hingga 19 seperti mana kita gunakan simbol 0 hingga 9. Sistem asas 10 mempunyai nilai tempat berikut: 1s ,10s, 100s, 1000s d.l.l.

MTE3101 Mengenal Nombor

Bila ditulis sebagai eksponen ia menjadi: 1, 101, 102, 103, d.l.l. Maka, sistem asas 20 mempunyai nilai tempat seperti berikut: 1, 201, 202, 203, d.l.l. Walau bagaimanapun Mayan mempunyai satu penyimpangan daripada asas 20. Nilai tempat adalah: 1, 20, 2018, 20218, 20318 etc. Oleh kerana orang Mayan lebih berminat dalam mengira hari dan kalendar tahunan mereka mempunyai 360 hari, maka adalah lebih sesuai untuk nilai digit ketiga terkecil menjadi 2018 = 360 dan bukan 2020 = 400. Orang Mayan menyusun nombor mereka untuk menandakan nilai tempat berbeza. Prinsipal berkenaa ditunjukkan di dalam carta di bawah.

= 11(2,880,000) = 31,680,000 = 0144,000 = 0 = 147200 = 100,800 = 0360 = 0 =1720 = 340 =8

Mayan number chart from: http://en.wikipedia.org/wiki/Maya_numerals

Jumlah di bawah, 31,781,148 ialah versi ringkas untuk nilai di dalam sisitem asas 10 kita. Nombor yang ditulis dengan ringkas di dalam sistem Mayan ialah: 11.0.14.0.17.8 di mana nombor yang ditulis antara masa ialah nombor untuk nilai tempat.

Ada dua kelebihan bila menggunakan sistem ini iaitu: 1) Nombor yang besar lebih senang untuk dinyatakan dan 2) aritmetik mudah untuk diselesaikan oleh pengguna.

MTE3101 Mengenal Nombor

Proses penambahan mudah boleh dilakukan dengan hanya menggabungkan dua atau lebih set simbol ( set yang sama) seperti di bawah:

Untuk aritmetik yang lebih rumit, kita boleh meminjam bila mencapai nilai 20 dan bukan 10. Seperti yang ditunjukkan di bawah.

Kita lihat contoh di bawah: Contoh: Tulis sebagai angka Hindu-Arab.

Penyelesaian: Angka Mayan yang diberi mempunyai empat tempat. dari atas ke bawah, nilai tempatnya ialah 7200, 360, 20, dan 1. Mula dengan mewakilkan setiap angka pada setiap baris sebagai angka Hindu-Arab seperti di bawah:

Darabkan setiap angka HinduArab dengan nilai tempat yang berikutnya. Carikan jumlah hasil pendaraban ini.

MTE3101 Mengenal Nombor

Sekarang, nyatakan angka Hindu-Arab berikut menggunkan angka Mayan .

489 1813

1.3.5 Sistem Pernomboran Babylonian (Antara 3000 dan 2000 B.C.) Sistem ini menggunakan dua angka, iaitu satu dan sepuluh seperti ditunjukkan di bawah.

Gambarajah di bawah menunjukkan Sistem Babylonian iaitu sistem kedudukan asas-60 (sexagesimal) system. Perhatikan bahawa dari nombor 1 hingga 59 ,sistem ini adalah berulang, iaitu sistem ini adalah sistem penambahan ( additive system).

Angka Babylonian Walaupun sistem pernomboran Babylonian berkembang pada masa yang sama seperti sistem Mesir, namun Sistem Babylonian dalah lebih canggih dalam penggunaan nilai tempat, di mana simbol digunakan untuk mewakili nilai berbeza bergantung kepada tempat yang ditulis. Kedudukan setiap angka membrti kesan kepada nilainya.

10

MTE3101 Mengenal Nombor

Orang

Babylonian meletakkan ruang untuk membezakan nilai tempat dalam angka.

Namun begitu ,ia menyebabkan kekeliruan kerana nilai boleh di salah tafsirkan. Sebagai contoh dua nilai sepuluh dalam Babylonian yang ditulis bersebelahan boleh ditafsirkan sebagai 20, atau 610 atau mungkin 3060. Dari tahun 300 B.C. berikutnya suatu simbol berasingan terdiri dari dua segitiga kecil disusun di atas satu sama lain bertindak sebagai penentu tempat (placeholder) untuk menandakan ruang kosong bagi mengelak kekeliruan. Walaupun penetu tempat bertindak seolah-olah nombor sifar, orang Babylonian tidak menganggap sifar sebagai suatu nombor. Cuba lihat contoh di bawah. Contoh: Tuliskan sebagai angka Hindu-Arab.

Penyelesaian: Dari kiri ke kanan, nilai tempat ialah 602, 601, and 1.

(1 + 1) 60 2

= 2 60 2 + 11 60 1 + ( 22 1)

= ( 2 3600 ) + ( 11 60 ) + ( 22 1) = 7200 + 660 + 22 = 7882

) (

+ ( 10 + 1 ) 60 1 + ( 10 + 10 + 1 + 1 ) 1

Wakilkan setiap angka sebagai angka Hindu-Arab. Darabkan setiap angka Hindu-Arab dengan nilai tempat yg sepatutnya. Carikan jumlah hasildarab ini.

Cuba ini. Tuliskan 4, 571 sebagai angka Babylonian .

1.4 Sistem Pernomboran Hindu-Arab (Sekitar A.D. 800) Sistem Pernomboran Hindu-Arab yang digunakan hari ini dikembangkan sekitar tahun A.D. 800. Nama ini diperolehi atas sumbangan dari kedua dua orang Hindu dan Arab kepada

11

MTE3101 Mengenal Nombor

sistem ini. Orang Hindu memperkembangkan abjad dan menggunakan huruf untuk mewakilkan digit dalam sistem pernomboran ini. Ciri penting dalam sistem ini ialah kita boleh menulis angka bagi sebarang nombor, sama ada besar atau kecil,menggunakan hanya sepuluh simbol yang disebut digit, 0, 1, Perkataan simbol 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 Disebabkan hanya sepuluh dipanggil Sistem

digit bermaksud jari tangan atau jari kaki. yang digunakan,sistem Pernomboran

asas

Hindu-Arab

Pernomboran Perpuluhan. Satu lagi prinsip dalam sistem ini ialah Pengumpulan sepuluh-sepuluh (sistem perpuluhan) dimans sepuluh satu di ganti dengan satu sepuluh, dan sepuluh-sepuluh diganti dengan satu ratus. seratus sepuluh diganti dengan satu ribu dan seterusnya. Bilangan objek yang dikumpulkan sedemikian dipanggil asas bagi sistem itu. Oleh itu, sisitem Hindu-Arab ialah sistem asas sepuluh. Angka Hindu-Arab boleh ditulis dalam bentuk cerakin ( expanded form), di mana nilai bagi setiap digit dalam setiap kedudukan adalah jelas. Sebagai contoh, kita menulis 663 dalam bentuk cerakin sebagai: 663 = (6 x 100) + (6 x 10) + (3 x 1) = (6 x 102) + (6 x 101) + (3 x 1) Sistem Pernomboran Hindu-Arab ialah sistem nilai kedudukan atau sistem nilai tempat. Nilai kedudukan dalam sistem ini berasaskan kuasa 10, seperti ditunjukkan di bawah: , 105, 104, 103, 102, 101, 10

Untuk memahami dan menghargai mengapa sistem Hindu-Arab lebih superior berbanding yang lain dan digunakan di seluruh dunia, baca lebih mengenai sumbangan berikut kepada sistem ini: Digits Pengumpulan sepuluh-sepuluh Nilai tempat Penambahan dan pendaraban.

12

MTE3101 Mengenal Nombor

Contoh 1: Tuliskan 3407 dalam bentuk cerakin. Penyelesaian: 3407 = (3 x 103) + (4 x 102) + (0 x 101) + (7 x 1) , atau = (3 x 1000) + (4 x 100) + (0 x 10) + (7 x 1) Contoh 2: Nyatakan bentuk cerakin berikut sebagai angka Hindu-Arab.l: (7 x 103) + (5 x 101) + (4 x 1). Penyelesaian: (7 x 103) + (5 x 101) + (4 x 1) = (7 x 103) + (0 x 102) + (5 x 101) + (4 x 1) = 7054 Cuba ini. Tuliskan setiap berikut dalam bentu cerakin. 728,407 60,006,060

Untuk membandingkan perkembangan sistem pernomboran awal, anda perlu mencari maklumat tentang sistem pernomboran lain. Baca dengan lebih lanjut dan teroka dalam sesawang untuk mendapat lebih maklumat tentang ini. Selamat Membaca! Selamat Meneroka!

1.5 Sistem pernomboran Lain. Pengumpulan sepuluh-sepuluh adalah ciri penting dalam sistem pernomboran Hindu-Arab dan kita panggil sistem ini sistem asas sepuluh. Asas bagi sitem penomboran mewakili bilangan simbol yang digunakan dalam pengumpulan. Semua nombor ditulis dalam bentuk kuasa mengikut asasnya.

13

MTE3101 Mengenal Nombor

1.5.1

Bilangan simbol dan kumpulan dalam pelbagai asas

Bilangan simbol yang digunakan dalam asas tertentu bergantung kepada cara asas itu dikumpulkan. Selain pengumpulan sepuluh-sepuluh, kita ada pengumpulan dud-dua, limalima,dua belas-dua belas atau nombor lain. Untuk asas lebih daripada sepuluh, simbol lain boleh diperkenalkan. Pengumpulan sebelas-sebelas, atau dua belas-dua belas, simbol lain seperti huruf T, E dan U mungkin digunakan untuk mewakili nilai sepuluh, sebelas dan dua belas. Jadual di bawah menunjukkan beberapa contoh pengumpulan asas lain. Asas dua Simbol 0,1 Cara Pengumpulan Notasi 1011dua atau 10112 tiga 0, 1, 2 102tiga atau1023

empat

0, 1, 2, 3

23empat atau 234

sepuluh

0, 1, 2, 3, 4, 5, 11sepuluh atau 1110 10sebelas atau 1011 6, 7, 8, 9 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, T 0,1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, T, E 0,1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, T, E, U Pengumpulan asas lain Utigabelas atau U13 Eduabelas atau E12

sebelas

dua belas

tiga belas

14

MTE3101 Mengenal Nombor

Pengumpulan dud-dua,lapan-lapan dan enam belas-enam belas memberi kita gambaran tentang sistem pernomboran yang di gunakan dalam komputer.
Binary Hexadecimal Decimal Binary-Quartet/Hexadecimal Conversion 0000 0001 0010 0011 0100 0101 0110 0111 1000 1001 1010 1011 1100 1101 1110 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 A B C D E 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 1111 F 15

Hubungan antara asas 2, 8 dan 16 Untuk merumuskan sistem pernomboran dengan asas selain daripada sepuluh, kita perlu mempelajari lebih tentang nombor dan jenis simbol yang digunakan selain mengetahui cara menukar daripada satu asas (katakan asas b) ke asas 10 dan sebaliknya. 1.5.2 Menukar asas b kepada asas 10 dan sebaliknya. Untuk menukar asas b kepada asas sepuluh, kita perlu menulis angka dalam bentuk cerakin. Nombor yang dihasilkan ialah dalam asas sepuluh. Lihat contoh di bawah. Contoh : Tukarkan 1011 dua kepada asas sepuluh. Penyelesaian: 1011 dua = (1 x 23 )+ (0 x 22 )+ (1 x 21 ) + (1 x 20 ) = 8 + 0 + 2 + 1 + 0 = 11 Sekarang cuba buat sendiri. Tukarkan kepada asas sepuluh.

111001 2 1234 5 30762 8 5429 7 65234 9

15

MTE3101 Mengenal Nombor

Menukar asas 10 kepada asas b : Untuk menukar asas 10 kepada sebarang asas, kita perlu lihat pada suatu pola, sebagai contoh: Untuk menukar asas 10 kepada asas 2, kumpulkan dua-dua. Untuk menukar asas 10 kepada asas 3, kumpulkan tiga-tiga. Untuk menukar asas 10 kepada asas 4, kumpulkan empat-empat. Untuk menukar asas 10 kepada asas 5, kumpulkan lima-lima.

Pengumpulan bagi pola di atas dirumuskan dalam jadual di bawah. Asas 2 3 4 5 8 12 Nilai Tempat 24 = 16 23 = 8 34 = 81 33 = 27 44 = 256 43 = 64 4 5 = 625 53 = 125 4 8 =4,096 83 = 512 124 = 20,736 123 = 1,728 Carta Nilai tempat

25 = 32 35 = 243 45 = 1,024 55 = 3,125 85 = 32,768 125 =248,832

22 = 4 32 = 9 42 = 16 52 = 25 82 = 64 122 = 144

21 = 2 31 = 3 41 = 4 51 = 5 81 = 6 121 = 12

20 = 1 30 = 1 40 = 1 50 = 1 80 = 1 120 = 1

Proses pengumpulan di atas boleh diterjemahkan menggunakan pembahagian mudah. Berikut adalah contoh untuk menjelaskan proses ini. Contoh: Tukarkan 53 kepada asas 2 Gunakan proses berikut untuk menukar nombor perpuluhan kepada bentuk binari. Bahagikan nombor perpuluhan dengan 2 dan ambil bakinya.Ulang proses ini sehingga mendapat hasil 0.

Nombor binari dibentuk dengan mengambil baki dari bawah ke atas. 5310 => 53 2 = 26 baki 1 26 2 = 13 baki 0 13 2 = 6 baki 1 62= 32= 12= 3 baki 0 1 baki 1 0 baki 1 Baca dari bawah ke atas.

Baca dari bawah ke atas ,kita akan dapat 110101 2 .

16

MTE3101 Mengenal Nombor

Sekarang, cuba sendiri . Selamat Mencuba!

Tukarkan 678 kepada asas 2 Tukarkan 2345 kepada asas 5

Perkara perlu di buat:

Sub-topik 1.3 dan 1.4

1. Cari maklumat tambahan mengenai tajuk di atas dari sumber berlainan. Anda di
galakkan untuk meneroka sesawang Numeration Systems. 2. Tuliskan nota ringkas.

Sub-topik 1.5

1. Rujuk pada Resource Materials dan baca Smith, K. J. (2001). The Nature of
Mathematics. Pacific Grove CA: Brooks and Cole : muka surat. 129 -140

2. Buat latihan tentang cara menukar asas b kepada asas 10 dan sebaliknya. Anda
boleh pilih soalan yang relevan dari muka surat. 78 79 dan muka surat.139 140 .

Peringatan : Simpan nota dan bahan yang dicetak termasuk penyelesaiannya di dalam portfolia masing-masing. 17

MTE3101 Mengenal Nombor

Rujukan

Musser, G. L., et al.(2006). Mathematics for Elementary Teachers. 7th ed. USA: John Wiley Smith, K.J. (2001). The Nature of Mathematics. 9th ed. Pacific Grove CA: Brooks /Cole Thomson Learning

Sesawang yang berguna.

1. The Development of Ancient Numeration Systems: http://mtl.math.uiuc.edu/projects/2/Wood/frame.htm 2. Mayan Numeration: http://www.hanksville.org/yucatan/mayamath.html http://72.40.235.132/search? q=cache:uuG7HTn90kJ:lacosta.cs.txstate.edu/Mmathlessons/Year3Fall/MayanNu mberingsystem. 3. Number bases: http://www.macdonald.egate.net/CompSci/Pascal/hnumeration.html

18

Anda mungkin juga menyukai