Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Teknologi komunikasi seperti internet dan SMS sememangnya merupakan alat yang sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Ia bukan sahaja berkuasa untuk membangunkan sesebuah masyarakat tetapi juga memajukan lagi negara. Tanpa teknologi komunikasi, sudah pastinya masyarakat di sesebuah negara akan ketinggalan dan mundur. Apabila memperkatakan tentang teknologi komunikasi, kita tidak memisahkannya dengan sistem-sistem yang wujud dalam masyarakat seperti politik dan ekonomi kerana ia saling berkaitan. Teknologi komunikasi atau secara spesifiknya internet dilihat mempunyai peranan yang sangat penting dalam sistem-sistem masyarakat. Namun persoalanya adakah benar sistem teknologi komunikasi ini dapat menjadi pemangkin kepada kesedaran politik masyarakat sivil. DEFINISI

Malaysia telah merdeka lebih dari 50 tahun. Ia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Walaupun Perlembagaan Malaysia membenarkan kebebasan bersuara, tapi dari segi perlaksanaannya, banyak sekatan-sekatan yang dikenakan oleh kerajaan Malaysia secara tidak langsung dari segi undang-undang. Ini dapat dibuktikan dengan kewujudan Akta Rahasia 1972, Akta Penerbitan dan Media Cetak, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Penyiaran 1988 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Semua akta-akta ini digubal kerajaan bertujuan menyekat pergerakan atau kebebasan media massa di Malaysia walaupun diselindungi dengan kenyataan-kenyataan yang sekatan-sekatan ini dilakukan untuk keselamatan dan ketenteraman negara. Selain dari itu semua media aliran perdana negara dimiliki sama ada oleh kerajaan atau pun partiparti politik yang menganggotai kerajaan. Radio dan Televisyen Malaysia adalah milik sepenuhnya kerajaan. TV3, TV7, TV8 dan TV9 adalah milik syarikat kepunyaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO, anggota utama parti yang memerintah. Begitu juga dengan akhbar-akhbar. Utusan Malaysia, Berita Harian dan The New Straits Times adalah milik syarikat-syarikat UMNO sementara The Star adalah milik Persatuan Cina Malaysia atau MCA. Sekatan yang dikenakan oleh pemilik-pemilik ini telah menyebabkan media di Malaysia tidak dilihat berperanan secara bebas dan adil. Maka tidak hairan jika Malaysia berada di kedudukan antara paling teruk yakni di tangga 132 daripada 173 negara dari segi Indeks Kebebasan Akhbar tahun 2008. Rating atau kedudukan ini diberikan oleh pertubuhan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) yang berpangkalan di Paris, Perancis. RSF telah mamantau kebebasan akhbar di seluruh dunia sejak 1985.# Akibat sekatan-sekatan ini maka ramai sarjana politik mengklasifikasikan sistem politik Malaysia sebagai antara demokrasi dan autoritarian. Namun pada tahun 1990an berlaku perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di Malaysia. Perkembangan ini secara kebetulan mendapat sokongan kerajaan yang ingin memajukan perkhidmatan kerajaan dengan memperkenalkan ekerajaan dan juga pembangunan Multimedia Super Corridor. Masyarakat mula didedahkan kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Teknologi maklumat telah memperkenalkan masyarakat kepada internet dan penggunaan telefon bimbit. Penggunaan internet dan telefon mudah alih di kalangan orang ramai meningkat dengan cepatnya. Kemajuan teknologi maklumat telah banyak memberi sumbangan

kepada pembangunan demokrasi di banyak negara, termasuk Malaysia kerana elimenelimen yang dimilikinya seperti berikut;
1. Elemen pertama iaitu kebolehan interaktif dan keupayaan volume adalah satu potensi internet yang membenarkan penglibatan aktif pengguna di dalam media. Dalam konteks hubungan dengan proses demokrasi, internet memberikan pengguna peluang untuk memberikan atau berkongsi idea dan pandangan tentang sesuatu isu yang berlaku. Selain itu juga, pengguna boleh meluahkan ketidakpuashatian atau mengkritik sesuatu perkara yang tidak dipersetujui. Di dalam internet, terdapat pelbagai laman web yang membenarkan pengguna untuk menghantar pandangan tentang pelbagai isu termasuklah politik. Antara lawan web tersebut ialah Malaysiakini.com, bincang.net, amnet dan sebagainya. Pengguna juga boleh bersembang secara bebas dengan penggunapengguna lain. Ini boleh dilakukan di dalam forum mahupun chatting. Contohnya; di dalam weblog bincang.net terdapat forum perbincangan yang membolehkan pengguna untuk terlibat dalam perbincangan politik dengan pengguna-pengguna lain tentang apa-apa sahaja isu semasa. Sebagai contoh, dalam perbicaraan kes berprofil tinggi Altantuya, media tradisonal dilihat gagal untuk menyelongkar dan mendedahkan cerita sebenar di sebalik apa yang berlaku. Seolah-olah ada sesuatu yang cuba disembunyikan oleh media tradisional dalam pemaparan laporan kes tersebut. Jadi, ketika inilah internet memainkan peranan yang demokratik dengan membenarkan rakyat untuk berdebat tentang isu tersebut secara terbuka. Menerusi internet, pengguna dengan bebas boleh memberikan pandangan tentang isu tersebut termasuklah memdedahkan perkara yang disembunyikan sehingga akhirnya kita mendapat gambaran yang jelas tentang apa sebenarnya yang berlaku. Penglibatan yang interaktif ini adalah didasarkan keluasan ruang di dalam internet. Terdapat pelbagai medium di dalam internet yang membolehkan masyarakat menggunakan kemudahan internet secara maksimum dalam proses demokrasi. Contohnya; internet membolehkan kita mencipta weblog peribadi, terlibat dalam forum, video conferencing, kemudahan Internet Relay Chat, newsgroup, email dan lain-lain lagi. Melalui medium-medium tersebut, ia membuka jalan kepada masyarakat untuk terlibat secara aktif dalam perbincangan politik. 2. Seterusnya, internet berperanan dalam proses demokrasi kerana ia berfungsi kepada masyarakat untuk mengakses pelbagai informasi dan data tanpa sekatan. Menerusi internet, kita dapat mengetahui pelbagai maklumat yang pelbagai tidak seperti media tradisional yang terhad kepada maklumat-maklumat tertentu sahaja. Menerusi internet, kita boleh mendapatkan apa saja maklumat yang kita ingini tanpa sekatan dari sesiapa. Dari isu politik, pendidikan, ekonomi, sosial sehinggalah isu budaya. Semuanya boleh didapati di internet. Dalam konteks memupuk proses demokrasi, internet menawarkan pelbagai informasi tentang politik luar negara umumnya dan di dalam negara khasnya. Dari informasi yang telah lama berlalu sehinggalah baru berlaku semalam. Kadang kala kita terlepas pandang isu-isu politik yang dipaparkan di dalam media tradisional contohnya di akhbar dan televisyen. Jadi, dalam keadaan ini kita menggunakan internet untuk mencari isu-isu tersebut. Begitu juga, terdapat isu-isu yang berlaku tetapi tidak dipaparkan di dalam media tradisional. Dalam situasi ini juga, kita boleh menggunakan internet untuk mengakses isu-isu tersebut. Dalam situasi yang lain, kita ingin mengikuti perkembangan sesuatu isu dan pastinya internet membenarkan kita untuk berbuat sedemikian. Contohnya; kita ingin mengetahui perkembangan terkini pilihanraya umum. Siapakah calon-calon,

strategi yang diambil oleh calon, propaganda dan sebagainya. Menerusi internet, kita akan dapat semua maklumat tersebut. Internet juga bukan sahaja membenarkan kita mengakses informasi dalam negara tetapi juga negara-negara lain. Mendokong konsep dunia tanpa sempadan yang menghubungkan jutaan manusia di seluruh dunia dalam rangkaian elektronik global, internet menyalurkan pelbagai maklumat dan berita dalam pelbagai lapangan. Pengguna boleh mendapatkan maklumat tentang situasi politik yang berlaku di Amerika Syarikat dan England sebagai contoh. Begitu juga, pengguna boleh mengakses informasi tentang konflik dan pergolakan yang berlaku di negara-negara yang diancam peperangan seperti Palestin, Iraq, Pakistan dan lain-lain. Selain itu, menerusi e-kerajaan iaitu portal elektronik kerajaan ia membenarkan kita untuk mengakses pelbagai maklumat berkaitan kerajaan antaranya melibatkan maklumat ekonomi, pendidikan, hal ehwal pengguna dan politik pastinya. 3. Selain itu, internet adalah medium yang paling berpotensi dalam memupuk proses demokrasi kerana elemen kepantasan yang dimiliki. Sebagaimana yang diketahui, internet adalah jaringan komunikasi maya yang menyalurkan pelbagai maklumat dengan pantas. Adalah bukan sesuatu yang pelik apabila internet sentiasa mendahului media tradisional dalam memaparkan sesuatu isu. Contoh yang berlaku adalah apabila Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan rasminya membubarkan parlimen baru-baru ini yang menandakan demam pilihanraya bermula. Internet tidak memerlukan masa yang lama untuk menyebarkan berita tersebut kepada masyarakat. Berlainan dengan media tradisional yang perlu menunggu pada malamnya atau keesokannya untuk mengumumkan berita tersebut. Begitu juga, pelbagai maklumat yang diperlukan boleh diperolehi secara pantas secara online. Kita tidak perlu lagi bersusah payah mengambil masa yang lama ke perpustakaan atau ke jabatan-jabatan untuk mencari secara manual maklumat tersebut. Cara yang pantas pastinya melalui internet. 4. Elemen terakhir iaitu ketepatan melengkapkan potensi media baru sebagai medium yang paling efektif dalam menggalakkan proses demokrasi. Kebanyakan laporan atau berita yang dipaparkan di media tradisional tidak menjelaskan keadaan yang sebenarnya kerana sebagaimana yang diketahui media tradisional dimiliki oleh golongan pemerintah sesebuah negara contohnya apa yang berlaku di Malaysia sendiri. Penguasaan kerajaan ke atas media massa menyekat kebebasan media untuk melaporkan berita yang tepat kerana terhalang oleh pelbagai undang-undang dan peraturan yang menjaga kepentingan pihak kerajaan. Sebaliknya, internet yang bebas dari penguasaan sesiapa dimanfaatkan untuk menyebarkan maklumat yang tepat tentang isu yang berlaku. Dalam konteks politik, pemaparan maklumat yang tepat ini adalah tanpa bias kepada mana-mana parti politik. Sesuatu isu yang dipaparkan bersih dari segala elemen distortion dan rekaan kerana ia dilakukan oleh pengguna yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan. Contohnya; persidangan parlimen yang membincangkan pelbagai isu yang berbangkit dimana perdebatan melibatkan pihak wakil rakyat kerajaan dan pembangkang. Jadi, dalam memaparkan topik perdebatan tersebut, media tradisional pastinya memberikan laporan yang menyebelahi pihak kerajaan kerana media dikawal oleh kerajaan dan secara tersirat memburukkan pihak pembangkang walaupun adakalanya dalam sesuatu isu tampak jelas adalah salah kerajaan namun diubah jalan cerita demi menjaga kepentingan pihak kerajaan. Di sinilah internet akan memainkan peranannya dalam proses demokrasi apabila memaparkan isu perdebatan tersebut secara tepat dan tanpa berkompromi dengan mana-mana pihak. Sepertimana yang dilaksanakan oleh Malaysiakini.com yang memaparkan isu-isu

politik dari perspektif yang lebih adil, telus dan tepat tanpa berpihak kepada manamana parti politik. PENUTUP
Kesimpulannya, teknologi komunikasi terutamanya internet sememangnya memberikan peluang yang meluas kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam perbincangan dan perdebatan tentang hal ehwal politik. Ini boleh diandaikan bahawa internet berfungsi sebagai sfera awam yang memberikan peluang kepada rakyat untuk mengeluarkan pendapat tentang politik. Namun begitu, perbincangan politik menerusi boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat dan negara jika tidak digunakan dengan sebaiknya oleh masyarakat.