Anda di halaman 1dari 11

Mirip Karangan Sebenar PMR 2009

Rabu, Oktober 07, 2009 BAHASA MELAYU PMR 2009

Karangan Respons Terbuka ( Soalan 1 ) Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita mempunyai ramai rakan. ( Karangan contoh - dipetik dari blog Cikgu Ghalib ) Strategi: T=Memiliki banyak kawan K=Faedah F= Umum Isi: 1. mendapat pelbagai maklumat 2. meningkatkan hubungan silaturahim 3. meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar 4. dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah (AR) Pepatah Melayu menyatakan, berkasih biar satu, berkawan biar seribu. (AR) Hal ini jelas menunjukkan bahawa kita digalakkan berkawan dengan seberapa banyak yang mungkin. (AR) Apabila kita mempunyai banyak kawan, hidup kita tidaklah menjadi seperti katak di bawah tempurung atau sebatang kara. (AR) Orang yang tidak mempunyai banyak kawan atau tidak suka berkawan, mereka akan dikatakan sebagai kera sumbang. (AA) Sebenarnya, banyak faedah yang akan kita peroleh jika kita mempunyai banyak kawan kerana jauhari sahaja yang mengenal manikam. (AJ) Satu daripada faedahnya ialah kita akan mendapat pelbagai maklumat. (AH) Jika kita akan menghadapi peperiksaan, kita boleh bertukar-tukar maklumat tentang mata pelajaran yang kita pelajari. (AC) Sebagai contohnya, kita boleh bertukar-tukar kertas soalan peperiksaan percubaan atau soalan peperiksaan ujian bulanan melalui e-mel. (AP) Melalui cara ini, maklumat yang akan kita peroleh bertambah lebih-lebih lagi dalam era ini pelbagai maklumat terletak di hujung jari. Selain itu, (AJ) kawan yang banyak akan meningkatkan hubungan silaturahim. (AH) Apabila kita berkawan dengan banyak orang, hubungan kita dalam masyarakat sangat baik dan mesra. (AC) Sebagai contohnya, kita hendaklah berkawan dengan semua pelajar, guru, kakitangan sekolah, dan sebagainya. (AP) Apabila kita berkawan, kita akan dapat meningkatkan hubungan silaturahim selain kita dapat mengetahui pelbagai ragam manusia kerana banyak udang banyak garam banyak orang banyak ragamnya. Seterusnya, (AJ) kita akan dapat meningkatkan perpaduan dalam kalangan pelajar. (AH) Di sekolah, terdapat pelbagai kaum. (AH) Jika kita berkawan dengan pelajar daripada kaum lain, kita akan dapat mengenali mereka dengan lebih dekat. (AC) Sebagai contohnya, kita berpeluang untuk meraikan perayaan Deepavali, Tahun Baharu China, Krismas, dan sebagainya dengan mereka. (AP) Melalui cara ini, kita akan dapat meningkatkan hubungan yang baik sesama mereka selain kita dapat meningkatkan perpaduan di negara kita kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Bukan itu sahaja, (AJ) kawan akan dapat membantu kita sewaktu kita mengalami masalah. (AH) Kawan kita kemungkinan mempunyai kepandaian dalam mata pelajaran yang tidak kita kuasai. (AH) Oleh itu, kawan boleh membantu kita untuk menangani masalah tersebut. (AC) Sebagai contohnya, jika kita lemah dalam mata pelaaran Matematik, kita bolehlah meminta pertolongan daripada kawan kita yang bijak dalam Matematik. (AH) Pepatah Melayu mengatakan,kemenyan sebesar lutut jikalau tidak dibakar manakan berbau.. (AP) Oleh itu, kita hendaklah mencari kawan yang boleh membantu atau menolong kita, dan bukannya yang membawa kita ke lembah kehinaan. Kesimpulannya, (A Ksmpln) kita hendaklah sentiasa berusaha untuk berkawan dengan sesiapa sahaja di sekolah atau di luar sekolah. (A Cdgn) Namun demikian, kita hendaklah berhati-hati, iaitu ingat sebelum kena, jimat sebelum habis kerana kawan yang baik akan membawa kita ke syurga, manakala kawan yang jahat akan membawa kita ke neraka. (A Cdgn) Oleh hal yang demikian, pandai-padailah kita untuk membuat pilihan antara intan dengan kaca. (A Pnln) Jika kita bijak memilih kawan, masa depan kita akan lebih bersinar dan bercahaya

Masalah Pengangkutan Awam Di Negara Kita


Pengangkutan awam merupakan salah satu pengangkutan yang amat penting di negara kita. Namun begitu, masih banyak kelemahan yang kerap menjadi sungutan orang ramai. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini. . . ..........Dalam sistem perhubungan, pengangkutan awam menjadi pilihan orang ramai untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Sistem pengangkutan ini turut menjadi pilihan golongan marhaen khususnya bagi mereka daripada golongan masyarakat pertengahan dan yang kurang berkemampuan. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita adalah seperti pengangkutan bas awam, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT), monorel dan sebagainya. Memang sudah banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan sekian lama. . ..........Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah kos atau tambangnya yang agak mahal. Kadar tambang terutamanya bagi penumpang teksi dan LRT adalah dianggap mahal terutamanya bagi mereka yang berpendapatan rendah serta menghalang mereka daripada menggunakan sistem pengangkutan itu dengan lebih kerap. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Kebanyakan daripada mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya apabila terdesak atau hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan pengangkutan awam tersebut. . ...........Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan dengan amalan pengurusannya yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutamanya bas awam tidak boleh diharap dari segi ketepatan waktu operasinya. Kelewatan bas kerap berlaku dan tidak mengikut jadual perjalanan yang ditetapkan. Hal ini menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah kelewatan sampai ke tempat kerja menjadi isu utama akibat kegagalan pihak pengurusan mengatasi masalah tersebut. Masalah penjagaan bas awam, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori yang mengecewakan kerana penyelenggaraannya yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja kecewa melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadual perjalanan malah pada masa yang sama kegagalan untuk menjaga kualiti perkhidmatan pengangkutan awam turut dirasai. . ..........Kita juga sering terdengar rungutan orang awam yang mengatakan bahawa tumpuan perkhidmatan awam di negara kita tidak menyeluruh. Kemudahan stesen LRT umpamanya hanya terletak di kawasan tertentu yang kadang-kala menyukarkan orang ramai tiba ke pejabat. Hal ini bertambah rumit kerana masalah kekurangan pengangkutan tambahan atau fider bus di kawasan itu. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya di antara stesen monorel dengan stesen LRT atau di antara stesen bas dengan tesen monorel. Hal ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus diadakan oleh kerajaan sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. ..

..........Malah, pengangkutan awam turut turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara kerana seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit. Ada di antara mereka yang masih mengamalkan sikap ingin menjadi sang juara di jalan raya. Hal ini bukan sahaja membahayakan penumpang kenderaan tersebut malah pada masa yang sama turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Justeru, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan serta masyarakat awam yang lain. . ..........Banyak juga aduan yang sering kita baca di dada-dada akhbar mengenai rungutan orang awam tentang kekurangan tempat letak kereta di stesen LRT dan komuter. Hal ini berlaku kerana kurangnya perancangan yang teliti sebelum projek tersebut dilaksanakan. Kelemahan ini bukan sahaja menyukarkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka malah menghalang orang ramai untuk menaiki kemudahan awam tersebut. Di beberapa buah stesen komuter dan LRT di ibu kota Kuala Lumpur umpamanya, kekurangan tempat untuk meletakkan kenderaan menyebabkan orang ramai meletakkan kenderaan mereka sesuka hati atau di tepi-tepi jalan. Hal ini bukan sahaja menyebabkan berlakunya kesesakan malah kadang-kala boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Lebih malang pula, ada sebahagian kenderaan tersebut turut di saman oleh pihak polis biarpun masalah ini timbul akibat kelemahan pengurusan terbabit. Jelasnya, rungutan pengguna pengangkutan awam tersebut perlu ditangani dengan baik agar pengangkutan awam di negara kita tidak menjadi indah khabar dari rupa. . ..........Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam di negara kita amat perlu diambil berat oleh pihak yang terbabit. Sekiranya perkara tersebut masih terus didiamkan tanpa sebarang tindakan, kita bimbang hasrat kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai salah satu pengangkutan utama di negara kita akan terkubur. Kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menangani masalah ini amat ditagih dan pihak berwajib tidak harus bertindak hanya apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini dan bukan bersikap sudah terhantuk baru terngadah. .

Bagaimana Menjadi Pengguna Bijak


BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGGUNA YANG BESTARI DEMI MENGATASI MASALAH EKONOMI NEGARA.

............Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan untuk melaksanakan suatu aliran Pengguna Perkasa. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri, keadaan-keadaan seperti ini telah semakin berkurangan. Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang akan menanggung rugi.

............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan memberi kesedaran kepada mereka tentang kuasa pengguna. Kesedaran dan keprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Contohnya apabila kita membeli tepung sekampit yang ditulis berat bersihnya 1 kilogram, adalah wajar bagi kita menimbang semula kampit tepung berkenaan dan memastikan bahawa berat bersih produk berkenaan adalah benar-benar 1 kilogram. Sebagai pengguna prihatin, kita juga perlu mengambil tahu dengan lebih teliti tentang barangan yang kita beli. Apakah ramuannya? Adakah bahan pewarna yang digunakan menepati syarat-syarat kesihatan pengguna seperti yang telah di tetapkan oleh kerajaan? Adakah produk berkenaan mengandungi MSG? Adakah produk itu benar-benar berstatus halal? Adakah harga jualannya menepati harga yang telah ditetapkan oleh kerajaan? Ketika membeli belah, berapa ramaikah yang akan membelek-belek dan membaca setiap satu pek atau tin barangan yang hendak dibeli dan membuat perbandingan harga setiap produk yang dibeli? Isu-isu sebeginilah yang perlu menjadi perhatian para pengguna hari ini. ............Fenomena kenaikan harga barangan keperluan ini bukanlah suatu masalah yang cuma berlaku di Malaysia sahaja, malahan telah menjadi suatu permasalahan global hari ini. Pada Oktober 2007, rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang pasta apabila harga makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan ini pengeluar Pasta terpaksa akur kepada sentimen kuasa pengguna Itali, dan menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada kenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain. Contohnya di Mexico, apabila permintaan meningkat untuk minyak bio-diesel yang dipanggil Ethanol yang dihasilkan daripada jagung, maka harga jagung di pasaran terus melambung dan ini menyebabkan timbulnya masalah bekalan jagung kepada penternak lembu tenusu yang juga memerlukan jagung sebagai makanan utama untuk haiwan ternakan mereka. Ekoran ini harga susu, keju, dan mentega pula turut naik di pasaran Mexico. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Pertubuhan Pertanian dan Pemakanan Sedunia yang beribu pejabat di Brussels, harga pasaran makanan sedunia pada hari ini naik sebanyak 70 peratus berbanding dengan harga pada tahun 2000. Jadi sebagai pengguna yang bijak, mereka perlu bertindak dengan menggunakan "kuasa pembeli" mereka. ............Hakikatnya pada hari ini, dengan meningkatnya taraf hidup bagi penduduk-penduduk di negara-negara membangun dunia yang besar seperti China dan India, maka permintaan dunia untuk barangan seperti gandum, beras, minyak masak dan bahan-bahan keperluan asas kehidupan yang lain akan terus juga meningkat. Faktor lonjakan harga minyak dunia juga bererti bahawa kos dalam proses pembuatan serta penghantaran akan terus meningkat dan ini akan menyumbang pada peningkatan harga barangan di pasaran. Faktor cuaca juga memainkan peranan yang penting bagi sektor penanaman sedunia. Permintaan bahan mentah seperti jagung, gandum dan lain-lain lagi untuk diproseskan menjadi bio-fuel atau ethanol adalah juga merupakan faktor penyumbang kepada kestabilan harga barangan pasaran. ............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu, pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada masa depan. Kita sebagai pengguna yang bijak adalah agen pemerhati harga barangan di pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan harga-harga pasaran. Selain itu, akta undang-undang perlindungan pengguna yang membawa kepada hukuman yang lebih drastik mestilah terus digubal demi untuk perlindungan jangka panjang kepada pengguna.

............Kementerian yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menjaga hal ehwal pengguna ialah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Pelbagai langkah proaktif telah diambil oleh kementerian terbabit demi memastikan kebajikan pengguna benar-benar terjamin. Antara langkah-langkah berikut adalah dengan menubuhkan Stok Penimbal Kebangsaan serta Penubuhan Majlis Harga Negara. Kerajaan juga turut mengenakan larangan membawa keluar barangan kawalan dari Malaysia serta memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pengguna tentang hak-hak mereka melalui penggubalan rang undangundang Akta Perlindungan Pengguna 1999 dan penubuhan Mahkamah Tribunal Pengguna.Pada masa yang sama, kerajaan juga menggerakkan sektor pertanian negara secara aggresif sebagai langkah membangunkan Sarawak sebagai Negeri Jelapang Padi Kedua Negara. ............Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran. Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita, langsung menjalankan tanggungjawab sosial kita dan juga memartabatkan diri kita sebagai Pengguna Bestari.

Fokus Karangan SPM 2010 (5)


PEMBANGUNAN MODAL INSAN: PERANAN IBU BAPA DALAM MEREALISASIKAN IMPIAN NEGARA
Remaja dan Masalah Sosial Saya terjebak dengan aktiviti lumba haram s ejak dua tahun lalu letika masih bersekolah rendah.Pada mulanya saya sekadar menonton rakan lain)berlumba) kerana tidak mampu membeli motsikal. Bagaimanapun, akibat perasaan yang terlalu bergelora menjadi pelumba haram,saya nekad mencuri motosikal.Ketika itu saya tahun enam.Ia menjadi titik mula kerjaya saya sebagai pelumba jalanan. Sebagai anak bongsu daripada enam beradik, mungkin saya tidak mendapat perhatian sewajarnya.malah, perlakuan saya tidak pernah mendapat perhatian keluarga
Itulah sebahagian petikan pengakuan remaja bermasalah daripada 55 pelajar tingkatan dua yang mengikuti Kem Smart remaja Siri Kelapan Remaja ini digelar oleh penulis artikel Ramai Tersesat sebagai setan cilik kerana dalam usia semuda 14 tahun, mereka bukan sahaja bergerak cergas di dalam aktiviti seksual tetapi juga jenayah, dengan sebahagian besar mengaku aktif menjalankan kerja pecah rumah, mencuri, peras -ugut, buli dan gangsterisme (Metro ,Ahad,15 April 2007). Pastinya. permasalahan sosial pada hari ini cukup membimbangkan kita. Gejala sosial dan keruntuhan moral yang melibatkan remaja dan pelajar sekolah sangat mencemaskan hati kita. Pasti kita tergamam apabila membaca pengakuan remaja tersebut. Terbaru ,kita dikejutkan lagi dengan gejala keruntuhan akhlak remaja.Di muka depan akhbar Harian Metro .(Sabtu, 21 April 2007) terpampang berita tentang segelintir remaja anak orang kaya yang dikesan menganjurkan parti liar atau lebih dikenali One Nite Stand Party setiap bulan bagi menikmati seks bebas, minum arak serta mengambil dadah seperti ganja dan Ecstasy.

Inikah ciri-ciri modal insan yang ingin kita hasilkan? Insan yang mempunyai akhlak yang buruk, yang tidak mengenal Tuhannya, yang hanyut dalam dunia ciptaannya sendiri.? Adakah

insan yang tidak tahu hala tuju dan hanya mengejar keseronokan serta menghabiskan wang ringgit semata-mata untuk berhibur dan melepaskan nafsu syahwat semata-mata? Apakah yang akan jadi kepada masa depan negara seandainya dipimpin oleh modal insan yang sedemikian rupa?
Mahukah kita menjadi maju dalam ekonomi seperti Amerika Syarikat tetapi mempunyai masalah sosal dan jenayahnya yang juga tinggi dan sukar dibendung?. Tentunya hanya satu perkataan sahaja yang menjadi jawapan bagi semua soalan tadi iaitu TIDAK!

Sesungguhnya kita sedar tidak mungkin kita akan membenarkan negara dimusnahkan oleh mereka yang umpama sampah masyarakat yang sepatutnya dikitar semula supaya bermanfaat kepada negara.Kerajaan tidak mampu untuk memejam mata sahaja. Kerajaan terpaksa melihat sampah yang hanya akan mendatangkan bau yang kurang menyenangkan dan mengundang lalat dan nyamuk serta segala macam haiwan pembawa penyakit sosial". Kerajaan terpaksa mengambil pelbagai langkah untuk mengatasi masalah timbunan sampah masyarakat ini .Kerajaan terpaksa juga membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk mengitar semula sampah masyarakat ini. Pelbagai usaha yang diambil oleh kerajaan seperti pembinaan pusat-pusat serenti bagi memulihkan penagih-penangih dadah, kempen-kempen kesedaran dan sebaginya supaya masa depan negara dapat diselamatkan daripada diterajui oleh generasi yang rapuh, yang runtuh akhlaknya dan tidak berguna dan mungkin sanggup menjual negara . Pembangunan modal insan
Aset yang paling berharga bagi sesebuah negara adalah warganya. Modal insan inilah yang merupakan aset yang boleh disuntik nilai tambahnya, ditingkatkan nilai inteleknya serta diperkaya modal budayanya. Kita ingin membina modal insan yang bukan sekadar terlatih , berdaya saing , mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru dan mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah, tetapi juga mempunyai nilai-nilai murni dan budaya yang tinggi .

Hal ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menekankan pembangunan insan yang seimbang yang merangkumi aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) adalah untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Matlamat KPM adalah untuk memupuk semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerapkan nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin diri dalam kalangan pelajar.
KPM juga ingin membangunkan modal insan yang memiliki penampilan unggul untuk mendukung cita-cita negara serta menyediakan kepimpinan yang utuh towering personality. Seseorang dengan penampilan unggul mempunyai ciri-ciri berhemah mulia, berpendidikan serta berjaya dalam bidang yang diceburi. Di samping itu, seseorang yang memiliki penampilan unggul akan memiliki sifat-sifat seperti amanah, berbudi pekerti, rajin, berdisiplin, ikhlas dan tekun dalam semua usahanya. (PIPP 2006-2010) Penjanaan pembangunan modal insan yang seimbang dan menyeluruh ini merangkumi pembangunan kebendaan dan pembangunan kemanusiaan. Inilah yang dimasudkan oleh Perdana Menteri kita, pembinaan modal insan mengikut acuan kita sendiri Bukan sekadar modal insan yang berupaya memenuhi kehendak tempatan dan antarabangsa, tetapi juga berupaya mengekalkan identiti bangsa Malaysia yang bukan sahaja maju tamadunnya tetapi masih mengekalkan adat dan budaya ketimurannya. Strategi Pembangunan Modal Insan ini

dianggap seiring dengan konsep Islam Hadhari yang kelapan iaitu Keutuhan Budaya dan Moral.

Kerajaan telah memainkan peranan yang amat baik dan menyediakan landasan yang cukup utuh dalam usaha melahirkan modal insan yang diinginkan. Namun, tentunya segala wang ringgit dan usaha yang dicurahkan oleh kerajaan menjadi sia-sia sekiranya masalah sosial masih membelenggu kita dan ibu bapa sendiri gagal memainkan peranannya Peranan ibu dalam membangunkan modal insan
Peranan ibu bapa sangat penting dalam membantu melahirkan modal insan sebagaimana yang diinginkan oleh negara. Sebelum seseorang insan itu dapat dibentuk menjadi modal insan yang berkualiti melalaui pendidikan formal, dia terlebih perlu dahulu dididik dan diasuh oleh ibu bapanya secara informal .Guru dan pihak sekolah tidak harus dibebani dengan masalah disiplin pelajar yang rata-ratanya berpunca daripada kepincangan dalam keluarga dan ketidakbahagiaan dalam rumah tangga, serta kekurangan didikan agama oleh ibu bapa. Abdullah Sani Yahaya dalam bukunya Mengurus Displin Pelajar.(2005:125) menyatakan salah satu faktor penyebab remaja terlibat dalam gejala sosial ialah kurangnya kasih sayang daripada ibu bapa. Oleh itu, peranan ibu bapa yang penting ialh sebgai pemberi kasih sayang yang tiada batasan kepada anak-anak. Ibu bapa haruslah menjalinkan hubungan kasih sayang yang tulus ikhlas dengan anak-anak. Kasih sayang ini juga perlu dipamerkan kepada anak-anak supaya mereka merasai bahawa diri mereka disayangi dan dihargai oleh ibu bapa. Pemberian kasih sayang bukan bermakna ibu bapa perlu memanjakan dan memenuhi segala permintaan anak-anak mereka tetapi sebaliknya perlu berpandukan Al-Quran dan hadis dan disertai dengan pemberian didikan agama.Dengan cara ini, akan terbentuklah jiwa yang tenang dan selamat dalam diri anak-anak.Seterusnya ia akan mewujudkan sikap menyayangi dan menghargai ibu bapa. Dalam bukunya Membentuk Identiti Remaja (et.al, 2005: 191), Azizi Yahya juga menyarankan agar ibu bapa menunjukkan kasih sayang, saling hormat menghormati serta memainkan peranan yang terbaik.Tindakan sedemikian dapat menanam konsep kendiri yang positif dalam diri kanak-kanak. Hal ini kerana semasa peringkat kanak-kanak , mereka mahu supaya diri mereka diterima sepenuhnya dan disayangi tanpa sebarang syarat. Faridah Maludin dalam artikelnya yang bertajuk Akhlak Ibu Bapa Banteras Kes Generasi XYZ juga menekankan kepentingan pemberian kasih sayang oleh ibu bapa kepada anakanak. Menurut beliau, kasih sayang dan rasa hormat akan menggalakkan mereka berkelakuan baik dan membina keyakinan diri anak remaja. Berbekalkan keyajinan diri yang tinggi,beliau yakin anak-anak remaja akan berupaya menangkis pengaruh budaya negatif dalam kehidupan mereka. Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid dalam buku tul isannya yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu iaitu Didik Anak Cara Rasullullah s.a.w (2006: 343), menjelaskan bahawa kasih sayang terhadap anak merupakan bahagian dari sifat-sifat Nabi Muhammad. Rasullullah s.a.w menitikberatkan pemberian kasih saying kepada anak-anak.Malah kitta digalakkan memeluk dan mencium anak-anak demi mewujudkan ikatan kasih sayang yang utuh dan pembinaan kejiwaan yang baik dalam diri anak-anak.

Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu bahawa dia berkata: Rasulullah s.a.w mencium cucunya Hasan bin Ali Radhiyallahu, perbuatan itu dilihat

oleh Aqra bin Habis at-Tamimi lalu beliau mengatakan: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh anak, namun aku tidak pernah mengucup seorangpun daripada mereka Rasulullah SAW kemudiannya bersabda: Siapa yang tidak menyayangi tidak akan disayangi. Jesteru, bagi membentuk peribadi anak-anak yang positif, pemberian kasih sayang amat penting.Apabila anak-anak berasa disayangi, maka mereka dapat menerima didikan yang diberikan oleh ibu bapa. Ibu bapa juga merupakan role model bagi anak-anak.Muhammad Nur Abdullah Hafiz Suaid ( 2006: 589) telah meletakkan keteladanan yang baik sebagai asas kaedah yang utama yang harus dipegang oleh kedua ibu bapa.Ujarnya, ibu bapa perlu memberi teladan yang baik kepada anak-anak. Hal ini kerana ia memberikan pengaruh yang besar kepada anak-anak. Rasullullah s.a.w sendiri mendorong kedua ibu bapa agar menjadi teladan yang baik bagi anak-anak. Ibu bapa perlu mempamerkan akhlak yang baik seperti bersikap jujur apabila berhadapan dengan anak-anak. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah Radiyallahu Anhu bahawa Rasullullah s.a.w bersabda;
Siapa yang mengatakan kepada anak kecil, Ke sinilah kasih. Namun dia tidak memberikanya sesuatu, maka dia itu termasuk ucapan dusta. Anak-anak akan selalu memperhatikan dan mengawasi perilaku orang-orang dewasa.Mereka akan mencontohi dan mengawasi perilaku orang-orang dewasa itu. Jika anak-anak itu mendapati kedua ibu bapanya berlaku jujur, maka mereka akan membesar dengan kejujuran.Begitu juga sebaliknya.Apabila ibu bapa tidak berlaku jujur maka anaka-anak tidak akan memepercayai ibu bapa lagi.Demikian juga halnya dalam perkara-perkara lainnya. Ibu bapa juga berperanan sebagai pembimbing atau fasilitator kepada anak-anak.Anak-anak dibimbing supaya membuat sesuatu perkara yang betul dan dengan cara yang betul. Ibu bapa perlu menyedari bahawa dalm proses pembelajaran, anak-anak pasti melakukan kesilapan.Kesilapan yang dilakukan perlulah diperbetulkan dengan cara yang baik. Ibu bapa perlu memberikan teguran yang membina bukan mengkritik dan memusnahkan keyakinan diri anak-anak, apatah lagi menghukum anak-anak dengan menggunakan kekerasan. Ibu bapa aperlu memebimbing anak-anak supaya memebuat pertimbangan yang betul dan rasional.

Hashim Ahmad dalam artikelnya Hukum Anak Untuk Mendidik (Harian Metro ,Rabu, 11 April 2007),menganjurkan agar ibu bapa menyertakan kelembutan dalam mengarahkan anak. Apabila ibu bapa ingin memperbaiki keadaan anaknya, mereka hendaklah menggunakan katakata lembut dan pelbagai bentuk anjuran.Melalui cara ini, pastinya anak-anak akan lebih bersedia menerima teguran dan cuba memperbaiki kesilapan dan kelemahan. Allah berfirman dalam surah ali Imran,ayat 159 yang bermaksud,
Maka kerana rahmat Al-Allahlah engkau berlembut terhadap mereka.Seandainya engkau bersikap kaku dan keras hati tentu mereka akan menjauhkan diri daripada sekelilingmu

Ibu bapa perlulah menjalankan peranan mereka dalam melentur rebung sejak dari rumah lagi. Mereka perlu menyulami kain putih pemberian Allah SWT dengan keseimbangan ilmu dunia dan akhirat.. Didikan agama dan penerapan nilai-nilai murni, kasih sayang dan jati diri serta nilai asas pemebntukan modal insan harus diberikan secukupnya kepada anak-anak . Hakikatnya menjadi ibu bapa merupakan cabaran yang amat besar pada zaman ini.Ibu bapa

perlu mempunyai kecekapan dan kemahiran dalam mendidik anak-anak.Ibu bapa juga harus mempelajari ilmu keibubapaan untuk melengkapkan diri sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab.
Ibu bapa harus sedar bahawa mereka mempunyai pengaruh yang besar dalam membangunkan modal insan sebagaimana yang diimpikan oleh kerajaan kerana mereka yang mencorakkan anak-anak sama ada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.Ibu bapa juga harus sedar bahawa mereka tidak boleh mengambil sikap lepas tangan dan mengharapkan kerajaan atau pihak sekolah semata-mata.

Malangnya, terdapat juga ibu bapa yang menyerahkan tugas mendidik anak-anak bulat-bulat kepada guru lantaran sibuk mengejar kemewahan duniawi.Apabila anak mereka terlibat dengan gejala sosial atau jenayah, mereka mudah menyalahkan pihak sekolah dan para guru.Sedangkan yang patut meluangkan banyak masa dan perhatian serta kasih sayang kepada anak-anak ialah ibu bapa sendiri. Pengabaian anak-anak akan membuatkan mereka menjadi lebih liar dan cuba mendapat perhatian luar dengan melakukan pelbagai masalah sosial seperti vandalisme, gangstareisme, seks bebas dan sebagainya.
Ibu bapa juga tidak seharusnya terlalu mengikut kata anak-anak sehinggakan mengekang pihak sekolah atau guru apabila mereka cuba mendisiplinkan pelajar.Ibu bapa harus sedar bahawa hukuman perlu dikenakan terhadap pelajar yang yang melakukan kesalahan dengan tujuan mendidik bukan mendera.

Terdapat ibu bapa yang enggan mengakui kesilapan anak mereka tetapi sebaliknya menyalahkan pihak sekolah. Malah,ada ibu bapa yang cepat melatah dan menyaman guru apabila anaknya didenda kerana tidak menurut arahan guru.Pernah berlaku satu kes di mana seorang guru telah disaman kerana memberi hukuman khidmat komuniti kepada pelajar yang tidak menyiapkan tugasan.Walaupun, akhirnya mahkamah memutuskan guru tersebut tidak bersalah namun kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh guru berkenaan yang terpaksa turun naik mahkamah dan digantung gaji hampir dua setengah tahun, pastinya membuatkan guruguru lain berfikir beribu kali.
Apabila guru takut untuk mendidik para pelajar dengan sebaik-baiknya, seperti membiarkan pelajar-pelajar membuat apa sahaja ,sudah pasti kesannya terpaksa ditanggung oleh ibu bapa itu sendiri.Akhirnya akan lahirlah anak yang terlampau dimanjakan, tidak lagi menghormati guru dan tidak lagi mengamalkan nilai-nilai murni.Malah, mungkin akan menderhaka kepada ibu bapa .Namun, yang paling mendukacitakan apabila sekolah gagal melahirkan modal insan sebagaimana ayang diinginkan oleh kerajaan.

Kejayaan misi membangunkan modal insan bukan hanya terletak di bahu guru-guru, pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi harus juga didukung oleh ibu bapa. Ibu bapa perlu menyediakan asas peribadi yang kukuh dalam diri anak-anak mereka supaya tugasan guru mendidik dan mencurahkan ilmu dan pengetahuan kepada para pelajar dapat dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. .Hanya dengan kerjasama ibu bapa dan guru-guru, menyediakan laluan mudah untuk kita membangun modal insan sebagaimana yang diimpikan oleh negara.
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi sendiri menekankan bahawa biarpun pihak Kementerian Pelajaran mempunyai tanggungjawab yang amat besar dalam memastikan generasi muda negara akan menjadi modal insan yang berwibawa, berpengetahuan, berkemahiran dan berketerampilan namun tanggungjawab untuk membentuk generasi muda adalah tanggungjawab kita semua dan seharusnya semua pihak berusaha menjana modal insan

kelas pertama dan memberi komitmen sepenuhnya bagi memastikan agenda pendidikan negara akan terlaksana demi membina negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang