Anda di halaman 1dari 11

Curi Kenderaan

Tempat di mana kecurian kerap berlaku Tempat letak kereta awam Komplek membeli-belah Di hadapan rumah, tepi jalan raya Tempat letak kereta di hotel-hotel Faktor berlaku kecurian Tidak dikunci Tiada kunci tambahan Meletakkan di tempat yang terpencil atau gelap pada waktu malam Meninggalkan barang berharga di motosikal Bagaimana mencegah kecurian kereta Pastikan kereta dipasang dengan alat penggera keselamatan yang baik Memasang kunci tambahan untuk stering, gear, roda dan kelac. Pastikan juga kereta sentiasa dikunci Sentiasa meletak kereta di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang berlampu Pastiakn anda berhati-hati supaya kunci kereta tidak ditiru semasa menghantar kenderaan anda untuk diservis Jangan serahkan kunci kepada 'Jockey' kereta Adalah lebih baik untuk menukir nombor pendaftaran di cermin kereta ('sandblasting') Bagaimana mencegah kecurian motosikal Letak motosikal ditempat yang dikhaskan Pastikan anda mengunci motosikal ketika meninggalkannya Letakkan di tempat yang mudah dilihat dan pada waktu malam letak di tempat yang terang/berlampu Rantai dan kunci tambahan adalah penting untuk mengelakkan motosikal dari dicuri Pasangkan alat penggera kecurian motosikal dan ukirkan nombor pendaftaran motosikal pada bahagian-bahagian yang jelas dilihat

Ragut & Seluk Saku


Tempat di mana sering berlaku Kejadian kerap berlaku di tepi jalan dan dilorong sunyi Biasanya peragut berjalan kaki dan bermotosikal Penyeluk saku sering bertindak di tempat yang sibuk. Bagaimana boleh berlaku Menyimpan wang atau dompet di saku yang terbuka. Memakai barang kemas dengan ketara dan mendedahkan untuk tontonan. Berebut-rebut menaiki kenderaan awam atau berada di tempat sesak. Membawa beg tangan dengan cara yang mudah diragut. Cara Pencegahan Bawa wang sekadar mencukupi untuk membeli-belah. Simpan wang dengan baik bagi mengelakkan penyeluk saku mengintai peluang. Bagi wanita, beg tangan seelok-eloknya dibimbit untuk mengelakkan diragut oleh peragut bermotosikal. Bagi lelaki, dompet elok disimpan diadalam kocek berbutang. Jangan biarkan beg tangan diletak ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain ketika membeli-belah. Pastikan anda mengepit/membimbit tas tangan dengan kemas ketika berjalan di tempat yang sibuk/sesak. Jangan memakai barang kemas yang terlalu banyak ketika berada di tampat awam. Elakkan dari berjalan ditempat yang sibuk dan berebut-rebut. Jangan mudah lalai oleh kekecohan yang dilakukan oleh orang yang tidak kenali dan tawaran untuk menolong membersihkan baju anda. Elakkan daripada tertidur semasa menaiki kenderaan awam atau meninggalkan barang kepunyaan anda tanpa dijaga. Jangan tertipu oleh orang yang tidak dikenali dan cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab umpamanya bertanyakan alamat, nama orang dan sebagainya. Periksa segera dompet atau beg tangan anda jika dilanggar atau diasak oleh orang lain.

Pecah Rumah
Pihak polis ingin mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati semasa meninggalkan rumah pada tempoh masa yang agak panjang, kerana balik kampung atau menziarahi sanak saudara. Sila rujuk panduan am pencegahan pecah rumah ini; maklumkan alamat rumah, alamat kampung dan nombor telefon yang boleh dihubungi sepanjang perayaan kepada jiran dan balai polis terdekat. Nombor telefon ibu pejabat polis daerah dan balai polis serta bilik gerakan yang beroperasi 24 jam boleh diperolehi di sini ... klik. Bagaimana boleh berlaku Dengan pemutar skru atau objek-objek tajam, mengumpil pintu atau tingkap Menggunakan 'jack' untuk membuka jerjak besi tingkap Memotong mangga (ibu kunci) dengan gergaji besi. Memasuki melalui bumbung rumah/siling yang terbuka. Tingkap yang tidak berkunci/terbuka Menggunakan kunci pendua. Sebab Berlaku Pecah Rumah Tidak memberitahu jiran dan polis apabila meninggalkan rumah kosong Tiada muafakat sesama jiran untuk mengawasi kediaman masing-masing Meletakkan barang yang bernilai di sekitar atau dalam rumah yang dapat dilihat dari luar Menunjukkan tanda rumah tidak dihuni seperti langganan akhbar dan roti yang tidak dihentikan. Kedudukan rumah yang terpencil serta struktur rumah yang memudahkan penjenayah memasukinya.

Cara Pencegahan Memaklumkan balai polis terdekat tentang alamat rumah, tarikh dan masa anda tidak berada di rumah. Tinggalkan maklumat secukupnya bagi memudahkan pihak jiran atau polis memaklumkan sebarang kejadian kepada anda. Memasang alat-alat keselamatan tambahan pada pintu utama seperti lubang pandangan,mangga dan selak keselamatan. Sentiasa pasangkan lampu bila keluar rumah. Jangan tinggalkan sebarang nota yang boleh membantu pemecah rumah bertindak. Hubungan yang baik dengan jiran dapat membantu keselamatan rumah bila kita tiada. Pastikan pintu, tingkap dan pintu pagar berkunci sebelum meninggalkan rumah atau tidur. Memelihara anjing boleh membantu mengawal rumah.

Pasangkan sistem penggera keselamatan yang baik unutk rumah/bangunan. Kawasan rumah hendaklah sentiasa bersih dan lapang. Semak-samun, rumpun pokok dan belukar boleh menjadi tempat persembunyian pemecah rumah/penjenayah

Gangsterism di Sekolah
Faktor Pelajar Terjerumus Pengaruh kawan atau rakan yang terlibat dalam kumpulan jahat disekolah atau diluar sekolah. Remaja atau pelajar yang kurang keyakian pada diri sendiri ("low self-esteem"). Direkrut secara paksa oleh anli-ahli kongsi gelap. Mereka yang kurang mendapat perhatian atau kawalan ahli-ahli keluarga. Langkah Pencegahan Semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah:pelajar, ibubapa, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat. Orang ramai bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglibatan pelajar dalam kegiatan yang tidak sihat. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengsyaki ahli keluarga terlibat dalam "gangsterism" disekolah. Menggalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah seterusnya kepada polis. Ibu bapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan keatas setiap tindakan pihak sekolah atau polis dalam menangani kegiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka. Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang kerktornya diketahui bersifat penjenayah atau mencurigakan. Pelajar hendaklah mengisi mas lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan, aktiviti kemasyarakat dan lain-lain.

Rogol
Sejak kebelakangan ini, jenayah rogol kerap berlaku, melibatkan mangsa pada peringkat umur yang masih terlalu muda untuk mengenal erti hidup. Jenayah ini bertambah ngeri apabila mangsa dibunuh selepas dirogol; bagi yang masih hidup, mangsa akan membayangkan kehidupan masa depan yang gelap, dipenuhi kekeliruan emosi, fobia dan syak wasangka. Bagi menghindari rogol, sedikit tips pencegahan digariskan agar kaum wanita boleh berwaspada sentiasa:Bagaimana boleh berlaku? Perogol biasanya menyerang mangsa yang berseorangan di tempat sunyi Menerima pelawaan perogol untuk bersiar-siar, bermalam di hotel atau rumah dan sebagainya. Makanan atau minuman yang mengkhayalkan atau tidak sedarkan diri. Mempercayai bomoh yang berjanji menyembuhkan penyakit dengan hubungan seks. Bagaimana mengelakkannya? Pastikan tiada orang lain di dalam kereta ketika anda hendak memandu sendirian. Sentiasa berwaspada ketika menuju ke kereta di lapangan letak kereta yang terbuka. Ketika hendak menggunakan pengangkutan awam, pastikan ada penumpang wanita lain bersama. Berwaspada apabila melihat orang yang mencurigakan di sekitar kawasan kemudahan awam (tandas, stesyen bas dan sebagainya). Pastikan anda berteman ketika memasuki lif di tempat-tempat yang sunyi dan terpencil.

Dadah
Penyalahgunaan Dadah Di Malaysia Masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia telah tiba di tahap serius dan dianggap sebagai ancaman utama negara mengambilalih ancaman komunis yang telah meletak senjata. Di antara faktor-faktor yang meletakkan penyalahgunaan dadah sebagai ancaman utama negara ialah : jumlah penagih yang didaftar lebih kurang 200,000 orang; jumlah wang yang terlibat untuk pemulihan; kos rawatan, perubatan, tenaga kerja yang hilang; kesan dan kerugian dari segi ekonomi, sosial dan jenayah. Malaysia terlalu dekat dengan Golden Triangle iaitu kawasan terbesar di dunia yang mengeluarkan pelbagai jenis dadah. Pengedaran dadah, jenis candu, heroin dan ganja adalah dari kawasan Golden Triangle masuk ke Malaysia melalui Thailand. Pengaliran dadah sintetik seperti dadah syabu adalah daripada negara Filipina, dan ecstacy dari negara-negara Eropah.

Bermula pada tahun 1997 hingga April 1999, PDRM berhadapan dengan seramai 87,868 orang penagih dadah, terdiri daripada 45,869 penagih baru dan 41,999 penagih tegar. Penyalahgunaan dadah ini juga telah menular ke kawasan FELDA, sektor perkilangan dan para nelayan. Seramai 3,551 orang peneroka, 2,189 pekerja sektor perkilangan dan 2,620 nelayan telah terlibat. Dari sejumlah2,620 nelayan tersebut, seramai 384 dihinggapi HIV dengan 20 kematian. Penguatkuasaan Dasar penguatkuasaan kita adalah menyekat kemasukan dadah dan mengambil tindakan terhadap pengguna-pengguna dadah. Kita mempunyai peruntukan undang-undang yang mencukupi untuk tujuan penguatkuasaan. Tangkapan Bagi tempoh 1997 hungga Jun 1999, seramai 4,334 orang telah ditangkap kerana disyaki mengedar dadah di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1952. Seramai 3,856 orang ditangkap di bawah Undang-Undang Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK). Rampasan Sebanyak 173,387 kg. Candu, 703,447 kg. Heroin dan 6,148.203 kg. Ganja telah dirampas dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Pengesanan/Pembongkaran Kita telah mengesan 17 sindiket yang terlibat dengan senjatapi; 23 tangkapan telah dibuat, di mana 9 daripada mereka telah terkorban selepas tembak menembak dengan pihak polis. Sebanyak 20 pucuk pistol dan 1,294 butir peluru telah dirampas dari sindiket pengedaran dadah. Jabatan ini juga telah berjaya membongkar 14 buah makmal haram dan berjaya menangkap 17 ahli sindiket yang sedang memproses dadah di makmal tersebut. Rampasan Harta PDRM juga telah berjaya merampas harta bernilai RM41.93 juta, terdiri dari 7 buah bot, 2 buah bungalow, 3 buah kondominium, 13 buah rumah teres, 157 buah kereta mewah dan wang tunai. Tangkapan Warganegara Asing Seramai 241 warganegara asing telah ditangkap dalam pengedaran dadah di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala seramai 434 orang pendatang haram telah ditangkap di bawah akta yang sama. Di samping itu, dengan kerjasama di antara Jabatan Narkotik dan agensi-agensi penguatkuasaan dadah antarabangsa, seramai 26 rakyat Malaysia telah ditangkap di luar negara kerana penglibatan dalam pengedaran dadah di peringkat antarabangsa. Hukuman Sehingga tahun Jun 1999, seramai 209 orang telah menjalani hukuman gantung sampai mati, manakala seramai 270 rakyat Malaysia dan 26 orang rakyat asing masih menunggu hukuman gantung sampai mati. Operasi Bersama Peringkat Antarabangsa Bagi membendung pengaliran dadah ke negara ini, pihak PDRM telah mengambil bahagian di dalam "International Narcotics Joint Operations" di peringkat antarabangsa. Oleh kerana komitmen negara ini, Pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mengiktiraf Malaysia sebagai "Model for countries that need to estabilish more effective control system." Pengiktirafan yang sama turut diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat. Pada tahun 1998 Malaysia juga telah diiktiraf oleh negara tersebut sebagai bukan lagi negara transit bagi pengedaran dadah antarabangsa. Pihak berkuasa Drug Enforcement Administration - United States Department of Justice telah memberi penghargaan kepada pihak kita "For Outstanding Contribution In The Field Of Drug Law Enforcement". Pada tahun 1999 Presiden Interpol telah memberi penghargaan kepada langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil oleh Malaysia untuk membenteras pengedaran dadah. Dengan kerjasama di kalangan semua rakyat dan pihak agensi kerajaan yang lain, PDRM dapat membendung masalah penyalahgunaan dan pengedaran dadah di Malaysia.

Kesan Buruk Najis Dadah Merosakkan sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang) Mengakibatkan kematian mengejut Dalam keadaan mabuk atau khayal, penagih tidak dapat mengawal pergerakan badan Risiko jangkitaj AIDS, hepatitis dan kancing gigi apabila menggunakn alat suntikan yang kotor. Kesan kepada wanita mengandung :- keguguran, kelahiran bayi sonsang, lahir belum cukup umur, kematian bayti semasa lahir dan melahirkan bayi yang menunjukan gejala tarikan. Melemah dan merosalan daya pemikiran,pemahaman,percakapan,perngiraan dan kebolehan menyelesaiakn masalah. Melemahkan aktiviti otak,terutama daya menyelesaikan maslah, budibcara dan penganilasaan. Peranan Ibubapa Membasmi Dadah Menagamalkan hubungan yang erat dikalangan ahli keluarga Mebri kasih sayang yang sanma rata kepada semua ahli keluarga Menjadikan diri anda sebagai contoh yang baik. Meluangkan masa untuk bersama anak-anak dan ahli keluarga. Sentiada bersedia berkomunikasi fan mendengar masalah anak-anak. Peka dan mengambil tahu aktiviti-aktiviti anak danrakan sebaynya. Menentukan ahli keluarga memperolehi ubatan-ubatan dari daktor atau ahli farmasi yang bertauliah dengan sukatan-sukatan yang talah ditetapkan. Peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal yang mungkin dijadikan sarang penagih najis dadah dan melaporkan kepada pihak polid jika terdapat prgerakan yang mencurigakan.. Memberikan sokongan kepada program pemulihan najis dadah yang melibatkan ahli-ahli keluarga.

Keganasan Rumahtangga
Maksud Keganasan Rumahtangga Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut : Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal; Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan; Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap :o o o o o

Isteri atau suaminya; Bekas isteri atau suaminya; Kanak-Kanak; Orang dewasa tidak berkeupayaa; atau Mana-mana anggota lain keluarga

Siapa Yang Terlibat Sila rujuk kepada para (v) - (a-e) Bagaimana Hendak Membuat Laporan Sesiapa juga yang mengetahui ada kejadian keganasan rumahtangga berlaku atau sesiapa yang menjadi mangsa boleh membuat laporan di mana-mana balai polis. Laporan polis boleh ditulis sendiri oleh pengadu atau meminta bantuan dari anggota polis yang bertugas di pejabat pertanyaan di balai berkenaan.

Hak Mangsa Mangsa keganasan rumahtangga mendapat perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumahtangga 1994 mengikut seksyen-seksyen berikut :Seksyen 4 - Perintah Perlindungan Interim 1. Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu. 2. Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan. Rumah Perlindungan Mangsa-mangsa keganasan rumahtangga boleh mendapatkan perlindungan sementara sama ada disediakan oleh :i. Jabatan Kebajikan Masyarakat ii. Badan-Badan Bukan Kerajaan Lain-Lain Perkara Berkaitan Mangsa keganasan rumahtangga perlu sedar bahawa mereka yang teraniaya mendapat perlindungan dan pembelaan di bawah undang-undang.