Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA BUKIT SELAMBAU Teks Cerita Tahap 1 TUAH AWANG

Awang seorang anak yang sering ditinggalkan sendrian di rumah. Ayah dan ibunya pergi ke hutan mencari kayu api. Awang ada memelihara ayam jantan yang bernama Jalak. Dia sayang akan Jalak. Awang hendak menyabung ayam. Pada malamnya, Awang bermimpi, seorang tua menasihatinya tidak menyabungkan Jalak. Dia memberitahu Jalak bertuah. Awang menyabungkan Jalak dengan lawannya Biring. menikam paha Jalak dengan susuhnya. Jalak menjadi lemah. menyesal lalu pulang. Biring Awang

Raja bermimpikan seorang budak memiliki ayam yang bertuah. Baginda menyuruh Datuk Bendahara pergi mencari Awang. Datuk Bendahara menceritakan titah raja. Awang berasa sedih. Mengapa kamu bersedih? Tanya Datuk Bendahara. Ayam saya sakit, jawab Awang. Jalak telah mati. Awang menangis sekuat-kuat hatinya. Ibu bapa Awang menasihatkannya agar tidak menyabung ayam lagi. Selang beberapa bulan, rombongan diraja datang ke rumah Awang. Raja mempelawa Awang pergi ke istana. Awang mengikut rombongan diraja pulang ke istana. Beta bermimpi, kamu ini bertuah, titah raja. Raja memerintahkan Awang tinggal di istana. Adakah kamu bersetuju? titah raja. Ya, tuanku, jawab Awang. Awang memberitahu kepada ayah dan ibunya tentang tawaran raja. Mereka memberi isyarat, Awang mesti pulang setiap hujung minggu. Di istana, Awang menjaga beberapa ekor ayam jantan. Awang menjadi leka dengan tugasnya sehingga tidak pulang. Ibu Awang mengadu kepada raja. Baginda murka. Awang dikenakan hukuman. Awang dihukum tidur bersama ayam-ayam belaannya selama dua malam. Sejak itu, Awang selalu pulang menemui ayah dan ibunya.

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA BUKIT SELAMBAU

Teks Cerita Tahap 1

TAKAR EMAS

Di dalam sebuah kampung ada seorang peladang suami isteri dan anak lelakinya. isterinya. Peladang sangat rajin bekerja dan dibantu oleh Jali sangat malas bekerja. Anak lelakinya bernama Jali.

Pada setiap hari dia hanya makan tidur. Peladang berfikir untuk mengubah sikap malas anaknya. Ayah

Peladang berpura-pura jatuh sakit.

Dia memanggil anaknya.

tidak boleh bekerja lagi. Ayah ada tanam sebiji takar emas di dalam tanah sekitar rumah. Kamu cari dan juallah takar itu, pesan peladang. Pada keesokan harinya, Jali bangun awal tetapi dia tidak bekerja. Dia hanya duduk termenung di atas tangga. Mengapa kamu masih tidak mencari takar emas itu? tanya ibu Jali. Peladang dan isterinya berasa susah hati. Tiba-tiba, mereka

berdua terdengar bunyi orang mencangkul tanah di kawasan rumah. Rupa-rupanya, Jali sedang menggali tanah di sekeliling rumah. Mereka berasa gembira apabila melihat Jali sudah mula mencari takar itu. Peladang dan isterinya berharap anak mereka akan rajin bekerja.

Jali terus mencari takar emas. Namun begitu, dia masih gagal menemuinya. Jali tetap tidak berputus asa. Mungkin esok aku akan temui takar emas, kata Jali. Setiap hari, Jali mencari takar emas. Namun begitu, takar emas masih belum dijumpai. Dia berasa sangat hairan. Jali mulai sedar. Itu hanyalah helah ayah dan ibunya untuk mengubah sikap malasnya. Jali menanam pelbagai jenis tanaman. Lama-kelamaan tanaman itu berhasil. Peladang dan isterinya berasa sangat gembira. Ayah sebenarnya berpura-pura sakit. Ayah hendak mengubah sikap malas kamu itu, kata peladang. Jali meminta maaf lalu memeluk ayah dan ibunya. Kini Jali tidak lagi bersikap malas. Sejak hari itu, mereka sekeluarga hidup senanglenang selama-lamanya.