Anda di halaman 1dari 21

Pengenalan Kaunseling adalah satu proses yang dinamik berkebolehan untuk membentuk manusia kearah insan yang boleh

mencapai kendiri yang positif. Ia merupakan satu bidang yang sangat luas dan berkembang mengikut mazhab kehidupan manusia sejajar dengan peredaran zaman. Jika disenaraikan kronologi definisi kaunseling, ia sebenarnya bersesuaian mengikut keadaan, zaman dan budaya (Noor Hamizah, 2001). Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat. Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga. Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan: yBahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing. yMengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu. Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai

hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien. Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung. Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna. Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah. Tujuan Kaunseling Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut. Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.

Lima tujuan kaunseling iaitu: yMenolong mengubah tingkah laku klien. yMenambahkan kemahiran klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan ragu-ragu tentang dirinya. yMenambahkan kemahiran klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana, tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang risiko akibat keputusan tersebut. yMembaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu kesejahteraan kehidupan individu. yMembantu perkembangan bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan klien. Secara umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang klien. yMemahami diri dan situasinya.

yMengenal pasti keperluannya. yMenerima realiti hidupnya. yMembuat rancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya. yBertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya. yDan seterusnya menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya. Tujuan terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia. Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Setiap manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup. Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku, apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang wajar. Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar. Fungsi kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada kaunselor lagi. Prinsip Kaunseling

Dalam bidang kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti berikut: yKaunseling berkaitan dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah lakunya. yKaunselor menyediakan keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi. ySeperti dalam semua perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai dan falsafah kaunselor. yKeadaan yang memudahkan perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling selalunya melibatkan temu bual. yAktiviti mendengar berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar merupakan kaunseling. yKaunselor memahami kliennya. yKaunseling dijalankan dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti dirahsiakan. yKlien mempunyai masalah psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai masalah psikologi.

Kaunseling harus berasaskan prinsip-prinsip berikut: yPada asasnya, manusia membuat penentuan kendiri. yKlien harus maju ke tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih tinggi. yKlien harus mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya kebenaran tentang dirinya sendiri. yObjektif-objektif kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan kaunselor.

Secara amnya, prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti berikut:

yKaunseling diberi kepada individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau kerunsingan. yKaunseling merupakan interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor penting kerahsiaan dalam kaunseling. yDalam sesi kaunseling, kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan

mempercepatkan proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang kabur dan tidak rasional. yOrientasi kaunseling haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain. yKaunselor haruslah sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi kesejahteraan diri sendiri. yKaunseling hendaklah berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri seseorang. yKaunselor percaya bahawa seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk mencapai matlamat itu. yKaunseling mestilah berdasarkan etika kaunseling yang baik.

Contoh Masalah-masalah Kaunseling yMasalah Pelajar Di IPT dan Kolej Masalah pergaulan bebas yang melibatkan pelajar Institusi Pengajian Tinggi(IPT) sering dipaparkan melalui media tempatan (Berita Harian 18 Ogos 2003). Laporan media mengenai peningkatan masalah sosial pelajar seperti kes khalwat sedikit sebanyak member gambaran buruk kepada institusi berkenaan. Berita Harian (18 Ogos 2003) telah melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menangkap pelajarpelajar IPT seramai 341 orang sepanjang 2002 dan 178 orang sepanjang 2003 kerana

kesalahan perbuatan tidak bermoral. Masalah sosial pelajar IPT yang berkaitan dengan khalwat dan perlakuan tidak sopan di tempat awam merupakan masalah yang dihadapi oleh semua institusi pengajian tinggi seluruh negara. Ternyata berita-berita sebegini telah memberi gambaran yang buruk terhadap institusi pengajian tinggi di mana mahasiswa sepatutnya menjadi populasi teladan kepada golongan muda di Negara ini.

Kehidupan di Institusi Pengajian Tinggi(IPT) dan kolej memberikan peluang kepada pelajar untuk menjadi individu yang berdikari. Pelajar-pelajar kolej atau mahasiswa universiti yang berada dalam posisi awal dewasa ini mendapat kebebasan bertindak dan perlu bertanggungjawab dalam banyak aspek kehidupan. Antara tanggungjawab ini termasuklah membuat keputusan kerjaya, memilih rakan, membina hubungan intim dengan berlainan jantina, menjaga keselamatan dan kesihatan diri, mengurus masa dan kewangan, serta melakukan inisiatif-inisiatif yang menentukan kejayaan masa depan mereka (Sigelman & Rider 2003).

Zuria, Noriah dan Syafrimen (2004) mendapati bahawa pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi lebih mudah berhadapan dengan penyesuaian akademik berbanding penyesuaian sosial dan emosi. Keupayaan remaja menangani isu-isu penyesuaian sosial dan emosi, dan seterusnya membina hubungan melalui pergaulan yang sihat banyak dipengaruhi oleh pertautan dengan ibu bapa semasa kecil. Menurut Kenny dan Rice(1995) pelajar yang mempunyai pertautan yang selamat dengan ibu bapa mereka mempunyai konsep kendiri yang lebih jelas, estim kendiri yang lebih tinggi, keupayaan sosial yang lebih baik, dan juga penyesuaian emosi yang berkesan berbanding rakan mereka yang bermasalah dengan keluarga. Pertautan selamat ini terbina melalui sikap ibu bapa yang mesra dan mengambil berat dan pada masa yang sama jelas dan menjadi model peranan dalam mengaplikasikan peraturan serta standard yang diharapkan dari anak-anak. Hubungan kekeluargaan yang tidak sihat antara anak dan ibu bapa yang dicirikan oleh pertautan mengelak semasa kecil, dan konflik yang berpanjangan semasa remaja disebabkan ibu bapa yang terlalu bengis, tidak dapat menyesuaikan didikan dengan keperluan anak untuk berautonomi (Dishion, Patterson, Stoolmiler, & Skinner 1991). Kegagalan mendisiplinkan anak menampakkan hasilnya apabila pengaruh ibu bapa terus berkurangan semasa anak menampakkan hasilnya apabila pengaruh ibu bapa terus berkurangan semasa anak tersebut meningkat awal

dewasa. Bagi pelajar IPT, latar belakang ini menyumbangkan kepada kegagalan mereka menangani kebebasan. Remaja yang mempunyai perkembangan kendiri yang rendah sentiasa merasakan dirinya tidak mampu membina persahabatan dan sering kecewa dalam pergaulan sehingga mereka menjadi kesunyian dan murung (Baetholomew & Horowitz 1991). Pelajar begini menjadi faktor penarik untuk terlibat dalam gejala sosial.

Kekecewaan terhadap keluarga ataupun persekitaran terus menyumbang kepada tingkah laku devian bagi mencapai maksud luahan perasaan (Nor Bayah 2004). Keperluan untuk disayangi menyebabkan individu risau ditinggalkan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang (Bartholomew % Horowitz 1991). Kegagalan menangani hubungan menjadikan remaja dan individu awal dewasa terjebak dalam gejala sosial seperti perzinaan, kehamilan luar nikah, kelahiran anak luar nikah, pengguguran bayi dan sebagainya. Justeru itu, gejala ini telah menyebabkan kegagalan akademik kerana membuang masa, leka dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Apabila masalah sosial seperti ini timbul, IPT perlu mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikannya. Pendekatan perkhidmatan kaunseling yang efisien perlu dibuat untuk menangani masalah ini. Kebanyakkan semua IPT serta kolej akan melaksanakan perkhidmatan ini untuk membantu pelajar menangani isu-isu penyesuaian seperti akademik, peribadi dan sosial. Selain daripada itu, perkhidmatan ini juga menyediakan maklumat dan aktiviti-aktiviti perkembangan kerjaya. Pihak institusi pendidikan juga boleh melaksanakan beberapa program inovatif yang bertujuan menjelaskan kepada pelajar tentang keganasan dalam hubungan dan mencari strategi mengelak keganasan dalam hubungan. Program yang biasanya dibuat ialah seperti aktiviti forum interaktif, ceramah pendek dan pembentangan kes-kes yang membolehkan pelajar berbincang tentang hubungan di kolej, berkongsi pengalaman peribadi tentang isu-isu hubungan dan member sokongan kepada rakan-rakan. Program ini boleh membincangkan tentang estim kendiri dan mengenal pasti tanda-tanda hubungan ganas dan cara mencegahnya. Terdapat kajian yang telah menilai tentang keberkesanan intervasi tersebut yang mendapati pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan dapat berbincang tentang pengalaman mereka di kolej. Kaunselor boleh ,mewujudkan satu sistem rakan sebaya yang dapat memberi sokongan dan mendengar permasalahan remaja tersebut.

Melalui sokongan ini remaja yang kurang bijak menangani kebebasan tidak akan merasa teraing, rasa tidak diterima atau tidak diperlukan tetapi sebaliknya, mempunyai ruang dan tempat untuk bercerita dan mendapat maklumat bagaimana untuk mendapat pertolongan lanjut.

Keberkesanan kaunseling boleh dinilai melalui aspek-aspek tingkah laku, pemikiran dan perasaan klien sepanjang sesi(Zuria 2005). Dalam kajian Zuria(2005) mendapati perkhidmatan kaunseling mampu untuk mendorong klien meluahkan emosi mereka secara komunikasi verbal dan non verbal. Keupayaan klien untuk hadir berjumpa kaunselor dianggap satu kekuatan kerana inilah titik awal untuk merubah diri kearah perkembangan diri yang positif.

Kefahaman klien terhadap punca maslah member celik akal bahawa mereka telah menyalahgunakan kebebasan. Kesungguhan klien membina matlamat yang ingin dicapai member keyakinan kepada mereka untuk berubah.

Jika perkhidmatan kaunseling dilaksanakan secara profesional, ia akan meninggalkan kesan positif terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang. Ini membuktikan bahawa para kaunselor mempunyai peranan yang penting dalam usaha mengurangkan punca gejala sosial. Perkhidmatan kaunseling ini perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu remaja yang memerlukan sokongan emosi yang berterusan dalam menghadapi cabaran.

yMasalah Rumahtangga

Perkahwinan merupakan satu janlinan yang kukuh berpandukan aspek penyatuan terhadap beberapa elemen seperti perasaan, kasih saying, kepercayaan, penghormatan, komitmen, peranan dan tanggungjawab dan seumpamanya. Kahwin bermaksud perikatan yang sah antara lelaki dengan perempuan menjadi suami isteri. Menurut Islam, perkahwinan adalah ibadah, dan sunnah Rasulullah S.A.W. melalui perkahwinan, individu akan dapat mengelakkan diri dan terlindung dari perkara yang tidak baik atau dosa. Perkahwinan juga membantu individu intik memelihara iman, akhlak dan Islamnya serta dapat menyempournakan tuntutan agama. Konflik perkahwinan membawa maksud sebarang bentuk perselisihan atau

pertentangan antara ahli keluarga khususnya suami dan isteri. Perselisihan yang wujud membawa banyak spekulasi dalam hidup berumahtangga yang berkemungkinan besar boleh mengganggu system keharmonian rumahtangga tersebut. Konflik ini melibatkan gangguan kepada beberapa elemen penting sesebuah institusi kekeluargaan iaitu perasaan, pemikiran, tingkah laku dan system kepercayaan serta konsep nilai. Konflik suami isteri pula berlaku disebabkan terdapat situasi di mana hubungan, peranan, komuniksi, pemikiran dan system kepercayaan pasangan adalah tidak sejajar dengan falsafah dan konsep perkahwinan. Menurut Mat Saat Baki(1985), terdapat beberapa tanda konflik yang perlu disedari dan diberi perhatian secukupnya oleh pasangan suami isteri agar sesuatu konflik dapat diredakan. Di antaranya adalah ketiadaan nilai kasih saying dan sikap mesra antara suami isteri, berlakunya gangguan emosi dan system kepercayaan, wujud masalah gangguan komunikasi, sentiasa bertentangan pendapat dan perasaan, pergaulan menjadi kurang baik, bersikap negative dan tidur berasingan, merasa tidak tenang dan seronok untuk berada di rumah, tanggungjawab dan peranan suami isteri terabai, bermasam muka dan menyendiri, serta membawa haluan masing-masing. Kesedaran awal tanda-tanda konflik ini memudahkan proses pemulihan perhubungan yang renggang. Terdapat banyak punca konflik dalam hubungan suami isteri dan di antaranya adalah menghadapi masalah kewangan, sikap marah yang tidak terkawal, sikap cemburu yang melampaui batas, masalah di tempat kerja mengganggu ketenangan emosi, gangguan dan faktor luaran yang negatif, perbezaan system nilai dan budaya serta gaya hidup, menghadapi masalah kesihatan, ketiadaan sikap toleransi antara pasangan, suami isteri tidak memahami peranan dan tanggungjawab msing-masing, ketiadaan perasaan

hormat-menghormati di antara satu sama lain, kurang menghargai pasangan dan sikap suka mengungkit peristiwa-peristiwa lampau. Suami isteri yang memerlukan kaunseling adalah mereka yang situasinya sering berkonflik, sukar berinteraksi atau berkomunikasi, memerlukan bimbingan emosi, memerlukan ruang perbincangan dan perkongsian masalah, untuk mengenalpasti masalah yang wujud, mengingini ketenangan, mengalami tekanan, ingin memahami diri, pasangan dan ahli keluarga. Dalam sesi kaunseling, seseorang kaunselor berfungsi untu membantu klien mengetahui dan memahami dirinya dan menggalakkan peluahan buah fikiran dan isi hatinya. Kaunselor adakalanya menolong mengubah tingkah laku klien, membantu klien membuat keputusan. Jika perlu, kaunselor akan membantu klien memperbaiki imej diri yang negatif, membantu berfikir secara rasional dan waras. Sepertimana yang telah diperbincangkan, kaunseling mempunyai beberapa matlamat yang dibina bagi setiap sesi kaunseling yang dijalankan. Sehubungan itu, kaunseling dapat membantu menyelesaikan banyak masalah seperti membantu pasangan suami isteri untuk menyedari tentang diri dan pasangan serta konsep perkahwinan itu sendiri dengan lebih mendalam. Apabila menyedari semua itu, diyakini bahawa setiap klien yang celik akal akan mula sedar betaqpa pentingya perkahwinan dan mula mengambil langkah sesuai untuk menguruskan konflik. Kesedaran tersebut boleh membantu klien dalam membentuk keluarga bahagia. Kejayaan sesuatu sesi kaunseling juga bergantung kepada komitmen klien untuk hadir pada masa yang dijanjikan, memberikan kerjasama dengan meluahkan perasaan tanpa menyembunyikan sesuatu dan bersedia melakukan perubahan positif. Kejujuran dan keikhlasan klien amat diperlukan untuk menjayakan sesuatu sesi kaunseling. Perkara-perkara yang diteliti dalam proses kaunseling yang memberi kejayaan dari aspek Islam tentang kesedaran pembentukan keluarga bahagia ialah seperti berikut:yKlien dibimbing untuk memahami tujuan perkahwinan ialah mencari keredhaan Allah. yMembantu klien untuk menyedari bahawa perkahwinan dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan Allah yKlien digalakkan untuk berfikir tentang hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri.

yKlien dibantu untuk meneliti perihal keagamaan. Seorang mukmin sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya. yKlien diberi kekuatan untuk sedar akan hakikat hidup yang sebenarnya. Kaunselor membantu klien untuk akur bahawa pasangannya adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan, jangan terlalu menghitungkan. Klien digalakkan untuk mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling bermaafan antara suami dan isteri.

yMasalah Pekerja

Kaunseling di tempat kerja telah menjadi satu isu hangat dan kemestian di bidang industri dan organisasi komersial, terutamanya di kalangan negara maju. Di Malaysia, perkhidmatan kaunseling di tempat kerja terus berkembang sejajar dengan

perkembangan industri di negara ini. Memang tidak dapat dinafikan setelah memasuki era moden kehidupan masyarakat dunia telah banyak berubah daripada pelbagai segi. Selanjutnya, perubahan ini turut mencetuskan pelbagai kompleksiti dan masalah akibat daripada tekanan yang dihadapi individu daripada pelbagai aspek, termasuklah tekanan di tempat kerja. Perkhidmatan kaunseling merupakan salah satu fungsi pengurusan personel yang amat penting. Pengurusan kaunseling yang berkesan seharusnya mampu membantu seseorang anggota itu menghindarkan diri mereka daripada terjerumus dalam pelbagai masalah peribadi, kerjaya, keluarga dan hubungan interpersonal, atau menyediakan program bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mereka yang telah terjebak dengan masalah tersebut. Perkhidmatan kaunseling yang berkesan juga dapat membantu anggota perkhidmatan awam meningkatkan pembangunan diri masingmasing bagi mencapai tahap kefungsian psikologi yang tinggi serta penghasilan kerja yang produktif dan berkualiti.

Senario suasana kerja dalam sesebuah organisasi

Pekerja merupakan sumber terpenting kepada sesebuah organisasi. Dalam apa jua bentuk industri, pekerja merupakan antara factor penyumbang kepada jatuh-bangun ataupun kejayaan mahupun kegagalan sesebuah organisasi. Bagi sector awam pula scenario seperti ini boleh mencemar lantaran mencacat dan menggagalkan system penyampaian kerajaan. Mempunyai barisan tenaga kerja yang berpengetahuan, mahir, komited, jujur dan beramanah sememangnya diharap mampu membantu meningkatkan prestasi sesebuah organisasi. Namun demikian ia tidak semestinya merupakan satu jaminan yang boleh membebaskan sesebuah organisasi daripada menghadapi sebarang masalah pekerja. Oleh itu prasarana mendisiplin dan member ganjaran hendaklah dilaksanakan dengan bijak dan berkesan.

Pekerja dan Masalah Salah satu tugas yang mencabar daya kepimpinan bagi seorang ketua ialah menangani pekerja bermasalah. Seorang ketua atau penyelia mesti boleh dan perlu mengenal pasti pekerja bermasalah pada peringkat seawal mungkin. Masalah yang timbul boleh disebabkan oleh pekerja dan juga ketua itu sendiri. Justeru, ketua tidak boleh sewenang-wenangnya menyalhkan pekerja semata-mata dan mengambil tindakan melulu tanpa usul periksa. Pekerja yang bermasalah ialah pekerja yang tidak mematuhi peraturan atau syaratsyarat bekerja, gagal memenuhi spesifikasi tugas dan pelbagai gelagat yang boleh menghalang pencapaian objektif organisasi. Umumnya pekerja bermasalah boleh dikenal pasti melalui perubahan diri, seperti tatalaku yang luar biasa, prestai kerja menurun dan pelbagai ketidak-tentuan yang bersifat non-compliance dengan spesifikasi kerja. Antara petanda awal yang boleh menimbulkan maslah adalah tabiat-tabiat seperti (Yayasan Amanah Latihan Berkanun):yGemar memperlekehkan sesuatu yMenyalahkan orang lain yMenghasut

yMembuat kerja tidak sempurna yEngkar arahan atau tidak mematuhi peraturan yGemar berbalah yMenjadikan masalah peribadinya turut menjadi masalah orang lain dan berbagai perbuatan atau tingkahlaku yang menyusahkan ketua dan rakan sejawat Jika masalah ini terus dibiarkan, bererti akan mengundang konflik, menggalakkan keruntuhan moral lain-lain pekerja, menjejaskan kualiti, produktiviti dan prestasi disamping itu akan menggugat kepimpinan ketua dan seterusnya akan membiarkan perniagaan rugi dan berbagai lagi masalah lain yang akan timbul. Terdapat sebilangan ketua memilih untuk tidak berbuat apa-apa walaupun sesuatu peristiwa yang agak kritikal telah menampakkan petanda masalah. Ini merupakan kesilapan yang besar seorang ketua. Mereka menganggap peristiwa itu akan reda atau pulih dengan sendiri. Sepatutnya, apabila kelihatan tanda-tanda kemerosotan prestasi, ketua hendaklah bertindak untuk memperbetulkan keadaan. Dalam keadaan ini, kaunseling boleh dijalankan dimana banyak pendekatan dan teori yang boleh digunakan. Mengikut kursus yang dijalankan oleh Yayasan Amanah Latihan Berkanun yang dikendalikan oleh Syed Shiek Bin Syed Zain di Kuala Lumpur. Kaunseling ini dapat dijalankan secara peringkat-peringkat iaitu :yPeringkat permulaan Membuat klien menerima kaunselor dengan hati yang terbuka dan sebagai seorang yang boleh dipercayai. Membuat klien sedar bahawa ada sesuatu masalah yang perlu diselesaikan dan dia sendiri perlu memainkan peranan dalam proses penyelesaian. Diperingkat ini juga, kaunselor menentukan sama ada masalah wujud dan perlu diselesaikan dan bersedia untuk meneruskan proses kaunseling itu.

yPeringkat pertengahan

Peringkat penentuan masalah dan penyelesaian. Dimana kaunselor dank lien bersama mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor dank lien bersama mengenalpasti tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh klien untuk menangani masalah yang dihadapinya.

yPeringkat akhir Peringkat apabila klien telah selesai melakukan tindakan yang diperetujui dengan jayanya. Diperingkat ini kaunselor berkenaan akan membincangkan tentang tindakan yang telah diambil oleh klien dan penilaian terhadap tindakan yang diambil itu. Kaunselor juga perlu mengenalpasti tindakan seterusnya yang diperlukan tanpa penyeliaan dari pihak kaunselor. Seterusnya mengakhiri kaunseling dengan teratur dan membuat rumusan tentang kejayaan proses kaunseling tersebut.

Mengapakah kaunseling ini diperlukan dalam konflik pekerja? Ini sebenarnya adalah untuk pembangunan peribadi pekerja itu sendiri seperti memperbaiki pencapaian mutu kerja mereka, memperbaiki sikap, penyesuaian diri dan mengurangkan stress di tempat kerja.

Selain daripada melaksanakan kaunseling secara perseorangan dengan kaunselor. Sesebuah organisasi juga perlu mengadakan pelbagai program kaunseling yang boleh membantu pekerja dengan ilmu pengetahuan, pendidikan dan motivasi untuk menolong mereka berurusan dengan majikan mereka sekiranya mereka menghadapi masalah di tempat kerja mereka. Contohnya Konsep EAP(Employee Assistance Program). Program ini adalah kearah membantu pekerja yang bermasalah. Ia juga digunakan di negara-negara barat dan berkembang sejak 1940an lagi. Di dalam EAP organisasi boleh menjalankan program-program berbentuk ceramah untuk memberi pendidikan serta menambah pengetahuan tentang konsep dan kesedaran yang berkaitan dengan kesihatan mental dan fizkal. Selain itu, EAP membentuk rancangan rawatan

yang berkesan memberi keuntungan kepada ramai individu yang terlibat di dalam program ini. Satu aspek penting rancangan rawatan ini ialah bentuknya yang dinamik dan boleh membawa perubahan kepada klien. Kedua-dua pihak iaitu klien dan kaunselor akan mendapat keuntungan kerana rancangan rawatan ini memaksa mereka memikirkan hasilan yang kongkrit dari kaunseling. Dengan ini klien boleh menyalurkan tenaganya kepada sesuatu perubahan yang khusus yang akan membawa kepada penyelesaian masalah. Melalui kaunseling dan program-program yang berkesan ini, pekerja akan diajar teknik-teknik bagaimana menyelesaikan masalah mereka. Melalui program ini juga, pengurus dapat menolong pekerja-pekerja di bawah selianya mempelajari kemahiran berkomunikasi dan membuat keputusan dengan lebih berkesan. Dengan ini pekerja dapat mempertingkatkan kesedaran tentang reaksi peribadi mereka serta kesannya terhadap orang lain.

yMasalah mental Kaunseling kesihatan mental merupakan pertemuan bersemuka antara seorang atau beberapa orang klien yang sedang mengalami kecelaruan-kecelaruan mental, seperti kemurungan yang serius, penyalit schizophrenia, masalah ketagihan dadah dan sebagainya. Menurut laporan Kajian Kesihatan Kebangsaan dan Morbiditi ketiga pada 2006. 11% rakyat Malaysia mengalami masalah mental. Ini bermakna kira-kira 2.6 juta daripada keseluruhan penduduk mengalami gangguan berkaitan kesihatan mental. Jika ini penyakit berkaitan gangguan mental (termasuk disebabkan pengambilan dadah) berada di tangga ke 10 dalam senarai penyakit membebankan, dianggarkan menjelang 2020, masalah ini akan menduduki tangga kedua iaitu selepas penyakit jantung. Ini berdasarkan perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO) yang menyasarkan masalah mental akan mewakili 15% daripada penyakit global pada tahun tersebut. Bagaimanakah masalah ini dapat ditangani?. Bagi setengah sekolah dan institusi pengajian tinggi, besar kemungkinan kaunselor hanya mampu mengurus kes-kes

kesihatan mental yang ringan sahaja (Choong Lean Keow,2007). Bagaimana pula dengan kes-kes yang lebih serius? Satu kenyataan dari akhbar Berita Harian 2 Mac 2011, oleh Tan Sri Lee Lam Thye(Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Mental) menjelaskan bahawa, terdapat beberapa kejadian bunuh diri yang berlaku baru-baru ini telah membuktikan bahawa perlunya kerajaan dan pihak berkaitan meningkatkan usaha dalam mempromosi kesihatan mental yang baik dalam negara. Seperti yang dinyatakan Pakar Psikiatri di Universiti Malaya, prof Dr Mohamad Hussan Habil, akan ada lebih banyak kes bunuh diri pada masa akan datang sekiranya isu penyakit mental ini tidak dibendung dengan segera. Menurut beliau lagi, perkara yang menyedihkan ialah ramai rakyat Malaysia tidk mengambil isu kesihatan mental sebagai suatu yang serius atau kurang prihatin mengenai bagaimana untuk bertindak apabila berhadapan dengn mereka yang menunjukkan kecenderungan untuk membunuh diri. Di Malaysia, kadar bunuh diri meningkat dari setahun ke setahun di antara Sembilan ke 12 orang dalam populasi serama 100,000 orang berbanding lapan pada 1980an. Penyakit mental boleh menjurus kepada peningkatan kadar bunuh diri di seluruh dunia dengan kadar kematian dalam setiap 40 saat (Berita Harian, 2 Mac 2011). Antara cabang masalah kesihatan mental yang lain ialah kemurungan di kalangan masyarakat. Jangkaan berkenaan berpandukan kepada corak pertambahan masalah kemurungan ketika negara dilanda krisis ekonomi sekitar 1990-an, apabila masalah kemurungan atau tekanan dengan ciri kemurungan meningkat antara 10 hingga 20 peratus. Justeru, persediaan awal perlu dilakukan bagi menyedarkan masyarakat mengenai kemurungan termasuk petanda penyakit dan kepentingan mendapatkan rawatan. Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Prof Dr Mohamad Hussain Habil, berkata kemurungan yang tidak dirawat menyebabkan pesakit menderita sendirian, hilang keupayaan untuk hidup serta mendorong rasa untuk membunuh diri sebagai langkah keluar daripada masalah yang membelenggu. Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia, Datuk Dr Ismail Alias telah berkata, guru kaunselor tidak seharusnya mengehadkan peranan mereka dengan mengatakan sesi kaunseling untuk pelajar yang mempunyai masalah semata-mata. Nisbah setiap guru kaunselor adalah untuk 500 pelajar dan difahamkan kira-kira 7,000 guru

kaunselor di seluruh negara. Jumlah ini sangat besar, memperlihatkan peranan mereka begitu penting di sekolah bagi mengenalpati pelajar yang berhadapan dengan stress dan kemurungan. Mereka juga perlu melakukan preventif dan pembangunan terhadap golongan ini dari masa ke semasa katanya kepada mStar Online, 22 Jan 2011. Beliau juga telah mengulas mengenai rancangan Kementerian Kesihatan yang memperkenalkan modul kesihatan mental di sekolah menengah untuk menangani masalah stres. Sebagai permulaan, program tersebut akan diperkenalkan di empat sekolah printis selama 6 bulan sebelum dikembangkan ke seluruh negarah menjelang akhir tahun ini. Program menangani kesihatan mental seawall usia remaja itu antaranya bertujuan member pendedahan kepada guru untuk mengenalpasti pelajar yang mengalami stress bagi memastikan golongan itu menerima rawatan dan bimbingan seawal mungkin. Empat buah sekolah rintis yang dipilih iaitu sekolah Menengah Kebangsaan Datu Haji Abdullah Ahmad Badawi, Sekolah Menengah St Michael, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan dan Sekolah Menengah Simpang Bekoh. Choong Lean Keow,2007 dalam bukunya menjelaskan bahawa tokoh-tokoh kaunseling kesihatan mental telah mengenalpasti enam strategi intervasi secara tidak langsung iaitu :yPencegahan Program-program kesihatan yang memupuk gaya hidup sihat di kalangan rakyat contohnya bersenam dan pemakanan yang baik. Pencegahan ini merangkumi tiga jenis iaitu primer (sebelum adanya menifestasi masalah), sekunder (mengenalpasti individu yang berisiko untuk dijadikan sasaran program, tertiary (mengurangkan masalah kecelaruan mental yang sedia ada).

yPembelaan Kaunselor bertindak bagi pihak klien berkenaan dengan kerjasama pihak mahkamah, polis, agensi social dan sebagainya. Justeru itu, kaunselor ini

berperanan sebagai penyokong, penasihat, juara dan wakil klien yang menghadapi masalah kecelaruan. yKonsultasi Perundingan diadakan melibatkan ibu bapa, ahli-ahli keluarga dan orang-orang signifikan dalam kehidupan klien berkenaan. Kesimpulan Sikap terhadap perkhidmatan kaunseling menjadi fokus bagi mengetahui sejauh mana penerimaan masyarakat terhadap perkhidmatan ini. Sepertimana yang telah dibincangkan, kaunseling mempunyai tujuan yang sangat bermakna dalam menangani pelbagai masalah klien. Antara masalah-masalah yang telah dibincangkan ialah masalah pelajar, masalah perkahwinan, masalah pekerja dan masalah mental. Setiap jenis masalah boleh ditangani dengan kaedah pendekatan kaunseling yang sesuai. Boleh dikatakan, kaunseling adalah alat untuk membantu klien yang datang daripada pelbagai masalah. Keberkesanan kaunseling memang terbukti berjaya mengubah pemikiran dan pendirian klien. Daripada seseorang yang terlalu bergantung boleh menjadi seorang yang berfikiran kendiri dan berkeyakinan untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Namun demikian kaedah kaunseling yang digunakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah haruslah berpandukan kepada teori yan bersesuaian. Penggunaan teori dalam amalan kaunseling merupakan satu isu yang penting dan perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Teori yang asas membolehkan kaunselor itu berupaya meneliti sesuatu pengalaman kaunseling dengan lebih terperinci. Di samping itu teori dapat mengawal pemikiran kaunselor dengan teratur serta dapat membantunya membuat penerokaan dan penilaian proses kaunselingnya. Sehubungan itu, penggunaan teori akan dapat membantu kaunselor merancang sesuatu matlamat kaunseling bagi kliennya (Brammer dan Shostrom 1982 dalam Othman 2000). Pengukuhan dalam satu teori kaunseling dapat memberi peluang kepada kaunselor untuk memilih, membuat sintesis dan menggunakan konsep teori yang berbeza serta teknik kaunseling yang berkaitan dengan teori tersebut (Othman, 2000). Baruth dan Huber (1985) berpendapat bahawa tidak ada satu pendekatan yang sesuai untuk semua klien dalam setiap suasana kesulitan yang dialami oleh klien tersebut. Ini bermakna kaunselor perlulah menyesuaikan teknik tertentu daripada teori yang berbeza itu kepada suatu pendekatan teori kaunseling yang spesifik.

Perkhidmatan kaunseling secara profesional didapati meninggalkan kesan positif terhadap perubahan jangka pendek dan jangka panjang. Ini membuktikan bahawa para kaunselor mempunyai peranan yang penting dalam usaha mengurangkan punca gejala sosial, masalah keluarga dan perkahwinan, masalah di tempat kerja, maslah mental dan banyak lagi masalahmaslah lain . Perkhidmatan kaunseling ini perlu dikembangkan dengan pelbagai pendekatan bagi membantu individu yang memerlukan sokongan emosi yang berterusan dalam menghadapi cabaran.

Rujukan Saleha Ahmad. (2006). Amalan nilai murni di kalangan guru bimbingan dan kaunseling dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah menengah.Tesis Ijazah Sarjana Pendidikan. 1-38. Ruhani binti Mt Min. (2009). Budaya sekolah: Implikasi terhadap proses pembelajaran secara memgalami.Jurnal kemanusiaan bil 13.1 -16. Mohd Redzwan, Mohd Hasbi Mod Yunus, Sulaiman Shakib Mohd Noor. (2008). Panduan kaunseling keluarga : Teknik penyampaian pengetahuan mengikut pendekatan Islam.seminar Kaunseling Keluarga. 1 13. Siti Fatimah Haji Abdul Ghani, Haslee Sharil Lim Abdullah. (2006). Perkhidmatan kaunseling keluarga : Satu alternatif dalam pengurusan konflik rumahtangga. Jurnal Universiti Malaya. 112.

Anda mungkin juga menyukai