Anda di halaman 1dari 23

1.0 TAJUK KAJIAN Mempertingkatkan minat pelajar dalam matapelajaran Sejarah dengan kaedah pengajaran yang berpusatkan pelajar.

Pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role Play Simulation).

2.0 NAMA PENGKAJI Nama dan Ahli Jawatankuasa Pengkaji Kertas kerja ini dikemukakan oleh Jawatankuasa Penyelidikan Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang, Tanjong Malim, Perak. Nama-nama guru dalam jawatankuasa adalah: 1. Siti Zaleha Binti Ramli 2. Rozana Anak Kuat 3. Tuan Norhayati Binti Tuan Daud 4. Pilly Anak Man 5. Awang Syazwan Bin Awang Hassan

3.0

LATAR BELAKANG KAJIAN Jere Brophy (2003), mengajar bukan hanya sebuah kurikulum dan pengajaran semata-

mata. Pengajaran turut berkaitan dengan pengurusan bilik darjah, motivasi murid untuk belajar dan memenuhi keperluan individu dalam pembelajaran di dalam bilik darjah. Mata pelajaran Sejarah kemahiran mengingati dan menghayati fakta atau urutan peristiwa sejarah di samping memupuk semangat patriotisme dan perasaan bangga sebagai warganegara Malaysia. Tinjaun awal yang dilakukan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) sejarah mendapati masalah penglibatan pelajar dalam P&P adalah satu masalah bagi guru. Kekurangan penglibatan tersebut merencatkan P & P untuk menjadi lebih berkesan dan bermakna. Pembelajaran yang berpusatkan guru akan menyebabkan mereka pasif dalam proses pembelajaran dan tidak mengalami proses

penaakulan dan deep learning. P&P yang bersifat sehala dan berpusatkan guru dalam P&P sejarah telah menjadi pelajar tidak melibatkan diri dalam P&P. Hal ini disebabkan mereka merasakan P&P sejarah hanyalah mendengar guru berceloteh dari awal masa dan hingga loceng menandakan tamatnya waktu P&P pada hari tersebut. Oleh yang demikian, pelajar hanya mendengar celoteh guru dan tidak memperolehi pelajaran secara maksima kerana aktiviti yang dijalankan lebih kepada kaedah syarahan yang memerlukan murid untuk mendengar dan tidak melibatkan penglibatan fizikal dan mental pelajar. Guru dalam tinjauan tersebut masih berpegang kepada sistem lama iaitu pengajaran bersifat menghantar dan menerima maklumat yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yang sama disampaikan di dalam pengajaran. Guru menjadi pengarah kepada proses-proses maklumat kepada bahan pengajaran. Sistem tersebut menjadi murid di dalam kelas menjadi bosan dan kurang motivasi untuk belajar serta memberikan tumpuan. Pendekatan bersifat student centered learning dalam menangani melalui kaedah simulasi watak (Role Play Simulation) dicadangan dalam kajian tindakan tersebut. Kajian yang dicadangkan terseebut melihat peranan guru untuk berkongsi peranan mengawal dan pengendalan di dalam pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama murid. Pendekatan tersebut memastikan aktiviti yang dijalankan di dalam kelas melibatkan pelajar dengan gur bersifat dua hala dan secara tidak langsung menjana motivasi yang tinggi dalam kalangan pelajar berbanding dengan sistem lama yang berpusatkan guru. Sistem berpusatkan murid, murid turut memberikan tanggungjawab di dalam menyediakan sendiri dan menyampaikan maklumat isi kandungan dengan lebih kreatif. Dalam hal tersebut, pengajaran berpusatkan murid secara tidak langsung akan membantu murid mempertingkatkan prestasi secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak maklumat dan pemahaman terhadap isi kandungan dengan lebih mendalam.

4.0 PERNYATAAN MASALAH Dalam memperkatakan isu tentang pengajaran pembelajaran yang berlaku di dalam kelas Sejarah terutamanya, guru dilihat sebagai prospek besar dalam mempengaruhi proses P&P yang dijalankan. Kecenderungan guru dalam memilih kaedah pengajarannya akan menentukan sejauhmana berkesannya proses P&P tersebut. Jikalau guru tidak mementingkan aspek variasi

dalam pengajarannya, ianya akan mencernakan kebosanan dan tidak mampu menarik perhatian pelajar-pelajar semasa mengajar Sejarah di dalam kelas. Oleh sebab itulah kaedah ataupun penggunaan kaedah serta metode lakonan di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Sejarah merupakan kaedah yang dirasakan mampu menampung lompang-lompang kelemahan proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah pada hari ini. Kita harus sedar dengan dunia yang dilanda fenomena kepesatan dan kemajuan teknologi lebih-lebih lagi di dalam negara kita yang semakin dimomokkan dengan konsep globalisasi dunia tanpa sempadan semakin menjadikan setiap perkara yang menjadi komponen terpenting kepada agen kemajuan negara termasuklah bidang pendidikan. Mata pelajaran Sejarah juga merupakan antara aspek terpenting dalam Kurikulum Pendidikan negara kita. Disebabkan kemajuan dan kepesatan ini, maka minda dan mentaliti masyarakat yang merangkumi setiap lapisan khususnya para pelajar juga akan bertambah moden dan ideal sejajar dengan peredaran zaman yang mula berubah. Kita juga sedia maklum bahawa satu transformasi di dalam arena pendidikan haruslah digubal dan dirangka seterusnya diimplementasikan di dalam setiap mata pelajaran khususnya Sejarah agar para pelajar tidak mula berasa bosan dengan pendekatan yang sedia ada dan disifatkan lapuk. Selain itu, guru dilihat Cuma terikat dengan gaya pengajaran yang terlalu ortodoks ataupun tradisional tanpa memuatkan nilai tambah di dalam pengajaran. Maka dengan adanya perubahan ini, pastinya kerancakan dan kehangatan semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran ( P&P ) Sejarah berkekalan momentumnya. Kaedah lakonan dirasakan amat sesuai dalam memantapkan lagi aktiviti pengajaran guru di dalam kelas. Hal ini disebabkan sudah menjadi adat manusia untuk mencari sesuatu yang baru dan semangat inkuiri manusia lebih memungkinkan kaedah penyampaiab sesuatu dan dalam konteks ini para pelajar mula mencari apakah kaedah yang boleh menarik perhatian mereka di dalam kelas lebih-lebih lagi di dalam mata pelajaran Sejarah. Selain itu, apa yang hendak ditegaskan dan dipaksikan di sini adalah bagaimana dengan kaedah lakonan ataupun simulasi dalam mata pelajaran Sejarah ini mampu meningkatkan minat dan perhatian pelajar kepada proses pengajaran guru Sejarah di dalam kelas. Kemampuan manusia untuk memberi perhatian kepada sesuatu maklumat yang sedang disampaikan adalah tidak konsisten dan keberkesanannya adalah bergantung kepada sejauhmanakah karismatik ataupun tarikan sesuatu kaedah itu di dalam aspek penyampaian. Jadi dengan adanya kajian ini kita akan dapat melihat keberkesanan kaedah lakonan di dalam mata pelajaran Sejarah ini. Isu-isu yang wujud dan juga kaedah bagi menyelesaikannya semestinya

berbeza dan perkara ini penting untuk dikaji supaya murid-murid dari dua kawasan tersebut mendapat faedah daripada penggunaan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Selain itu, hasil kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam memperkasan sistem pendidikan Sejarah.

5.0

OBJEKTIF KAJIAN OBJEKTIF AM Untuk meningkatkan penglibatan murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

sejarah supaya kualiti PEMBELAJARAN murid meningkat sewaktu dalam kelas.

OBJEKTIF KHUSUS

Bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam pengajaran Sejarah. Pelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran sejarah. Untuk mengubah sikap dan minda murid dalam mata pelajaran Sejarah. Untuk meningkatkan Kefahaman murid. Untuk memperbaiki Pencapaian murid. Untuk penglibatan murid dalam kelas semasa P&P berlangsung.

6.0

LITERATUR KAJIAN Pengkaji membuat kajian ini adalah bertujuan untuk meningkatkan minat murid dalam

mata pelajaran Sejarah dengan kaedah pembelajaran yang berpusatkan pelajar, iaitu pembelajaran aktif melalui kaedah simulasi watak (Role Play Simulation).

6.1

Latar Belakang Sejarah Dalam P&P sejarah pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh

guru sejarah

bagi melibatkan murid dan pengajaran berpusatkan murid. Prinsip umum

pengajaran sejarah yang seharusnya difikirkan oleh guru sejarah agar pembelajaran disambut baik oleh murid. Dengan ini, murid akan dapat memahami pengajaran guru dan dengan sendirinya mereka akan tertarik dengan pengajian sejarah. Antara prinsip-prinsipnya ialah kaedah mengajar perlulah bersesuaian dengan tajuk yang hendak diajar dan keadaan persekitaran murid itu sendiri. Seterusnya, bahan-bahan pelajaran yang digunakan dapat menarik perhatian dan minat murid dan sesuai dengan latar belakang dan keadaan hidup mereka. Guru juga perlu mengajar daripada apa yang diketahui oleh murid dahulu sebagai asas pengajarannya kepada yang belum diketahui oleh mereka. Guru juga perlu mengajar daripada perkara yang mudah kepada yang kompleks dan abstrak. Selain itu, guru perlu membuat persediaan, bijak dalam membuat pemilihan isi kandungan pelajaran dan menggunakan alat bantu mengajar dengan baik. Guru juga perlu menggunakan pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai dengan taraf pencapaian, kemampuan dan kebolehan murid dalam menerima pengajaran guru. Di samping itu, guru perlu menyediakan program aktiviti pembelajaran yang sesuai dan dapat melibatkan murid secara cergas dalam pengajaran guru. Seterusnya, pelbagai kaedah boleh digunakan guru walaupun dalam menyampaikan sesuatu pengajaran. Contohnya, kaedah penyampaian pengajaran guru disesuaikan dengan keadan pembelajaran murid. Guru juga perlu menggunakan masa pengajaran sepenuhnya dan

guru dapat mengambil kira faktor masa dalam pengajarannya. Guru juga perlu memikirkan perbezaan individu dalam pengajaran guru dengan menempatkan murid dalm kumpulan, jika perlu mengikut tahap pencapaian, bakat, dan kebolehan pelajar dalam bidang akademik dan akhir sekali guru perlu mendapatkan maklum balas daripada murid dengan menilai kaedah pengajaran guru dan kesan terhadap pembelajaran murid. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa jika guru sejarah mengamalkan prinsip-prinsip tersebut maka penglibatan pelajar aktif meningkat dan P&P berjaya. Oleh sebab itu, setiap guru sejarah perlu mengamalkan prinsip-prinsip dalam P&P bagi memantapkan lagi tahap kefahaman murid dan berpusat pelajar.

6.2

Latar Belakang Teoretikal Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Teoretikal didefinisikan sebagai berdasarkan teori

iaitu, tidak pada pengalaman atau amalan. Slavin (1987) telah mencadangkan 2 perspektif teori yang dapat dikaitkan dengan kesan positif pembelajaran koperatif iaitu teori motivasi dan teori kognitif. Menurut Slavin (1990), dari perspektif motivasi, penetapan gol secara koperatif seperti dalam pembelajaran koperatif mewujudkan satu situasi di mana setiap ahli kumpulan akan hanya dapat mencapai matlamat peribadi sekiranya kumpulannya berjaya. Justeru, demi mencapai matlamat peribadi, pelajar akan cuba memberi galakan kepada rakan-rakan sekumpulan serta membantu mereka agar kumpulan mereka akan berjaya. Menurut Slavin (1987) juga dari perspektif kognitif pula, 2 teori dapat digunakan untuk menjelaskan kesan pembelajaran koperatif, iaitu teori perkembangan (developmental) dan teori elaborasi (elaboration). Manakala menurut Damon (1987), teori developmental bermaksud mengandaikan bahawa interaksi sesama pelajar dalam menjalankan tugasan yang bersesuaian

akan dapat meningkatkan tahap penguasaan mereka terhadap konsep-konsep penting Hal ini kerana melalui proses interaksi dengan pelajar lain, pelajar akan terpaksa menerangkan dan membincangkan perspektif masing-masing terhadap sesuatu tajuk/isu, dan ini seterusnya membawa kepada peningkatan penguasaan mereka terhadap apa yang mereka pelajari. Di samping itu, usaha untuk menyelesaikan percanggahan pendapat yang mungkin timbul semasa perbincangan mereka turut mengakibatkan peningkatan tahap pemahaman terhadap konten yang dipelajari. Penjelasan dari perspektif teori elaborasi pula menekankan bahawa salah satu cara pembelajaran yang paling berkesan adalah untuk menerangkan bahan yang dipelajari kepada orang lain. Aktiviti pembelajaran koperatif seperti model STAD akan menggalakkan pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan menerima penjelasan, justeru dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman, kualiti penaakulan, dan meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang (Johnson, Johnson, & Holubec, 1986). Pengkaji telah menggunakan teori Konstruktivisme dalam P&P bagi meningkatkan penglibatan murid dalam P&P. Teori konstruktivisme ini akan menyebab murid berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran

terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara.

Seterusnya, pengkaji menggunakan teori inkuiri bagi menyelesaikan masalah kajian. Teori inkuiri iaitu teori penemuan, merupakan pendekatan yang mementingkan pembelajaran melalui pengalaman. Inkuiri secara am bermaksud mencari maklumat, menyoal dan menyiasat sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling. Penemuan merupakan sifat utama inkuiri. Oleh itu, teori ini sesuai digunakan bagi menyelesaikan masalah kajian kerana penemuan baru akan melibatkan penglibatan pelajar dan berpusatkan pelajar. Pembelajaran secara penemuan berlaku apabila konsep dan prinsip utama dikaji dan ditemui oleh murid sendiri. Murid melalui aktiviti seperti ujikaji akan menyiasat sesuatu fenomena dan mencapai kesimpulan sendiri. Selain itu, teori Problem Bases Learning (PBL) juga boleh digunakan dalam mengatasi masalah kajian. Teori ini lebih kepada belajar berlandaskan masalah yang dihadapi. Murid belajar melalui masalah yang ditimbulkan oleh guru. Dengan ini, murid akan melibatkan diri secara aktif. Dengan ini jelaslah menunjukkan pengajaran berpusatkan pelajar dapat dilaksanakan dengan menggunakan teori konstruktivisme, teori inkuiri dan teori PBL . 6.2 Kajian Terdahulu

Beberapa kajian telah menyelidiki kesan kaedah pembelajaran koperatif terhadap pembelajaran pelajar. Antaranya, Humphreys dan Johnson (1982) membuat perbandingan strategi pembelajaran secara koperatif, kompetitif, dan individulistik dalam pembelajaran Sains. Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa pelajar yang diajar dengan kaedah koperatif dapat mengingat dan mengekalkan ingatan tentang lebih banyak maklumat yang dipelajari, berbanding dengan pelajar yang belajar secara kompetitif dan individulistik. Dalam hal ini juga, Sherman dan Thomas (1986) turut mendapat hasil dapatan yang serupa dalam kajian mereka yang dijalankan ke atas pembelajaran matematik moden di sekolah menengah atas. Allen dan Van Sickle (1984) dalam satu kajian eksperimental dalam kalangan pelajar lemah pencapaian akademik, menggunakan Model Pengajaran STAD sebagai rawatan, dan mendapati bahawa

pelajar lemah yang diajar berasaskan model STAD mendapat skor yang lebih tinggi dalam ujian subjek Geografi Dunia. Sebagai rumusan, meta-analisis yang dilakukan oleh Johnson, Maruyama, Johnson, Nelson, dan Skon (1981) ke atas 122 kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa terdapat bukti yang kukuh tentang kelebihan pembelajaran koperatif berbanding dengan pendekatan lain yang bersifat kompetitif dan individulistik, dalam meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Menurut kajian Subadrah Nair dan Malar a/p Muthiah (2005), pengkaji berfokus pada kajian mengenai Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah. Dalam kajian ini pengkaji menekankan kepada penggunaan model konstruktivisme dalam pembelajaran sejarah dan bagaimana cara ini dipraktiskan dalam pengajaran sejarah. Menurut Caprio (1994), McBrien dan Brandt (1997), dan Nik Aziz (1999) kelebihan teori konstruktivisme ialah pelajar berpeluang membina pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh antara pembelajaran terdahulu dengan pembelajaran terbaru. Pembelajaran terdahulu dikaitkan dengan pembelajaran terbaru. Perkaitan ini dibina sendiri oleh pelajar. Menurut teori konstruktivisme, konsep-konsep yang dibina pada struktur kognitif seseorang akan berkembang dan berubah apabila ia mendapat pengetahuan atau pembelajaran kerana pelajar digalakkan membina konsep sendiri dengan menghubungkaitkan perkara yang dipelajari dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Dalam proses ini, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka tentang sesuatu perkara. Hasil daripada kajian ini, pengkaji dapat menjadikannya sebagai sorotan kajian. Hal ini demikian kerana, penggunaan model konstruktisme lebih kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Oleh sebab itu, kajian ini boleh dijadikan panduan oleh pengkaji. Hasil kajian Lily Azian Abdullah (2005), mengenai pembelajaran aktif untuk meningkatkan kualiti pembelajaran murid dalam mata pelajaran sejarah yang perlu diteruskan oleh gelung seterusnya. Oleh sebab itu, kajian ini dijadikan sebagai sorotan kajian oleh pengkaji bagi mendapat sedikit input dan membuat penambahbaikan ke atas kajian ini seterusnya, dijadikan sebagai panduan untuk pengkaji membuat kajian. Berdasarkan kepada pembacaan pengkaji pula, dalam buku learner-Centerd Instruction: Building Realtionships for student Success yang ditulis oleh Jeffrey H. D. Cornelisu White dan Adam P. Harbaugh. Buku tersebut mengandungi pelbagai kaedah, strategi pengurusan bilik darjah dan cara melibatkan pelajar dan membantu ke arah kejayaan mereka. Buku tersebut

memperkenalkan

kepada

guru-guru

untuk

menggunakan

kaedah

model

berdasarkan

pembelajaran yang berpusatkan pelajar untuk mempertingkatkan perhubungan guru dengan pelajar, ibu bapa, pentadbir dan guru lain dan ahli profesional organisasi yang lain. Guru turut ditunjukan peranan untuk berkongsi peranan dalam mengawal dan pengendalan didalam pengurusan bilik darjah dalam mengimbangi pengaruh dan kerjasama. Penyelidikan yang terbaik dan teori di dalam buku tersebut menekankan galakan, cabaran, dan adaptasi dalam setiap pelbagai kaedah pengajaran seperti inkuiri dan kerjasama pembelajaran kumpulan kecil dan kepercayaan serta usaha yang relevan. Kajian yang dilakukan terhadap pelajar yang boleh dipraktikan melalui kaedah kumpulan kecil dan pengurusan kendiri. Kaedah Think-Pair-Share merupakan kaedah yang boleh dipraktikan di dalam strategi pegajaran untuk mempertingkatkan penyertaan berdasarkan interaksi sesama pelajar. Dalam kaedah tersebut, pelajar berkongsi maklumat dan pendapat tentang isi kandungan yang ingin disampaikan oleh guru. Patilo and Vaughn (1992) di dalam buku tersebut, ada menyentuh tentang pembelajaran berpusat yang bermakna galakan perhubungan. Hal ini bermakna galakan antara pelajar tersebut sendiri akan memperkembangkan pengelapastian pembelajaran di dalam komuniti dan memahami perhubungan sosial dengan pelajar lain untuk mencari jawapan kepada isi kandungan pelajaran. Pembacaan seterusnya melibatkan buku Student-Centred Classroom Assessment yang ditulis oleh Richard J. Stiggins. Buku tersebut memperkenalkan hasil dua puluh tahun persediaan pendidikan cemerlang di peringkat rendah, tadika, junior tinggi, dan sekolah tinggi. Buku tersebut secara relaliti memberikan kebijaksaan secara kolektif dalam menilai idea, ketidak pastian dan kekecewaan dalam pengajaran. Kajian tersebut mengambil salah satu prinsip di dalam penilaian positif kaedah persekitaran konstruk iaitu menekakan pelajar sebagai kunci penilaian pengajaran di dalam mengetahui perbezaan di dalam prestasi dan pemahaman terhadap kualiti prestasi. Hal ini lebih memberikan gambaran prestasi pelajar menjadi penilai kepada kaedah konstruk yang dijalankan yang bersifat berpusatkan pelajar. Perbezaan yang ketara juga diketengahkan di dalam sistem tradisonal dan sistem berpusatkan pelajar tersebut adalah perlakuan iaitu kejayaan sasaran iaitu pelajar terlibat di dalam proses komunikasi. Perbezaan antara sistem tersebut adalam sistem yang tradisonal bersifat menghantar dan menerima maklumt yang disampaikan dan pemahaman dinilai berdasarkan bahan yag sama disampaikan di dalam pengajaran. Pembelajaran berpusatkan pelajar lebih kepada membawa kepada pembelajaran yang lebih mendalam dan isu dibincangka secara serius di antara para pelajar. Selain itu, sistem lama

menyebabkan guru menjadi pengarah kepada proses, semua maklumat kepada bahan pengajaran. Manakala sistem berpusatkan pelajar, pelajar turut bertanggungjawab di dalam menyedakan dan menyampaikan maklumat. Pengajaran berpustakan pelajar secara tidak langsung akan membantu para pelajar mempertingkatkan prestasi secara tidak langsung terdedah kepada lebih banyak maklumat dan pemahaman terhadap is kandungan. Buku berikutnya, How Student Lear: Reforming Schools Through Learner-Centered Education yang diedit oleh Nadine M. Lamber & Barbara L. McCombs yang membincangkan kaedah pengajaran yang unik dan pengenalan kepada perbezaan pelajar. Buku tersebut menyelidik tentang pembelajaran pelajar dan memperkenalkan perspektif teori danpenyelesaian kepada psikologi pendidikan. Selain itu, buku mempersembahkan perbezaan hasil kerja yang dilakukan oleh pendidik dan ahli psikologi dalam memperkembangkan dan penerangan ilmu psikologi berdasarkan pendidikan yang paling relevan. Berdasarkan laporan di American Psychogical Asociation (APA) di dalam pendididkan 1993, pembelajaran berpusatkan pelajar memaksimakan intellegent Challenged di dalam menghubung kaitkan maklumat baru dengan pengetahuan yang sedia ada dalam kaedah yang lebih bermakna. Ringkasnya, jangkaan positif terhadap perlaksaan latihan inovatif boleh dibuat melalui elemen-lemen seperti kurikulum, kumpulan, penilaian, motivasi,tanggungjawab belajar, perhubungan kelas dan sebagainya. Pendekata boleh dibuat secara inovatif adalah memperkayakan bahan kurikulum pembacaan pelajar dan pengajaran kaedah yang pelbagai kumpulan yang mengedit sesebuah penulisan dan mencipta bahan bersejarah. Dalam kumpulan pula, aktivitiberkumpulan membolehkan para pelajar berkerjasama dengan semua orang. Kumpulan yang pelbagai di dalam kelas mewujudkan penghargaan di dalmkelas dan galakan kepada pelajar melibatkan diri dalam aktivit pembelajaran. Penilaian boleh dilakukan dengan presasi kepada kejayaan sesebuah role plays, dan drama. Motivasi digalakan dengan kerjasama daripada strategi pemgajaran persaingan dan memfokuskan kepada motivasi intrisik iaitu galakan kepada minat pelajar. Tanggungjawab di dalam pengajaran melibatkan lebih banyak peryertaan pelajar. Mereka membuat pilihan di dalam isi kandungan aktiviti, bertanggungjawab memimpin di dalam kumpulan kecil, maklum balas dalam setiap ahli kumpulan dan belajar mempertingkatkan kemahiran belajar serta strategi konflik pengurusan. Perhubungan kelas

emperkembangkan perhubunga individu setiap pelajar di dalam penulisan tugasan dan perbincanganserta mengalakan kepelbagaian bakat dan pandangan.

7.0 7.1

METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian

Kajian tindakan ini dijalankan mengikut gelung kajian tindakan Kurt Lewin seperti berikut : Rajah 1: Model Kajian Tindakan
Mengenalpasti isu dan masalah kajian

Menganalis masalah -Perbincangan penyeledik guru dengan pensyarah. -Tinjauan karya

Refleksi dan penilaian

konseptualisasi Masalah : Prinsip/Teori Berhubung Dengan Masalah

Mengutip dan menganalisis data

Pembentukan pelan tindakan & penetapan alat kajian/kaedah penialain.

Perlaksanaan tindakan Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Somekh (1989) seperti berikut:

Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian kepada langkah 2. Langkah 2- Mengumpul data Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru sejarah yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Peralihan Satu Azam Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang. Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaian pelajar kelas ini dalam menguasai matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar. Langkah 4- Merancang pelan tindakan Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan kaeah yang berpusatkan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah di Sekolah Menengah Kebangsaan Kalumpang. Contohnya , dengan menjalankan aktiviti pengajan seperti kaedah lakonan atau simulasi watak. Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan: Aktiviti 1: Mengenalpasti ciri-ciri penduduk yang tinggal di kawasan Agraria dan Maritim. Aktiviti 2: Lakonan dalam Kumpulan Aktiviti 3: Penekanan fakta semasa lakonan tersebut. Langkah 6- Mengumpul data untuk mengesahkan perubahan

Ujian pasca adalah ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dilaksanakan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini melibatkan soalan-soalan berkaitan ciri-ciri kerajaan Agariria dan Maritim bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar mengingati faktatersebut. Langkah 7- Menganalisis dan menilai Analisis dan penilaian akan dilakukan berdasarkan perbandingan keputusan ujian pra dan post bagi menilai keberkesanan pelaksanaan aktiviti simulasi watak. Langkah 8- Refleksi Refleksi akan dilakukan bagi membuat penilaian bagi keseluruhan keberkesan kajian ini.

7.2

Sasaran Kajian Kumpulan sasaran yang akan terlibat dalam kajian ini adalah terdiri daripada kumpulan

pengkaji, gur-guru yang mengajar Sejarah Tingkatan 1. Kajian tindakan ini berfokus kepada 25 orang pelajar tingkatan 1 Azam yang menghadapi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah. 7.3 Instrumen Kajian Dalam kajian akan digunakan tiga kaedah pengumpulan data iaitu:
I.

Pemerhatian dan temubual- pemerhatian akan dilakukan oleh pengkaji terhadap tingkahlaku pembelajaran pelajar-pelajar di dalam kelas 1 Azam semasa pengajaran dilaksanakan. Tujuannya untuk mengenalpasti sikap murid semasa P&P sejarah, bagaimana mereka memberi tindakbalas terhadap pengajaran guru sama ada melalui latihan perbincangan, mengemukakan fakta dan pendapat, menjawab soalan objektif, melalui penulis esei atau melaui aktiviti berkumpulan. Cara pemerhatian yang digunakan ialah dengan menghasilkan video. Setiap aktiviti murid di dalam kelas dirakam.

II.

Soalan-soalan ujian- Pengkaji akan mengedarkan dua set soalan ujian iaitu Pra-ujian dan Pos Ujian akan diberikan kepada pelajar berkaitan dengan topik Ciri-ciri Kerajaan Agraria . Pelaksanan ini dijalankan di dalam kelas melalui ujian pembacaan aktif, pendengaran aktif, penulisan aktif, percakapan aktif, dan manipulasi. Tujuan pra ujian dan pos ujian dijalankan adalah untuk melihat pencapaian pelajar bagi kedua-dua ujian tersebut. Berdasarkan perbandingan yang dibuat, akan diketahui sama ada berkesan atau tidak penggunan strategi aktiviti berpusatkan murid dalam pengajaran sejarah.

III.

Kaji selidik- Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada murid. Kaedah ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana minat murid itu dalam mempelajari subjek sejarah. PEMBELAJARAN AKTIF PROGRAM KAJIAN TINDAKAN (Borang soal selidik) Sila tandakan jawapan anda berdasarkan 1. Tidak setuju 2. Setuju 3. Amat setuju SOALAN 1) Saya merasakan matapelajaran Sejarah sangat sukar 2) Saya menganggap matapelajaran Sejarah tidak penting 3) Saya bosan belajar Sejarah 4) Saya sukar mengingat fakta Sejarah 5) Saya tidak pasti mengapa saya belajar Sejarah 6) Saya inginkan perubahan suasana belajar yang lebih bebas JAWAPAN ( ( ( ( ( ( ) ) ) ) ) )

7) Saya ingin diberi peluang utk melakukan proses pembelajaran sendiri 8) Saya suka suasana yang humor dan ceria ketika belajar 9) Saya mahu menyediakan sendiri nota sendiri dengan bimbingan guru 10) Saya mahu diberi peluang berinteraksi semasa belajar

( (

) )

7.4

Metod Analisis Analisis data akan dilakukan bagi mengetahui sejauhmana keberkesanan tindakan

kajian yang akan diambil. Dua metod analisis yang akan digunakan ialah: Ujian pra - merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas tibgkatan Satu ini dalam menguasai fakta dan menanam minat dalam matapelajaran Sejarah. Ujian ini akan melibatkan 25 orang pelajar bukan. Ujian pasca - ujian yang akan dijalankan selepas aktiviti dijalankan kepada pelajarpelajar tersebut. Ujian pasca akan dijalankan bagi mengetahui tahap peningkatan pelajar setelah kaedah lakon semula dijalankan terhadap pelajar ini melalui proses P & P. Perbandingan markah di antara dua ujian iaitu ujian pra dan ujian pasca akan menentukan keberkesanan tindakan kajian yang diambil. Markah ujian pasca yang lebih tinggi daripada ujian pra menunjukkan bahawa tindakan yang dilaksanakan berkesan sehingga meningkatkan markah pelajar berbanding sebelum tindakan dijalankan.Semua peraturan am tentang pentadbiran bagi kedua-dua ujian ini adalah sama dengan pentadbiran ujian penilaian yang lazim diamalkan di sekolah-sekolah. Sebelum ujian dijalankan, persetujuan dengan pihak pentadbiran dan guru mata pelajaran perlu diperolehi. Kedua-dua ujian akan dijalankan dalam masa 60 minit yang mana jangka masa bagi ujian ini bersesuaian dengan satu waktu pelajaran yang terdapat di sekolah ini.

Pemerhatian - Sikap pelajar sebelum dan selepas tindakan diambil boleh dalam kumpulan sambil mengingtai fakta yang

dianalisis

melalui pemerhatian. Perubahan positif yang dilihat seperti pelajar mampu berinteraksi betul menunjukkan keberkesanan tindakan yang diambil. Selain itu pemerhatian ini juga dapat mengenalpasti sikap belajar pelajar-pelajar ini dan bagaimanakah mereka membuat respon terhadap pengajaran guru. Bil Aktiviti Tarikh

1 2 3 4 5 6 7 8 9

Mengenal pasti masalah. Menulis proposal kajian. Merancang tindakan. Melaksanakan tindakan. Membincangkan masalah yang timbul Ujian untuk mengesan pencapaian murid. Refleksi kajian Menulis Laporan Pembentangan dapatan kajian.

8 Febuari 2011 11 Feb 2011 18 Feb 2011 Mac 2011 Mac 2011 Mac 2011 Mac 2011 April 2011 April 2011

7.5

PELAKSANAAN KAJIAN

8.0

KESIGNIFIKAN KAJIAN Apabila kita memperkatakan tentang kepentingan mahupun signifikan kajian tindakan

berhubung dengan penggunaan lakonan di dalam proses pengajaran dan pemebelajaran Sejarah, pastinya kita tertanya-tanya kesesuaiannya dengan nilai-nilai Sejarah itu sendiri. Dapatan kajian ini merupakan satu maklumat yang penting bagi dunia pendidikan kerana membantu pihak pentadbiran di dalam bidang pendidikan di dalam menguruskan sekolah-sekolah berkenaan dengan penggunaan kaedah lakonan di dalam mata pelajaran Sejarah ini. Selain itu, dapatan kajian ini juga penting bagi rujukan guru-guru di sekolah di dalam mengaplikasikan kaedah

lakonan ataupun simulasi ini di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di sekolahsekolah. Perkongsian terhadap data kajian ini pastinya akan membantu guru-guru, para pelajar dan pihak pentadbiran di dalam penggunaan kaedah lakonan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah kerana terdapatnya segala permasalahan yang telah dibincangkan serta jawaban kepada permasalahan tersebut. Oleh itu, kajian ini merupakan satu kajian yang penting dan perlu untuk dilaksanakan bagi memudahkan guru Sejarah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dengan adanya aplikasi lakonan yang mantap. Selain itu, dengan kita membuat kajian terhadap penggunaan kaedah lakonan di dalam P&P Sejarah, interaksi guru dengan para pelajar akan lebih dominan dan jelas kerana bukan sahaja melenyapkan persempadanan antara guru dengan pelajar malah guru mampu mengetahui masalah sebenar yang melanda diri pelajar. Pentingnya kajian ini adalah dengan dapatan yang diperoleh nanti, kita dapat melihat bagaimana sebenarnya kefahaman dan pengetahuan para pelajar itu dapat ditingkatkan. Walaupun terdapat alasan lain yang diluahkan oleh pelajar menyebabkan mereka melabel sejarah sebagai matapelajaran yang membosankan tetapi majoriti tetap menganggap kesusahan mengingat sebagai sebab nombor satu kepada permasalahan. Oleh demikian fokus kajian hanya berpaksikan kepada bagaimana kaedah yang sesuai untuk mengingat longgokan fakta-fakta sejarah yang sememangnya tidak boleh dipesongkan. Kita sedia maklum bahawa pelajar sememangnya mempunyai masalah untuk mengingat dan memahami. Dengan membantu pelajar mengingat fakta sejarah menggunakan pendekatan yang berkesan seperti lakonan, ianya mampu membantu pelajar mengingat dan memahami peristiwa sejarah serta mengambil iktibar daripada peristiwa tersebut. Apabila pelajar berjaya mengingat dan memahami fakta sejarah akan membantu pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan dan memperolehi keputusan yang cemerlang. Di samping itu, keadaan ini juga akan melahirkan masyarakat yang holistik dan mempunyai semangat cintakan negara yang unggul. Selain itu, apa yang menjadi jawapan ataupun kepentingan kajian ini adalah berhubung dengan konsep pengajaran mata pelajaran Sejarah itu sendiri. Kita sedia maklum betapa sejak dari dulu lagi konsep pengajaran Sejarah dikaitkan dengan hafalan dan ingatan semata-mata. Mata pelajaran Sejarah seolah-olah dianggap berorientasikan hafalan dan jika tidak berjaya menghafal faktafakta penting maka akan gagal mencapai objektif pengajaran Sejarah. Kita perlu tahu sebagai guru, amanah yang disandarkan kepada kita dalam merealisasikan matlamat pembudayaan nilai

dan semangat patriotisme adalah intipati utama yang menjadi tunjang kepada pengenalan mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah. Jadi dengan pengenalan dan kajian terhadap keberkesanan kaedah atau metode lakonan ini, para pendidik akan dapat mengetahui jalan ataupun solusi sebenar ke arah pembudayaan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Para pendidik juga akan dapat melihat sejauhmanakah dengan pelaksanaan kaedah lakonan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah dapat menyemai dan memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar Sejarah. Kita juga akan dapat mengatasi masalah mentaliti konsep Sejarah iaitu menghafal kepada menghayati serta meneroka sendiri. Ketertinggian nilai-nilai yang terdapat di dalam mata pelajaran Sejarah juga akan dapat mendidik para pelajar merasai sendiri dan mewujudkan indikator-indikator empati dalam memahami setiap peristiwa-peristiwa Sejarah. Kajian sebegini juga dapat memaparkan kepada guru-guru terutamanya tentang keberkesanan kaedah lakonan dalam P&P Sejarah dan dapat menilai sama ada pelajar-pelajar Sejarah berpuas hati atau tidak terhadap cara sebegini. Secara umumnya kita menjangkakan para pelajar akan berpuas hati kerana suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik dan tidak terlalu memberi tekanan kepada para pelajar di dalam mengingati fakta-fakta yang berlaku di dalam seseuatu peristiwa.

9.0

ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran Perbelanjaan Kewangan Setiap kajian tindakan yang dijalankan, sememangnya akan melibatkan kos dan tanggungan perbelanjaan kewangan. Anggarang perbelajaan mengambil kira aspek kos pengangkutan iaitu penggunaan kendereaan untuk ke sampai ke tempat kajiaan tersebut merangkui aspke pergi dan balik. Kos turut mengambik kira aspek bahan dan alat bantu

mengajar (BBM). Seterusnya kos melibatkan aspek untuk menyalin sesuatu sumber dan bahan untuk keperluan kajian tersebut. Kos untuk menjilidkan kajian tersebut dalam mengabungkan semua aspek dan sumber dan bahan yang telah dikaji. Selain itu, kos juga mengambil kira aspek mesyuarat yang diadakan iaitu melibatkan pertemuan sesama pelajar dan guru sebelum melaksanakan sesuatu kajiaan tindakan. Berikut merupakan anggaran perbelanjaan kewangan kajian tindakan ini.

BIL 1. 2. 3. 4. 5. 6.

PERKARA Kos perjalanan Bahan dan alat bantu mengajar Fotostat Penjilidan Mesyuarat Pelaksanaan Jumlah Keseluruhan

JUMLAH KOS RM 50.00 RM 20.00 RM 20.00 RM 40.00 RM 60.00 RM 50.00 RM 240.00

Jadual 2 : Anggaran Perbelanjaan Kewangan Cadangan Kajian Tindakan

10.0

JADUAL KERJA

Jadual Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan Sebelum menjalankan sesuatu kajian tindakan, pengkaji mestilah merancang dan meneliti jadual pelaksanaan kajiannya. Hal ini bagi memberi pendedahan awal kepada pihak-pihak yang akan terlibat dengan kajian tindakan ini seperti para guru sejarah, pihak pentadbiran termasuk pengetua dan penolong kanan sekolah dan murid-murid yang akan digunakan sebagai sampel utama kajian. Maka, dengan itu, pihak-pihak ini akan tersedia maklum mengenai peruntukan

masa dan takwim kajian tindakan ini untuk suatu tempoh tertentu agar mereka dapat membuat perancangan masa yang baik dan turut serta secara aktif dalam kajian tindakan ini. Berikut merupakan Jadual Perancangan Pelaksanaan Kajian Tindakan yang akan dijalankan. BIL. PERKARA 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Perbincangan Ahli Kumpulan Pemerhatian awal ke SMK Kalumpang Pembahagian Tugasan Cadangan Kajian Tindakan Menghantar kertas cadangan untuk semakan pensyarah Membawa kertas cadangan untuk perbincangan bersama pengetua Mesyuarat Jawatankuasa yang terlibat Menjalankan Ujian Pra TARIKH 22 Februari 2011 24 Februari 2011 26 Februari 2011 1 Mac 2011 3 Mac 2011 9 Mac 2011 10 Jun 2011

Menjalankan sesi temubual dengan pelajar dan guru. (mendapatkan nota & latihan setiap sampel murid) 11 Jun 13 Jun 2011 Mengaplikasikan kaedah jigsaw dalam p & p Menjalankan Ujian Post 15 Jun 2011 16-17 Jun 2011 20 jun 24 Jun 2011 Menyiapkan laporan kajian tindakan

9.

10. Analisis data keputusan ujian Post 11. 12. Hantar laporan kajian tindakan salinan sekolah salinan universiti/pensyarah

25 27 jun 2011

Jadual 3 : Jadual Perancangan Pelaksanaan Penyelidikan Kajian Tindakan. Bibliografi Brophy, Jere. (2003). Teaching Problem Students. New York: The Guilford Press. Cornelisu-White, Jeffrey H. D. dan Harbaugh. Adam P. (2010). learner-Centerd Instruction: Building Realtionships for student Success. California: SAGE Publications, Inc.

David W. Johnson, Roger T. Johnson, Edythe Johnson Holubec 1986. Cooperation in the classroom. Interaction Book Company. Lambert, Nadine M & McCombs, Barbara L.(ed.) (1998). How Student Lear: Reforming Schools Through Learner-Centered Education. Washington: American Pyschological Association. Robert E. Slavin 1987. Education for all. Lisse: Swets & Zeitlinger. Stinggins, richard J. (1994). Student-Centred Classroom Assessment. New York: Macmillan College Publishing Company. William Damon, Richard M. Lerner 1987. Handbook of Child Psychology: Theoretical models of human development. New Jersey, Hoboken: John Wiley & Sons, Inc.