Anda di halaman 1dari 54

KOMPONEN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH : AKMAL ADIBAH BT DZAYAOLAKMAL NOR FAZLINA BT OTHMAN NOR HAYATI BT MANSOR SITI AMINAH BT WAHAB KUMPULAN KULIAH : PISMP PK(BM)/PSV/PJ SEMESTER 4

KEMAHIRAN SET INDUKSI

Set Induksi
Definisi

Komponen

Prinsip

SET INDUKSI

Kesan

Objektif

Definisi Set Induksi


Proses terawal dalam sesuatu pengajaran yang dirancang dengan sengaja untuk tujuantujuan tertentu. Bahagian permulaan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran dimana tujuan utama mengadakannya ialah untuk membina aliran fikiran serta menimbulkan minat murid-murid

Omardin Ashaari (1997)

Mok Song Sang (2001)

Ee Ah Meng (1987
Kemahiran yang berkaitan dengan cara untuk menyediakan pelajar anda bagi mengikuti sesi pengajaran

Kesimpulan
Cara memulakan pengajaran dimana kemahiran memulakan pengajaran.

Prinsip Set Induksi


Bermakna

Permulaan pelajaran sepatutnya bermakna kepada muridmurid dari segi minat, pengalaman, kebolehan dan umur.

Perkaitan

Permulaan pelajaran sepatutnya berkaitan dengan isi dan objektif pelajaran.

Konteks pelajar

Permulaan hendaklah berkaitan dengan pengetahuan sedia ada murid-murid.

Komponen-komponen Set Induksi


i) Menarik Perhatian
Untuk menarik perhatian murid-murid, guru boleh mengubah unsur-unsur ketegangan, menunjukkan sesuatu yang menghairankanm mengadakan aktivitiaktiviti yang menyeronokkan atau berusaha menimbulkan rasa ingin tahu muridmurid.

ii) Mewujudkan Motivasi

Sebelum mengajar, guru perlu memastikan murid-murid dalam keadaan yang sedia dan bermotivasi untuk belajar. Apabila pelajar memberi perhatian, barulah pelajaran sebenarnya boleh dimulakan dengan senang dan mudah. (Omardin Ashaari,1997).

iii) Perkaitan Kognitif

Guru yang membuat perkaitan antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada murid akan dapat menyampaikan pengajarannya dengan lebih berkesan. Misalnya, guru yang mengajar ciri-ciri segitiga sama kaki boleh membincangkan ciri-ciri umum sesebuah segitiga terlebih dahulu.

iv) Menstruktur

Dalam proses menstruktur, guru memberitahu tugas yang akan dijalankan atau cara-cara menjalankan tugas itu. Contohnya, Kita akan cuba menamakan lima bahagian Bunga Raya ini setelah melihat bahagian-bahagian itu dengan teliti .

Kesan Set Induksi

Motivasi murid tinggi . Mereka ingin belajar dengan lebih tekun lagi.

Perhatian murid-murid terhadap pelajaran lebih baik. Ini memudahkan pembentukan konsep.

Murid-murid akan berusaha kea rah jangkaan prestasi yang ditetapkan dan diumumkan oleh guru.

Pembelajaran lebih bermakna dan menyeronokkan kerana perkaitan dibuat antara pelajaran baru dengan pengetahuan sedia ada muridmurid.

Naluri ingin tahu murid dapat dipenuhi.

Corak interaksi antara guru dan murid akan berubah-ubah. Ini akan mewujudkan suasana pengajaran-pembelajaran yang lebih menggalakkan

Kemahiran Penerangan
Matlamat Prinsip

Komponen

KEMAHIRAN PENERANGAN
Kesan Objektif

Objektif Kemahiran Penerangan


Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.

Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.

Menguraikan sesuatu proses separti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.

Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.

Matlamat Kemahiran Penerangan


Menjelaskan Maklumat
Memudahkan pelajar faham dengan jelas sesuatu maksud, konsep, fakta, isi pelajaran, faktor, langkah-langkah, dalam satu jangka masa yang singkat dengan memberi contoh-contoh.

Menghuraikan Proses Menaakul/ Reasoning

Menghuraikan proses , peraturan, undangundang dan prosedur. Cth: proses membuat kek cara putar.

Penerangan sebab musabab, mengapa terjadinya sesuatu dan dapat membuat ramalan atau kemungkinan.

PRINSIP-PRINSIP PANDUAN KEMAHIRAN PENERANGAN


Rancang aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan bentuk penerangan yang sesuai. Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu. Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid murid akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama. Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guiru. Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid lepas supya mereka dapat mengikutnya dengan mudah dan bermakna. Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan. Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara yang tidak faham.

Komponen Kemahiran Penerangan


1

ARAS PERMULAAN

Penerangan guru  Menarik dan mengekalkan perhatian murid.  Membangkitkan kesediaan murid untuk belajar.  Jelas, ringkas dan tepat. Penggunaan contoh.sumber pelajaran  Contoh/ sumber mencukupi.  Contoh/sumber sesuai.  Contoh/sumber jelas dan menarik. Pengurusan kemahiran menerangkan  Idea dikembangkan secara teratur.  Variasi rangsangan berjaya digunakan.  Penerangan lisan jelas dan tepat. Rumusan/kesimpulan  Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis.  Isi-isi disusun secara teratur.  Penyataan penutup ringkas, tepat dan jelas.

KEMAHIRAN ILUSTRASI

PENYUSUNAN IDEA

PENUTUP

Kesan Kemahiran Penerangan


Murid-murid dapat memehami konsep atau isi pelajaran dengan cepat, mudah dan tepat. Murid dapat memahami sesuatu proses atau prosedur secara terperinci dan teratur. Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Merangsang pelabagi deria murid, memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan. Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti pembelajaran lain.

KAEDAH PENYOALAN

Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja

Pengenalan
Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid.

Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru

Prinsip-prinsip

Ditujukan kepada semua murid Soalan mudah kepada rumit Murid diberi masa untuk berfikir aras rendah ke aras tinggi

Sesuai dengan tahap kebolehan murid

Penyampaian soalan jelas

Melayan tindak balas murid dengan baik

Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P

Membantu murid melahirkan idea

Menimbulkan minat dan ingin tahu murid

Objektif

Menggalakkan murid menyoal

Membantu murid dalam perkembangan daya fikir

Komponen Kemahiran Penyoalan


Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai. Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan Melayan murid dengan adil

Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)


PENGETAHUAN
Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

KEFAHAMAN
Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan pemahaman.

APLIKASI
Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.

ANALISIS
Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

SINTESIS
Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

PENILAIAN
Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid Jelas, tepat, dan padat Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan

Soalan Bertumpu (Tertutup)


Bentuk convergent atau tertutup Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman Lebih bersifat objektif Jawapan atau respon terhad Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

Soalan Bercapah (Terbuka)


Bentuk divergen atau terbuka Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian Lebih bersifat subjektif Jawapan atau respon luas atau terbuka Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan yang diperoleh.

Variasi Rangsangan

Konsep

Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan pengajaran lebih diminati dan berkesan.

Memusatkan perhatian murid

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik

Merangsang naluri ingin tahu

Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan


Menggunakan pelbagai saluran deria

Mengekalkan minat murid terhadap pengajaran guru

Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran

KOMPONEN KEMAHIRAN VARIASI RANGSANGAN

Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif Mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi. Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga akan menyebabkan murid berasa bosan

Perubahan tingkah laku guru

Perubahan Pertuturan (Suara)

Aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

Kepelbagaian Saluran Deria

Interaksi guru-murid, murid - murid, individu kumpulan, kumpulan kumpulan dan sebagainya. Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya. Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid. Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

Kepelbagaian Interaksi

Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar

Merupakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid. Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan semakin seronok murid belajar.

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar

Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkahlangkah penyampaian.

Penggunaan BBM untuk mempelbagaikan pengalihan deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan.

Setiap langkah harus mengandungi aktiviti pengajarn yang berbeza

Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru harus dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran.

Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan

Mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada muridmurid

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah Kemahiran ini memmerlukan guru merancang dan menyusun tulisan,nota, ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

OBJEKTIF KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. menarik perhatian murid terhadap perkaraperkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan. mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid membeikan peluang kepada murid-murid mencatit mota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, mota dan gambarajah dapat diletakkan ditempat yang sesuai. Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambarajah yang menarik.

Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas

Kapur warna hendaklah dignakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan.

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan

Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis.

KESAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat. Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat. Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik. Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat didedalkan dalam ingatan.

KEMAHIRAN PENGELOLAAN BILIK DARJAH

KONSEP

Richards (1990)- organisasi dan kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Alberto & Troutman (1986)kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pembelajaran.

KONSEP BILIK DARJAH


Tempat murid menghabiskan sebahagian masa persekolahannya

Suasana bilik darjah menentukan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Susunan bilik darjah mengawal pembelajaran, perhubungan guru-murid, murid-murid, dan keseronokan berkerjasama.

Guru sebagai Pengurus Bilik Darjah

Mengurus rutin bilik darjah, murid-murid menjalankan tugas ikut jadualbertugas

Mengurus bilik darjah menjadi lebih kondusif untuk aktiviti pengajaran danpembelajaran

Mengurus sukatan pelajaran supaya dapat digunakan dengan lebih berkesan.

Guru sebagai Perancang

Kejayaan guru sebagai pengajar bergantung pada perancangan mengajarnya

Kemahiran merancang merupakan prasyarat untuk mencapai objektifpengajaran dan pembelajaran

Perancangan yang baik menjamin kejayaan pengajaran dan pembelajaran

Isi pelajaran dalam rancangan mengajar disusun daripada mudah kepadakompleks, bermakna, relevan, dan menarik.

Rancangan mengajar harus memasukkan penggunaan bahan bantu mengajar(BBM) Utamakan pendekatan berpusatkan murid

Pengajaran efektif mempunyai objektif pelajaran eksplisit yang berdasarkansukatan pelajaran serta kebolehan murid-murid

Ciri-ciri Kemahiran Merancang

Rancangan mengajar harus disusun mengikut langkah pengajaran danpembelajaran yang lengkap

Keberkesanan pengajaran bergantung pada kebolehan menggunakan kemahiranmengajar yang berjaya dan memudahkan aktiviti pembelajaran murid-murid.

Guru sebagai Pengelola


Guru merangsang pembelajaran. Mewujudkan situasi pembelajaran yang berkesan.

Pembelajaran hanya berlaku atas usaha sendiri, mengikut objektif

Rekod Pendaftaran Murid

Buku Jadual Kedatangan Buku Kemajuan Murid Rekod Kutipan Yuran

Penyediaan, Pentafsiran dan Penyimpanan Rekod

Pengurusan Rutin Bilik Darjah

Penyediaan Pelaksanaan Rutin Bilik Darjah

aktiviti pengurusan bilik darjah yang hendak dilakukan pada setiap hari persekolahan Menanda jadual kedatangan Pengurusan Skim Bantuan Buku Teks untuk muridmurid

Pelaksanaan Tugas-tugas Lain Menguruskan biasiswa, Skim Amalan Makanan dan Pemakanan serta ProjekSusu Sekolah

Guru sebagai Pengarah

Mengarah muridmurid menjawab soalan guru

Mengarah mendengar, membaca, menulis, dan mengira

Mengarah menguruskan tugas harian bilik darjah

Mengarah mematuhi peraturan dan disiplin bilik darjah

GURU SEBAGAI PENGAWAL

Kecekapan guru menjalankan tugas sebagai pengurus mewujudkan suasanasosioemosi yang selesa, disiplin kelas yang baik dan keadaan kelas yangkondusif serta sesuai untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran danpembelajaran

Mewujudkan suasana dan keadaan yang membolehkan murid-murid mengikutpelajaran tanpa sebarang gangguan

GURU SEBAGAI PENILAI

Aktiviti soal ja ab sering digunakan untuk membuat penilaian

Guru boleh menggunakan hasil penilaian untuk membantu murid-murid membetulkankesalahan yang berlaku dengan serta-merta

Hasil penilaian pula dapat membantu guru mengesan pencapaian objektif pelajaranserta membaiki pengajaran guru

KEMAHIRAN MENUTUP PENGAJARAN

Menerangkan maksud proses menutup pengajaran

OBJEKTIF Mengenalpasti ciri-ciri penting dalam kemahiran menutup pengajaran. Menerangkan kaedah-kaedah dalam menutup pengajaran.

DEFINISI
Penutup pengajaran adalah suatu aksi atau penyataan dari guru yang direka khas untuk menandakan guru akan membawa sesuatu persembahan kepada satu kesimpulan/conclusion yang sesuai. Proses penutup merupakan satu usaha guru secara sedar atau di sengajakan untuk membantu pelajar menyusun semula maklumat yang telah dipersembahkan kepada mereka dan akhirnya dapat melihat kaitan antara maklumat tersebut.

JENIS-JENIS PENUTUP
JENIS-JENIS PENUTUP Terdapat dua jenis penutup; 1. Penutup Kognitif Penutup kognitif mengarah kepada pengukuhan apa yang telah dipelajari dan memfokaskan perhatian murid kepada fakta-fakta penting yang telah dipelajari. Di antara cara pelaksanaan penutup kognitif ialah; a) Membuat rumusan atau kesimpulan terntang apa yang telah dipelajari melalui aktiviti mencatit isi-isi penting di papan tulis. b) Memberikan kerja bertulis di dalam bilik darjah. c) Memberikan aktiviti pengayaan kepada murid. d) Menyoal isi-isi penting yang telah dipelajari oleh murid. 2. Penutup Sosial Penuntut sosial menekankan kepada memberikan suatu perasaan pencapaian kepada pelajar supaya mereka ingin terus belajar. Dengan sentuhan perasaan ini mereka tidak akan berputus asa menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Menerangkan makna pembelajaran yang telah dilaksanakan

ASPEK KEMAHIRAN MENUTUP

Melengkapkan/complete sesuatu aksi pengajaran

Menjawab persoalan penting kepada proses pengajaran dan pembelajaran

AKTIVITI MENUTUP PENGAJARAN


Memperuntukkan masa yang cukup untuk membuat penutup. Langkah dalam membuat penutup perlu dirancang supaya pengajaran kita tidaklah sampai ke detik terakhir masa kelas tersebut dan kita gagal melaksanakan aktiviti penutup.

Mempastikan pelajar tahu bahawa pengajaran anda telah tamat dengan menggunakan ungkapan seperti sekian sahaja kelas kita ataupun anda boleh tutup buku sekarang atau dengan berkata kita akan tamatkan kelas dalam masa tiga minit lagi

Mengulang kaji isi-isi penting dalam pengajaran dan meminta pelajar membuat rumusan tentang apa yang telah dipelajari.

Sambungan

Menggunakan teknik ritual seperti membaca doa, menutup pelajaran dengan lagu, dan ada yang membuat bulatan dan berkongsi idea tentang apa yang telah di pelajari.

Bertanya pelajar soalan seperti apa yang anda telah belajar , apa yang anda ingin tahu lagi? , dan adakah perkara yang anda tidak faham atau masih keliru tentang kuliah hari ini? , Bagaimana anda boleh gunakan maklumat pelajaran hari ini? .

Memuji pelajar tentang apa yang mereka lakukan dalam kelas seperti: Saya bangga melihat anda semua aktif dalam kerja kumpulan hari ini .

AKTIVITI P&P

AKTIVITI P&P BERDASARKAN KOMPONEN KEMAHIRAN MENUTUP CONTOH : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU
Aktiviti/ masa Isi pelajaran Aktiviti Catatan

Penutup (5 minit)

Nilai murni: y y y y y y Baik hati Hormat menghormati Kasih sayang Keadilan Keberanian Kerjasama

1.

Guru menunjukkan sedutan daripada cerita yang berkisarkan tentang perkhemahan.

2.

Guru menerapkan nilai berdasarkan cerita yang ditayangkan .

3.

Guru bertanya kepada murid tentang kelebihan menyertai perkhemahan dan merumuskan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini.

Aktiviti susulan

Guru meminta murid mencari gambar berkaitan perkhemahan dan membina ayat. (di rumah)

Catatan : Penutup kognitif mengarah kepada pengukuhan apa yang telah dipelajari dan memfokuskan perhatian murid kepada fakta-fakta penting yang telah dipelajari.

SEKIAN, TERIMA KASIH