Anda di halaman 1dari 33

Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat

yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasardasar yang tidak pro-rakyat.Di samping itu, berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri dan mereka mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat. Gambar: MB Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memberikan ucapan semasa persidangan. Demikian antara kandungan resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bertemakan Meneruskan Cita-cita Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, malam ini. Pada persidangan yang diadakan di sini sejak pagi tadi, selain Khalid, Menteri Besar Kelantan dan Kedah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan pandangan masing-masing.

Namun demikian, mereka percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka mereka bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat. Justeru, siri forum berkala melibatkan

exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat. Berikut ialah resolusi penuh persidangan tersebut. Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran. Hasrat Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan: Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti; Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan. Janji Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan: Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat; Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape); Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik; Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri. Komited Kami selanjutnya komited untuk meneruskan cita-cita rakyat berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak: Mengurangkan peningkatan berpendapatan rendah; kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat

Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat; Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat; Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak; Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri; Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah; Menjamin security makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.

Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam dana kelab (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain; Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan; Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau. Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri; dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat. Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat. Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat. Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

S umber Kewangan Negeri Terdapat 3 sumber utama kerajaan negeri C ukai langsung C ukai tanah, cukai pertanian, hasil lombong dan hasiltanah C ukai tak langsung C ukai hiburan Hasil bukan cukai Royalti petroleum, gas dan perhutanan

Kuasa Autonomi Kerajaan Negeri K erajaan Tempatan diberi kuasa untuk menggubalundang-undang kecil berdasarkan; Akta K erajaan Tempatan 1976 Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Fungsi;

Berkhidmat untuk masyarakat Menjadi wakil untuk penduduk tempatan bersuara Berperanan sebagai penyelaras kerajaan untukmemelihara undang-undang dan peraturan supayapentadbiran lebih lancar

T ugas Kerajaan T empatan B e n t u k J e n i s A k t i v i t i Perlindungan Menjaga kebersihan dan k e s e l a m a t a n d e n g a n mengawal pencemaran, pemeriksaan mknn danubatan di kedai,

serta pemeriksaan timbang dipasar-pasar A l a m S e k i t a r M e m b u a t p e r a n c a n g a n p e n g g u n a a n t a n a h s e c a r a optimum untuk mengekalkan keseimbangan sistemekologi melalui padang rekreasiP e r d a g a n g a n M e n g g a l a k k a n a k t e k o n o m i s e t e m p a t s b g a i s u m b e r hasil kpd kerajaan tempatan dengan pembinaanpasar, ruang perkhidmatan, tempat berjaja dsbP e r k h i d m a t a n M e n y e d i a k a n p e r k h i d m a t a n p e m b a y a r a n u n t u k elektrik, air dan sebagainya.

Kerajaan Negeri Download this Document for FreePrintMobileCollectionsReport Document Info and Rating Follow

Maza Maj Sections show all prev | next


Negeri dan Pemerintah Bidang Kuasa Kerajaan Negeri Sistem Kerajaan Negeri 1. Sultan/Raja/YDP Menteri Besar/Ketua Menteri 2. Dewan Undangan Negeri 4. a) Jabatan Negeri Pejabat Kewangan Negeri 5. Agensi Awam

Share & Embed Related Documents PreviousNext 1.

p.

p.

p. 2.

p.

p.

p. 3.

p.

p.

p. 4.

p.

p.

p. 5.

p.

p.

p. 6.

p.

p.

p. 7.

p.

p. More from this user PreviousNext 1.

49 p.

42 p.

12 p. Recent Readcasters

Add a Comment Top of Form

Bottom of Form Upload a Document Top of Form Search Documents Bottom of Form

Follow Us! scribd.com/scribd twitter.com/scribd facebook.com/scribd About Press Blog Partners Scribd 101 Web Stuff Scribd Store Support FAQ Developers / API Jobs Terms Copyright Privacy

Copyright 2011 Scribd Inc. Language:

English B idang Kuasa Raja/ S ultan/YDN B i d a n g / K r i t e r i a R a j a / S u l t a n / Y D B Y D N Had kuasa Tidak boleh terlibat secara aktif dalamperniagaan dan politikTidak boleh memegang jawatanberpendapatanTidak boleh mengampuni diri sendir,permaisuri dan anak-anakBoleh didakwa di Mahkamah K has Raja-rajaBoleh diturunkan takhta dari kerajaanketika perbicaraanberlangsung/dijatuhkan hukumanJika disabitkan kesalahan, hanya bolehdiampuni oleh MRRTidak boleh terlibat secara aktif dalam perniagaan dan politikTidak boleh memegang jawatanberpendapatanTidak boleh mengundi dalamMRRBoleh di dakwa di MahkamahAwam atas sifat peribadi danrasmiMesti seorang w/negaraBoleh dipecat oleh YDPA(majoriti 2/3

Kerajaan tempatan di Malaysia


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Kerajaan tempatan di Malaysia merupakan kerajaan di peringkat paling rendah dalam sesuatu sistem kerajaan di Malaysia.Ia berkuasa untuk mengenakan cukai yang terhad seperti cukai pintu. Selain itu agensi kerajaan ini boleh menguatkuasakan undang-undang kecil (atau by-laws) kepada penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.Lazimnya pegawai tertinggi di dalam kerajaan tempatan dipanggil Datuk bandar bagi bandar raya, manakala Yang di-Pertua Majlis atau Presiden bagi kawasan perbandaran dan juga Majlismajlis daerah.

Isi kandungan
[sorokkan]

1 Sejarah perkembangan

1.1 Perkembangan awal 1.2 Suruhanjaya Siasatan Diraja 1965 1.3 Rombakan menyeluruh 2.1 Perlembagaan 2.2 Akta Parlimen 2.3 Sabah dan Sarawak

2 Peruntukan undang-undang

3 Hierarki kerajaan tempatan 4 Tugas


4.1 Alam Sekitar 4.2 Orang awam 4.3 Sosial 4.4 Pembangunan

5 Bidang kuasa 6 Pilihan raya Kerajaan Tempatan 7 Daftar Majlis Bandaraya 8 Daftar Perbadanan 9 Daftar Majlis Perbandaran 10 Daftar Majlis Daerah 11 Nota

[sunting] Sejarah perkembangan


[sunting] Perkembangan awal
Sistem kerajaan tempatan yang diamalkan di Malaysia telah diwarisi daripada British yang memerintah Tanah Melayu selama lebih 2 kurun sebelum kemerdekaan dicapai pada 31

Ogos1957.[1] Maka, kerajaan tempatan yang ditubuhkan pada permulaannya adalah bermodelkan sistem yang wujud di Britain. Malah dalam kaji selidik yang lebih mendalam telah mendapati bahawa kebanyakan undang-undang dan peraturan yang wujud ketika itu menyamai undang-undang Inggeris.Tetapi, dalam peredaran masa, ciri-ciri unik yang mencerminkan sosio-budaya tempatan mula mempengaruhi perjalanan kerajaan tempatan di Malaysia. Sebuah badan yang dipanggil Majlis Penilai (Council of Assessors) telah ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1801.Majlis ini diberi peranan merancang dan melaksanakan pembangunan bandar.Hal ini seterusnya membawa kepada penubuhan kerajaan tempatan di negara ini.Majlis-majlis tempatan kemudiannya dibentuk di Melaka, diikuti dengan negerinegeri Melayu yang lainnya sehingga ke Sarawak dan Borneo Utara.Bagi melaksanakan penubuhan ini dan juga menganjurkan pilihan raya kerajaan tempatan, pihak British telah memperkenalkan pelbagai perundangan.Sebagai contoh, Ordinan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan 1950 memberi kuasa kepada majlis-majlis tempatan untuk menganjurkan pilihan raya.Selain itu, Ordinan Kerajaan Tempatan 1952 pula memberi kuasa kepada pendudukpenduduk setempat membentuk majlis-majlis tempatan di mana perlu.Pada penghujung era penjajahan British, terdapat sejumlah 289 majlis tempatan di Tanah Melayu.[2] Selepas kemerdekaan dicapai pada tahun 1957, kuasa ke atas kerajaan tempatan diletakkan ke dalam senarai negeri.[3] Dekad 60-an pasca-Merdeka merupakan zaman yang amat mencabar bagi majlis-majlis tempatan. Permasalahan dalaman berkaitan pentadbiran dan politik yang dihadapi oleh kerajaan tempatan dan konfrontasi Indonesia terhadap penubuhan Malaysia pada tahun 1963, telah memaksa penggantungan pilihan raya kerajaan tempatan. Penggantungan ini dilakukan melaui dua peraturan, iaitu Peraturan Kecemasan (Penggantungan Pilihan raya Kerajaan Tempatan) 1965 dan pindaannya pada tahun yang sama. Sejak dari itu, kerajaan tempatan di Malaysia tidak lagi melangsungkan pilihan raya walaupun sistem ini telah berkembang di dalam keseluruhan sistem berkerajaan di Malaysia.[4]

[sunting] Suruhanjaya Siasatan Diraja 1965


Masalah-masalah yang dialami oleh kerajaan tempatan pada tahun 1960-an telah diburukkan lagi dengan kewujudan pelbagai jenis majlis tempatan dan juga dengan kerumitan penguatkuasaan pelbagai ordinan, enakmen, undang-undang kecil dan peraturan yang berbeza-beza. Sehingga awal dekad 70-an, percambahan unit-unit kerajaan tempatan ini menyaksikan wujudnya entiti yang mentadbir kawasan setempat dalam jumlah yang agak banyak.Di Semenanjung Malaysia sahaja terdapat sebanyak 374 buah majlis tempatan.Maka, kerajaan merasakan wujudnya keperluan mengkaji semula dan merombak sistem kerajaan tempatan di Malaysia bagi memperbaiki gerak kerjanya.Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas perjalanan Kerajaan Tempatan di Malaysia Barat, yang pertama seumpamanya, telah ditubuhkan pada tahun Jun 1965 bagi tujuan ini. Suruhanjaya itu diketuai oleh Senator Athi Nahappan turut dianggotai oleh D. S. Ramanathan, Awang Hassan, Chan Keong Hon, Tan Peng Khoon dan Haji Ismail Panjang Aris, kesemuanya ahli politik berpengaruh dari Parti Perikatan.[5] Suruhanjaya ini telah mengadakan pelbagai mesyuarat dan perbincangan, di samping menerima pelbagai memorandum daripada banyak pihak dan telah berjaya menyiapkan satu kaji selidik yang menyeluruh tentang selok-belok operasi kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia. Laporan mereka hanya sempat dihantar ke jemaah menteri pada bulan Disember 1969 dan hanya diedarkan kepada orang awam dua tahun kemudiannya.

[sunting] Rombakan menyeluruh


Walaupun kesemua saranan Suruhanjaya Diraja itu tidak diterima, kebanyakan penemuannya telah dijadikan asas untuk menyusun semula keseluruhan sistem kerajaan tempatan di Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak). Bertunjangkan cadangan Suruhanjaya Diraja

tersebut, penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang baru mentadbir hal-ehwal kerajaan tempatan yang diberi nama Akta Kerajaan Tempatan dilakukan dengan berperingkat-peringkat. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada waktu itu, Ong Kee Hui melalui jawatankuasa kabinet yang mengkaji laporan Suruhanjaya Diraja, memulakan penyusunan semula itu dengan memperkenalkan Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan Sementara) 1973. Akta ini memberi peruntukan perlembagaan sementara kepada kerajaan persekutuan untuk mengkaji semua undang-undang berkaitan kerajaan tempatan yang dipegang oleh kerajaan negeri.Hasilnya 3 undang-undang baru diwartakan yang mengubah secara langsung sistem kerajaan tempatan di negara ini, iaitu Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Akta Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). Beberapa perubahan penting telah berlaku dengan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976.Akta baru itu hanya membenarkan penubuhan 12 majlis perbandaran dan 90 majlis daerah sepanjang tiga tahun berikutnya.Ini bermakna semua majlis tempatan yang sedia ada disatukan samada bagi membentuk majlis perbandaran atau majlis daerah bergantung kepada keadaan pada waktu itu.Yang paling penting sekali ialah pemansuhan terus pilihan raya kerajaan tempatan. Melalui akta ini, pegawai-pegawai majlis tempatan akan dilantik manakala sebahagian besar majlis daerah akan diketuai oleh pegawai-pegawai daerah masing-masing. Kedua-dua perubahan ini dan beberapa peruntukan lainnya secara langsung telah memberi kuasa kepada kerajaan persekutuan untuk mengawal kerajaan tempatan yang sebelum ini adalah tanggungjawab kerajaan negeri. Rombakan ini secara langsung telah mengubah peranan kerajaan tempatan. Sebelum tahun 1970-an kerajaan tempatan dianggap sebagai salah satu saluran dalam amalan demokrasi di negara ini selain parlimen dan dewan undangan negeri. Tetapi, selepas rombakan dibuat, peranan itu diubah kepada saluran untuk mempercepat dan menggalakkan pembangunan. Hal ini disimpulkan seorang pemerhati politik yang bernama Malcolm W. Norris pada tahun 1978:[1]

[sunting] Peruntukan undang-undang


[sunting] Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan Malaysia meletakkan kuasa eksklusif mentadbir kerajaan tempatan kepada kerajaan negeri.[3] Bagi kerajaan tempatan di Wilayah Persekutuan pula, hak eksklusif ini diberikan kepada kerajaan persekutuan. Namun begitu, pindaan perlembagaan pada tahun 1960 telah memperuntukkan penubuhan sebuah jawatankuasa perunding yang diberi namaMajlis Negara bagi Kerajaan Tempatan.[6] Keahlian di dalam majlis ini terdiri daripada seorang menteri persekutuan selaku pengerusi, wakil kerajaan negeri dan juga wakil-wakil kerajaan Persekutuan. Walaupun berpenanan sebagai majlis perunding dalam menentukan undang-undang yang mentadbir kerajaan tempatan, pindaan 1960 itu juga memberikan kuasa pemutus kepada pengerusi sekaligus memberi kerajaan persekutuan pengaruh yang besar terhadap kerajaan tempatan.

[sunting] Akta Parlimen


Selain peruntukan perlembagaan, beberapa akta parlimen telah digubal bagi mengawal operasi kerajaan tempatan di Malaysia.Akta yang paling berpengaruh ialah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).Akta ini menggariskan bentuk, struktur organisasi, tugas dan tanggungjawab kerajaan tempatan secara menyeluruh. Pada masa yang sama, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) juga digubal bagi mengatasi kelemahan perancangan guna tanah di kawasan tempatan. Akta 172 ini meletakkan tanggungjawab

utama sebagai perancang fizikal di peringkat tempatan kepada kerajaan tempatan.[7] Selain itu, Akta Parit, Jalan dan Bangunan 1974 (Akta 133) pula menjelaskan beberapa peranan kerajaan tempatan berkaitan perparitan, penyenggaraan jalan bandaran dan juga bangunanbangunan awam. Di samping tiga akta yang dinyatakan ini, beberapa undang-undang lain termasuk undang-undang kecil telah digubal dan dikuatkuasa bagi membantu melicinkan perjalanan kerajaan tempatan.

[sunting] Sabah dan Sarawak


Perkara 95D, Perlembagaan Persekutuan walaubagaimanapun mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada Perkara 95A.[8] Hasilnya, kerajaan tempatan di dua buah negeri ini ditadbir secara langsung oleh kerajaan negeri masing-masing. Namun begitu, kedua-dua kerajaan negeri masih menghantar wakil mereka menghadiri mesyuarat rundingan majlis berkenaan sebagai pemerhati tanpa hak mengundi. Di Sabah, kerajaan tempatan dibentuk melalui peruntukan di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1961. Ordinan ini turut menggariskan tanggungjawab dan fungsi penguasa tempatan di Sabah.Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, yang pertama kali dibentuk selepas pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) 1963, mentadbir perjalanan penguasa tempatan di negeri ini. Di Sarawak, penguasa tempatan ditubuhkan di bawah Ordinan Penguasa Tempatan 1996. Ordinan ini adalah mewarisi sebahagian perundangan yang sebelum ini digubal di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan 1948. Di samping itu, undang-undang lain yang mengawal tugas penguasa tempatan ialah Ordinan Bangunan 1994, Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 dan juga undang-undang kecil di bawahnya. Sementara itu, penguasa tempatan di bahagian Kuching pula ditubuhkan melalui Ordinan Perbandaran Kuching 1988 dan juga Ordinan Bandar raya Kuching Utara 1988.Di bawah ordinan ini, tiga penguasa tempatan dibentuk iaitu, Dewan Bandaraya Kuching Utara, Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) dan juga Majlis Perbandaran Padawan.MBKS dan Majlis Perbandaran Padawan kemudiannya diletakkan dibawah peruntukan Ordinan Penguasa Tempatan 1996.Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam diberi tanggungjawab menyelia perjalanan penguasa tempatan di negeri ini.[9]

[sunting] Hierarki kerajaan tempatan


Sebelum kerja-kerja penyusunan semula dan penguatkuasaan Akta Kerajaan Tempatan 1976, wujud 6 jenis pihak berkuasa tempatan (PBT) yang keseluruhannya berjumlah 418 buah. Jenis-jenis itu ialah: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Majlis Perbandaran Majlis Bandaran Lembaga Bandaran Majlis Daerah Luar Bandar Majlis Tempatan

Hasil penerapan Akta 171 itu, secara hakikinya wujud hanya dua jenis kerajaan tempatan iaitu untuk kawasan bandar (majlis perbandaran) dan desa (majlis daerah).Tetapi, Akta 171 itu membenarkan pembentukan kerajaan tempatan bertaraf bandar raya.Status ini dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dengan perkenan Majlis Raja-raja.Selain yang dinyatakan oleh Akta 171, beberapa badan khas telah ditubuhkan dengan peranan sebuah PBT.Badan-badan ini ditubuhkan samada melalui Akta Parlimen mahupun enakmen dan

ordinan negeri. Hari ini, wujud empat jenis kerajaan tempatan di negara ini yang disusun mengikut hierarki seperti berikut:

Bandar raya - dikenali sebagai Dewan Bandaraya atau Majlis Bandaraya Bandar - dikenali sebagai Majlis Perbandaran Luar bandar - dikenali sebagai Majlis Daerah Kawasan khas - dikenali sebagai Perbadanan atau Pihak Berkuasa Tempatan.

[sunting] Tugas
Sistem kerajaan tempatan di Malaysia dijalankan berlandaskan prinsip ultra-vires (b. Latin untuk melangkaui kuasa) dan juga kecekapan umum (b. Inggeris: general competence).[10] Namun begitu, PBT telah diberikan kuasa yang luas di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. Peranan dan fungsi yang dimandatkan kepadanya bukan sahaja meliputi tugas-tugas wajib malah boleh menjalankan tugas menurut budi bicara mereka sendiri.Tugas-tugas wajib itu termasuk pengumpulan sampah, penyengaraaan lampu-lampu jalan dan juga aktiviti-aktiviti berkaitan kesihatan awam.Fungsi budi bicara itu pula termasuklah peranan pembangunan seperti menyediakan kemudahan-kemudahan awam, taman-taman rekreasi, perumahan dan juga kegiatan-kegiatan perdagangan. Menurut Akta 171, PBT diserahkan peranan dan tugastugas berikut:[10]

Kuasa perancang tempatan Kuasa mengeluarkan lesen Kuasa mengenakan cukai-cukai tertentu Membina bangunan, perumahan dan unit-unit perdagangan (pasar, gerai-gerai dsb.) Kuasa untuk menjalankan fungsi merancang dan menguruskan kawasan bandar Mengurus dan mengawal lalulintas (termasuk mengurus sistem pengangkutan awam bandaran) Kuasa untuk merancang dan menyediakan kemudahan-kemudahan awam

Secara amnya, tugas dan peranan PBT ini boleh dikategorikan kepada alam sekitar, orang awam, sosial dan juga pembangunan.

[sunting] Alam Sekitar


Tugas ini berkenaan penyenggaraan dan penambahbaikan kawasan persekitaran di bawah bidang kuasa mereka.Ia meliputi perkhidmatan-perkhidmatan seperti pembersihan, pengumpulan dan pembuangan sisa-sisa pejal, perparitan dan pembentungan yang sempurna selain program-program mengindahkan kawasan.

[sunting] Orang awam


Peranan ini termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan rumah penyembelihan, perkhidmatan veterinar, pengangkutan, kawasan-kawasan pengkebumian dan juga tempat membakar mayat. Di samping itu, PBT turut bertanggungjawab menguruskan sistem kebersihan dan sisa pejal, membersihkan parit-parit dan jalan-jalan, malah menyenggara keseluruhan persekitaran di kawasannya.Pelesenan gerai-gerai jualan, peniaga-peniaga kecil-kecilan, pekedai dan pengusaha perniagaan yang secara lahiriahnya boleh mengganggu ketenteraman awam turut dipertanggungjawabkan kepada PBT.

[sunting] Sosial
Beberapa kawasan perbandaran yang lebih besar dan membangun turut menyediakan kemudahan-kemudahan sosial seperti pusat penjagaan anak-anak, klinik-klinik di bawah

program kesihatan mereka, ambulans dan juga kenderaan jenazah.Selain itu, mereka turut menyenggara air-air pancut, menyediakan pencahayaan jalan-jalan awam dan kemudahankemudahan lainnya serta menyediakan tenaga buruh manual dan membantu kerajan negeri atau pejabat-pejabat daerah dalam penganjuran kemudahan-kemudahan sosial secara ad hoc di peringkat negeri mahupun daerah.

[sunting] Pembangunan
Peranan ini lebih menurut budi bicara PBT tersebut.Walaupun PBT dianggap sebagai alat penting dalam pemodenan sosio-ekonomi setempat, kekurangan sumber kewangan dan kemampuan fizikal mengekang takat dan fungsi yang boleh mereka sediakan.Dalam hal ini, majlis-majlis daerah selalunya menghadapi masalah.

[sunting] Bidang kuasa


Hari ini, kerajaan tempatan di Malaysia dikawal selia oleh kerajaan persekutuan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan juga kerajaan negeri melalui ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (atau Exco, kependekan bagi Executive Counciller) yang memegang portfolio kerajaan tempatan. Penguasa tempatan di Sabah dikawal oleh kabinet negeri melalui Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan manakala di Sarawak pula tugas-tugas menyelia diserahkan kepada Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam. Pegawai tertinggi di sesebuah kerajaan tempatan di Malaysia bergantung kepada status kerajaan tempatan itu.Bagi sebuah bandar raya, pegawai tertinggi itu digelar sebagai Datuk bandar.Bagi sebuah majlis perbandaran mahupun majlis daerah, pegawai itu dipanggil Yang Di-Pertua.Di Sabah dan Sarawak, ketua eksekutif penguasa tempatan biasanya digelas Presiden atau Pengerusi.Pemegang jawatan ini, yang lazimnya datang daripada kalangan kakitangan kerajaan negeri, dilantik oleh ketua negeri (sultan atau gabenor) atas nasihat kerajaan negeri. Kadangkala, bagi sesebuah kawasan luar bandar yang kurang membangun, Pegawai daerah turut dipilih memegang jawatan ini.Perkara ini telah mengakibatkan kekeliruan di kalangan orang awam terutamanya di kawasan yang baru dinaik taraf menjadi kawasan perbandaran.Tidak semua Pegawai daerah menganggotai sesebuah kerajaan tempatan, sebaliknya beliau merupakan pegawai tertinggi yang mewakili kerajaan negeri bagi seluruh daerah itu dan beliau tidak terlibat secara langsung dengan perjalanan sesebuah kerajaan tempatan. Sebagai contoh, bagi daerah Hulu Langat di Selangor yang mempunyai dua buah kerajaan tempatan iaitu Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), jawatan Pegawai Daerah dipegang oleh Encik Zainal Abidin Aala, manakala pegawai tertinggi di kedua-dua kerajaan tempatan, masing-masing ialah Dato' Mohammad bin Yacob dan Dato' Hasan Nawawi bin Abd Rahman. Dalam kes di Hulu Langat, MPAJ turut mentadbir sebahagian kawasan di daerah Gombak.Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa kawasan pentadbiran sesebuah kerajaan tempatan tidak ditentukan berdasarkan sempadan daerah sahaja. Contoh terbaik yang lain pula ialah di daerah Petaling, wujud tiga buah kerajaan tempatan, iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). MBSA pada hari ini turut mentadbir sebahagian daripada kawasan yang terletak di dalam daerah Klang di Selangor.

[sunting] Pilihan raya Kerajaan Tempatan


Berikutan pemansuhan pilihan raya kerajaan tempatan sejak tahun 1960-an, pegawai-pegawai tertinggi PBT dan juga ahli-ahli Majlis yang bertindak sebagai penasihat dan penggubal

undang-undang kecil di PBT, tidak lagi dipilih penduduk di sekitar kawasan PBT itu, sebaliknya oleh kerajaan negeri.Amalan ini telah sekian lama dikritik terutamanya oleh penduduk-penduduk yang tidak berpuas hati dengan prestasi PBT di kawasan mereka. Antara kritikan-kritikan itu ialah PBT tidak menjalankan tugas mereka dengan sebaik-baiknya terutamanya merancang pembangunan dengan teratur dan mampan sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas, banjir kilat, pencemaran alam sekitar dan juga kadar cukai pintu yang amat membebankan penduduk. Suara-suara yang menyeru kepada penganjuran semula pilihan raya kerajaan tempatan telah dengan lantang cuba diketengahkan oleh pelbagai pihak terutamanya daripada parti-parti pembangkang, pergerakan-pergerakan awam dan juga ahli-ahli akademik selain pendudukpenduduk sendiri. Suara ini adalah amat lantang terutamanya di sekitar kawasan pantai barat Semenanjung dan juga di Kuching, Sarawak yang menyaksikan urbanisasi yang pesat. Malah, beberapa ahli politik daripada parti pemerintah seperti Datuk Shahrir Samad pernah turut sama menyuarakan isu ini pada tahun 2007. Sejak Pilihan Raya Umum pada 8 Mac2008 yang lalu, parti-parti politik dari Pakatan Rakyat telah menyuarakan hasrat mereka untuk menganjurkan pilihan raya tempatan terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai mereka seperti Selangor, Perak dan Pulau Pinang. Antara hujahhujah mereka untuk membawa semula pilihan raya ini ialah meletakkan tanggungjawab ke atas pegawai tertinggi PBT yang selama ini merupakan kakitangan awam kerajaan negeri yang tidak dilantik oleh penduduk di sekitar PBT itu, selain memilih barisan ahli majlis melalui pengundian yang akan mencerminkan perwakilan secara seimbang di kalangan penduduk di kawasan tersebut. Usaha memperkenalkan semula pilihan raya ini dijangkakan mendapat tentangan daripada kerajaan persekutuan lebih-lebih lagi dengan perlunya mendapat persetujuan parlimen untuk meminda Akta Kerajaan Tempatan 1976 bagi membolehkan pilihan raya diadakan semula. Sehingga pilihan raya boleh diadakan, kerajaan-kerajaan negeri terutamanya di kalangan Pakatan Rakyat telah melantik ahli-ahli majlis PBT di kalangan tokoh-tokoh dan aktivitisaktivis setempat bagi menyeimbangkan pandangan di kalangan penduduk sekitar yang akan dapat memberikan maklumat berguna bagi pentadbiran sesebuah PBT.

[sunting] Daftar Majlis Bandaraya


Rencana utama: Majlis Bandaraya (Malaysia)

[sunting] Daftar Perbadanan


Rencana utama: Pihak Berkuasa Tempatan khas (Malaysia)

[sunting] Daftar Majlis Perbandaran


Rencana utama: Majlis Perbandaran (Malaysia)

[sunting] Daftar Majlis Daerah


Rencana utama: Majlis Daerah (Malaysia)

[sunting] Nota
1. 1.01.1 Norris, M. W., Local Government in Peninsular Malaysia, David Green

Printers, Kettering, Northants, 1980.


2. Report of the Royal Commission of Enquity into the Working of Local Government

in West Malaysia, Syarikat Percetakan Nasional, Kuala Lumpur, Malaysia 1972


3. 3.03.1 Perenggan 2, Senarai Negeri, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan.

4. Tennant, P., The Decline of Elective Local Government in West Malaysia, Asian

Survey, April 1973.


5. Saravanamuttu, J., The Snuffing Out of Local Democracy in Malaysia, Aliran, 2000.

Dicapai: 23 Julai 2008.


6. Perkara 95A, Perlembagaan Persekutuan. 7. Singh, G., Land Laws, Land Policies and Planning in Malaysia, Urban

Management Programme Regional Office for AsiaPacific, August 1994.


8. Perkara 95D, Perlembagaan Persekutuan. 9. Relationship between the Ministry of Environment and Public Health and Local

Authorities
10. 10.010.1 Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with

special reference to the structure, management, finance and planning, 19

SHAH ALAM, 29 Nov: Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat. Di samping itu, berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri dan mereka mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat. Demikian antara kandungan resolusi Persidangan Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang bertemakan Meneruskan Cita-cita Rakyat yang dibentangkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, malam ini. Pada persidangan yang diadakan di sini sejak pagi tadi, selain Khalid, Menteri Besar Kelantan dan Kedah, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak serta Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengemukakan pandangan masing-masing. Namun demikian, mereka percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka mereka bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat. Justeru, siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat. Berikut ialah resolusi penuh persidangan tersebut. Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini, 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran. Hasrat Setelah mengambil kira hasrat pihak kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini kami menegaskan: Untuk terus memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat; Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang; Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti; Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan Untuk memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan. Janji Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat; Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape); Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik; Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri. Komited Kami selanjutnya komited untuk meneruskan cita-cita rakyat berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak: Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah; Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat; Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat; Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak; Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri; Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat Negeri dan Daerah; Menjamin security makanan negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam dana kelab (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain; Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya kerajaan tempatan menjadi kenyataan; Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau. Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat; berlaku keterbatasan kuasa negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan negeri; dan kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat. Namun demikian, kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi visi dan arah tuju dalam mentadbir negeri, maka kami bersepakat untuk mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat. Adalah kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat sepakat mencapai resolusi bersama untuk membawa reformasi dengan mengutamakan kebajikan rakyat, meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik serta pentadbiran. Mereka ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat; Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng: Menyedari kerajaan Pusat yang menghakis hak dan mengamal federalisme dengan mendiskriminasi kerajaan negeri, semua pemimpin mengakui wujud kekangan kuasa dalan berdepan kuasa Persekutuan. Bagaimanapun, pimpinan yakin mampu mewujudkan penyelarasan pelaksanaan, perkongsian pengalaman dan pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan negeri dan kemajuan rakyat. Sehubungan itu, pemimpin Pakatan Rakyat di peringkat negeri bersepakat untuk:

Membentuk pakatan ekonomi antara kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tiada birokrasi dan karenah pentadbiran. Melaksana dasar pembangunan yang disepakati bersama dalam semua bidang. Menerus penambahbaikan pengurusan menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai antara negeri Pakatan. Memastikan persefahaman dan hubungan antara ahli politik dan pentadbir bagi memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan negeri.

Dalam resolusi yang disepakati, semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Pakatan Rakyat juga berjanji:

memimpin kerajaan negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan dan harapan rakyat. mempraktikkan prinsip pentadbiran terbuka, mengutama nilai berteras agama bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang. menentang rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan berhemat. mengamal falsafah ekonomi saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir. memastikan sumber kekayaan negeri diurus secara amanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan.

Mereka juga komited untuk meneruskan cita-cita rakyat berpandukan dasar awam dan agenda bertindak:

Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya golongan masyarakat berpendapatan rendah. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat dengan menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat.- Menangkis media BN dengan menubuh infrastruktur media yang boleh dikongsi negeri Pakatan. Mengiktiraf hak pemilikan tanah, mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada rakyat yang layak. Mengiktiraf hak menikmati prasarana sempurna dengan meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi kerajaan negeri. Mengutama projek perumahan rakyat menerusi penubuhan pasukan khas perumahan di peringkat negeri dan daerah. Menjamin makanan negeri melalui pengagihan bantuan dan pengeluaran standard kepada nelayan, petani, dan penternak. Memastikan pelaburan projek ekonomi dengan Selangor menyediakan dana pemula RM10 juta dalam dana kelab (club deal) bagi membantu negeri Pakatan Rakyat. Mengiktiraf hak kebebasan memilih dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan.

Mencipta persekitaran selamat, bersih, dan hijau. Mengikut kenyataan media, siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai peringkat negeri Pakatan akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen dalam meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi rakyat.

Kedudukan Kerajaan Negeri Berasaskan Perlembagaangn


Sistem Kerajaan Malaysia adalah berbentuk Kerajaan Persekutuan.Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri mempunyai bidang kuasa masing-masing.Perlembagaan Persekutuan menjamin Perlembagaan Negeri (Perkara 71 PP). Kerajaan Negeri diperuntukkan oleh perlembagaan atas kuasa perundangan dan pentadbiran, sebagaimana dalam Senarai Negeri dan Senarai Bersama . Peruntukkan tersebut juga hendaklah diguna bersama beberapa perkara lain seperti yang tertera dalam Bahagian ke-5, Bahagian ke-6. Contohnya Perkara 76 dan perkara 83. Raja dan yang Dipertua Negeri merupakan individu tertinggi dan mengatasi orang lain dalam negeri baginda dan mengatasi raja atau Yang Dipertua Negeri lain (Perkara 70 PP). Raja/Sultan menduduki institusi tersebut secara warisan. Di Negeri Sembilan, Undang mempunyai kuasa untuk memilih Yam Tuan Besar. Yang dipertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Menteri negeri berkenaan.Lantikan ialah selama empat tahun dan boleh disambung semula. Sultan/Raja dan Yang Dipertua Negeri merupakan Ketua Negeri dan memegang kuasa eksekutif negeri.Dari segi pentadbiran, mereka mewakilkan kuasa eksekutif kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri dalam bidang perundangan negeri, kuasa diberikan kepada Dewan (sekamar) Undangan Negeri. Bidang Kuasa Yang Dipertua Negeri Kuasa Nasihat:1. Melantik Ahli Majlis Mesyuarat 2. Melantik Majistret 3. Membuka Mesyuarat Dewan Negeri 4. Hal ehwal dasar negeri 5.Mengampunkan pesalah Jenayah Kuasa Budi Bicara:1. Melantik Menteri Besar dan Ketua Menteri 2.Membubarkan Dewan Undangan Negeri 3.Menganugerahkan bintang kehormat 4. Melantik Jemaah Pemangku Raja Perbezaan antara Sultan dengan Yang dipertua Negeri Sultan:1. Kedudukan berasaskan warisan 2.Kedudukan diperakukan oleh Jemaah Negeri 3.Boleh menjadi Yang di-Pertua Agong 4.Berkuasa dalam hal ehwal agama Islam negeri 5.Boleh mengundi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong. Yang dipertua Negeri:1. Kedudukan tidak diwarisi 2.Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong 3.Tidak boleh menjadi Yang di-Pertuan Agong 4.Kuasa berkaitan agama Islam diperuntukkan kepada Yang di-Pertuan Agong 5. Tidak Boleh mengundi untuk memilih Yang di-Pertuan Agong

Menteri Besar/Ketua Menteri Menteri Besar:1. Terdapat disemua negeri beraja 2. Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri 3. Dilantik dari Dewan Negeri sahaja 4.Boleh memegang lebih daripada suatu portfolio 5.Pejabat utama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 6. Pengiring sultan/raja dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ketua Menteri:1. Hanya terdapat di Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 2. Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri 3. Dilantik dari Dewan Negeri sahaja. 4. Boleh memegang lebih daripada suatu portfolio 5. Pejabat utama di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri 6.Pengiring Yang Dipertua Negeri dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Semenanjung Malaysia:1. Disebut EXCO. 2. Tanggungjawab membentuk dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar negeri. Sabah:1. Disebut Kabinet Negeri 2. Tanggungjawab membentuk dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar negeri. Sarawak:1. Disebut Ahli Majlis Tertinggi 2. Tanggungjawab membentuk dan mengawasi pelaksanaan dasar-dasar negeri.

PTD Punca Kerajaan Negeri Perak Jatuh


Assalamualaikum, Seperti yang kita sedia maklum bahawa Perkhidmatan Awam Negeri adalah dibawah bidang kuasa penuh kerajaan negeri. Ini bermakna bagi pelantikan pegawai-pegawai untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri adalah dibawah bidang kuasa kerajaan negeri. Namun, bagi negeri Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis pelantikan pegawai-pegawai negeri adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA). Ini bermakna pelantikan pegawai negeri-negeri

berkenaan adalah dibawah bidang kuasa kerajaan persekutuan secara tidak langsung. Kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah mewakilkan kuasa pelantikan pegawai perkhidmatan awam negeri kepada kerajaan persekutuan.Hanya pegawai kerajaan gred bawah 18 yang dilantik sendiri oleh kerajaan negeri. Hanya negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak sahaja yang pelantikan pegawai perkhidmatan awam negeri dibawah kuasa penuh kerajaan negeri. Situasi ini perlulah dibetulkan apabila Pakatan Rakyat memerintah kelak kerana ia jelas satu campur tangan secara tak langsung kerajaan persekutuan terhadap urusan kerajaan negeri dan ini melanggar semangat Perlembagaan Persekutuan yang menghormati HAK kerajaan negeri. PTD kuasai perkhidmatan awam negeri Perak Akibatnya, perkhidmatan awam negeri Perak dikuasai oleh pegawai-pegawai berjawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang kebanyakkannya cenderung menyokong UMNO dan BN. Ini kerana semasa pemilihan untuk menjawat jawatan PTD, SPA lebih cenderung melantik mereka-mereka yang pro-BN untuk menjawat jawatan PTD. PTD-PTD inilah yang dihantar oleh SPA dan JPA untuk berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan agensi-agensi kerajaan negeri Perak.Akibatnya, apabila PR menang di Perak dan membentuk kerajaan di Perak, PR sukar mendapat kerjasama daripada pegawai-pegawai negeri (PTD) ini kerana mereka kebanyakkannya pro-UMNO. Ini dapat dibuktikan apabila Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK) yang juga seorang PTD dengan secara kasar dan kurang ajar menghalau Ir Nizar daripada menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Perak walaupun pada masa itu, Zambry belum dilantik sebagai MB Perak oleh Paduka Sultan Perak. PTD sabotaj kerajaan negeri PR Tanpa Ir Nizar dan barisan Exco sedar selama 1 tahun mereka memerintah Perak, kalangan PTD ini yang menguasai pejabat SUK, pejabat Tanah dan Daerah telah secara senyap mensabotaj pentadbiran kerajaan negeri Perak. Sesetengah dasar kerajaan negeri Perak sengaja dilambat-lambatkan pelaksanaannya. Hingga memaksa Ir Nizar mengambil tindakan menukar Pengarah Jabatan Agama Islam Perak yang juga seorang PTD !. Namun, campur tangan pihak Istana memaksa Ir Nizar menarik balik arahan tersebut kerana menghormati titah Sultan yang tidak mahu Pengarah berkenaan ditukarkan. Kita juga harus sedar bahawa pegawai-pegawai Istana Perak yang menasihati Paduka Sultan Perak juga adalah daripada kalangan PTD !. Malahan, Setiausaha Sulit Sultan Perak adalah juga seorang PTD !.

Akibatnya, Osman Jailu dan Jamaluddin telah terperangkap hingga memaksa mereka untuk khianat kepada PKR dan Pakatan Rakyat demi membebaskan diri daripada dakwaan rasuah dan seks. Pengajaran buat Pakatan Rakyat Harapan saya, jika PR tidak mahu disabotaj pada masa akan datang. Apabila PR menang dan membentuk kerajaan negeri di Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka dan Perlis, PR harus mengambil langkah berikut : 1. Menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri supaya pelantikan pegawai dan kakitangan kerajaan negeri adalah dibawah bidang kuasa penuh kerajaan negeri dan bukan dibawah kuasa SPA atau JPA. 2. Menggubal Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri di mana pihak berkuasa melantik pegawai dan kakitangan kerajaan negeri adalah dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri sepenuhnya yang dinaungi Sultan atau Yang Dipertua Negeri. Sekiranya tindakan berkenaan diambil, barulah PTD yang pro-BN tidak dapat mensabotaj pentadbiran negeri PR. Rasional cadangan saya ini ialah apabila pelantikan pegawai negeri adalah bawah kuasa mutlak negeri..maka..apa parti pun yang memerintah negeri samada BN atau PR....pegawai negeri akan taat setia.... kalau situasi sekarang....PTD boleh sabotaj kerajaan negeri sebab mereka bukan pegawai negeri tetapi pegawai persekutuan.

Faktor-Faktor Kejatuhan Empayar Turki Uthmaniyah Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Antara faktor yang membawa kejatuhan empayar ini adalah disebabkan beberapa aspek iaitu politik, ekonomi, sosial dan pengaruh luar yang meresap masuk dalam kerajaan.Justeru kelemahan-kelemahan ini telah mendorong kepada keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.

2.1 Politik Faktor politik merupakan perkara pokok yang menyebabkan empayar Turki Uthmaniyah mengalami kemerosotan.Faktor politik ini termasuk kelemahan kepimpinan, pentadbiran dan pemerintahan yang tidak teratur serta ketenteraan yang lemah.Hal ini merupakan pendorong ke arah kehancuran empayar Turki Uthmaniyah. Setelah kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni empayar Turki mula memperlihatkan kejatuhan dan kemunduran.Hal ini adalah lantaran daripada kelemahan sultan, baik dalam keperibadian serta yang paling utama dalam kepimpinannya.Kelemahan ini dapat dibuktikan dengan sikap sultan itu sendiri yang mementingkan hiburan dan kesenian sehingga menyebabkan kerosakkan moral.Contohnya, Sultan Murad III telah dikuasai oleh nafsu sepanjang pemerintahan sehingga mempunyai 118 orang anak.Di samping itu, Sultan Ibrahim membunuh 100 000 orang dan menyaksikan sendiri pembunuhan 25 000 orang daripadanya.Kehidupan sultan yang hidup bermewah-mewah akhirnya mendorong perlakuan tidak bermoral yang telah membawa kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Umum mengetahui bahawa Turki Uthmaniyah mempunyai pemimpin silih berganti.Namun, tidak dinafikan bahawa keadaan ini telah menyumbang kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah kerana masalah perebutan takhta dalam kalangan pembesar dan pemerintah.Sistem syura tidak diamalkan dan pemilihan pemimpin kebiasaannya adalah berdasarkan kekuatan.Keadaan ini telah mendorong ke arah peperangan antara putera-putera raja yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan kepimpinan yang menurun.Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan kerajaan dikuasai oleh anggota-anggota harem atau kelompok tertentu dalam istana.Kelemahan dalam pentadbiran dan pemerintahan ini telah ditunjukkan dalam pemerintahan selepas kemangkatan Sulaiman Al-Qanuni dan mengakibatkan keruntuhan empayar Turki Uthmaniyah.Hal ini dapat dilihat semasa pemerintahan Ibrahim dipengaruhi oleh Bonda dan tiga orang isterinya yang masuk campur dalam pemerintahan untuk menyingkirkan Wazir Agung Kara Mustafa.Keadaan ini membawa kepada kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pertahanan merupakan aspek terpenting dalam politik sesebuah negara.Oleh itu, kelemahan dalam sistem ketenteraan merupakan penyumbang kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.Kemerosotan ini bermula dengan kelemahan disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan.Hal ini disebabkan oleh pertandingan ketenteraan yang sebenarnya telah ditinggalkan yang menyebabkan putera-putera raja yang berpontensi telah disisihkan dan memilih putera sulung kerana perkara ini memberi kebebasan kepada para pegawai.Hal ini dapat dibuktikan dengan perlantikan Bayezid 1 dan Salim II dipilh bukan berdasarkan kemampuan yang unggul.Di samping itu kelemahan ketenteraan juga dapat dilihat melalui penghapusan aristokrasi tentera lama yang menjadi saingan kepada kuasa kerajaan.Penghapusan ini menyebabkan sistem tentera hamba mejadi terbatas kerana seksyen ketenteraan yang dominan dalam angkatan tentera telah membenarkan anak-anak pegawai

mendapat pangkat, lantas menghapuskan asas disiplin dalam tentera.Jelaslah bahawa faktor politik yang akhirnya telah membawa kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. 2.2 Ekonomi Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi merupakan punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah.Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan.Hal ini dibuktikan melalui jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat. Kelemahan ini mendorong kepada kemerosotan Turki Uthmaniyah. Perdagangan yang lembab menyebabkan kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Kegiatan perdagangan merupakan suntikan dalam membangunkan ekonomi Turki Uthmaniyah.Kelemahan ini disebabkan oleh saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan.Hal ini dapat dibuktikan pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India.Dalam pada itu, sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.Selain itu, kemunduran dalam ekonomi Tuki adalah akibat berlaku peperangan yang tidak pernah berhenti.Pendapatan yang semakin berkurang dan dibebankan dengan belanja negara yang semakin besar termasuk perbelanjaan perang mendorong kepada kemelesetan ekonomi Turki Uthmaniyah.Kesannya, kegemilangan Turki dari aspek ekonomi semakin suram dan menuju kejatuhan. 2.3 Sosial Masalah sosial seperti pemberontakan, ajaran Islam telah diselewengkan dan rasuah telah menyebabkan berlakunya kejatuhan Turki Uthmaniyah. Pemberontakan merupakan faktor terpenting dalam kejatuhan empayar yang terbilang ini kerana tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuan-tuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk sehingga membawa kepad kejatuhan Turki Uthmaniyah. Gejala rasuah yang semakin berleluasa merupakan faktor kritikal yang menyumbang kepada kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Rasuah telah menyerap dalam kalangan pegawai atasan menyebabkan pentadbiran menjadi lumpuh disebabkan pemimpin yang tamak haloba. Hal ini dapat dibuktikan apabila Sulaiman sendiri meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantiknya pada waktu perlantikan dan mereka perlu juga berbuat demikian pada peringkat bawahan untuk menampung kos tersebut. Gejala rasuah ini telah

menimbulkan kekacauan dalam pemerintahan dan melemahkan kedudukan kerajaan khususnya semasa pemerintahan Sultan Mustafa IV kerana bebanan cukai yang tinggi untuk memperkayakan individu yang dilantik untuk mengutip cukai dan memberi hadiah kepada pembesar yang membantunya memperoleh jawatan berkenaan.Oleh itu, rasuah merupakan faktor yang mendorong kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Keruntuhan akhlak dan kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini.Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar.Di samping itu, golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan musik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara.Jelaslah bahawa permasalahan sosial yang berlaku telah menyebabkan kejatuhan emapayar Turki Uthmaniyah. 2.4 Pengaruh Luar Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah.Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku.Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahan-perubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah.Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah. Peperangan demi peperangan dengan kekuasaan Eropah telah memperlihatkan kekalahan kerajaan Turki Uthmaniyah.Hal ini dapat dilihat melalui peperangan dengan Austria sekitar tahun 1682-1689 yang menyebabkan kerugian yang besar bagi Turki Uthmaniyah. Penyatuan bangsa Eropah untuk menentang Turki telah menawan Hungary, kota Budapest, wilayah Transilvania dan beberapa wilayah yang melemahkan pertahanan Turki Uthmaniyah. Kejatuhan Turki Uthamniyah semakin terserlah akibat kekalahan dalam peperangan.Penyatuan Prince Eugene of Savoy dengan tentera Austria telah mengalahkan Turki dalam Peperangan Petewarden pada tahun 1716.Kekalahan ini merupakan faktor kejatuhan Turki Uthmaniyah. Selain itu, siri perjanjian dengan negara Eropah yang akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.Perdamaian melalui perjanjian menyebabkan Turki semakin lemah yang akhirnya membawa kemerosotan. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perdamaian Passarowit yang ditandatangani pada Julai 1718 menyebabkan Turki kehilangan Timsuar, Belgrad, sebahagian besar negeri Serbia dan negeri Rumania. Perjanjian Radsin telah ditandatangani selepas kekalahan Turki kepada Russia dan menyebabkan sultan Turki terpaksa menyerahkan Ukraine kepada Russia dan membuka perniagaan kepada bangsa Cossack di Laut Hitam setelah mengusainya selama beberapa abad. Jelaslah pengaruh luaran merupakan punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah terutamanya kebangkitan semula Eropah selepas berlakunya

Anda mungkin juga menyukai