Anda di halaman 1dari 32

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

KEPIMPINAN PENGAJARAN: SAINS : SATU TINJAUAN.

1112OKT2008

Mohamed Najib Abdul Ghafar, PhD Norazah Buang Fakulti Pendidikan UTM Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sains dalam strategi pengajaran dan mengenal pasti gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman. Kajian ini melibatkan 100 responden yang mengajar di sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Instrumen yang digunakan ialah adaptasi daripada Leader Behaviour Description Questionnaire (LBDQ) dengan objektif kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data yang berbentuk kuantitatif dan dianalisis secara perisian SPSS (Statistical Package For The Social Science ) Versi 10.0. Pemboleh ubah bersandar dalam kajian ini ialah melaksanakan tugas mengajar. Manakala pemboleh ubah bebas ialah gaya-gaya kepimpinan ialah memberitahu, menjual, penyertaan dan penyerahan tugas. Kajian mendapati gaya kepimpinan menjual, memberitahu dan penyerahan tugas sering diamalkan dalam banyak situasi mengikut teori Hersey dan Blanchard di kalangan guru-guru sains. Analisis Anova sehala juga menunjukkan hubungan yang signifikan di antara gaya-gaya kepimpinan dan analisis korelasi menunjukkan hubungan di antara gaya-gaya kepimpinan yang sangat kuat.

The purpose of this study was to identify the leadership styles which were practiced by science teachers during their teaching and identity the leadership style based on their experiences and the professional qualifications. This study involved 100 respondence who taught in various secondary schools in Batu Pahat district. The instrument used in this study was based on the adaptation of Leadership Behavior Description Questionnaire (LBDQ) and was analyzed by utilizing SPSS software (Statistic Package for the Social Science) Version 10.0. Dependent variable used in this study was the actual teaching task. Meanwhile, independentvariable in this study was the leadership style such as telling, selling, participating and delegate task. From this study It was reveled that the leadership style in selling, telling and delegating task which were practiced in many different situations as proven by theory put forward by Hershey and Blanchard among science teachers. One-way ANOVA analysis showed a significance between the leadership styles and the analysis revealed that there was a strong correlation between the two.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Pengenalan

1112OKT2008

Falsafah Pendidikan Negara merupakan teras dan tunjang kepada sistem pendidikan di Malaysia. Oleh itu segala perubahan pendidikan merupakan pancaran nilai-nilai dan prinsipprinsip yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Perubahan yang dilaksanakan oleh kementerian pendidikan khususnya memikirkan halatuju dan matlamat yang jelas samada yang tersirat dan tersurat dengan mengambil kira keadaan terkini dan inovasi meningkatkan mutu pendidikan ( Mohd. Majid, 1998). Halatuju pendidikan di Malaysia berlandaskan wawasan 2020 yang memfokuskan pembangunan sahsiah dan kewibawaan masyarakat dalam mengamalkan pembangunan secara harmonis, membina kekuatan R & D dan kepakaran sains, membina ekonomi mantap daya saing yang melibatkan segenap lapisan masyarakat ( Jamaliah, 2000).

Memahami pemikiran yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN), ini bermakna pendidik secara tekal menyakini tugas utama mereka di sekolah adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, bertrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ( Mohamad, 2001 ). Pendidik merupakan golongan manusia yang memberi impak besar kepada masyarakat dan negara. Bersesuaian dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, golongan pendidik mengambil peranan paling atas dalam kehidupan manusia ( Ismail dan Zainon, 2000 ). Malah tidak dapat disangkalkan lagi, guru mempunyai pengaruh terhadap perkembangan personaliti, mental dan fizikal setiap manusia ( Noran dan Ahmad Mahdzan, 1992 ). Justeru itu, para pendidik harapan bangsa ini hendaklah berusaha mencari asas yang sesuai untuk membuat keputusan terhadap cara kepimpinan pengajarannya agar pembelajaran dapat berlangsung dengan lebih efisyen ( Lourdusamy, 1994 ).

Pendidik juga merupakan input bagi kecemerlangan yang menentukan output iaitu pelajar yang cemerlang dan penguasaan kemahiran mengajar merupakan syarat yang mutlak untuk membantu guru menjalankan tugasnya secara berkesan ( Mohamad, 2001 ). Kecemerlangan proses meliputi perancangan, pendekatan, pengajaran ganjaran, galakan, bimbingan, pemulihan, pengayaan, latihan, pengawalan, penyeliaan, penilaian, kerjasama ibu bapa serta komuniti yang menjadi pemudah cara bagi pelajar menjalankan aktiviti pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu teori pembelajaran berpusatkan pelajar dan konstruktivisme merupakan teori domain pada hari ini serta pelbagai strategi pembelajaran digunakan terutama strategi kajian masa depan untuk meningkatkan kemahiran berfikir seperti membuat ramalan dan menganalisis, meningkatkan daya imaginasi dan kreativiti pelajar agar mempunyai visi, pemikiran strategik dan futuristik (Kartini, 2001).

Lourdusamy ( 1994 ) juga berpendapat bahawa, jika para pendidik hanya mempunyai kemampuan yang tinggi dan pengetahuan yang luas tetapi tidak menunjukkan kekuatan di dalam imej diri serta berpandangan sempit, maka kejayaan yang diimpikan tidak akan kesampaian. Lantaran itu, para pendidik seharusnya mengambil kira beberapa aspek tertentu untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik di samping mampu melahirkan produk yang cemerlang. Antara aspek tersebut merangkumi gaya kepimpinan pengajaran, sahsiah yang baik, persediaan awal dan minat yang mendalam terhadap profesion tersebut. Di samping itu, mereka hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang baik serta sanggup untuk berbincang dan berkongsi pengalaman dengan pelajarnya ( Othman, 1995). Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik sama ada di dalam bilik darjah atau luar bilik darjah serta aktiviti sains yang dilakukan oleh pelajar merangsang, mencabar dan memenuhi keperluan pelajar semasa mempelajari sains. Gardner ( 1975 ) menegaskan tingkah laku guru semasa pengajaran di bilik darjah menjadi pemboleh ubah yang boleh mempengaruhi sikap pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Guru masa kini bukan sekadar menyampaikan ilmu dalam bilik darjah tetapi lebih dari itu guru bertanggungjawab

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

mendidik dan membimbing pelajar agar mereka bersaing dalam era globalisasi ( Yazid dan Siti Aminah, 2004). Namun dalam menghadapi era maklumat yang semakin global ini, para pendidik hendaklah menekankan bukan sahaja kandungan kurikulum tetapi juga pembentukkan personaliti pelajar di bawah kepimpinan pengajarannya dan meskipun pembelajaran secara multimedia telah diperkenalkan dan menjadi semakin berkembang pengaruhnya namun ianya masih tidak mampu untuk menafikan status. Di sini jelas peranan guru menghadapi cabaran yang hebat dalam membentuk warganegara yang dinamis dan berguna ( Norlidah, 2004 ). Ketidakupayaan guru menunjukkan model dan tauladan yang baik akan menjadi batu penghalang terhadap pembentukan pelajar yang cemerlang dari segi rohaniah dan jasmaniah.

Keluwesan (flexibility) merupakan ciri utama peranan guru sebagai pembimbing, pengerak, pendorong dan pemudah cara kepada pelajarnya, meningkatkan penguasaan bahasa pelajarnya dan pemberi maklumat ( Husin, 2000 ; Kartini, 2002 ). Jelas di sini peranan bahasa penyampaian memainkan peranan penting dalam mempertingkatkan pencapaian akademik. Sehubungan itu Mohamad ( 1997 ) mendakwa guru adalah orang yang bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan dan menilai semua interaksi yang terancang antara guru dan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran dan mempunyai akauntabiliti terhadap keberkesanannya. Sekiranya diperhalusi tugas utama guru adalah berdepan dengan tanggungjawab yang cukup besar dan bermakna untuk memenuhi tuntutan.

Latar Belakang Masalah

Kepimpinan adalah suatu proses menggerakkan sekumpulan manusia menuju ke suatu arah yang telah ditentukan melalui dorongan yang tidak memaksa. Oleh itu gaya kepimpinan pengajaran harus sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan bagi mencapai pendidikan yang berkualiti bukan sahaja aspek pengetahuan dan kemahiran tetapi juga nilai-nilai akhlak ( Zaharah, 2004 ). Sesuai dengan tugas pendidik sebagai pemimpin pengajaran di dalam kelas, ia harus memperlihatkan betapa penting pelajaran dan niat untuk mengajar melalui sikap positif dan tanggungjawab terhadap pelajaran yang disampaikan kepada pelajarnya. Dengan yang demikian apa yang diharapkan ialah pelajar dapat dibentuk untuk memberikan sikap dan tanggungjawab yang sama dengan apa yang ditunjukkan oleh gurunya ( Kamaruddin, 1994 ). Menurut Aminuddin ( 1990 ), bukti dari kajian-kajian empirik menunjukkan tidak ada gaya terbaik bagi kepimpinan di mana pemimpin yang berjaya adalah pemimpin yang boleh menyesuaikan tingkah laku kepimpinan untuk memenuhi keperluan para pengikut dalam situasi tertentu. Dengan demikian Hersey dan Blanchard mengemukakan satu teori kontingensi kepimpinan yang pada mulanya dinamakan teori kepimpinan edaran hidup (Life Circle Theory of Leadership) tetapi kemudian dikenali sebagai teori kepimpinan situasi (Situational Theory of Leadership). Bagi Hersey dan Blanchard keberkesanan kepimpinan adalah bergantung kepada pemimpin, pengikut dan lain-lain unsur situasi. Untuk mencapai keberkesanan sewaktu menjalankan pengurusan, pemimpin mestilah boleh mendiagnosis tingkah laku kepimpinannya dalam konteks persekitaran. Menurut Stephen ( 2000 ), mengatakan bahawa Hersey & Blanchard telah mengilhamkan model kepimpinan situasional dengan membahagikan gaya kepimpinan kepada empat dimensi, iaitu gaya kepimpinan memberitahu (telling), menjual (selling), penyertaan (participating) dan penyerahan tugas (delegating). Pemimpin yang bijak akan memilih gaya yang bersesuaian dengan situasi semasa dan kemampuan kumpulannya. Tetapi tidak ada satu gaya yang dapat dianggap sebagai terbaik kerana ia bergantung pada situasi, pengalaman pengikut dan tugas yang perlu dilaksanakan.
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Gaya kepimpinan pemberitahu adalah gaya kepimpinan yang dikatakan pemimpin yang tidak mempercayai orang bawahannya dan banyak memberi arahan kepada orang bawahan untuk melakukan segala sesuatu yang perlu dilakukan tanpa melihat hubungan antara pemimpin dengan orang bawahannya. Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian.

Gaya kepimpinan menjual menunjukkan hubungan tinggi dari segi penyelesaian masalah dan hubungan dengan orang bawahan adalah rapat sebagai satu organisasi. Pemimpin akan menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya mendapat sokongan daripada pengikut. Gaya kepimpinan penyertaan dilihat dengan perilaku pemimpin yang lebih banyak memfokuskan perhatian pada kualiti hubungan dan kurang memperhatikan penyelesaian tugas-tugas. Gaya kepimpinan penyerahan tugas menunjukkan peningkatan kepercayaan yang tinggi dari pemimpin terhadap orang bawahannya dan memberikan kepercayaan orang bawahan untuk melakukan tugasnya sendiri dengan sedikit pengarahan dan sedikit sekali hubungan antara personal. Pemimpin mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak lalu menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah diagihkan, responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih terletak di bahu pemimpin.

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, konsep pendekatan kaedah, teknik dan strategi sering diaplikasikan ke arah matlamat pendidikan tetapi keempat-empat konsep ini sering kali menimbulkan keliruan di kalangan guru ( Mok, Soon Seng, 1994 ). Walau bagaimana pun menurut Hazil ( 1988 ) satu kaedah pengajaran tidak boleh digunakan bagi semua tujuan pendidikan kerana perlu diingatkan beberapa halangan di tempat mengajar dalam hal merangka strategi penyampaian. Perubahan pesat dalam kurikulum pendidikan sains masa kini memperlihatkan pengkayaan ilmu sains dan teknologi secara global mempengaruhi hasrat negara. Ini merupakan suatu cabaran, terutama guru sains yang perlu menangani dalam merealisasikan hasrat untuk meningkatkan penguasaan sains yang melibatkan kefahaman dan pelaksanaan kemahiran mata pelajaran tersebut ( Hofstein, 1988 ). Guru merupakan pelaksana perubahan atau kemajuan perubahan di sekolah tetapi terdapat guru yang sukar atau tidak mahu berubah sama ada dari segi pengurusan pendidikan maupun melibatkan pengajaran dan pembelajaran (Mohamad Yusope, 2002). Penguatkuasaan bahasa inggeris sebagai bahasa penghantar bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan suatu persediaan negara bersaing dengan negara-negara lain. Manakala sistem pendidikan negara pula yang berorientasikan peperiksaan dan dengan adanya perubahan atau desakan semasa, guru-guru tidak sempat menekankan gaya kepimpinan ketika melaksanakan tugas. Keputusan kerajaan melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik, menimbulkan reaksi daripada pelbagai pihak. Salah satu reaksi tersebut ialah bagaimanakah keupayaan guru sains melaksanakan tugas kepimpinan pengajaran dalam menyesuaikan strategi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains. Menurut kajian Nur Izlin ( 2003 ) terdapat perkaitan yang kuat di antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan kemahiran berbahasa Inggeris. Ini menunjukkan betapa penting latar belakang kemahiran berbahasa Inggeris dalam memperkayakan ilmu maupun perubahan sosial. Menurut Cannon dan Simpson, dalam Lim ( 2001 ), bahawa minat dalam sains, sikap terhadap sains dan rasa ingin tahu pelajar-pelajar telah lama diketahui mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di mana bilik darjah menjadi tempat persekitaran berlakunya interaksi antara pelajar dan guru serta kurikulum pendidikan. Ini bermakna terdapat persoalan adakah perubahan bahasa penyampaian pengajaran iaitu bahasa Inggeris dikuasai dan dihayati oleh guru memberi kesan kepada tugas mengajar mata pelajaran
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

sains. Oleh itu suatu langkah gaya kepimpinan guru sains penting bagi menyedarkan dan menyakinkan lebih ramai pelajar berminat bersungguh-sungguh menguasai dan berkemampuan tinggi dalam mata pelajaran sains sebagai strategi keperluan tenaga manusia menuju wawasan 2020.

Oleh sebab gaya kepimpinan guru di dalam kelas adalah berkaitan dengan tugas mengajar , maka dalam kajian ini pengkaji ingin mengetahui gaya-gaya kepimpinan guru sains yang bersesuaian mengikut model kepimpinan Hersey & Blanchard. Permasalahannya tentang gayagaya kepimpinan pengajaran guru mengajar mata pelajaran sains yang diajar dalam bahasa Inggeris masih belum dikenalpasti kecemerlangannya tetapi adakah gaya kepimpinan guru yang mengajar mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris dapat memberikan sumbangan kepada pencapaian akademik pelajar. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti apakah gaya kepimpinan yang dilaksanakan oleh guru mata pelajaran sains dalam strategi pengajarannya di sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor.

Objektif Kajian

Berdasarkan kepada penyataan masalah yang dinyatakan, persoalan kajian yang dibentuk adalah seperti berikut; i. ii. Mengenal pasti manakah gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh guru mata pelajaran sains semasa melaksanakan tugas mengajar. Mengenal pasti gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang digunakan oleh guru-guru sains berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman.

Kajian gaya-gaya kepimpinan pengajaran guru perlulah dilakukan sebagai kesinambungan kepada kajian-kajian terdahulu dan diharap kajian ini dapat menambahkan lagi literatur tentang bidang gaya kepimpinan pengajaran guru di Malaysia. Kajian yang didasarkan daripada data-data emperikal mengenai perkembangan pendidikan setempat bagi menilai kembali tata cara melaksanakan tugas mengajar sebagai pemimpin pengajaran sangat diperlukan. Oleh yang demikian dapatan penyelidikan ini akan memberi justifikasi yang kukuh untuk Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah mengubahsuai kursus-kursus para pendidik serta kajian ini penting sebagai panduan kepada pihak pentadbir sekolah untuk merangka program pembangunan staf dan peningkatan profesionalisme di kalangan guru-guru terutamanya guru-guru sains. Selain daripada itu penyelidikan ini mampu membantu guru-guru sains agar dapat menggunakan pendekatan gaya kepimpinan pengajaran yang bersesuaian dengan mata pelajaran yang diajarkan dan menyedarkan guru-guru sains mengenai personaliti mereka yang turut memainkan peranan dalam pemilihan pendekatan kepimpinan pengajaran mereka selama ini. Penyelidikan ini membolehkan tenaga pengajar di institusi pengajian pendidikan merangka dan merancang proses pengajaran yang lebih mantap terhadap bakalbakal guru dalam mata pelajaran sains dari aspek pedagogi dan psikologi. Seterusnya kajian yang dijalankan ini membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya Bahagian Latihan dan Biasiswa merangka latihan dan program untuk meningkatkan profesionalisme guruguru sains dalam aspek kepimpinan pengajaran yang lebih berkesan.

Kelompok sasaran kajian ini dijalankan ke atas guru-guru sains menengah rendah di sekolah-sekolah di daerah Batu Pahat Johor yang telah mengikuti salah satu fasa kursus ETeMS (English for the Teaching of Mathematics and Science). Bilangan sekolah yang terlibat dalam kajian ini terbatas kepada 24 sekolah. Sekolah-sekolah tersebut adalah terdiri daripada 8 buah sekolah yang berada di bandar dan 16 terletak di kawasan luar bandar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Gaya Kepimpinan Pengajaran

1112OKT2008

Kepimpinan pengajaran ialah peranan guru dalam memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Manakala menurut De Bevoise ( 1984 ) dalam buku Mohd. Salleh ( 2000) kepimpinan pengajaran sebagai menggalakkan pertumbuhan pembelajaran pelajar dan meningkatkan mutu pengajaran. Gaya kepimpinan merujuk kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasisituasi yang berbeza. Apabila pemimpin mampu mengenakan pengaruhnya dan pengaruh itu menyebabkan mencapai matlamat, kepimpinannya adalah dianggap berkesan. Empat gaya kepimpinan yang disesuaikan dengan pelbagai situasi, antaranya mengikut ( Aminuddin, 1990 ) ialah ;

i.

Memberitahu Pemimpin mengenal pasti masalah, membuat keputusan dan menetapkan tindakan yang perlu dilakukan secara bersendirian. Pemimpin seperti ini tidak memikirkan perasaan dan pandangan orang lain terhadap keputusan yang telah dibuatnya. Menjual Dalam gaya kepimpinan ini, keputusan masih dilakukan oleh pemimpin dan kemudiannya menerangkan lebih lanjut tentang pendapatnya untuk mendapat sokongan daripada pengikut. Dengan cara ini, pengikut faham apa yang ditetapkan dan bersedia melaksanakan tugas. Penyerahan Tugas Pemimpin akan mengenal pasti masalah, merangka panduan, batasan dan syarat bertindak menyerahkan kepada pengikut untuk membuat keputusan. Walaupun autoriti telah diagihkan responsibiliti dan akauntabiliti terhadap keputusan yang dibuat masih terletak di bahu pemimpin. Penyertaan Pemimpin yang lebih menumpukan perhatian pada kualiti hubungan dan memperlihatkan penyelesaian tugas. Pemimpin meminta reaksi dan pandangan dari pengikutnya sebelum membuat keputusan. Bagaimanapun keputusan masih di tangan pemimpin.

ii.

iii.

iv.

Kerangka Konsep

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Rajah 1 : Kerangka konsep kajian

1112OKT2008

GayaKepimpinanPengajaran

Memberitahu

Menjual

Penyertaan

PenyerahanTugas

Melaksanakan TugasGuru

KelayakanIkhtisas

Pengalaman

Kerangka konsep kajian ini adalah menggambarkan jenis gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang popular diamalkan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran sains menengah rendah dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan bahasa Inggeris mengikut teori gaya kepimpinan situasi Hersey dan Blanchard. Pemboleh ubah yang diukur ialah gaya kepimpinan menjual, memberitahu, penyertaan dan penyerahan tugas dalam melaksanakan tugas. Berdasarkan kepada kelayakan ikhtisas dan pengalaman guru mengajar mata pelajaran menunjukkan perbezaan gaya-gaya kepimpinan guru dalam melaksanakan tugas mengajar oleh kerana kekangan bahasa ilmu bahasa Inggeris berserta dengan multimedia terdedah secara global.

Metodologi Kajian

Kajian adalah berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik di mana penyelidikan dijalankan ke atas populasi guru sains yang mengajar mata pelajaran sains menengah rendah di sekolah-sekolah menengah di Daerah Batu Pahat yang telah mengikuti kursus pemantapan bahasa Inggeris. Borang soal selidik yang lengkap diedarkan kepada responden oleh pengkaji sendiri. Responden bebas memberi maklum balas dan pandangan mereka pada setiap soalan berdasarkan jawapan yang sesuai dengan diri mereka. Kelompok populasi kajian ialah guru sains menengah rendah di Daerah Batu Pahat, Johor. Jumlah
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

populasi bagi kajian ini seramai 120 orang guru sains terdiri 31 orang guru lelaki dan 89 orang guru perempuan dari dua puluh empat buah sekolah menengah bandar dan luar bandar yang telah mengikuti salah satu fasa latihan ETeMS di daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini dijalankan di sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor. Jumlah keseluruhan sekolah adalah 24 buah sekolah dengan agihan 18 buah sekolah terletak di bandar dan 8 buah sekolah terletak di luar bandar. Senarai sekolah menengah luar bandar seperti SMK Banang Jaya, SMK Dato Sulaiman, SMK Dato Menteri, SMK Dato Onn, SMK Penghulu Saad, SMK Senggarang, SMK Seri Medan, SMK Sri Gading, SMK Tengku Mahmod Iskandar, SMK Tun Ismail, SMK Tun Sardon, SMK Rengit, SMK Semerah, SMK Tongkang Pecah, SMK Yong Peng dan SMK Dato Seth. Manakala sekolah menengah bandar seperti SMK Convent, SMK atin Onn Jaffar, SMK Munshi Sulaiman, SMK (P) Temengong Ibrahim, SMK Dato Bentara Luar, SMK tinggi dan SMK Tun Aminah.

Set borang selidik ini mengandungi bahagian-bahagian berikut. Bahagian A : Bahagian A yang akan memberikan tumpuan kepada ciri-ciri demografi iaitu latar belakang responden . Latar belakang responden dibahagikan kepada umur, jantina, kelulusan , bangsa, agama serta pengalaman mengajar.

Bahagian B : Soal selidik untuk kepimpinan pengajaran guru diterjemahkan dari The Leadership Behaviour Description Quentionaire (LBDQ) yang dibentuk oleh penyelidikan di universiti Ohio State ( Holpin, 1996 ) yang diambil dan diubahsuai dari kajian Ng Chin (1998). Instrumen kajian ini dipilih kerana menepati teori yang menjadi asas kepada kajian ini dan merupakan salah satu instrumen kajian yang popular kerana kestabilan keesahannya ( Bass, 1990 ). LBDQ yang digunakan mempunyai 32 item dengan merujuk jadual 3.1.

Jadual 1 : Jadual Penentu Ujian

Gaya kepimpinan pengajaran Menjual Penyertaan Memberitahu Penyerahan Tugas

Jumlah Item 8 8 8 8

Nombor Item 1, 2, 4, 6, 9, 10, 16, 22 3, 15, 18, 19, 20, 24, 26, 28 5, 7, 11, 12, 14, 21, 23, 25 8, 13, 17, 27, 29, 30, 31, 32

Setelah kajian rintis dilakukan dapatan nilai kebolehpercayaan instrumen adalah memadai untuk dignapakai dalam kajian, seperti berikut

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 2 : Hasil Kajian Rintis

1112OKT2008

Gaya kepimpinan pengajaran Memberitahu Menjual Penyertaan Pengagihan Tugas

Nilai Alpha Cronbach . 7267 . 8431 . 5250 . 6419

Dapatan Kajian

Daripada 100 orang responden di dapati responden yang berumur antara 26 tahun hingga 30 tahun adalah seramai 23 orang ( 23% ), 21 orang ( 21% ) yang berumur antara 31 hingga 35 tahun, 17 orang ( 17% ) terdiri dari responden yang mempunyai umur kurang 25 tahun dan antara umur 41 hingga 45 tahun, 16 orang (16% ) responden berumur 36 hingga 40 tahun, 5 orang ( 5% ) responden berumur antara 46 hingga 50 tahun dan seorang ( 1% ) berumur lebih 51 tahun. Seramai 20 orang ( 20% ) responden yang memiliki SPM/MCE terdiri dari responden yang berumur antara 26 hingga 30 tahun dan seorang ( 1% ) responden terdiri umur lebih 51 tahun. Seramai 93 orang (93%) berbangsa Melayu mempunyai kelulusan SPM/MCE dan STPM/HSC, 4 orang (4%) berbangsa Cina mempunyai kelulusan SPM/MCE dan STPM/HSC , 2 orang (2%) berbangsa India memiliki STPM/HSC dan seorang (1%) dari lain-lain bangsa mepunyai kelulusan SPM/MCE. Seramai 84 orang ( 84 % ) yang mempunyai SPM/MCE dan 52 orang yang mempunyai kelulusan kepujian dalam Bahasa Inggeris, 21 orang lulus dalam Bahasa Inggeris dan 10 orang cemerlang dalam Bahasa Inggeris. Manakala 16 orang ( 16% ) responden mempunyai kelulusan Bahasa Inggeris dalam STPM/HSC. Seramai 51 orang ( 51% ) yang mempunyai pengalaman mengajar sains kurang 5 tahun dan 45 orang responden mempunyai kurang 5 tahun pengalaman mengajar. Manakala seramai 21 orang ( 21% ) mempunyai pengalaman mengajar sains antara 5 hingga 10 tahun, seramai 17 orang (17%) mempunyai pengalaman mengajar sains lebih 16 tahun dan seramai 11 orang (11%) yang mempunyai pengalaman mengajar sains antara 11 hingga 15 tahun. Data kajian menunjukkan 51 orang ( 51 % ) responden yang dikaji mempunyai pengalaman mengajar sains kurang 5 tahun, seramai 21 orang ( 21% ) responden yang mempunyai pengalaman mengajar sains antara 5 hingga 10 tahun, seramai 17 orang ( 17% ) responden mempunyai pengalaman mengajar sains lebih 16 tahun dan seramai 11 orang ( 11% ) responden mempunyai pengalaman mengajar sains antara 11 hingga 15 tahun. Seramai 46 orang ( 46% ) responden mempunyai kelayakan ikhtisas yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar sementara 9 orang ( 9% ) responden mempunyai kelayakan ikhtisas yang lebih 20 tahun pengalaman mengajar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Analisis Item

1112OKT2008

Jadual 3 :

Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Menjual

Item Gaya Kepimpinan Menjual S1 S2 Saya menghulurkan bantuan peribadi kepada pelajar Saya sedia mengambil berat atas perkara-perkara kecil demi untuk menyenangkan pelajar Saya menggalakkan pelajar membuat eksperimen dalam kumpulan Saya sedia meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada pelajar Saya mudah bergaul dengan pelajar Saya menitik beratkan kebajikan setiap pelajar Saya menitik beratkan kebajikan setiap pelajar Saya mudah didekati dan mesra dengan semua pelajar Jumlah

STS 1 2

TS 5 1

TP 12 17

S 70 68

SS 12 12

Min 3.87 3.87

S4

59

31

4.14

S6

60

31

4.17

S9 S10 S16 S22

2 2 2 2 14

4 4 3 3 26

9 10 4 9 71

59 65 52 63 496

26 19 39 23 193

4.03 3.95 4.23 4.02 32.28

STS - Sangat tidak setuju TS TP S SS - Tidak setuju - Tidak pasti - Setuju - Sangat setuju

Jadual 3 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan menjual ialah item soalan yang ke-16 iaitu saya menitik beratkan kebajikan setiap pelajar. Skor min tersebut ialah 4.23. Sementara skor min yang terendah ialah soalan 1 iaitu saya menghulurkan bantuan peribadi kepada pelajardan soalan 2 iaitu saya sedia mengambil berat atas perkara kecil demi untuk menyenangkan pelajar iaitu 3.87. Jadual 4 : Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Penyertaan
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

10

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Item Gaya Kepimpinan Penyertaan S3 S15 S18 S19 Saya mencuba idea-idea baru bersama pelajar Saya bertindak setelah berunding dengan pelajar-pelajar Saya memberi layanan seolah-olah pelajar setaraf dengan saya Saya menggalakkan semua pelajar menggunakan prosedur kerja yang sama Saya bersedia melakukan perubahanperubahan jika perlu Pelajar-pelajar berasa selesa dan senang apabila berbincang dengan saya Saya menerima cadangan dikemukakan oleh pelajar yang STS 1 0 3 2 TS 8 4 33 10 TP 18 14 28 25 S 60 64 28 47

1112OKT2008

SS 13 18 8 16

Min 3.76 3.96 3.05 3.65

S20 S24

0 2

7 3

11 19

54 55

28 21

4.03 3.90

S26 S28

1 3

6 16

11 19

70 56

12 6

3.86 3.46

Saya mendapatkan persetujuan semua pelajar terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu tindakan Jumlah

12

87

145

434

122

29.67

STS - Sangat tidak setuju TS TP S SS - Tidaksetuju - Tidak pasti - Setuju - Sangat setuju

Jadual 4 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan peyertaan ialah item soalan yang ke-20 iaitu saya bersedia melakukan perubahan-perubahan jika perlu. Skor min tersebut ialah 4.03. Sementara skor min yang terendah ialah soalan 18 iaitu saya memberi layanan seolah-olah pelajar setaraf dengan saya iaitu 3.05.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

11

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 5 :

1112OKT2008

Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Memberitahu

Item Gaya Kepimpinan Memberitahu S5 S7 S11 S12 S14 S21 S23 Saya tegas menjalankan tugas mengajar Saya tegas menjalankan tugas mengajar Saya menentukan tugas tertentu untuk setiap pelajar Saya menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan Saya menjelaskan kepada pelajarpelajar apa yang diharapkannya Saya memastikan semua pelajar memahami peranan mereka di sekolah Saya meminta pelajar-pelajar mengikut segala peraturan dan syarat belajar yang ditetapkan Saya menerangkan dengan jelas syarat-syarat dan tugas-tugas pelajar Jumlah

STS 0 0 1 0 2 1 2

TS 4 7 11 9 4 5 5

TP 5 8 15 16 11 4 5

S 50 61 58 59 59 68 63

SS 41 24 15 16 24 22 25

Min 4.23 4.02 3.75 3.82 3.99 4.05 4.04

S25

2 8

2 45

11 75

97 515

18 185

3.97 31.92

STS - Sangat tidak setuju TS TP S SS - Tidaksetuju - Tidak pasti - Setuju - Sangat setuju

Jadual 5 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan memberitahu ialah item soalan yang ke-5 iaitu saya tegas menjalankan tugas mengajar. Skor min tersebut ialah 4.23. Sementara skor min yang terendah ialah soalan 11 iaitu saya menentukan tugas tertentu untuk setiap pelajar iaitu 3.75.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

12

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 6:

1112OKT2008

Taburan Min Item-item Bagi Gaya Kepimpinan Penyerahan Tugas

Item Gaya Kepimpinan Penyerahan Tugas S8 S13 S17 S27 S29 Saya merasa yakin terhadap kebolehan pelajar Saya mengekalkan satu tahap pencapaian pelajar Saya memastikan bahawa perlaksanaan tugas mengikut jadual kerja Saya menentukan semua pelajar menjalankan tugas dengan sepenuhnya Saya mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kewibawaan terhadap pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah Saya sentiasa mengharapkan kemajuan pencapaian akademik daripada pelajarpelajar Saya menetapkan tugas yang khusus kepada seseorang pelajar Saya mempunyai matlamat yang jelas bagi mencapai prestasi kerja Jumlah

STS 1 0 3 1 2

TS 7 10 5 4 4

TP 27 13 11 4 10

S 54 70 57 72 72

SS 11 7 24 19 12

Min 3.67 3.74 3.94 4.04 3.88

S30

49

45

4.71

S31 S32

1 2 13

17 3 53

23 7 96

51 52 477

8 36 162

4.78 4.17 31.23

STS - Sangat tidak setuju TS TP S SS - Tidak setuju - Tidak pasti - Setuju - Sangat setuju

Jadual 6 di dapati skor min yang tertinggi gaya kepimpinan penyerahan tugas ialah item soalan yang ke-31 iaitu saya menetapkan tugas yang khusus kepada seseorang pelajar. Skor min tersebut ialah 4.78. Sementara skor min yang terendah ialah soalan 8 iaitu saya merasa yakin terhadap kebolehan pelajar iaitu 3.67.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

13

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 7: Taburan Min Gaya-gaya Kepimpinan

1112OKT2008

Bilangan 1. 2. 3. 4. Menjual

Jenis-jenis gaya kepimpinan

Min 32.28 31.92 29.67 31.23

Memberitahu Penyertaan Penyerahan tugas

Jadual 7 menunjukkan taburan ini gaya-gaya kepimpinan pengajaran. Di dapati skor min yang tertinggi ialah gaya kepimpinan menjual iaitu 32.28, diikuti gaya kepimpinan memberitahu iaitu 31.92, gaya kepimpinan penyerahan tugas iaitu 31.23 dan min yang terendah ialah gaya kepimpinan penyertaan sebanyak 29.67.

Analisis Varians Sehala ( ANOVA )

Ujian statistik ANOVA sehala digunakan bagi melihat perbezaan min di antara kumpulan yang melebihi dua kategori. Ia adalah bertujuan untuk melihat perbezaan pengamalan gayagaya kepimpinan pengajaran di kalangan guru mata pelajaran sains berdasarkan kelayakan ikhtisas dan pengalaman mengajar. Rujukan akan dibuat kepada nilai F bagi menentukan sama ada terdapat perbezaan min yang signifikan atau tidak di antara kumpulan ini secara keseluruhan.

Jika nilai F menunjukkan tidak terdapat perbezaan pengamalan yang signifikan di kalangan guru berdasarkan mana-mana ciri demografi tersebut, maka hipotesis nol diterima. Jika sekiranya nilai F menunjukkan terdapat pengamalan yang signifikan di kalangan guru sains maka hipotesis nol ditolak. Ini menunjukkan terdapat perbezaan min pengamalan yang jelas di kalangan guru sains. Walau bagaimanapun ujian F tidak dapat menunjukkan pasangan kumpulan guru yang mana berbeza secara signifikan.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

14

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Ho : Tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan antara gayagaya kepimpinan pengajaran dengan kelayakan ikhtisas. Jadual 8: Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Menjual

Kelayakan Ikhtisas Sijil Perguruan Diploma Perguruan Ijazah Pendidikan Lain-lain Jumlah

Min 32.00 32.69 32.00 32.43 32.28

Jadual 9 :

ANOVA ( Sehala ) Gaya Kepimpinan bagi Menjual

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 3 96 99

SS 10.807 2331.353 2342.160

MS 3.02 24.285

F 1.48

Sig. 0.931

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Jadual 8 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan menjual mengikut kelayakan ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan menjual yang tertinggi ialah diploma perguruan. Skor min tersebut ialah 32.69. Manakala min yang terendah ialah sijil perguruan iaitu 32.00. Berdasarkan jadual 9 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 1.48 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan menjual dengan kelayakan ikhtisas maka ini menunjukkan hipotesis diterima di mana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan dengan kelayakan ikhtisas.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

15

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 10:

1112OKT2008

Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Memberitahu

Kelayakan Ikhtisas Sijil Perguruan Diploma Perguruan Ijazah Pendidikan Lain-lain Jumlah

Min 30.89 32.06 31.37 29.86 31.92

Jadual 11 :

ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Memberitahu DK 3 96 99 SS 16.475 2400.885 2417.360 MS 5.492 25.009 F 0.220 Sig. 0.883

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Jadual 10 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan memberitahu berdasarkan kelayakan ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan memberitahu mengikut kelayakan ikhtisas yang tertinggi ialah diploma perguruan. Min skor tersebut ialah 32.06. Manakala min yang terendah ialah dari lain-lain kelayakan ikhtisas iaitu 29.86. Dari jadual 11 di dapati nilai pada aras F = 0.220 = 0.05 antara gaya kepimpinan memberitahu dengan kelayakan ikhtisas menunjukkan hipotesis ditolak di mana terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan memberitahu dengan kelayakan ikhtisas.

Jadual 12 :

Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Penyerahan Tugas.

Kelayakan Ikhtisas Sijil Perguruan Diploma Perguruan Ijazah Pendidikan Lain-lain Jumlah

Min 30.44 31.50 31.37 29.86 31.23

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

16

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 13 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyerahan Tugas.

1112OKT2008

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 3 96 99

SS 22.381 2077.329 2099.710

MS 7.460 21.639

F 0.345

Sig. 0.793

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Jadual 12 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyerahan tugas berdasarkan kelayakan ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan penyerahan tugas mengikut kelayakan ikhtisas yang tertinggi ialah diploma perguruan . Skor min tersebut ialah 31.50. Manakala min yang terendah ialah dari lain-lain ikhtisas iaitu 29.86. Berdasarkan jadual 13 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 0.345 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan kelayakan ikhtisas maka ini menunjukkan hipotesis ditolak di mana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan kelayakan ikhtisas. Jadual 14 : Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas Bagi Gaya Penyertaan.

Kelayakan Ikhtisas Sijil Perguruan Diploma Perguruan Ijazah Pendidikan Lain-lain Jumlah

Min 29.78 29.72 29.71 29.00 29.67

Jadual 15: ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyertaan

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 3 96 99

SS 3.416 1850.694 1854.110

MS 1.139 19.278

F 0.059

Sig 0.981

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

17

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Jadual 14 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyertaan mengikut kelayakan ikhtisas . Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan penyertaan mengikut kelayakan ikhtisas yang tertinggi ialah sijil perguruan. Skor min tersebut ialah 29.78. Manakala min yang terendah ialah dari lain-lain kelayakan ikhtisas iaitu 29.00. Berdasarkan jadual 15 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 0.059 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan penyertaan dengan kelayakan ikhtisas maka ini menunjukkan hipotesis ditolak di mana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan penyertaan dengan kelayakan ikhtisas.

Ho : Tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan antara gaya-gaya kepimpinan pengajaran dengan pengalaman mengajar.

Jadual 16 :

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar Bagi Gaya Penyerahan Tugas.

Pengalaman Mengajar Kurang 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 20 tahun ke atas Jumlah

Min 30.24 32.18 32.38 31.00 32.11 31.23

Jadual 17 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyerahan Tugas

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 4 95 99

SS 93.429 2006.281 2099.710

MS 23.357 21.119

F 1.106

Sig 0.358

Signifikan pada aras keyakinan P< .05

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

18

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Jadual 16 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyerahan tugas berdasarkan pengalaman. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan penyerahan tugas mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 11 15 tahun. Min skor tersebut ialah 32.28. Manakala skor min yang terendah iaitu pengalaman yang kurang 5 tahun ialah 30.24. Berdasarkan jadual 17 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 1.106 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis adalah diterima kerana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan penyerahan tugas dengan pengalaman mengajar.

Jadual 18 :

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bagi Gaya kepimpinan Memberitahu

Pengalaman Mengajar Kurang 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 20 tahun ke atas Jumlah

Min 31.20 33.09 32.63 31.71 32.67 31.92

Jadual 19 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Memberitahu

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 4 95 99

SS 63.124 2354.236 2417.360

MS 15.781 24.781

F 0.637

Sig 0.637

Signifikan pada aras keyakinan P < .05

Jadual 18 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan memberitahu berdasarkan pengalaman mengajar. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan memberitahu secara keseluruhan mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 6 10 tahun pengalaman mengajar. Skor min tersebut ialah 33.09. Manakala min yang terendah ialah yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar iaitu 31.20. Berdasarkan jadual 19 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 0.637 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan memberitahu dengan pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis adalah diterima tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan memberitahu dengan pengalaman mengajar.
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

19

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Jadual 20 :

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bagi Gaya Penyertaan

Pengalaman Mengajar Kurang 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 20 tahun ke atas Jumlah

Min 28.91 30.68 30.44 29.00 30.22 29.67

Jadual 21 : ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan bagi Penyertaan

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 4 95 99

SS 64.192 1789.918 1854.110

MS 16.048 24.781

F 0.852

Sig 0.496

Signifikan pada aras keyakinan P < .05

Jadual 20 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan penyertaan berdasarkan pengalaman mengajar. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan penyertaan secara keseluruhan mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 6 10 tahun pengalaman mengajar. Skor min tersebut ialah 30.68. Manakala min yang terendah ialah yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar iaitu 28.91. Berdasarkan jadual 21 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 0.852 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan penyertaan dengan pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis diterima di mana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan penyertaan dengan pengalaman mengajar.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

20

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Jadual 22 :

1112OKT2008

Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bagi Gaya Menjual

Pengalaman Mengajar Kurang 5 tahun 6 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 20 tahun ke atas Jumlah

Min 32.00 32.91 34.31 32.57 33.44 32.28

Jadual 23 :

ANOVA (Sehala) Gaya kepimpinan Bagi Menjual

Sumber Variasi Antara Kelompok Dalam Kelompok Jumlah

DK 4 95 99

SS 162.968 2179.192 2342.160

MS 40.742 22.939

F 1.776

Sig 0.140

Signifikan pada aras keyakinan P < .05

Jadual 22 menunjukkan perbandingan gaya kepimpinan menjual berdasarkan pengalaman mengajar. Dari jadual di atas dapat dilihat bahawa skor min gaya kepimpinan menjual secara keseluruhan mengikut pengalaman mengajar yang tertinggi ialah antara 11- 15 tahun pengalaman mengajar. Skor min tersebut ialah 34.31. Manakala min yang terendah ialah yang kurang 5 tahun pengalaman mengajar iaitu 32.00. Berdasarkan jadual 23 ANOVA sehala adalah tinggi nilai F = 1.78 pada aras = 0.05 antara gaya kepimpinan menjual dengan pengalaman mengajar maka ini menunjukkan hipotesis diterima kerana tidak terdapat perbezaan kepimpinan pengajaran yang signifikan di antara gaya kepimpinan menjual dengan pengalaman mengajar.

Analisis Korelasi Pearson r.

Bagi menentukan sama ada terdapat perhubungan yang linear di antara pengamalan gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan memberitahu pengajaran guru sains, ujian statistik yang digunakan ialah ujian korelasi Pearson r. Ujian ini perkaitan yang menunjukkan kekuatan serta arah perkaitan antara dua pemboleh ubah pada skala (-1) dan (+1). Jenis perkaitan yang dikaji dalam kajian ini dilihat antara gaya kepimpinan guru iaitu pemboleh ubah bersandar dengan faktor yang mempengaruhi iaitu pemboleh ubah bebas. Apabila nilai r menunjukkan nilai positif, ini bermakna hubungan pemboleh ubah pemboleh ubah adalah
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

21

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

positif. Implikasi sekiranya nilai salah satu pemboleh ubah meningkat, maka nilai pemboleh ubah yang berkaitan juga meningkat. Jika dilihat dari segi kekuatan perkaitan nilai magnitud adalah merujuk bab 3.

Jadual 24 : Analisis hubungan korelasi di antara gaya-gaya kepimpinan melaksanakan tugas mengajar

dalam

Hubungan gaya kepimpinan Penyertaan dengan Memberitahu Memberitahu dengan Penyerahan tugas Penyerahan tugas dengan Menjual Penyertaan dengan Menjual Penyerahan tugas dengan Penyertaan Memberitahu dengan Menjual Signifikan pada aras keyakinan P< 0.05

Pearson Korelasi 0.808 0.885 0.879 0.804 0.831 0.854

Ho 3 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya menjual dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas.

kepimpinan

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan menjual dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r = 0.879 dan signifikan pada = 0.00.

Ho 4 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan memberitahu.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan memberitahu adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r = 0.808 dan signifikan pada = 0.00.

Ho 5 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan memberitahu dengan gaya kepimpinan menjual.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan memberitahu

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

22

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008
r=

dengan gaya kepimpinan menjual adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat 0.854 dan signifikan pada = 0.00.

Ho 6 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r = 0.831 dan signifikan pada = 0.00.

Ho 7 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan memberitahu dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas.

Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan memberitahu dengan gaya kepimpinan penyerahan tugas adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r = 0.885 dan signifikan pada = 0.00.

Ho 8 : Tidak terdapat perbezaan perkaitan yang signifikan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan menjual Jadual 24 menunjukkan keputusan kaitan antara gaya kepimpinan penyertaan dengan gaya kepimpinan menjual adalah terdapat nilai korelasi yang sangat kuat r = 0.804 dan signifikan pada = 0.00.

Perbincangan

Untuk mengenal pasti gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan oleh guru mata pelajaran sains, keputusan kajian secara keseluruhan menunjukkan perbezaan min gaya kepimpinan menjual (32.28), memberitahu (31.92) dan penyerahan tugas (31.23) sering diaplikasikan oleh guru-guru sains, manakala gaya kepimpinan penyertaan (29.67) kurang ditekankan semasa tugas mengajar. Ini bermakna gaya kepimpinan menjual yang mempunyai ciri-ciri memberi tugas tinggi dan hubungan tinggi diperlukan kerana dari segi kematangan iaitu 46% responden terdiri yang mempunyai pengalaman yang dari 5 tahun mengajar dan 22% kurang 10 tahun mengajar. Menurut analisis Hersey dan Blanchard menunjukkan bahawa kelakuan tugas tinggi menggantikan kekurangan kebolehan pengikut sementara hubungan tinggi pemimpin cuba mengarahkan pengikut mengikut kehendak pemimpin (Stephen, 2000). Ini menunjukkan sesuatu reformasi dalam pendidikan yang dilancarkan, tugas dan kerja guru hari ini masih ada ditahap lama iaitu peranan guru sebagai mengajar dengan ilmu pengetahuan tetapi yang sewajarnya perubahan harus berlaku pada masa kini iaitu guru sebagai pembimbing, fasilitator dan pemberi perangsang dalam bilik darjah seterusnya mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, berani serta sanggup menghadapi cabaran hidup dan berguna untuk pembangunan negara.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

23

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Untuk mengenal pasti Perbezaan Gaya kepimpinan berdasarkan kelayakan ikhtisas, hasil kajian menunjukkan perbezaan min ANOVA gaya kepimpinan menjual ialah F = 1.48, P <0.05 diamalkan oleh kebanyakan guru-guru yang mempunyai kelayakan Diploma Perguruan. Ini menunjukkan walaupun guru-guru mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran sains kurang dari 5 tahun tetapi mereka telah dimantapkan dengan pengetahuan asas pedagogi. Hasil kajian ini disokong oleh dapati Kartini ( 2002 ) bagi mewujudkan guru yang berpengetahuan dan kemahiran tinggi perlu didedahkan kepada pengalaman ikhtisas berkaitan profesionalisme guru yang mantap dengan ilmu pedagogi supaya memberi peluang serta kecekapan guru sebagai pemudahcara dan pencetus inovasi ke arah pembelajaran. Dari hasil kajian ini diharapkan guru dapat menyesuaikan diri mengamalkan gaya-gaya kepimpinan mengikut situasi kebolehan pelajar, kehendak sekolah dan masyarakat di mana tuntutan ibu bapa serta masyarakat yang mementingkan pencapaian akademik yang cemerlang. Seterusnya ini latihan mengajar perlulah mengambil kira keupayaan guru pelatih dalam bidang akakemik dan segala aspek pendidikan.

Untuk mengenal pasti perbezaan gaya kepimpinan berdasarkan pengalaman mengajar, dapatan kajian ke semua perbezaan min ANOVA gaya kepimpinan pengajaran menjual F = 1.776, P<0.05, memberitahu F = 0.637, P<0.05, penyertaan F = 0.852, P<0.05 dan penyerahan tugas F = 1.106, P <0.05 menunjukkan signifikan dengan pengalaman mengajar. Ini bermakna tempoh guru mempunyai pengalaman mengajar tidak mempengaruhi gaya-gaya kepimpinan guru semasa mengajar. Kenyataan ini menunjukkan bahawa walaupun guru mempunyai tempoh pengalaman yang pendek tetapi guru dapat menetapkan aras kebolehan pelajar dan tahap penglibatan guru serta pelajar. Bagaimanapun kajian oleh Indra Devi ( 1997 ) menjelaskan guru yang lama mengajar sains dan banyak pengalaman dalam pengajaran sains dan telah banyak menghadiri kursus dalam perkhidmatan dalam mata pelajaran sains boleh mengajar dengan lebih berkesan. Ini bermakna guru dalam kajian ini telah dimantapkan ilmu pedagogi terkini di tempat kursus profesionalisme yang melibatkan proses pengalaman perancangan , pendekatan pengajaran, ganjaran , galakan, bimbingan, pemulihan, pengayaan, latihan, pengawalan, penyeliaan dan kerjasama.

Perkaitan antara gaya-gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan, menunjukkan bahawa hubungan antara gaya-gaya kepimpinan pengajaran mempunyai kaitan yang positif dan korelasi yang sangat kuat iaitu antara gaya kepimpinan penyertaan dan memberitahu p = 0.808, memberitahu dan penyerahan tugas p = 0.885, penyerahan tugas dan menjual p = 0.879, penyertaan dan penyerahan tugas p = 0.831, memberitahu dan menjual p = 0.854 dan penyertaan dengan menjual p = 0.804. Ini menunjukkan terdapat perkaitan di antara gaya-gaya kepimpinan pengajaran dipengaruhi oleh pengalaman mengajar dan kelayakan ikhtisas. Dari kajian ini perkaitan tugasan guru dengan pengajaran sesuatu tugas penting lagi profesional kerana tidak ramai menyedari bahawa guru juga seorang pengurus bilik darjah serta pengurus pengajaran. Dalam mana-mana atau pelbagai gaya kepimpinan pengajaran yang diamalkan, disarankan guru menunjukkan perancangan pengajaran yang lengkap, teratur, menarik, boleh mewujudkan perhubungan mesra dengan pelajar-pelajarnya, cuba mendengar masalah pelajar serta mengatasinya dan membentuk disiplin pelajar. Sebagai kesimpulannya keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengurusan bilik darjah yang dipimpin dan diurus oleh guru tersebut.

Rumusan

Di dapati bahawa hampir kesemua gaya-gaya kepimpinan pengajaran mencerminkan keaktifan yang tinggi bagi tingkah laku kepimpinan dan ini boleh dikaitkan dengan istilah guru sebagai pengajar, pemudahcara, pembimbing, jurulatih, perancang, penilai, penyampai ilmu pengetahuan, dan profesional. Ini membuktikan bahawa paksi ilmu pengetahuan adalah

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

24

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

berasaskan guru sebagai pelaksana proses pengalaman dan pengajaran ( KPM, 1990 ). Sebagai seorang profesional, guru perlu mempunyai kebolehan, personaliti, pengetahuan dan kemahiran menjalankan tugas mengajar dengan cara inovatif (Wan Mohd Zahid, 1993 ). Oleh itu guru merupakan agen pelaksana segala dasar , program dan aktiviti yang dirancang di sekolah maka adalah wajar pelbagai gaya kepimpinan diambil kira mengikut situasi.

Dapatan kajian gaya kepimpinan pengajaran guru sains melaksanakan tugas mengajar di sekolah-sekolah menengah rendah di daerah Batu Pahat, Johor menunjukkan hampir di kalangan guru sains baru yang kurang 5 tahun mengajar mengambil pendekatan gaya kepimpinan pengajar cara menjual, memberitahu dan penyerahan tugas manakala gaya kepimpinan penyertaan yang diamalkan adalah bergantung kepada kebolehan pelajar dan kematangan guru sains. Bersesuaian dengan fungsi guru sebagai kepimpinan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar ialah penekanan pengajaran dan pembelajaran lebih menyerupai dimensi tingkah laku yang berorientasi perhubungan manusia. Selaras dengan itu kepimpinan pengajaran adalah elemen yang penting dalam memastikan sekolah cemerlang. Aspek yang perlu diberi perhatian ialah tingkah laku seseorang pemimpin untuk melaksanakan fungsi kelompok untuk mencapai matlamat organisasi dan orang bawahan menjadi cemerlang.

Artikel ini telah memberi gambaran keseluruhan tentang gaya kepimpinan pengajaran guru dalam melaksanakan tugas mengajar. Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan gaya kepimpinan pengajaran merupakan aspek penting dalam kepimpinan guru yang efektif. Gaya kepimpinan pengajaran guru merupakan proses strategi pengajaran yang mempunyai pelbagai kaedah pengajaran yang bersesuaian digunakan dalam sesuatu pengajaran. Hasil kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik-penyelidik terdahulu menunjukkan kaedah dalam proses kemahiran sains yang dilaksanakan dalam mata pelajaran sains perlu dikuasai oleh guru yang mengajar sains adalah penting dan perlu di beri perhatian. Dapatan kajian menjadi landasan dalam membentuk kaedah dan reka bentuk kajian yang akan diterangkan dalam bab seterusnya.

Hasil kajian menunjukkan gaya kepimpinan penyertaan kurang diamalkan oleh guru-guru sains, sehubungan itu disarankan untuk guru berperanan lebih berkesan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan mengemaskini ilmu pengetahuan dan kemahiran mengajar dari semasa ke semasa. Dari sudut pedagogi gaya kepimpinan penyertaan kurang menggalakkan di kalangan guru, disarankan dan ditegaskan guru perlu mengetahui tentang caracara pembelajaran mengikut kurikulum subjek yang diajar dengan memantapkan lagi kebolehan komunikasi penyampaian ilmu secara interaktif dan kolaboratif. Untuk mencapai objektif ini pihak pentadbiran sekolah perlu memainkan peranan dengan mengadakan kursus pembangunan staf yang berkaitan. Guru-guru perlu berusaha meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka serta mengubah sikap untuk melibatkan diri dalam membuat keputusan kerana idea dan pendapat mereka boleh membantu pembangunan sekolah. Kementerian Pendidikan pula perlu membuat penilaian ke atas program penggunaan Bahasa Inggeris yang telah dilaksanakan dan maklum balas ini digunakan untuk menambahbaikkan program tersebut.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

25

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
RUJUKAN

1112OKT2008

AAzmi Hj. Shahri (1996). Pengurusan strategi pengurusan. Jurnal Pendidikan Bahagian Pendidikan Guru, 11. 1-14. Abd. Ghafar Md. Din (2003). Prinsip dan Amalan Pengajaran. Kuala Lumpur : Publication dan Distributors Sdn. Bhd. Abd. Rahman Aroff dan Zakaria Kasa (1995). Falsafah Dan Konsep Pendidikan. kedua. Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn Bhd. 88-103. Ahmad Kamil Jurim (1999). Tinjauan ilmu cita rasa guru. Jurnal Penyemaian Guru Bestari. Aminuddin Mohd. Yusof (1990). Siri Analisis Psikologi Kepimpinan. Kuala Dewan Bahasa Dan Pustaka Bakti Sdn. Bhd. 126-159.

Guru, Utusan Edisi Kreativiti Lumpur :

Boon, Pong Ying dan Ragbir (1998). Psikologi Semester II . Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ea, Ah Meng (1994). Perkembangan dan Perlaksanaan Kurikulum. Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Ea, Ah Meng (1992). Pedagogi Satu Pengenalan. Edisi ketiga. Kuala Lumpur : Bakti Sdn. Bhd. Ea, Ah Meng (1996). Pendidikan di Malaysia 1 Falsafah Pendidikan Guru dan Sekolah Semester 1. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn Bhd. 126-251. Gardner, P.L. (1975). Attitude to Science : A Review studies in Science Education. Journal Science Education. 2 1-4. Hazil Abdul Hamid (1988). Hubungan Di antara Objektif Dengan Kandungan Kursus, Strategi Pengajaran dan Penilaian. Kertas Kerja Pengenalan Pengajaran Pembelajaran Pengajian Tinggi Universiti Teknologi Malaysia. Kuala Lumpur. Hersey dan Blanchard K. (1969). Dalam Stephen P.R. (2000) Gelagat Organisasi. kelapan. Selangor : Prentice Hall. 257-259. Husin Sanif (2000). Pendekatan Komunikasi Dalam Pengajaran Bahasa. Penyemai Kreativiti Guru Bestari Koleksi Guru Johor. Hussein Mahmood (1993). Kepemimpinan dan Keberkesanan sekolah. Kuala Dewan Bahasa dan Pustaka. 143-202. Ibrahim Ahmad Bajunid (1999). Antara Idea Dan Tindakan : Pembinaan Pemimpin Berkualiti yang berkesan. Kertas Kerja Persidangan Pengurusan Pendidikan Kebangsaan. 25 Febuari 1999, Kota Kinabalu , Sabah. Indra Devi, S. (1997). Kesediaan Sekolah Untuk Melaksanakan Kurikulum Baru Sekolah Rendah. Jurnal Akademik. MPIK . xv. 14-26. Isahak Haron dan Boon K. B. (1983). Asas-asas Dalam Pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan Publication dan Distributors Sdn. Bhd. Ismail Werdani dan Zainon Salleh (2000). Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan. Jurnal Pendidikan Persidangan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sekolah Menengah Malaysia Johor. Ogos. 1-7. Kalsom Badrus (2000). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Minat Terhadap Mata Pelajaran Sains Di kalangan Pelajar Tingkatan 4 di Sek. Men Keb. Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia : Latihan Ilmiah. Sains Lumpur: Edisi Fajar

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

26

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Kamaruddin Haji Husin (1994). Dinamika Sekolah dan Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributor Sdn. Bhd.110-117. Kartini Baharun (2002). Sekolah Bestari : Pedagogi Abad Ke-21 dan Keprofesionalism. Jurnal Pendidikan Guru Bahagian Pendidikan Guru. 15. 12-15. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990). Pukal Latihan Kurikulum Bersepadu Menengah (KBSM). Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Sekolah

Khalidah Hj Ahmad (2002). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Keberkesanan Penerapan Kemahiran Proses Sains : Amalannya Di kalangan Guru Sains di Daerah Pontian. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana. Lim Hock Yuan (2001). Hegemoni Bahasa Inggeris dan Kesannya. Pemikir. Jul-Sept Lourdusamy A. (1994). Pembezaan Gaya Kognitif Individu Dan Implikasinya Terhadap Pendidikan. Siri Syarahan Perlantikan Profesor 1995 bil.3, Universiti Sains Malaysia : Penang. Mohamad Ikhsan (1997). Persepsi Bekas Pelajar Dan Pentadbir Sekolah Mengenai Ketaksamaan Program Diploma Pendidikan Universiti Malaya : Tesis Sarjana. Mohamad Ikhsan (2001) Ke arah Kecemerlangan Pendidikan Melalui Amalan Budaya Penyayang. Jurnal Pendidikan Guru. 14. 5-12. Mohamed Yusope Hassan (2002). Gaya Pemudah Cara Pemimpin di kalangan Pengetua-pengetua Sekolah Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana. Mohd . Majid Konting (1998). Sekolah Bestari dan Pengalaman KBSM : Implikasi Kepada profesion Pengurusan. Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan Pengetua-pengetua Sek. Men Malaysia Johor. 3. 27-37. Mohd. Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor : Universiti Malaysia. Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Reka bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan. Teknologi Malaysia Mohd. Salleh Lebar (2000). Pentadbiran pendidikan dan pendidikan di Malaysia. Selangor : Longman Sdn Bhd. 24-45. Mok, Soon Seng (1994). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Mikro. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Mok, Soon Seng (2000) Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Lepasan Ijazah) Semester 1. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ng Chin (1998). Perhubungan Gaya Kepimpinan Guru Besar Sekolah Rendah Dengan Iklim Sekolah di Daerah Melaka Tengah, Melaka. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis sarjana. Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob (1992). Guru dan Perguruan Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Teknologi : Universiti

Nurizlin Azizuddin (2000). Satu kajian Tinjauan Mengenai Perubahan Kesan Daripada Penggunaan Bahasa Inggeris Di dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Satu Kajian di sebuah Kilang Swasta di Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana. Othman Dato Hj Mohamed, Rahil Hj. Mahyuddin dan Abd. Majid Mohd Isa (1995). Asas pendidikan IV : Sekolah dan Perkembangan Kanak-kanak. Selangor : Longman Sdn. Bhd. 25-37. Razali Ismail (2002). ICT Dalam Pendidikan: Trend Dan Isu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik. Jurnal Pendidikan Guru. 15. 5-11. Saramma, A. (2003). Persepsi Guru Tentang Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di daerah Batu Pahat 2003. Bestari Koleksi Guru Johor. 8. 42-52.
Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

27

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK

1112OKT2008

Shahril Marzuki dan Kang, Chai Kee. (1995). Beberapa Teori Pengurusan Digunakan Bagi Mempertingkatkan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan di Sekolah. Jurnal Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia. 39(82). 10-15. Shahrir Jamaluddin dan Shahril Marzuki (1992). Persepsi Guru Besar, Guru dan mengenai guru yang berkualiti. Jurnal Pendidikan Guru. 36(77). 1-5. Sharifah Alwiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur : 173-205. Teaching Applied Linguitics. London : Oxford Univ. Press. 248-284. Wan Mohd. Zahid Wan Noordin (1993). Ke arah Kecemerlangan Pendidikan. Kertas Kerja Dalam Seminar Pendidikan Negeri Johor Darul Takzim, Johor Bahru, Mei. Yazid Abdul Manap dan Siti Aminah Ismail (2004). Guru Berkualiti : Cabaran dan Harapan. Koleksi Guru Johor Bestari Penyemai Kreativiti Guru Edisi Kelapan. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 1-20. Zaharah Hashim (2004). Standard Pengajaran Guru Dan Kecemerlangan Pendidikan Koleksi Guru Johor Bestari Penyemai Kretiviti Guru Edisi kelapan. Jabatan Pendidikan Negeri Johor. 30-41. Zulkifli Ibrahim (1997). Cabaran Warga Pendidik Memasuki Era Pembangunan Pendidikan Abad ke-21. Jurnal Pendidikan Persatuan Kebangsaan Pengetua- Pengetua Sek. Men. Malaysia Johor. 36. 3-6. Murid Heinemann.

Stephen P. R. (2000). Gelagat Organisasi. Edisi kelapan. Selangor : Prentice Hall.

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

28

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
LAMPIRAN SOAL SELIDIK

1112OKT2008

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG

1. Umur: Kurang 25 tahun 26 - 30 tahun 31 - 35 tahun 36 - 40 tahun 41 - 45 tahun 46 - 50 tahun 50 tahun ke atas

8. Pengalaman mengajar: Kurang 5 tahun 6 - 10 tahun 11 15 tahun 16 20 tahun 20 tahun ke atas

2. Jantina: Lelaki Perempuan

9. Agama: Islam Kristian Buddha

3. Bangsa: Melayu Cina India Lain-lain

Hindu

4. Kelulusan tertinggi akademik : SPM/MCE STPM/HSC

5. Kelulusan Bahasa Inggeris : Gred : _____________ (sila nyatakan)

6. Senaraikan kelayakan kelulusan ikhtisas yang dimiliki:


Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

29

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
Sijil Perguruan Ijazah Pendidikan

1112OKT2008

Diploma Perguruan

Lain-lain

7. Pengalaman mengajar mata pelajaran sains : 5 tahun ke bawah 11 15 tahun

5 10 tahun

16 tahun ke atas

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

30

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
BAHAGIAN B:

1112OKT2008

Berikut adalah kenyataan tentang gaya-gaya kepimpinan pengajaran guru-guru sains melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Sila tandakan bulat (O) dalam ruang yang disediakan di sebelah yang menunjukkan anda membuat keputusan berdasarkan pilihan berikut:-

5 - Sangat bersetuju 4 - Setuju 3 - Tidak pasti 2 - Tidak setuju 1 - Sangat tidak setuju

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Saya menghulurkan bantuan peribadi kepada pelajar Saya sedia mengambil berat atas perkara-perkara kecil demi untuk menyenangkan pelajar Saya mencuba idea-idea baru bersama pelajar Saya menggalakkan pelajar membuat eksperimen dalam kumpulan Saya tegas menjalankan tugas mengajar Saya sedia meluangkan masa untuk memberi perhatian kepada pelajar Saya menetapkan sesuatu arahan kepada pelajar Saya merasa yakin terhadap kebolehan pelajar Saya mudah bergaul dengan pelajar Saya menitik beratkan kebajikan setiap pelajar Saya menentukan tugas tertentu untuk setiap pelajar Saya menentukan jadual kerja yang perlu dilaksanakan Saya mengekalkan satu tahap pencapaian pelajar Saya menjelaskan kepada pelajar-pelajar apa yang diharapkannya Saya bertindak setelah berunding dengan pelajar-pelajar Saya sentiasa memberi sokongan kepada pelajar-pelajar apabila mereka menghadapi masalah dalam pelajaran Saya memastikan bahawa perlaksanaan tugas mengikut jadual kerja Saya memberi layanan seolah-olah pelajar setaraf dengan saya Saya menggalakkan semua pelajar menggunakan prosedur kerja yang

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

31

SEMINARKEBANGSAANPENDIDIKANSAINSDANMATEMATIK
sama 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 Saya bersedia melakukan perubahan-perubahan jika perlu Saya memastikan semua pelajar memahami peranan mereka di sekolah Saya mudah didekati dan mesra dengan semua pelajar Saya meminta pelajar-pelajar mengikut segala peraturan dan syarat belajar yang ditetapkan Pelajar-pelajar berasa selesa dan senang apabila berbincang dengan saya Saya menerangkan dengan jelas syarat-syarat dan tugas-tugas pelajar Saya menerima cadangan yang dikemukakan oleh pelajar Saya menentukan semua pelajar menjalankan tugas dengan sepenuhnya Saya mendapatkan persetujuan semua pelajar terlebih dahulu sebelum melaksanakan sesuatu tindakan Saya mempunyai kepercayaan terhadap kebolehan dan kewibaan terhadap pelajar untuk meningkatkan prestasi sekolah Saya sentiasa mengharapkan daripada pelajar-pelajar kemajuan pencapaian akademik

1112OKT2008

1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4 1 2 3 4

5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5 5

Saya menetapkan tugas yang khusus kepada seseorang pelajar Saya mempunyai matlamat yang jelas bagi mencapai prestasi kerja

Anjuran Bersama: Persatuan Pendidikan Sains Dan Matematik Johor, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia & Jabatan Pendidikan Negeri Johor

32

Anda mungkin juga menyukai