Anda di halaman 1dari 22

SEKAPUR SIRIH

Pertama kalinya saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta Limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Tanpa keizinan daripada Allah S.W.T, tidak mungkin saya dapat menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Pada kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang sudi memberikan sokongan dan kerjasama yang amat cemerlang kepada saya serta sanggup mengorbankan masa mereka dalam usaha menjayakan Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) ini. Tanpa bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh mereka sudah semestinya kemungkinan besar akan berlaku beberapa kesulitan dan kecacatan pada tugasan saya dan sudah pastinya tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan sempurna. Oleh itu, saya cukup berterima kasih atas kerjasama dan bantuan serta komitmen yang mereka berikan kepada saya dan saya berasa cukup terharu atas kerjasama yang diberikan itu. Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pemangkin utama dalam menjalankan tugasan ini iaitu dua orang pensyarah saya daripada Jabatan Pendidikan Seni Visual iaitu Puan Azlina binti Rani dan Cik Zaharah binti Mohamed yang telah banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada saya. Panduan dan tunjuk ajar yang diberikan mereka telah banyak membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Tanpa panduan dan tunjuk ajar daripada mereka kemungkinan proses dalam menyiapkan tugasan ini akan menemui jalan buntu untuk saya teruskan untuk langkah yang seterusnya. Panduan dan tunjuk ajar mereka serta komitmen yang mereka berikan kepada saya amatlah saya hargai . Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya. Saya amatlah menghargai segala bantuan, sokongan, kerjasama, dan tunjuk ajar dari rakan-rakan sekalian serta para pensyarah pembimbing yang terlibat dalam usaha menjayakan tugasan KKBI saya ini. Sekian terima kasih.

3(1'$+8/8$1
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera saya ucapkan. Di sini saya ingin menerangkan beberapa perkara mengenai tugasan yang diberikan kepada saya di bawah kelolaan Jabatan Pendidikan Seni Visual. Tugasan ini diberi kepada saya pada 1 Februari 2010 dan perlu disiapkan pada 8 Mac 2010. Tugasan ini adalah mengenai konsep Pendidikan Seni Visual (PSV) serta matlamat dan objektif PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Penekanan utama diberi kepada kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. Selain itu penekanan juga diberikan terhadap beberapa pandangan serta sumbangan tokohtokoh seni dan pendidik seni samaada tokoh tempatan, tokoh Islam atau tokoh barat. Bukan itu sahaja, bagi melengkapkan tugasan KKBI ini, saya dan rakan sekelas dikehendaki mengadakan majlis forum bagi membincangkan kepentingan PSV dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Majlis forum ini merupakan tugasan amali bagi KKBI pada semester ini. Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya perlu mengumpul dan menghuraikan maklumat tentang konsep PSV serta matlamat dan objektif PSV daripada sumber internet, keratan akhbar, majalah dan lain-lain sumber. Seterusnya, saya perlu menyediakan nota dalam bentuk peta minda atau pengurusan grafik. Sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni haruslah dibuat dalam ulasan bertulis mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Akhir kata, saya berharap tugasan ini dapat memantapkan diri saya sebagai seorang guru pelatih dengan pengetahuan mengenai konsep, matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual dalam KBSR sebagai satu langkah ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang pada masa akan datang. InsyaAllah...

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK PERBINCANGAN

Konsep Pendidikan Seni Visual

Konsep Seni

Konsep Pendidikan Seni Visual

Konsep Seni Visual

Pengertian

Pandangan & sumbangan Tokohtokoh

Peranan pendidikan seni visual dalam perkembangan kanakkanak

Matlamat

Barat

Islam

Objektif

PERBEZAAN ANTARA SENI, SENI VISUAL DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL SENI
 Merupakan komunikasi tampak dan menjurus kepada senilukis dan senireka.  Seni merangkumi aktiviti-aktiviti membuat, menghasilkan dan membuat penilaian terhadap hasil seni yang direka.  Tidak merujuk kepada seni lain seperti:  seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman, keintelektualan, kebijaksaan dan kerohanian manusia. Dari hasil seni ini maka timbul kesan dari segi materialnya, mentalnya dan juga spiritualnya. Suhaimi Haji Muhammad (2003)  Membantu individu meluahkan ekspresi diri melalui gambaran visual seperti lukisan, catan arca dan sebagainya. Seni Muzik Seni Sastera Seni Tari Seni Mempertahankan diri  Proses di atas menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu malalui penajaman daya intuisi, persepsi, imiginasi, dan konsepsi murid  Merangkumi: Seni Kraf Seni Lukis Seni Ukir Seni Bina Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional  Merangkumi 4 bidang iaitu:  Juga dikenali sebagai seni tampak  Melibatkan aspek pemahaman, penghayatan serta kritikan dan apresiasi seni.

SENI VISUAL

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Dalam Kerja Khusus Berasaskan Ilmu (KKBI) saya pada semester ini, penekanan tajuk yang diberikan adalah mengenai Pendidikan Seni Visual (PSV) dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) yang meliputi aspek konsep PSV, dan matlamat serta objektif PSV dalam KBSR. Penekanan utama diberikan terhadap kepentingan PSV dalam kehidupan seharian. Selain itu, KKBI semester ini juga menekankan tentang ulasan bertulis mengenai sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni. Mengikut kronologi penulisan tugasan saya bagi KKBI ini, saya akan membuat penulisan tentang: 1) pengertian PSV, 2) matlamat PSV, 3) objektif PSV, 4) penulisan mengenai sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni, serta 5) peranan PSV dalam perkembangan kanak-kanak. Penulisan tugasan KKBI saya ini meliputi 2 jenis penulisan iaitu penulisan nota dalam bentuk peta minda atau pengurusan grafik dan penulisan esei panjang antara 300-500 patah perkataan. Bagi pengertian, matlamat, objektif dan peranan PSV dalam perkembangan kanak-kanak, penulisan nota adalah dalam bentuk peta minda, manakala penulisan sumbangan dan pandangan tokoh-tokoh seni dan pendidik seni adalah dalam bentuk penulisan esei.

PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI


Pendidikan seni adalah 2 perkataan yang disatukan iaitu Pendidikan dan Seni yang mempunyai dua konsep makna, konsep Pendidikan atau dalam bahasa Inggeris Education dan konsep Seni Art.

Pendidikan adalah pedagogi, iaitu ilmu menuntun(mendidik) anak. Orang Rumawi melihat pendidikan sebagai educare iaitu mengeluarkan dan menuntun. Tindakan merealisasikan potensi anak yang dibawa waktu dilahirkan di dunia. Yunani

Manakala bangsa Jerman melihat pendidikan sebagai Erziehung membangkitkan kekuatan terpendam ataupun mengaktifkan kekuatan dan potensi anak. Mohd Nasir Ibrahim dan Iberahim Hassan (2003).Hlm 3

Pendidikan berasal daripada kata dasar didik, iaitu memelihara dan member latihan mengenai akhlak dan kecerdasan fikiran. Manakala pendidikan bererti proses mengubah sikap dan tingkah laku seseorang ataupun kelompok orang dalam usaha mendewasakan manusia melalui upacara pengajaran dan latihan, proses pembuatan dan cara mendidik. Kamus Dewan

Latihan yang diberi oleh kebiasaan yang sesuai untuk naluri mulia yang terkawal yang ada dalam diri kanakkanak, apabila keseronokan dan kesakitan yang betul ditanam di dalam jiwa yang bukan rasional. Latihan khas ini mengenai keseronokan dan kesakitan yang membawa kepada anda membenci dan mencintai apa yang sepatutnya anda benci dan cintakan, digelar Pendidikan Schofirl (1972)
6

Menjurus seni tampak atau visual

PENGERTIAN

Tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri

PENDIDIKAN SENI VISUAL

Merangkumi 4 bidang iaitu:

Melibatkan aspek pemahaman, penghayatan serta kritikan dan apresiasi seni.

Proses di atas menyentuh mengenai perasaan Menggambar Membuat rekaan dan corak Membentuk dan membuat binaan Mengenal kraf tradisional Dengan ini, murid dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi penkarya yang rasional dan mampu mengandalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan
7

estetik dan daya kreativiti individu malalui penajaman daya intuisi, persepsi, imiginasi, dan konsepsi murid.

OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Menghargai alam ciptaan Tuhan

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan

Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pacaindera

Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya

Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual Membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat Memupuk nilai-nilai kerjasama , yakin diri, disiplin diri dan tanggungjawab

Mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air

Menggunakan kamudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan seni visual

10

Melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti kesenggangan berfaedah
8

Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual

MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid:

(1) Meningkatkan

rasa

(3) Meyumbang kea rah pembangunan diri , keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara (2) Menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa

kesyukuran kepada Tuhan

PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


 Berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu kanak-kanak secara ekplorasi menerusi deria.  Pemikiran yang kritis dan kreatif akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka.

PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PANDANGAN TOKOH BARAT

BERSOON (1982) Galakan yang diberi kepada kanakkanak menggunakan deria dan

EISNER (1980) Kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah menggunakan kemampuan

respon emosinya dalam memperolehi pengalaman menerusi yang kegiatan disediakan seni akan kanak-

dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang

sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat membuat dan pengamatan, tanggapan

meningkatkan

keupayaan

kanak dalam membuat pengamatan

tafsiran

FELDMAN (1976) Mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanakkanak dapat meningkatkan kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa.

BROWN (1980) Mendapati bahawa pengalaman kanakkanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang perbezaan10 perbezaan setiap objek atau seni tampak

SUMBANGAN DAN PANDANGAN TOKOH-TOKOH SENI DAN PENDIDIK SENI


Seni dan kesenian sememangnya telah sekian lama mewarnai ketamadunan, peradaban dan kebudayaan manusia. Peredaran masa memperlihatkan perubahannya yang berkembang seiring dengan kehendak persekitaran dan naluri manusia itu sendiri. Lantaran itu, kita dapat melihat variasi dan kepelbagaian pandangan yang dilontarkan oleh tokoh-tokoh seni seantero dunia. Kepelbagaian pandangan tersebut sebenarnya turut menjadi perencah di dalam mewujudkan kepelbagaian genre, aliran, teknik serta variasinya seni itu sendiri. Sejajar dengan peranan seni dan kesenian di dalam kaitannya dengan warisan dan kebudayaan masyarakat, pandangan tokoh-tokoh yang dilontarkan mencerminkan apa yang sebenarnya mampu diterjemahkan oleh seni dan kesenian itu sendiri di dalam masyarakat. Seni dan kesenian terlalu akrab dengan aspek keagamaan, sosial, politik, ekonomi serta kebudayaan sehingga para ilmuwan dalam setiap bidang tersebut turut terpanggil untuk membentuk seni dan kesenian yang sejajar 1. dengan Islam aliran tentang seni dan dan fahaman kesenian di dalam mereka. Islam

Pandangan

Sering kali timbulnya pertanyaan adakah kaitannya antara seni dengan agama Islam itu sendiri? Pertanyaan tersebut sebenarnya telah mengundang perdebatan demi perdebatan sejak berabad lamanya. Lalu, sebagai jalan keluar daripada polemik yang timbul, maka para seniman Islam telah mencipta suatu dimensi baru di dalam kesenian. Islam sebenarnya penuh dengan kesenian. Intipati kesenian islam adalah tauhid. Ia merupakan penyatuan, ketauhidan kepada Maha Pencipta. Kesan daripada ketauhidan tersebut lahirlah keindahan dan kesatuan yang harmoni yang membentuk acuan yang tersendiri.

Melalui asas-asas tauhid juga terbentuk dunia Islam yang berkembang secara organik, yang melalui berbagai proses transformasi adaptasi daripada unsur-unsur alam. Jelasnya, kesenian Islam adalah terbentuk dan terikat kukuh di dalam konsep
11

tauhid itu sendiri. Bagi agama Islam, agama bukanlah kebudayaan. Setiap perbuatan di dalam Islam mestilah berpaksikan kepada agama sementara budaya bergerak selari dengan kehendak syariat agama.

Di sinilah wujudnya perbezaan jelas di antara kesenian Islam dengan bukan Islam. Seni di dalam Islam adalah kerana Allah manakala seni bukan Islam mementingkan estetika semata-mata tanpa mempunyai ikatan kukuh dengan keagamaan. Islam menuntut umatnya menjalankan aktiviti kesenian berpandukan akhlak Islam.

2. Pandangan Tokoh Timur dan Islam 2.1 Al-Ghazali

Al-Ghazali meninggalkan sumbangan yang amat besar dalam dunia Islam khususnya, dan tidak kurang juga yang berkaitan dengan seni Islam. Dalam bidang kesenian, al-Ghazali mengemukakan teori estetika. Teori ini menyentuh aspek keindahan yang terdapat pada sesebuah karya seni. Keindahan menurut al-Ghazali adalah nikmat yang tersendiri, yang dihayati kerananya dan bukan tujuan yang lain. Al-Ghazali tidak menumpukan perhatiannya terhadap karya seni dalam bentuk fizikal. Ini kerana beliau berpendapat sesebuah karya seni yang dinilai daripada aspek fizikal sebenarnya hanyalah semata-mata memenuhi tuntutan jasmani. Bagi al-Ghazali, manusia yang taksub dengan kehendak kebendaan tidak akan berjaya menjejak kebahagiaan hakiki tetapi akan terus menerus hanyut dalam kancah kehancuran. Mengikut teori ini, seseorang guru itu tidak harus menilai aspek keindahan pada hasil karya murid-murid daripada aspek luaran sahaja. Ini adalah kerana, keindahan daripada aspek luaran sahaja sebenarnya tidak akan memberi apa-apa makna kepada murid-murid mahupun penghayat seni seandainya mereka tidak cuba memahami apa yang mereka hasilkan daripada aspek keindahan dalaman. Seseorang guru Pendidikan Seni Visual seharusnya peka pada kedua-dua aspek ini. Menurut al-Ghazali, segala
12

yang ditanggapi yang melahirkan nikmat dan kepuasan bergantung kepada orang yang membuat tanggapan itu. Sesebuah karya seni yang dihargai dan diamati akan dapat melahirkan kepuasan pada penghayat seni itu sendiri. Melalui pandangan al-ghazali ini, dapat dirumuskan segala yang indah akan dikasihi kerana yang indah memberi atau mendatangkan kepuasan kepada panghayatnya. Al-ghazali juga mengkaji tentang pengerak-pengerak (motivation) manusia. Menurut beliau: y sifat manusia tidak akan terlepas (motivation ) dan minat, y fikiran tidak akan berlaku tanpa dorongan daripada penggerak ataupun minat, y kemahuan tidak akan berlaku tanpa minat atau penggerak. Semakin kuat naluri seseorang terhadap minat itu, semakin tinggi kemahuan seseorang itu untuk mencapai minat tersebut, y Walau bagaimanapun sifat tingkahlaku tidak harus ada penggerak (motivasinya) nya. Bukan itu sahaja, al-ghazali juga mengkaji berkenaan dengan jiwa manusia. Kajian beliau adalah berkaitan: y y y y y Kajian tentang kebiasaan dan pembentukan, Kajian tentang kemahuan manusia yang pelbagai Kajian tentang pengamatan dan kekuatan Kajian tentang ingatan dan cara mengekalkannya serta Kajian tentang khayal dan fungsi-fungsinya. daripada sejumlah penggerak

13

Matlamat pendidikan Al-Ghazali: Menurut beliau, pendidikan yang unggul ialah keselarasan dengan objektif kejadian manusia iaitu penguasaan ilmu tentang Allah.Ilmu demikian meliputi ilmu pencipta dan ciptaan-Nya termasuk alam semesta, roh, keadaan-keadaan yang berlaku selepas mati dan sebagainya. Rasional daripada matlamat ini adalah penghampiran diri manusia dengan Allah, dengan penghampiran diri kepada Allah itu mustahil kecuali melalui ilmu. Melalui tulisannya Ayyuh al-Walad : Sekiranya tujuan anda mencari ilmu adalah untuk mendapatkan kemuliaan di dunia, bermegah di dunia, untuk mendapat tempat, untuk berasa sombong kepada rakan anda, rugilah anda. Tetapi sekiranya tujuan anda mencari ilmu itu adalah untuk mendalami syariat yang diturunkan melalui nabi dan untuk pembersihan diri (nafs amarah), anda dirahmati. Beliau menegaskan pendidikan dapat menanamkan perangai baik kepada kanak-kanak supaya dapat menilai di antara perkara yang benar dan yang salah. Sistem pemikiran al-Ghazali boleh disimpulkan kepada keberanian untuk mengetahui dan keberanian untuk meragui. Beliau berpendapat segala ilmu harus disiasat dan tiada apa pun harus dianggap merbahaya dan bermusuhan. Secara keseluruhannya, konsep seni yang menjadi pegangan al-Ghazali khususnya dan agama Islam secara amnya menyanjung tinggi dan meletakkan seni pada suatu kedudukan yang amat istimewa. Keindahan alam semulajadi yang diciptakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk umat manusia yang menghuni di seluruh pelosok alam ini. Kecantikan, keindahan dan sesuatu yang menarik dalam alam ini adalah untuk dimanipulasikannya supaya menjadi sesuatu yang istimewa dan mudah untuk dihayati. Kesempurnaan objek ciptaan-Nya sering kali menjadi sumber ilham pelukis bagi memindahkannya ke atas kanvas. Kelebihan yang dimiliki oleh pelukis contohnya adalah perantara seni dan merakamkannya di atas kanvas untuk dihayati dan dijadikan bahan tontonan harian di galeri, di rumah dan sebagainya. Pelukis biasanya berjaya
14

mengilhamkan sesuatu yang indah itu supaya dapat dinikmati olah khalayak yang biasanya tidak berkesempatan mendekati unsur-unsur keindahan alam semulajadi ciptaan Allah yang menakjubkan ini.

2.2 Al-Faruqi Al-Faruqi merupakan cendikiawan dan aktivis Islam yang banyak mengetahui pelbagai budaya intelektual. Beliau banyak memberikan sumbangan dalam pelbagai bidang meliputi penulisan, peyuntingan dan penterjemahan. Menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam dan pembawaanya adalah benar-benar menjurus kearah konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Seni haruslah

bermatlamatkan perkara-perkara kebaikan dan berakhlak. Al-Faruqi mengetengahkan bidang Tauhid sebagai intipati pengalaman keagamaan, perinsip sejarah, pengetahuan, etika, estetika, kekeluargaan, politik, social dan ekonomi. Tauhid adalah perinsip utama bagi estetika. Al-Faruqi mengatakan, seni adalah proses penemuan alam dalam usaha menghasilkan inti pati dalam bentuk tampak. Menurut beliau lagi, seni bukanlah peniruan. Dalam berkarya, ia adalah sebahagian daripada manipulasi kesan interaksi dan pengalaman manusia pada makhluk lain. Guru juga boleh mengadakan pengajaran di luar bilik darjah yang mana pendekatannya adalah kearah memahami alam semulajadi dan membina hubungannya dengan alam sebagai proses membina perkembagan artistik murid-murid. Al-Faruqi menyatakan: Kesenian Islam itu tidak terhad kepada hasil ciptaan ataupun bangunan yang berunsur keagamaan semata-mata. Kesenian juga meliputi segala hasil ciptaan yang dihasilkan melalui kemahiran dan mempunyai nilai estetika dan menyampaikan perutusan Islam tidak mengira sama ada digunakan untuk tujuan keagamaan ataupun tidak.

15

Kenyataan ini bermaksud semua hasil karya bukan sahaja berunsur keagamaan tetapi meliputi semua hasil ciptaan yang digarap melalui kemahiran kreativiti dan hasil karya ini secara umumnya memiliki nilai-nilai estetika yang menimbulkan kesan keindahan, bukan sahaja bertujuan untuk digunakan tetapi penciptaannya diharap dapat melahirkan rasa penghargaan dan menggembirakan ataupun menyenangkan hati. Keindahan yang dipaparkan melalui penggunaan elemen-elemen senireka yang semuanya menjurus kepada tema tauhid yang dijelmakan melalui kaligrafi, motif-motif dan lambang-lambang dengan perantaraan media-media seperti tembikar, arca, pertukangan kayu dan logam, tekstil dan sebagainya bergantung kepada persekitaran yang mana terdapatnya bahan-bahan itu. Secara kesimpulannya, Al-Faruqi berpendapat seni dalam Islam mestilah merangkumi keseluruhan kehidupan muslim, bukannya bersifat individualistik atau egoisme tetapi segala hasil karya seni menjadi lambang cita rasa masyarakat Islam keseluruhannya. Segala karya seni dijadikan elemen bagi menyampaikan perutusan Allah yang ditampilkan melalui pelbagai bentuk rupa dan gaya hasil karya.

2.3 Ibnu Khaldun Ibnu Khaldun adalah seorang tokoh pemikir Islam yang unggul, terutama dalam bidang sosiologi dan falsafah. Tulisannya yang dikenali sebagai Muqaddimah atau prolegomene. (Estidotmy Utusan Malaysia, 2002) Menurut Ibnu Khaldun seni itu suatu kebenaran, keindahan dan kebaikan. Di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika, etika dan logika. Estetika mengandungi unsur-unsur kecantikan, baik susunannya, menarik komposisinya serta indah apabila sesuatu hasil karya itu dihasilkan. Etika pula merujuk kepada elemen-elemen akhlak atau moral yang membina manusia. Menakala logika pula merujuk kepada suatu kebenaran yang hakiki. Menurut beliau, pengetahuan dalam sejarah ini tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia.
16

Bagi Ibnu Khaldun, kebenaran dalam kesenian haruslah berpaksikan Allah s.w.t. Dalam Islam, kesenian dicetuskan dengan niat mendapat keredhaan Allah. Seni dalam Islam adalah seni yang mementingkan nilai-nilai akidah, syarak dan akhlak. Kesimpulannya, dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan, dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah adalah proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak masyarakat bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Seni seharusnya menjadi alat untuk ketaqwaan. Ertinya, seni mestilah bersifat menyuruh membuat kebaikan dan menegah kemungkaran.

3. Pandangan tokoh barat 3.1 Plato- Seni sebagai mimesis (347 SM) (Teori seni Plato)

Plato merupakan sorang ahli falsafah Yunani yang hidup tahun 428-348 SM, merupakan seorang penyair yang sangat produktif. Beliau telah menghasilkan banyak cerita dan puisi dalam bentuk dialog. Kebanyakan persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. Persoalan seni yang dikemukakan oleh Plato di bincangkan dalam bukunya bertajuk Republik X. Dalam buku tersebut adalah dialog antara Socretes dan Glancon. Dalam dialog tersebut Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatu mimesis. Beliau menggunakan perkataan mimesis yang bermaksud imitasi atau peniruan. Dialog yang dibincangkan dalam buku Republik X itu jelas merujuk kepada karya catan, lukisan dan arca. Plato menjelaskan bahawa pelukis atau ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan oleh orang lain.

17

Menurut Lok (1997) dalam bukunya Falsafah barat klasik Plato dan Aristotle, menyatakan bahawa konsep mimesis yang diutarakan oleh Plato boleh mempunyai maksud berikut: 1. Mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata atau gerak tangan atau perbuatan seseorang lain, 2. membuat suatu tiruan atau sesuatu yang mempunyai persamaan dengan benda atau objek, 3. berlagak seperti orang yang lain, dan 4. mewakili aksi-aksi manusia.

Plato membincangkan seni secara mengaitkannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa kepada kesejahteraan kepada umat manusia. Seni juga dinyatakan sebagai elemen yang dapat mencipta sesuatu persekitaran kebudayaan dan meningkatkan perpaduan. Seni dan Pendidikan mesti berasaskan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan.

Dalam konteks seni visual, Plato telah membicarakan lukisan dan kaitannya dengan imitasi. Perbandingan dibuat antara lukisan dengan kebenaran. Tuhan sebagai pencipta pertama. Tukang atau pembuat mendapat idea atau sesuatu konsep benda atau objek yang akan dibuat daripada konsep asal objek ciptaan Tuhan. Selepas itu tukang atau pembuat itu pula akan meniru ideanya atau konsepnya mengenai objek itu ketika penghasilan pembuatannya. Akhir sekali pelukis yang melukis sesuatu objek akan meniru sesuatu yang telah dihasilkan oleh tukang. Keadaan ini menyebabkan masyarakat ketika itu memandang rendah kepada seni lukis. Namun walaupun dinyatakan pemisahan dengan kebenaran tetapi seni mempunyai kekuatan dari segi pernyataan dan perluahan idea dan perasaan. Sehingga digambarkan oleh Plato seperti sebuah puisi yang tidak benar tetapi boleh mengakibatkan audien menangis kerana pernyataan perasaan yang terkandung dalam puisi itu sendiri.

18

3.2 Herbert Read Herbert read banyak menulis mengenai Pendidikan seni. Buku terkenalnya adalah seperti Education Through Art dan History of Modern Art. Beliau telah menyentuh tentang kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokkan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukakan 3 perkara penting dalam seni seperti berikut: y Ekspresi diri dan komunikasi y y Pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak, dan Apresiasi dan tidakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.

Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan hujahan terkenalnya mengenai modern Art is as old as man. Beliau juga mendapati terdapat persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa melalui konsep Global Art. Seperti pendapat yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan untuk menyatupadukan semua Negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia. Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri.

3.3 Frank cizek (1865-1946)

Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri. Berbeza daripada orang dewasa kanak-kanak mempunyai impuls kreativiti tersendiri dan haruslah digalakkanuntuk memajukan keindividualan sendiri mengikut kemampuannya. Kanak-kanak perlu
19

dibebaskan daripada kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilang kreativiti dan sifat keperibadiandiri.

Cizek

mencadangkan

agar

kreativiti

kanak-kanak

seharusnya

dibiarkan

mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan perinsip-perinsip seni sebagai suatu pengukuhan. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari kaca mata orang dewasa. Keperluan asasi kanak-kanak dikatakan adalah suci dan tulen seperti kertas putih. Apabila kanakkanak menggunakan imaginasi dan ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang. Minat belajar dan minat memajukan diri meningkat. Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin untuk belajar. Kenyataan ini juga telah membawa kepada perkembangan cabang terapeutik seni, cabang kraf untuk kanak-kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain.

20

RUJUKAN Mohd. Johari AB. Hamid et al.(2006). Metodologi Pendidikan Seni Visual terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridhuan. Md. Nasir Ibrahim, Prof Madya Iberahim Hassan (2003). Pendidikan Seni untuk Maktab dan Universiti. PTS Publication & Distributors Snd. Bhd. Pahang Darul Makmur. Mohd Johari Ab. Hamid. (2004). Falsafah dan Kritikan Seni. Terbitan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridhuan. Open University Malaysia (OUM), 2006. HBAE 1103 Pengenalan Pendidikan Seni Visual Kuala Lumpur. SUMBER INTERNET http://smktphpsv.wordpress.com/2009/11/07/psv-edisi-nota-pengertian-strategi-bidangaktiviti-pp-apresiasi/ http://www.sksenai.com/blogs/index.php?blog=11&title=pengenalanpsv&more=1&c=1&tb=1&pb=1 http://abm-teratakkaryaseni.blogspot.com/2008/10/pandangan-tokoh-barat.html http://www.scribd.com/doc/25035150/Huraian-Sukatan-Pelajaran-Pendidikan-SeniVisual-Kbsr http://www.scribd.com/doc/2688621/Perkembangan-Seni-dan-Kanak-kanak

21

22

Anda mungkin juga menyukai