Anda di halaman 1dari 7

TEKS MC MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN MURID TAHUN 6 SKTR 2010

Bismillahhirrahmanirrahim, Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh

Yang Berusaha

______________________________________________________________________

Yang berusaha En. Ahmad Fuad b. Abdul Malek, Guru Besar SK Tanah Rata,

Yang dihormati;

Barisan Guru Penolong Kanan, Guru-guru, staf-staf sokongan, serta peserta-peserta perkhemahan dan hadirin hadirat sekalian.

Salam syukur kami hulurkan, Dengan izinnya kita ditemukan, Rasa bangga kami lafazkan, Kesudian hadirin menerima jemputan. Alhamdulillah, bersyukur kita terhadap Allah swt atas limpah kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam majlis yang berbahagia ini untuk satu acara perasmian penutup dan penyampaian hadiah kepada para peserta perkhemahan tahun 6 bagi sesi 2010.

Hadirin yang dimuliakan Bagi menambah keberkatan Majlis pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh

Saudara Muhammad Khairul Syafiq b. Mustafa


Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*******************************BACAAN DOA******************************************* Amin Amin Ya Rabbal `Alamin Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada

Saudara Muhammad Khairul Syafiq b. Mustafa


atas bacaan doa itu tadi. Majlis Indah lagi berseri, Penutupan rasmi perkhemahan ini, Dengan takzim dijemput ke mari, Bicaralah dulu penghulu kami.

Dengan itu, dijemput saudara Mohd. Aiman b. Azhar

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati

En. Fauzi b. Malek

selaku kem komandan bagi perkhemahan kali ini untuk

menyampaikan ucapan. Dipersilakan. **************************************UCAPAN********************************************** Terima kasih diucapkan kepada En. telah disampaikan sebentar tadi. Para hadirin yang dihormati sekalian, Yang awal kita dahulukan, Yang dahulu kita alu-alukan, Ucapan perasmian kita nantikan, Pelengkap majlis yang kita adakan. Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn. Robayah bt selaku Guru Penolong Kanan Ko Kurikulum SK Tanah Rata untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Perkhemahan bersepadu unit beruniform SK Tanah Rata 2010..Dengan penuh takzimnya dipersilakan

Fauzi b. Malek

di atas ucapan yang

**************************************UCAPAN**********************************************

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Robayah di atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Dihormati En. Ahmad Fuad b. Abdul Malek,Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Rata untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan penutupan Perkhemahan bersepadu unit beruniform SK Tanah Rata 2010..Dengan penuh takzimnya dipersilakan

***********************************UCAPAN*********************************** *******

Terima kasih diucapkan kepada yang Dihormati Tuan Guru Besar, di atas ucapan itu tadi.

Hadirin yang dihormati, Yang berjaya kita raikan, Hadiah diberi sebagai penghargaan. Yang berjaya kita raikan, Semoga kejayaan terus berkekalan.

Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian hadiah kepada para peserta program perkhemahan tahun 6, 2010. Oleh itu, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput dan mempersilakan _________________________ untuk mengiringi____________________________

bagi menyampaikan hadiah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi Acara Pertandingan Memasak, Tempat ketiga jatuh kepada kumpulan . Manakala tempat kedua pula jatuh kepada .. Dan tempat pertama jatuh kepada kumpulan..

Seterusnya, Bagi acara Persembahan malam kebudayaan, Tempat ketiga dimenangi oleh kumpulan . Manakala tempat kedua pula dimenangi oleh .. Dan tempat pertama dimenangi oleh kumpulan

Bagi kategori Kumpulan , Saguhati diberikan kepada 3 buah kumpulan, dijemput wakil Kumpulan Kumpulan Kumpulan Seterusnya, kumpulan ketiga terbaik jatuh kepada; . Manakala, kumpulan kedua terbaik jatuh kepada ; Dan, kumpulan terbaik perkhemahan tahun 6 bagi sesi 2010 jatuh kepada

Berikutnya pula adalah hadiah bagi kategori peserta terbaik perkhemahan,

Peserta terbaik pekhemahan tahun 6 2010 bagi kategori perempuan, disandang oleh; Saudari Manakala, Peserta terbaik pekhemahan tahun 6 2010 bagi kategori lelaki, disandang oleh; Saudara

Majlis merakamkan, setinggi-tinggi penghargaan kepada di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah-hadiah itu tadi.

Hadirin, warga dewan sekalian, Demikianlah tadi majlis penyampaian Hadiah bagi Program Perkhemahan Tahun 6 2010. Hadirin yang dihormati, dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi, maka berakhirlah sudah majlis Perasmian Penutup Program Perkhemahan Tahun 6 bagi sesi 2010. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, guru-guru, fasilitator-fasilitator, staf-staf dan semua yang terlibat di dalam menjayakan program perkhemahan Tahun 6. Terima kasih di atas segala kerjasama dan sumbangan yang telah diberikan.

Akhir kata, Burung kedidi terbang di awan, Hinggap sebentar di bibir perigi, Terima kasih hadirin sekalian, Panjang usia berjumpa lagi.

Sekian , Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh