Anda di halaman 1dari 28

Islamisasi Politik di Islamisasi Politik di Malaysia Malaysia

Islamisasi Politik di Malaysia Politik Islamisasi di Malaysia Islamisasi Politik di Malaysia

Pengenalan
Apa itu Politik ? Proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu kumpulan. kebiasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di korporat, akademik, agama, dan institusi lain. Politik ialah bagaimana hendak mentadbir manusia mengikut jalan dan matlamat yang telah ditentukan.

Politik Dalam Islam


Politik Islam - bahasa Arab: ( ) Politik di dalam bahasa Arab dikenal dengan istilah siyasah. Secara ringkasnya maksud Politik Islam adalah pengurusan atas segala urusan seluruh umat Islam.

Kaitan Politik dan Islam


Di antara fakta sejarah yang tidak dapat diingkari oleh siapapun adalah, setelah timbulnya dakwah Islam, kemudian terbentuk bangunan masyarakat baru . Mengakui satu undangundang, menjalankan kehidupannya sesuai dengan sistem yang satu, menuju kepada tujuan-tujuan yang sama.

Penolakan Agama Islam Dalam Politik


Revolusi Melati di Tunisia berjaya mengusir diktator Zine El Abidine Ben Ali, setelah 23 tahun berkuasa. Setelah itu, negara beralih ke tangan Mohammed Gannouchi, Kallal, Fuad Mebazza. Yang mana orang bawahan Ben Ali dan tetap dekat dengan Perancis. Di Pakistan. Diktator Musharraf berhasil ditumbangkan dan diganti dengan pemerintahan demokratis. Hasilnya, sama saja menghamba kepada barat. Di Bangladesh dan dunia arab yang lain. Semuanya sama, hanya berakhir dengan pergantian pemerintah tanpa ada perubahan sistem.

Beberapa MITOS Syariat Islam yang SALAH


1. Islam tidak mengatur tentang negara, atau dengan kata lain tidak ada sistem negara dalam Islam. 2. Islam cukup diamalkan secara pribadi. 3. Negara-negara Islam yang menerapkan syariat Islam tidak menunjukkan kemajuan. 4. Masyarakat masih belum bersedia untuk menerapkan syariat Islam.

Politik Hari Ini


Kesan politik demokrasi acuan barat: 1. Wujudnya matlamat menghalalkan cara, meskipun tujuan itu mulia. 2. Rasuah menjadi satu dari sumber pendapatan bagi mereka yang mendapat kuasa. 3. Penuh dengan rebutan kuasa dan tidak pernah sunyi dengan pertarungan sesama sendiri.

Pentingnya Politik
Sirah: Sejarah telah membuktikan kejayaan politik Rasulullah ini yang ketika itu bukan sahaja bertindak sebagai seorang penyampai risalah kenabian, mengajak kearah maruf dan mecegah kemungkaran akan tetapi baginda juga merupakan seorang pemimpin politik /pentadbir Negara.

Pendapat Imam: Imam Al-Ghazali menyatakan bahawasanya, Agama itu pokok dan pemerintah itulah penjaganya.

Dalil Al-Quran: Dalam surah Al-Baqarah: 30;

Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berkata kepada para Malaikat:Sesungguhnya Aku akan menjadikan seorang khalifah di muka bumi . Mereka bekata:Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Tuhan berfirman:Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui

Imam Al-Mawardi telah menafsirkan peranan khalifah sebagai pentadbir bumi bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. AlMawardi menggariskan peranan khalifah sebagai mentadbir urusan manusia dan urusan dunia (siyasah) dengan syariat.

Semua hal-hal ini merujuk kepada kuasa pentadbiran. Dalam konteks Negara maka ia akan berkaitan dengan sistem pemerolehan kuasa tersebut sama ada melalui perlantikan mahupun pilihan raya. Kesimpulannya, ia menyentuh tentang sistem politik ataupun sistem pentadbiran.

Politik di Malaysia
Perubahan Politik di Malaysia Proses Islamisasi Undang-undang & Sosio-Budaya dan Politik tergugat dengan kedatangan penjajah British pada suatu ketika dahulu. Undang-undang Islam diperkecilkan bidang perlaksanaannya & golongan yang terlibat dengan Undang-undang Islam, iaitu hanya untuk orang-orang Islam dan bidangnya hanya bidang undangundang diri dan kekeluargaan. Bidang-bidang yang lain, seperti pendidikan agama, kehidupan keagamaan dan kehidupan individu dan keluarga serta masyarakat masih diberi ruang untuk dihayati dan tidak diganggu-gugat. Tindakan penjajah mengadakan sistem pendidikan yang lebih baik ialah untuk menyerapkan ideologi-iedelogi yang sama sekali bertentangan dengan nilai-nilai Islam.

Selepas Kemerdekaan Kemerdekaan adalah usaha daripada UMNO yang cuba menunjukkan kekuatannya kepada pihak berkuasa British dengan menggabungkan parti Cina (MCA) dan parti India (MIC) . Berasaskan perikatan ini didapati pensyarikatan kuasa politik berlaku antara etnik China, India dan Melayu, tetapi walau bagaimanapun UMNO masih merupakan kuasa politik dominan dalam pemerintahan. Pemerintahan kerajaan yang dipimpin UMNO masih berdasarkan sistem pemerintahan British walaupun Malaysia sudah mengecapi kemerdekaan. Sungguhpun UMNO sebuah parti sekular, pendukungpendukungnya adalah dari golongan Melayu Muslim yang masih sensitif kepada Islam.

Sejak daripada tercapainya kemerdekaan, perhatian kepada pembangunan masyarakat Islam terus berlaku dalam bidang pendidikan, ekonomi dan sosial . Cuma yang agak tersekat dalam proses Islamisasi ialah bidang undang-undang yang disegi kenyataannya untuk dibuat perubahan secara menyeluruh terhalang disebabkan beberapa peruntukan yang ditinggalkan oleh penjajah dalam perlembagaan.

Sistem Demokrasi Berparlimen Selepas merdeka, kita didedahkan dengan sistem demokrasi berparlimen, yang ditaja oleh penjajah British sebelum Malaysia diberi kemerdekaan. Untuk melaksanakan sistem demokrasi dalam pemerintahan maka parti politik ditubuhkan. Dalam sistem berparti ini terdapat peruntukan untuk parti pemerintah & parti pembangkang. Dilihat dari sudut Islam sistem demokrasi ini dapat diterima dari satu sudut iaitu memberi suara kepada rakyat memilih pemimpin mereka secara bebas. Tetapi yang tidak bersuaian dengan Islam ialah ia membelah umat berterusan kepada dua kelompok, kelompok pemerintah dan kelompok pembangkang yang menentang pemerintah dalam ruang terbatas.

Percanggahan Negara dan Agama


Undang-undang yang agak ketara percanggahannya adalah di bidang jenayah hudud. Selain daripada itu dalam muamalat hanya unsur riba yang ketara bercanggah dengan Islam. Demikian juga dalam hukum tazir kesalahan-kesalahan maksiat. Sekularisme dalam pendidikan.

Islamisasi Politik Di Malaysia


Pengertian Islamisasi Islamisasi ialah merujuk kepada satu proses mengislamkan sesuatu dengan memasukkan nilai-nilai suci yang terdapat di dalam ajaran Islam. Dalam konteks Malaysia, Islamisasi diertikan sebagai proses menerapkan nilai-nilai Islam dalam segenap segi yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia.

Perpecahan Politik di Malaysia


Dalam persidangan kali kedua pada tahun 1951, orang Melayu telah berpecah kepada dua parti iaitu UMNO dan PAS. Parti UMNO terdiri daripada golongan nasionalis sekular di kalangan istana dan bangsawan membawa fahaman bahawa agama dan politik pentadbiran adalah dua perkara yang tidak boleh dicampuradukkan. PAS pula mendokong fahaman politik sebahagian daripada Islam. Mereka terdiri daripada tokoh-tokoh agama dan rakyat jelata serta pelajar-pelajar lulusan Timur Tengah.

Pilihanraya 1955 menyaksikan UMNO dan Parti Perikatan memenangi sebahagian besar kerusi yang dipertandingkan dan membawa kepada pembentukan kerajaan oleh mereka. Seterusnya kemerdekaan pada tahun 1957 memberikan mandat yang sepenuhnya kepada UMNO dan Parti Perikatan untuk memerintah Malaya dan meneruskan ideologi sekularnya sehingga kini.

Usaha Islamisasi di Tanah Air PAS adalah salah satu parti politik di Malaysia yang menentang pemerintahan kerajaan dan cuba untuk mengislamisasikan negara. Ada juga pihak-pihak lain termasuk individu seperti aktivis-aktivis pro-kerjaaan dan juga ahli agama yang menyuarakan pendapat serta mempersoalkan tentang pemerintahan yang dibawa oleh kerajaan masa kini.

Selain itu, terdapat juga gerakan yang bangkit dan cuba meneruskan proses Islamisasi dengan cara menentang kerajaan. Sebagai contohnya ialah ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia ). Kaedah paksaan dan penapisan dan penggunaan Akta Keselamatan untuk menahan aktivis Islam -termasuk pemimipin ABIM Anwar Ibrahim dari 1974 hingga 1976.

Islamisasi, Berjaya atau Tidak ?


Slogan Islamisasi atau penerapan nilai nilai yang dianjurkan oleh kerajaan pada masa kini menunjukan kegagalan jika dilihat dri segi pemeritahan dan pentadbiran. Pembawaan Islamisasi hanya menemui kegagalan kerana Malaysia masih terikat dengan sistem pemerintahan sekularisme di mana ianya menghadkan peranan agama di dalam negara. Sebagai contoh; kadar statistik jenayah yang semakin meningkat disebabkan sistem perundangan negara yang tidak bersesuaian dan tidak menurut syariat Islam. Setelah lebih 20 tahun , penerapan nilai - nilai Islam tidak berjaya mewujudkan masyarakat yang berteraskan sistem nilai Islam yang sebenar , jauh sekali kedaulatan syariat.

Politik Masa Kini


Pemerintahan Sekular

Sekatan secara material dilakukan dengan membuka pintu seluas mungkin kepada pengajian yang kosong dari ruh agama Islam (pengajian yang jauh dari penekanan agama). Melonggarkan sukatan pengajian agama atas nama kemajuan akademik dan negara. Golongan sekular berusaha bersungguh-sungguh untuk menjauhkan Islam dari kuasa pemerintahan. Mereka akan memastikan agar undang-undang Islam tidak dirujuk tetapi merujuk kepada undang-undang barat secara umumnya dalam segala perkara. Undang-undang Islam yang tinggal hanyalah berkaitan nikah kahwin atau yang berkait dengan adat.

Kesan Pemerintahan Sekular


Ketidakberkesanan pemerintahan bercorak sekular ini telah menyumbang banyak kegagalan dalam pelbagai aspek.

POLITIK

CORAK PEMERINTAHAN

MEDIA

PENDIDIKAN

PERUNDANGAN KEWANGAN

HIBURAN TERLAMPAU, MASALAH SOSIAL, JENAYAH, RASUAH

Kesimpulan Kesimpulannya, politik adalah asas kepada keseluruhan aspek di dalam sesebuah negara. Pentadbiran, perundangan, pendidikan, kewangan dan lain lain adalah bersumberkan corak pemerintahan yang dilaksanakan oleh pemerintah. Jika baik corak pemerintahan yang dibawa seseorang pemerintah, maka baiklah kehidupan di dalam sesebuah negara

Penutup Al-Marhum Syeikh Mutawalli Syarawi sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir sempat berkata : sedarlah bahawa tidak akan berlaku pertembungan antara hak dengan hak tetapi pertembungan hanya berlaku antara hak dan yang batil. Maka umat islam perlulah mengikut yang hak (kebenaran) dengan menurut segala perintah Allah s.w.t dan meninggalkan segala laranganNya.

Anda mungkin juga menyukai