Anda di halaman 1dari 4

Anjing dengan Bayang-bayangnya

Selamat pagi kepada guru besar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Anjing dengan Bayang-bayangnya. Seekor anjing mencuri seketul daging yang besar daripada penjual daging di pasar. Anjing itu melarikan diri cepat-cepat. Anjing mahu pergi ke tempat yang jauh dari situ sebelum makan daging. Aku akan pergi ke tempat yang boleh aku makan daging dengan selesa, fikirnya. Anjing berlari hingga sampai ke sebuah jambatan. Ia mahu melintasi sungai. Dengan menggonggong daging, anjing berjalan sepanjang jambatan. Apabila sampai ke tengah jambatan, anjing ternampak sesuatu yang aneh. Di dalam air yang jernih lagi tenang ada seekor anjing lain. Anjing itu menggonggong seketul daging juga! Eh, anjing itu mempunyai ketulan daging yang lebih besar daripada ketulan kepunyaan aku! fikir anjing. Aku akan menakut-menakutkannya lalu merampas daging itu. Anjing itu mula menyalak kuat kepada anjing di dalam sungai. Apabila anjing membuka mulutnya, ketulan daging terjatuh ke dalam sungai. Sebenarnya anjing menyalak kepada bayang-bayang dirinya di dalam air. Anjing berasa sangat sedih kerana kehilangan daging itu. Akhirnya ia berjalan pulang dengan rasa lapar. Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini ialah janganlah terlalu tamak. Berpuas hatilah dengan apa-apa yang ada.

Gagak yang Cerdik


Selamat pagi kepada guru besar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Gagak yang cerdik. Sudah beberapa lama hujan tidak turun. Sungai dan kolam menjadi kering. Seekor gagak yang dahaga terbang ke sana ke mari. Ia sedang mencari air untuk diminum. Akhirnya ia ternampak beberapa orang penduduk kampung mengambil air dari sebuah perigi. Setelah penduduk kampung pergi dari situ, gagak pun terbang ke perigi. Ia tersangat letih untuk mengibas-ngibas sayapnya lagi. Gagak ternampak sebuah jag di atas bingkai perigi. Gagak hinggap di atas bingkai perigi. Ia melihat melalui mulut jag. Terdapat sedikit sahaja air di dalam jag! Aras air di dalam jag terlalu rendah. Gagak tidak dapat minum air itu. Gagak mengambil sebutir batu. Ia terbang tinggi di atas mulut jag. Ia mahu pecahkan jag itu dengan menjatuhkan batu pada jag. Batu tidak memecahkan jag tetapi termasuk ke dalam jag. Gagak melihat kepada batu dan aras air di dalam jag. Tiba-tiba ia mendapat satu akal. Gagak mula mengutip batu-batu dengan paruhnya butir demi butir. Gagak terus memasukkan batu-batu ke dalam jag, Setiap kali batu dimasukkan ke dalam jag, aras air naik. Aras air naik semakin tinggi. Akhirnya gagak dapat minum air itu! Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini ialah jika berusaha bersungguh-sungguh, kita akan dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Rubah dengan Anggur


Selamat pagi kepada guru besar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Rubah dengan Anggur. Seekor rubah berjalan di sebatang lorong berdekatan sebuah ladang. Ia sedang mencari burung atau arnab untuk makan tengah hari. Rubah sentiasa berhati-hati untuk menjauhi daripada bahaya. Rubah tahu yang ramai peladang tinggal berhampiran. Ia tidak mahu ditangkap peladangpeladang itu. Rubah melintasi sebuah kebun anggur. Ia ternampak gugusan-gugusan besar anggur yang tergantung tinggi. Rubah berasa sangat dahaga berjalan di bawah matahari yang panas. Ia mahu makan anggur yang berjus. Apablia melihat anggur-anggur itu beberapa ketika, mulut rubah mula berliur. Aku mesti makan sepuas-puasnya sebelum peladang-peladang datang, fikir rubah. Rubah pergi ke gugusan anggur yang paling rendah. Ia berdiri di atas kaki belakang. Rubah cuba memetik anggur-anggur itu dengan giginya. Gugusan anggur itu terlalu tinggi. Rubah tidak dapat mencapai anggur-anggur itu. Rubah berundur beberapa langkah lalu melompak ke arah gugusan itu. Ia gagal! Rubah mencuba lagi berkali-kali tetapi tidak dapat mencapai angguranggur itu. Akhirnya rubah terlalu letih lalu berhenti mencuba. Semasa berjalan pergi, rubah berkata kepada dirinya, Aku tidak teringin makan anggur-anggur itu. Lagipun anggur-anggur itu masam! Pengajaran yang kita dapat daripada cerita ini ialah apabila tidak memperoleh sesuatu yang dikehendaki, jangan berpura-pura tidak mahu pula.

Anda mungkin juga menyukai