Anda di halaman 1dari 20

TEGASAN TERUS

C 2007 / UNIT 7/ 1

HUKUM HOOKE

OBJEKTIF AM :  Memahami tegasan, terikan dan konsep Hukum Hooke untuk mendapatkan nilai-nilai modulus keanjalan dan melakar graf.

OBJEKTIF KHUSUS: Di akhir unit anda sepatutnya dapat : Menyatakan Hukum Hooke.  Menerangkan sifat-sifat mekanikal bahan iaitu mulur, anjal, plastik dan rapuh.  Mentakrifkan Modulus Keanjalan  Mengira nilai Modulus Keanjalan sesuatu bahan dengan melakar graf beban melawan pemanjangan dan graf tegasan melawan terikan.  Melabelkan pada graf di atas titik-titik takat anjal, takat alah, tegasan maksimum dan takat gagal.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 2

INPUT 7

HUKUM HOOKE

7.0

PENGENALAN Daripada unit yang lepas, diketahui bahawa apabila sesuatu jasad dikenakan beban, ia akan mengalami ubahbentuk. Persoalannya, apakah yang akan terjadi pada jasad tersebut sekiranya beban dibuang/dilepaskan? Terdapat teori yang telah dibuat oleh Robert Hooke pada tahun 1678 mengenai persoalan ini. Ia dinamakan sebagai Hukum Hooke. Difinisi Hukum Hooke: y Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal setelah beban yang dikenakan, dialihkan daripadanya selagi ia berada dalam had anjal. Hooke menyatakan jika bahan dibebankan dengan tidak melebihi had anjal, maka ubahbentuk berkadar terus dengan beban.
@

Hl E P

Oleh kerana beban berkadar terus dengan tegasan dan pemanjangan berkadar terus dengan terikan; maka tegasan berkadar terus dengan keterikan.
@

Tegasan (W)

E Terikan (I )

Hukum Hooke sah dengan syarat-syarat berikut; y y y Pembebanan paksi. Keratan rentas jasad adalah tetap/seragam. Bahan jasad adalah homogenos (sifat bahan yang sekata pada keseluruhan jasad).

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 3

7.1

SIFAT MEKANIKAL BAHAN Apabila suatu bahan dikenakan daya tegangan beberapa sifat dapat dikenal pasti iaitu: Mulur Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi . Anjal Ia merujuk kepada keadaan bahan yang kembali kepada panjang asal apabila beban ditanggalkan darinya. Plastik Kebolehan sesuatu bahan mengalami pemanjangan yang berlebihan apabila ditegangkan. Rapuh Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum patah tanpa sebarang amaran.

7.3

MODULUS KEANJALAN Pemalar dalam persamaan Hukum Hooke disebut sebagai Modulus Keanjalan. Ia juga dikenali sebagai Modulus Kekenyalan atau Modulus Young, Modulus keanjalan adalah nisbah di antara tegasan dan terikan. Simbolnya E dan unitnya N/mm2 , kN/mm2, N/m2, kN/m2 etc.

Tegasan Terikan

E=

W I

Menggantikan W =

P H dan I = A L

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 4

Maka ; E=
PL HA

Jadual 7.1 menunjukkan nilai Modulus Young yang lazim bagi bahan terbabit; Bahan Keluli Aluminium Kuprum Kayu Modulus Young (GN/m2) 200 220 60 - 80 90 110 10
Jadual 7.1: Nilai Modulus Young

Nilai modulus ini menunjukkan kekuatan bahan kerana nilai yang tinggi menunjukkan graf tegasan- terikan yang tinggi. Oleh itu beban yang tinggi diperlukan untuk menghasilkan pemanjangan yang sama.

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN Tegasan

Terikan Kecerunan graf adalah nilai Modulus Young

Rajah 7.2: Graf Tegasan Vs Terikan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 5

7.4

NILAI MODULUS KEANJALAN DARI GRAF Sifat-sifat mekanikal sesuatu bahan ditentukan dengan melakukan ujian ke atas sampel bahan tersebut. Rajah 7.3 menunjukkan ujian tegangan piawai, dijalankan ke atas bar bulat yang mempunyai keratan rentas seragam dalam sebuah mesin ujian tegangan. Mesin ini membolehkan daya paksi dikenakan ke atas bar yang diuji . Satu contoh bar yang akan diuji disediakan mengikut dimensi tertentu dan dipasang pada mesin ujian tegangan. Beban ditingkatkan sedikit demi sedikit sehingga bar contoh ini patah. Beban yang dikenakan dan pemanjangan yang berlaku dicatitkan. Graf beban melawan pemanjangan dihasilkan dan keputusan ujian ditunjukkan seperti dalam rajah 7.4 .

Tolok Sampel bahan

Rajah 7.3 : Ujian Tegangan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 6

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Cerun, m =
Beban, P

(P (L

=
P L

y 2  y1 x 2  x1

Pemanjangan, H Rajah 7.4 : Graf Beban Vs Pemanjangan

Modulus Young, E =

PL HA

Dimana, A = luas keratan rentas sampel L = panjang sampel P = kecerunan graf, m H

E=

P L x H A L A

E=m x

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 7

7.5

KEDUDUKAN SIFAT BAHAN DARI GRAF Rajah 7.5 menunjukkan keputusan ujian tegangan bagi bar keluli lembut. Keterangan mengenai graf ini adalah seperti berikut.

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN D Beban, P A B E C

Pemanjangan, H

Rajah 7.5 : Lengkung Tegasan Terikan Keluli Lembut

A ialah Takat Anjal Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke

B ialah Had plastik Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi Hukum Hooke C ialah Takat Alah Had alah iaitu pemanjangan berlaku tanpa peningkatan beban. D ialah Beban Maksima Beban maksimum yang dikenakan dan bahan mengalami pemanjangan yang kritikal hingga ia gagal di titik E E ialah Takat Putus Bahan mengalami kegagalan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 8

7.6

MENGIRA MODULUS KEANJALAN DARI UJIAN TEGANGAN


PENYELESAIAN MASALAH 7 a

Mengira tegasan dan peratus peubahan panjang dari data ujikaji

Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan. Garispusat contoh Panjang tolok Beban maksimum Panjang akhir Garispusat leher = = = = = 10mm 50mm 40 kN 58.88mm 7.7 mm

Tentukan ; a) Tegasan muktamad b) Peratus pemanjangan

Penyelesaian Beban maksimum a) Tegasan muktamad = Luas asal = 40 T 10 2 4

= 0.509 kN/mm2 = 509 N/mm2 #

b)

Peratus pemanjangan =

Perubahan panjang X 100 Panjang asal

58 .88  50 . 0 x100 50

= 17.76 % #

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 9

PENYELESAIAN MASALAH 7 b

Mengira modulus young dan perubahan bentuk dari data ujikaji

Semasa ujian tegangan ke atas satu contoh, keputusan pada jadual 7.6 dihasilkan.

Beban (kN) Pemanjangan x 10-3mm

5 40

10 78

15 117

20 157

25 197

30 237

Jadual 7.6 : Data Beban-Pemanjangan

Berikut merupakan data contoh bahan yang diuji: Garispusat asal = 12.5 mm Panjang tolok = 200mm Garispusat akhir = 8.0 mm Panjang akhir = 260mm Tentukan: a) Modulus Young b) Peratus pemanjangan c) Peratus pengurangan luas Penyelesaian
Tips y Graf dilukis pada kertas graf. y Pilih skala yang bersesuaian. y Sambungan titik adalah kepada garisan linear yang paling banyak menghubungkan titik-titik.

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN

Beban (kN)

Dari graf: y1 = 6.5 30 y2 = 19 x1= 50 x2 = 150

10 0

20

50

100 150 200 250 Pemanjangan (x 10-3 mm)

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 10

(a)

Kecerunan graf, m =

y 2  y1 x 2  x1

19  6.5 (150  50) x10  3 = 125 kN/mm =


L A 200 T (12.5 2 ) 4

Modulus keanjalan, E = m x

= 125 x

= 203.72 kN/mm2#

(b)

Peratus pemanjangan = Perubahan panjang Panjang asal =


260  200 x100 200

X 100

= 30%# Pengurangan luas X 100 Luas asal


T 12.5 2  T 8 2 4 4 x100 T 2 12.5 4 385 .53  50 .27 x100 385 .53

(c )

Peratus pengurangan luas =

= 86.96 %#

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 11
PENYELESAIAN MASALAH 7 c

Mengira modulus keanjalan dari data ujikaji

Satu sampel bahan diuji dengan ujian tegangan dan menghasilkan data tegasan terikan seperti pada jadual 7.7. Plotkan graf tegasan melawan terikan dan tentukan modulus keanjalan bahan tersebut. Adakah anda kelaskan bahan ini sebagai rapuh atau mulur?

Tegasan (MPa) Terikan (x 10-3)

8.0

17.5

25.6

31.1

39.8

44.0

48.2

53.9

58.1

62.0

62.5

3.2

7.3

11.1

12.9

16.3

18.4

20.9

26.0

33.1

42.9

patah

Jadual 7.7 : Data Tegasan - Terikan

Penyelesaian

GRAF TEGASAN Vs TERIKAN Tegasan (MPa) 50 60


Tips. y Plot graf di atas kertas graf. y Sambungan titik adalah kepada garisan linear yang paling banyak menghubungkan titik-titik. ecerunan dikira pada bahagian lelurus y graf..

30

40

10

(a) Modulus keanjalan = kecerunan graf, m y  y1 = 2 x 2  x1 =


( 24  5)10 6 (10  2)10  3

20

10

20

30 40 50 (Terikan x 10-3)

(b) Rapuh (pemanjangan yang rendah sebelum patah dan tidak memberi amaran.

ecerunan graf tegasan-terikan adalah nilai modulus keanjalan.

= 2.4 GPa#

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 12
PENYELESAIAN MASALAH 7 d

Mengira modulus keanjalan dan tegasan maksimum dari data ujikaji

Satu ujian tegangan ke atas spesimen, memberi keputusan seperti pada jadual 7.8; Panjang tolok Garispusat asal Garispusat akhir = 250 mm = 25mm = 18.6 mm

Beban (kN) 20 Pemanjangan X 10-3 mm 50 60 160 100 260 140 360 160 410 170 440 172 470 176 550 178 720

Beban (kN) 180 Pemanjangan X 10-3 mm 760 190 900 220 1460 240 1990 257 3120 261 4500 242 5800 229 5850

Jadual 7.8 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis graf beban pemanjangan; Tentukan: a) Modulus Young b) Tegasan maksimum c) Takat alah Penyelesaian

GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN


300 Beban (kN) 250 200 150 100 50 0 1 773 1545 2317 3089 3861 4633 5405 Pemanjangan x 10-3 (mm)
Takat alah

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 13

Dari plotan graf diperolehi:(a) Kecerunan graf, m = y 2  y1 x 2  x1

135  40 (350  100)10  3 = 380 kN/mm =


Modulus keanjalan, E = m x L A

250 T ( 25 2 ) 4 = 193.53 kN/mm2 @ 194 GN/m2

= 380 x

(b)

Tegasan maksimum =

Beban Muktamad Luas

261 T ( 25) 2 4

= 0.532 kN/mm2 (c) Takat alah = rujuk graf


Menentukan kecerunan pada graf, mungkin memberi jawapan yang sedikit berbeza; bergantung kepada ketepatan plotan graf.

SEKIRANYA TELAH BERSEDIA, ANDA BOLEH MENCUBA SOALAN-SOALAN AKTIVITI YANG DISEDIAKAN BERIKUTNYA.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 14

AKTIVITI 7

 SEBELUM MENERUSKAN KE INPUT YANG BERIKUTNYA, SILA UJI KEFAHAMAN ANDA.  SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA.

7.1

Huraikan istilah berikut a. b. c. d. Had anjal Had plastik Mulur Rapuh

7.2 7.3

Takrifkan Hukum Hooke dan Modulus Keanjalan Berdasarkan graf beban-pemanjangan (rajah 7.9) bagi keluli lembut, labelkan had-had penting yang ditandakan.
GRAF BEBAN Vs PEMANJANGAN (A) ________ B Beban, P A C D E (B) ________ (C) ________ (D) ________ (E) ________ Pemanjangan, H

Rajah 7.9 : Graf Keluli Lembut

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 15

7.4 a) b) c)

Isikan tempat kosong. Hukum Hooke sah dengan syarat bahan bagi jasad/spesimen adalah __________. Nilai modulus keanjalan menunjukkan __________ sesuatu bahan. Graf tegasan-terikan bagi sesuatu spesimen yang diuji dengan ujian tegangan akan berkadar terus selagi ia berada dalam takat _____________. Kecerunan graf beban-pemanjangan memberi nilai ____________.

d)

7.5

Keputusan berikut diperolehi daripada satu ujian tegangan. Garispusat contoh Panjang tolok Beban maksimum Panjang akhir Garispusat leher = = = = = 12mm 55mm 30kN 58.88mm 8.4mm

Tentukan ; a) Tegasan muktamad b) Peratus pemanjangan

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 16

MAKLUMBALAS AKTIVITI 7

Jawapan 7.1 Had anjal Iaitu takat akhir bahan mematuhi Hukum Hooke. Pada Had anjal bahan akan kembali kepada panjang asal sekiranya beban dialihkan dari bahan.

Had Plastik Had di mana bahan mula bersifat plastik hingga ia gagal dan tidak lagi mematuhi Hukum Hooke Mulur Ia merujuk kepada suatu bahan yang mempunyai pemanjangan tinggi . Rapuh Bahan rapuh iaitu bahan yang mengalami pemanjangan yang rendah sebelum patah tanpa sebarang amaran.

Jawapan 7.2 Hukum Hooke menyatakan bahawa sesuatu jasad akan kembali kepada panjang asal setelah beban yang dikenakan dialihkan daripadanya. Modulus keanjalan adalah nisbah diantara tegasan dan keterikan.

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 17

Jawapan 7.3 A ialah Takat Anjal B ialah Had plastik C ialah Takat Alah D ialah Beban Maksima E ialah Takat Putus

Jawapan 7.4 a) b) Seragam /homogenos Kekuatan c) d) Takat anjal Modulus keanjalan

Jawapan 7.5 a) b) 265.3 N/mm2 7.05%

______________________________________________________________________________________

SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN , ANDA BOLEH MENCUBA PENILAIAN KENDIRI BERIKUTNYA. ANDA DIGALAKKAN MEMBUAT RUJUKAN TAMBAHAN

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 18

PENILAIAN KENDIRI

1.

Satu ujian tegangan telah dijalankan ke atas sebatang contoh keluli lembut. Jadual 7.10 adalah data keputusan ujian tersebut. Beban (kN) Pemanjangan (mm) 3 0.2 6 0.4 9 0.6 12 0.8 15 1.0 18 1.3 21 1.7

Jadual 7.10 : Data Beban - Pemanjangan

Panjang contoh = 3.5m Luas keratan rentas = 250mm2 (i) (ii) (iii) 2. Plotkan graf tegasan-terikan. Nyatakan tegasan pada takat anjal. Dengan berpandukan kepada graf, kirakan modulus keanjalan.

Semasa ujian tegangan ke atas satu sampel, keputusan pada jadual 7.11 diperolehi.
Tegasan x 103 (kN/m2) Keterikan x 10-5 5.7 11.4 17.1 22.9 28.6 37.1 48.6 12 24 36 48 60 72 84

Jadual 7.11: Data Tegasan - Terikan

Panjang contoh Panjang akhir Garispusat asal Garispusat akhir Tentukan ; a. b. c. d.

= 200 mm = 260 mm = 12.5 mm = 8.0 mm

Modulus Young Tegasan anjal Peratus pemanjangan Peratus pengurangan luas

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 19

3.

Data pada jadual 7.12 menunjukkan keputusan dari satu ujikaji contoh bahan berukuran keratan rentas 15mm x 6mm dan jarak tolok 100mm. Tentukan modulus keanjalan bahan tersebut.
Beban (Mg) Pemanjangan (mm) 2.00 0.312 0.25 0.033 0.50 0.074 0.75 0.112 1.0 0.151 1.25 0.192 1.50 0.230 1.75 0.272

2.25 0.350

2.50 0.40

2.75 0.45

3.00 0.521

3.25 0.62

3.26 0.95

3.27 Gagal

Jadual 7.12 : Data Beban - Pemanjangan

4.

Satu ujian tegangan dijalankan pada satu contoh bahan memberi keputusan seperti pada jadual 7.13. Panjang contoh = 250 mm Garis pusat asal = 25 mm Garispusat akhir = 18.6 mm

Beban (kN)

2.5

5.0

7.5

10.0

12.5

15.0

17.5

20.0

22.5

25.0

27.5

Pemanjangan ( x 10-3 mm ) 18.75 40.0

62.5

82.5

103.0

125.0

146.0

168.0

190.0

212.5

235.0

30.0

32.5

35.0

37.5

38.5

39.5

40.0

40.5

257.5

281.5

315.0

350.0

390.0

512.5

660.0

875.0

Jadual 7.13 : Data Beban - Pemanjangan

Dengan melukis graf beban melawan pemanjangan tentukan Modulus Young bahan tersebut. Kirakan peratus pengurangan luas bahan tersebut dan tandakan had-had yang penting pada graf.

- SELAMAT MENCUBA -

TEGASAN TERUS
C 2007 / UNIT 7/ 20

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1 Tegasan pada takat anjal = 60 x 103 kN/m2 Modulus keanjalan = 209.79 GN/m3 Jawapan 2 E = 74.17 GN/m2 Jawapan 3 E = 70.4 kN/mm2

Jawapan 4 a. b. E = 209.79 GN/m2 44.65 %

___________________________________________________________ SEKIRANYA ANDA TELAH BERJAYA MENJAWAB DENGAN BETUL, MARILAH BERALIH KE UNIT 8

Anda mungkin juga menyukai