Anda di halaman 1dari 11

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

MODUL
POLITEKNIK
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

C4006

ATURCARA KONTRAK & UKUR BINAAN 2


MOHD SAFRI BIN OMAR(POLISAS)

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

UNIT 1

PANCANG TANDA DAN PEMERIKSAAN TAPAK BINA

Objektif am:

Mempelajari dan memahami Syarat syarat Kontrak Setara JKR 203A Fasal 14 dan Fasal 15

Objektif khusus:

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

Menyatakan kehendak Fasal 14 mengenai Pancang Tanda dan Fasal 15 Pemeriksaan Tapak Bina.

Menggunakan Fasal tersebut dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan Pancang Tanda dan Pemeriksaan Tapak Bina.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

1.0

PENGENALAN
Sebelum kita mengikuti siri Modul Aturcara Kontrak Dan Ukur Binaan 2 yang mengandungi 14 unit perlulah kita mengetahui dan memahami bahawa Modul ini dibahagikan kepada 2 Bahagian iaitu Bahagian A yang mengandungi 7 unit dan Bahagian B mengandungi 7 Unit. Bahagian A mengandungi Unit 1 sehingga Unit 7 yang menghuraikan Fasal-fasal dari Borang Kontrak Setara JKR 203A. Huraian yang dibuat adalah secara berperingkat-peringkat dimana sebahagian telah dipelajari dalam Modul Aturcara Kontrak Dan Ukur Binaan 1 . Bahagian B mengandungi Unit 8 sehingga Unit 14 yang menerangkan Kaedah Pengukuran Piawai bagi elemen bangunan yang telah disenaraikan. Anda diharapkan dapat memulakan Unit 1 dengan tenang TETAPI dengan bersungguh-sungguh.

1.1 1.1.1

PANCANG TANDA Pengenalan Pernahkah anda mendengar perkataan Pancang Tanda? Mungkin sebelum ini anda mendengar melihat papan tanda. Pancang tanda adalah sempadan bagi sesuatu kawasan atau tanda aras bagi sesuatu ketinggian. Untuk memahaminya dengan jelas, terlebih dahulu dirujuk dalam Borang Kontrak Setara JKR 203A Fasal 14.

FASAL 14
MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

Borang Kontrak Setara JKR 203A Fasal 14.

1.1.2

Fasal 14 Pancang Tanda Pegawai Penguasa hendaklah menentukan apaapa aras, batu sempadan dan
Pancang Tanda

apaapa titik rujukan lain yang mungkin dikehendaki bagi melaksanakan

Kerja, dan hendaklah memberi kepada Kontraktor apaapa maklumat yang membolehkan Kontraktor memancang tanda Kerja di aras bumi. Kontraktor hendaklah bertanggungjawab atas apa apa kesilapan yang berbangkit daripada pemancangan tanda yang tidak tepat yang dibuatnya sendiri dan hendaklah dengan sepenuhnya, atas perbelanjaannya sendiri meminda apaapa kesilapan yang berbangkit daripadanya.

Pancang Tanda ...

Cuba baca huraian dibawah dan FAHAMKANNYA. 1.1.3 Huraian Fasal 14 : Pancang Tanda Kontraktor hendaklah mendapat maklumat dari Pegawai Penguasa mengenai aras, batu sempadan sebarang rujukan yang lain bagi membolehkan kerja dapat dilaksanakan tanpa sebarang kesilapan. Sekiranya kesilapan berlaku, disebabkan maklumat tidak tepat, maka Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya diatas perbelanjaan meminda atau perkara yang berbangkit daripadanya.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

1.1.4 Masalah Yang Mungkin Berlaku Sekiranya Kontraktor melakukan kesilapan didalam pemancangan tanda berkemungkinan kawasan tapak bina tersebut akan memasuki kawasan yang bukan hak Kerajaan. Masalah pendakwaan akan ditimbulkan dari pihak yang terbabit. Gantirugi mungkin akan dituntut dan perbelanjaan disebabkan masalah yang berbangkit akan ditanggung oleh kontraktor sepenuhnya 1.2 1.2.1 PEMERIKSAAN TAPAK BINA Pengenalan Kenapa perlunya pemeriksaan dibuat ditapak bina ? Untuk mengelakkan masalah yang mungkin berlaku dan berisiko tinggi. Contohnya pemendapan tanah boleh mengakibatkan kemalangan jiwa.

FASAL 15 Borang Kontrak Setara JKR 203A


1.2.2 Fasal 15 : Pemeriksaan Tapak Bina Kontraktor hendaklah disifatkan telah memeriksa dan meneliti Tapak Bina dan sekitarnya dan berpuas hati dengan sendirinya sebelum
Pemeriksaan tapak bina

menyerahkan tendernya tentang jenis bumi dan tanah bawah, bentuk dan jenis Tapak Bina, takat dan jenis kerja, bahan dan yang perlu bagi menyiapkan Kerja, caracara perhubungan dengan dan akses ke Tapak Bina, tempat tinggal yang mungkin dikehendakinya dan pada amnya hendaklah mendapatkan baginya sendiri segala maklumat yang perlu tentang risiko, luar jangkaan dan segala halkeadaan yang mempengaruhi dan menjejaskan tendernya. Apa apa maklumat atau dokumen yang diberikan atau dimajukan oleh Kerajaan kepada Kontraktor tidak akan melepaskan Kontraktor daripada obligasinya dibawah peruntukanperuntukan Fasal ini. Kerajaan tidak akan memberi waranti bagi maklumat atau dokumen tersebut samada dari segi ketepatan atau kecukupan atau dari segi cara bagaimana ianya hendak ditafsirkan atau dari apa jua segi lain sekalipun dan Kontraktor hendaklah menggunakan dan mentafsirkannya atas risikonya sendiri sepenuhnya.
MOHD. SAFRI B. OMAR JKA, POLISAS

barangbarang

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

Macamana nak periksa ni.

1.2.3

Huraian Fasal 17 : Pemeriksaan Tapak Bina Sebelum Kontraktor menyerahkan tendernya, Kontraktor terlebih dahulu diminta untuk membuat lawatan ke Tapak Bina. Segala maklumat yang berkaitan dengan pembinaan yang mana mungkin tidak dapat dijelaskan dalam pelan dan dokumen tawaran diterangkan ditapak bina. Maklumat tersebut adalah mengenai jenis tanah permukaan dan tanah bawah, keadaan tapak bina samada berpaya atau tanah gambut, bahan dan barang-barang yang perlu bagi perlaksanaan kerja, perhubungan dan jalan masuk ke tapak, tempat tinggal yang mungkin dikehendaki, maklumat tentang risiko, perkara luar jangkaan dan hal-hal yang akan mempengaruhi dan menjejaskan tendernya. Pihak kerajaan tidak akan memberi waranti tentang maklumat tersebut yang akan melepaskan Kontraktor dari obligasinya. Segala penafsiran kontraktor dari segi ketepatannya adalah diatas risiko kontraktor sepenuhnya.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

1.2.4

Masalah Yang Mungkin Berlaku

Pada kebiasaanya lawatan ke Tapak Bina akan membantu Kontraktor untuk mengetahui keadaan tapak bina dan segala perkara yang timbul boleh boleh dikemukakan. Kontraktor akan dapat menjangkakan perkaraperkara yang berisiko yang mungkin berlaku. Oleh sebab itu, maklumat yang diberikan

hendaklah digunakan bagi mengelak perkara tersebut. Contohnya pemendapan tanah yang boleh mengakibatkan keretakan pada dinding bangunan disebabkan pembinaan pada tapak tanah gambut. Kontraktor akan menanggung sepenuhnya risiko tersebut.

ANDA TELAH PUN MEMBACA FASAL 14 & 15 . TERUSKAN MEMBACA SEHINGGA FASAL TERAKHIR DARI BORANG INI.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA. SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS PADA HALAMAN BERIKUTNYA.. Kenapa perlunya Kontraktor mempastikan apa-apa maklumat yang

1.1

membolehkannya memancang tanda Kerja di aras bumi. 1.2 Dalam masa pembinaan, pihak majikan telah mendapati bahawa sebahagian dinding bangunan telah retak. Kontraktor menyatakan bahawa perkara tersebut diluar mendapat maklumat Bincangkan. tanggungannya disebabkan kegagalan Kontraktor untuk terperinci tentang Tapak Bina.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

SYABAS SEKIRANYA JAWAPAN ANDA MENGAMBIL KIRA FAKTA BERIKUT. 1.1 Kontraktor perlu menentukan aras, batu sempadan dan apa-apa titik rujukan yang tepat kerana sebarng kesilapan yang berbangkit dari perkara tersebut, perbelanjaannya akan akan ditanggung oleh Kontraktor. 1.2 Kontraktor hendaklah terlebih dahulu memeriksa dan meneliti Tapak Bina dan sekiranya berpuas hati terhadap semua perkara termasuk jenis bumi, tanah bawah dan jenis tapak bina, takat dan jenis kerja dan meliputi semua maklumat tentang risiko yang mungkin berlaku barulah dia akan menyerahkan tendernya.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

10

SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM PENILAIAN KENDIRI DI BAWAH. SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.

SELAMAT MENCUBA
SOALAN 1 Sejauh manakah Fasal 14 & Fasal 15 membantu pihak majikan dan pihak kontraktor dalam menunaikan obligasinya. Bincangkan.

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

SYARAT-SYARAT KONTRAK SETARA BORANG KONTRAK JKR 203/203A

C4006/UNIT 1/

11

Jawapan 1 Peruntukan Fasal 14 & 15 mengkehendaki supaya pihak Kontraktor mestilah mendapat maklumat yang tepat mengenai penentuan aras, batu sempadan dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan. Peruntukan ini penting bagi mempastikan sebarang masalah yang mungkin berlaku dapat dielakkan. Sekiranya berlaku sebarang kesilapan daripada pemancangan tanda Kkontraktor akan menanggung sepenuhnya kos perbelanjaan tersebut. Dengan demikian, dapat mengelakan kerugian dari pihak Kerajaan. Kontraktor juga hendaklah memeriksa dan meneliti kedudukan Tapak Bina sebelum menghantar tendernya. Peruntukan ini memberi peluang kepada kontraktor untuk menimbangkan samada berpuas hati terhadap Tapak Bina atau sebaliknya. Pihak kerajaan tidak akan memberi waranti terhadap maklumat atau dokumen dari segi ketetapan atau kecukupan dan Kontraktor hendaklah menggunakan dan mentafsirkannya atas risikonya sendiri sepenuhnya.

TAHNIAH SEKIRANYA ANDA DAPAT MENJAWAB DENGAN BETUL MARI BERPINDAH KE UNIT 2

MOHD. SAFRI B. OMAR

JKA, POLISAS

Anda mungkin juga menyukai