Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU KONTEKSTUAL (Berkuatkuasa mulai Julai 2006)

Jumlah Kredit: 2 kredit (30 jam) Pengenalan Sukatan pelajaran Bahasa Melayu Kontekstual merupakan komponen Teras yang perlu diambil oleh semua pelajar yang mengikuti Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Keguruan anjuran Bahagian Pendidikan Guru. Mata pelajaran ini memberikan tumpuan kepada aspek pengembangan kebahasaan dan ketrampilan berkomunikasi pelajar, sebelum mengikuti pengajian pada peringkat sarjana muda. Susun atur tajuk yang dikemukakan dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara yang memberi tumpuan kepada pengembangan domain jasmani, emosi, rohani, dan intelek melalui strategi penyampaian di bilik kuliah yang mengambil kira penglibatan pelajar dalam situasi keilmuan dan kerja berpasukan. Sinopsis Bahasa Melayu Kontekstual (BMK) mengandungi dua komponen iaitu (1) Tata bahasa dan (2) Kemahiran Komunikasi. Komponen ini bertujuan membolehkan pelajar menguasai dan dapat menggunakan bahasa Melayu dalam konteks, tatacara dan ketrampilan berbahasa secara betul, tepat dan berkesan. Aspek kemahiran ini didedahkan kepada pelajar melalui strategi pengajaran dan pembelajaran yang efektif di dalam atau di luar bilik kuliah. Hasil Pembelajaran Pada akhir pembelajaran ini pelajar dapat: 1. mengaplikasikan teori komunikasi secara kontekstual dengan menggunakan aspek verbal dan non-verbal yang digarapkan dalam satu lingkungan kesantunan berbahasa yang baik. 2. menggunakan sistem keselarasan vokal yang betul dalam pengejaan bahasa Melayu. 3. mengenal pasti kesilapan umum dalam tatabahasa bahasa Melayu. 4. menguasai dan mempraktikkan kemahiran komunikasi khalayak secara lisan dengan betul, dan 5. melakukan pengucapan awam dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

SUBTAJUK DAN PERUNTUKAN MASA Semester 2: Tatabahasa 1. Kemahiran Komunikasi a. Takrif b. Ciri-ciri Komunikasi c. Halangan Komunikasi 2. Ejaan a. Pola keselarasan vokal b. Pengejaan kata pinjaman 3. Kesilapan Umum Tatabahasa Semester 3: Komunikasi 1. Kemahiran Penyampaian (5 jam) a. Bentuk i. Pengumuman ii. Pembentangan Kertas Kerja iii. Pengacaraan Majlis iv. Pembentangan Laporan b. Ciri-ciri penyampaian yang baik c. Strategi penyampaian yang baik d. Alat bantu dalam penyampaian 2. Pengucapan Awam a. Jenis pengucapan awam i. Pidato ii. Ucapan iii. Syarahan iv. Taklimat v. Ceramah b. Ciri-ciri pengucapan yang baik c. Strategi pengucapan awam d. Alat bantu dalam penyampaian PENILAIAN 1. Kerja kursus (Kemahiran Penyampaian) 2. Pengucapan Awam Jumlah (10 jam) (5 jam)

(5 jam)

(5 jam)

50% 50% 100%

RUJUKAN Abdullah Hassan & Ainon Muhammad (1994). Bahasa Melayu untuk maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Abdullah Hassan (1994) Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Abdul Halim A. Karim (1992) Pengucapan Awam. Sungai Petani: Intan. Amat Johari Moain (1989) Sistem Panggilan Dalam Bahasa Melayu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Mohamad (1992) Kejayaan Berkomunikasi. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Awang Sariyan (1980) Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dewan Bahasa dan Pustaka (1988) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Sidin Ahmad Ishak (1992) Keterampilan Menulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa, Abdul Hamid Mahmood (1993) Tatabahasa Dewan (Edisi Baharu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rahman Shaari (1993) Memahami Gaya Bahasa. Kuala Lumpur: Fajar Bakti. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1977) Aktiviti Lisan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.

Anda mungkin juga menyukai