Anda di halaman 1dari 2

January 2, 2008 Categorized under: TANYA HASNUDDIN - No Comment

TANYA HASNUDDIN ± TEORI RULE OF THIRD
SOALAN: Harap Saudara Hasnuddin dapat jelaskan apakah maksud teori µRule of Third¶. - Mohd. Firdaus JAWAPAN: Rule of third adalah teori berkenaan komposisi gambar. Biasanya, bila rakam gambar, kita akan compose supaya subjek kita berada di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak salah, tetapi kurang menarik kerana straight forward. Untuk lebih kreatif, kita boleh compose gambar kita supaya subjek berada di bahagian lain selain dari bahagian tengah gambar kita. Tetapi, bagaimanakah komposisi subjek yang paling sesuai dalam sesuatu gambar? Teori rule of third ini memberikan panduan kepada kita dimana harus kita letakkan subjek kita di dalam gambar yang dirakam.

Untuk menggunakan teori rule of third, anda perlu bayangkan 2 garis menegak dan 2 garis melintang dalam viewfinder anda. Garisan-garisan ini perlu menghasilkan 9 bahagian yang sama besar. Ingat, anda perlu bayangkan sahaja garisan ini, garisan ini tidak terdapat dalam viewfinder anda. Untuk menepati teori rule of third, subjek anda perlu berada pada manamana titik pertemuan garisan-garisan ini. Ada 4 titik pertemuan kesemuanya. Jika anda tidak dapat letakkan subjek anda pada salah satu titik pertemuan ini, sekurang-kurangnya, subjek anda mesti berada hampir dengan titik pertemuan ini. Menurut kajian, jika subjek anda berada pada salah satu titik pertemuan garisan menegak dan melintang ini, subjek akan jadi lebih µoutstanding¶ atau menyerlah di dalam gambar.

Biasanya, tanpa menggunakan teori rule of third, jurugambar akan meletakkan subjek di bahagian tengah gambar. Cara ini tidak mengikuti panduan rule of third. Hasilnya, gambar akan nampak kurang menarik dari segi komposisi.

Apabila seseorang jurugambar ingin meletakkan subjek selain dari di bahagian tengah gambar, tetapi tidak mengikuti teori rule of third, hasil gambarnya juga akan jadi kurang menarik dari segi komposisi. Gambar dengan komposisi seperti gambar di atas ini tidak mengikuti panduan rule of third kerana subjek tidak berada di titik pertemuan garisan menegak dan garisan melintang.

Gambar di atas dirakam dengan komposisi yang betul menepati teori rule of third kerana subjek (badan burung) diletakkan pada titik pertemuan garisan tegak dan melintang. Komposisi gambar ini kelihatan lebih menarik. Nota: Selain dari rule of third, anda juga perlu pertimbangkan mengenai looking room. Looking room atau ruang pandangan adalah ruang kosong di hadapan subjek anda sekiranya subjek anda memandang ke kanan atau memandang

Adalah menyalahi panduan looking room jika kita letakkan burung helang pada titik atas sebelah kanan atau titik bawah sebelah kanan. . adakalanya. Seperti burung helang di atas. dengan guna teknik looking room. Namun. kita boleh µmelanggar¶ peraturan dengan tidak mengikuti panduan yang ditetapkan oleh rule of third. gambar juga kelihatan menarik kerana kita dapat lihat percikan air di belakang burung yang sedang terbang. kita membiarkan ruang kosong di hadapan burung helang. dengan komposisi ini. Gambar di atas tidak mengikuti teori rule of third kerana badan burung tidak berada pada titik pertemuan garisan menegak dan melintang. Disebabkan fotografi adalah seni dan seni adalah subjektif. Teori rule of third hanyalah sebagai panduan untuk komposisi yang baik.ke kiri (Dikecualikan jika subjek memandang kamera atau membelakangkan kamera).