Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH JOHOR BAHRU

KERTAS KERJA PERSEMBAHAN SENAMROBIK SEMPENA TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-16 (2011)

ANJURAN : Para Siswa Guru IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru.

1.0 PENDAHULUAN 1

Persembahan senamrobik yang akan dilaksanakan pada 16 Julai 2011 ini adalah satu persembahan pembukaan bersempena dengan Temasya Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Saint Joseph (SKSJ) Kali Ke-16 tahun 2011. Persembahan senamrobik ini dirancang oleh para siswa guru dari Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru (IPG KTI) sebagai salah satu projek Internship. Ia adalah satu medium pengukuhan ukhwah di samping memupuk amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warganya. Selain itu, persembahan senamrobik ini adalah wadah mencungkil bakat terpendam antara murid-murid SKSJ dalam pelbagai bentuk pergerakan asas senamrobik. Ia secara tidak langsung akan menyemai sifat-sifat murni dalam diri seperti kerjasama antara ahli, perpaduan antara pelbagai kaum, berdaya saing, berfikiran positif dan bersatu padu. Kesimpulannya, senamrobik ini adalah satu aktiviti sihat yang menjana kepada perkembangan manusia dalam psikologi dan sosiologi yang merangkumi aspek intelek, emosi, sosial, rohani dan jasmani. Diharapkan senamrobik seperti ini akan berterusan agar dapat meningkatkan keperibadian dan keunggulan SKSJ kerana murid-murid adalah generasi masa depan negara.

2.0 RASIONAL Murid merupakan aset negara di masa hadapan. Kesinambungan mereka amat penting untuk melahirkan generasi yang sihat tubuh badan dan mempunyai minda yang cerdas untuk memastikan mereka sentiasa bersemangat untuk terus bersukan. Melalui persembahan senamrobik ini adalah diharapkan murid-murid dapat menimba pengetahuan dan pengalaman mengenai pergerakan asas senamrobik sekaligus menjadikannya sebagai amalan gaya hidup yang sihat.

3.0

MATLAMAT 2

Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid mengenai asas senamrobik serta memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan potensi diri terhadap warga SKSJ.

4.0 OBJEKTIF 4.1 Memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. 4.2 Memperkembangkan potensi individu dan rasa tanggungjawab. 4.3 Meningkatkan koordinasi tubuh badan murid-murid. 4.4 Meningkatkan semangat kesukanan dan rasa kekitaan.

TARIKH

: 16 Julai 2011

5.0 TEMPAT

: Padang SKSJ, Johor Bahru

6.0 PENYERTAAN : Siswa guru dan murid-murid Tahun 4 Hijau

8.0

KEWANGAN 3

Anggaran perbelanjaan Senarai Reben Kuantiti 3 Harga (RM) 3.00 Jumlah Jumlah (RM) 9.00 9.00

Ulasan Pentadbir SKSJ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ___________________________________________________________________

9.0

JAWATANKUASA

JAWATANKUASA INDUK Temasya Sukan Tahunan Kali Ke-16 (2011) Sekolah Kebangssan Saint Joseph, Johor Bahru PENGERUSI Pn. Ng Seng Lay (Guru Besar, SK Saint Joseph) TIMBALAN PENGERUSI I Tn. Hj Amril bin Hj Mukhtar (GPK 1, SK Saint Joseph) TIMBALAN PENGERUSI II Pn. Saniah bt Mohd Talib (GPK HEM, SK Saint Joseph) En. Nazli Nazri bin Abu Hassan (GPK Petang, SK Saint Joseph) SETIAUSAHA En. Muhammad Hafizul bin Mohd (Setiausaha Sukan, SK Saint Jospeh) PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Nor Osmaria bt Othman (Ketua Panitia PJK, SK Saint Joseph) AHLI JAWATANKUASA Para Guru, SK Saint Joseph Para Siswa Guru, IPG Kampus Temenggong Ibrahim

AHLI-AHLI JAWATANKUASA KECIL 5

PERSEMBAHAN SENAMROBIK 16 JULAI 2011 PENGERUSI Pn. Ng Seng Lay (Guru Besar, SK Saint Joseph) TIMBALAN PENGERUSI I Tn. Hj Amril bin Hj Mukhtar (GPK 1, SK Saint Joseph) TIMBALAN PENGERUSI II Pn. Saniah bt Mohd Talib (GPK HEM, SK Saint Joseph) En. Nazli Nazri bin Abu Hassan (GPK Petang, SK Saint Joseph) SETIAUSAHA En. Muhammad Hafizul bin Mohd (Setiausaha Sukan, SK Saint Jospeh) PENOLONG SETIAUSAHA Pn. Nor Osmaria bt Othman (Ketua Panitia PJK, SK Saint Joseph) AHLI JAWATANKUASA Cik Chiew Pei Yun Cik Hii Ming Huong Cik Noor Afiza bt Mohamad Arbaae En.Vasantarao A/L Appalasamy En. Yuvarajan A/L Devandran 10.0 AKTIVITI/JADUAL 6

UPACARA PERASMIAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN KALI KE-16, SEKOLAH KEBANGSAAN SAINT JOSEPH. PADA HARI SABTU, 16 JULAI 2011 MASA TENTATIF PROGRAM

10.1

PROGRAM PELAKSANAAN

TARIKH 06/07/11 11/07/11 13/07/11 14/07/11

HARI Rabu Isnin Rabu Khamis

MASA 8.30-9.00pg 8.00-9.00pg 8.30-9.00pg

AKTIVITI Latihan Senamrobik Latihan Senamrobik Latihan Senamrobik Latihan Senamrobik 7

CATATAN/TINDAKAN Murid-murid 4 Hijau Para Siswa Guru, IPG KTI Murid-murid 4 Hijau Para Siswa Guru, IPG KTI Murid-murid 4 Hijau Para Siswa Guru, IPG KTI Murid-murid 4 Hijau

16/07/11

Sabtu

Persembahan Senamrobik

Para Siswa Guru, IPG KTI Murid-murid 4 Hijau Para Siswa Guru, IPG KTI

11.0

PENUTUP Persembahan Senamrobik bersempena dengan Temasya Sukan Tahunan

Kali Ke-16 Sekolah Kebangsaan Saint Joseph yang diadakan pada 16 Julai 2011 ini adalah bertujuan untuk melahirkan murid-murid yang sihat dan cergas dari segi minda dan tubuh badan. Di samping itu, murid-murid juga dapat mengeratkan silaturrahim dalam kalangan mereka khasnya dan pihak pengurusan amnya. Harapan persembahan senamrobik ini akan dapat memupuk semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan murid-murid sekaligus menjadikan senamrobik sebagai wadah utama untuk mereka melakukan aktiviti sukan.

Anda mungkin juga menyukai