Anda di halaman 1dari 7

Pengguna Berhemat Jiwa Selamat Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha Tuan Guru Besar Sekolah

Kebangsaan Rompin, guru-guru dan murid sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Keselamatan Jalan Raya sekolah ini yang telah mengundang saya untuk memberikan syarahan tentang keselamatan jalan raya. Murid-murid yang dikasihi, Akhir-akhir ini, peningkatan kadar kemalangan jalan raya amat

membimbangkan. Kita kerap mendengar berita itu melalui media massa. Menurut kajian, tiga faktor yang menyebabkan kemalangan berlaku ialah kecuaian pengguna jalan raya, keadaan jalan raya dan keadaan kenderaan yang digunakan. Untuk mengatasi masalah ini, murid-murid perlu berwaspada semasa di jalan raya. Jika berbasikal, pastikan basikal itu dalam keadaan selamat untuk digunakan. Lampu, loceng dan brek mesti berfungsi dengan baik. Jika berbasikal dalam gelap, alat pantul cahaya perlu digunakan supaya mudah dilihat. Pejalan kaki juga sering terlibat dalam nahas jalan raya. Oleh itu, pejalan kaki harus berhati-hati ketika menggunakan jalan raya. Antaranya berjalan mengikut arah yang bertentangan dengan laluan kenderaan supaya dapat melihat kenderaan dari arah hadapan. Ini dapat mengelakkan perlanggaran dari belakang. Sewaktu melintas jalan, gunakan kemudahan yang disediakan atau melintas dengan cara yang selamat. Jangan berpakaian gelap jika berjalan pada waktu malam.

47

Hadirin sekalian, Selaku pegawai polis trafik daerah ini, saya menyeru semua pengguna berwaspada ketika menggunakan jalan raya. Perangkaan kemalangan jalan raya akibat kecuaian pengguna amat membimbangkan. Oleh itu, saya berharap semua pengguna mematuhi peraturan semasa di jalan raya. Pengguna berhemat jiwa selamat. Sekian, terima kasih. Wassalam.

48

REFLEKSI
Bagi tugasan kerja projek berhubung sukatan mata pelajaran bahasa melayu sekolah rendah ini, banyak menguji kemahiran kefahaman saya terhadap tugasan yang diberi. Walaupun tempoh yang diberi untuk mengumpul maklumat tentang organisasi kurikulum bahasa melayu ini lama, tetapi untuk menghasilkan grafik yang menarik serta mudah difahami agak sukar dilakukan. Tanpa bimbingan dan arahan yang tepat akan menghasilkan projek yang kurang menarik dan tersasar dari objektif kerja projek ini. Mujurlah pensyarah bimbingan sudi menghulurkan bantuan kepada kumpulan kami dengan menerangkan serba sedikit keperluan kerja projek ini. Paling tidak, kami mengetahui apa yang diperlukan untuk menghasilkan kerja projek yang baik. Proses untuk menyiapkan kerja projek ini juga menguji diri kerana bukan mudah untuk menganalisis organisasi sekolah rendah kandungan sukatan bahasa melayu dan kemudian menyediakan contoh aktiviti yang sesuai

berdasarkan analisis yang telah dibuat. Jika buat sambil lewa, mungkin saya tidak faham apa yang terkandung dalam organisasi tersebut. Mujurlah saya didedahkan dengan pelbagai maklumat dan bantuan daripada pelbagai pihak samada pensyarah mahupun rakan. Saya juga banyak mendapatkan bahan dari internet dan buku sukatan pelajaran yang memudahkan saya mendapatkan maklumat. Semoga apa yang saya hasilkan ini, sedikit sebanyak membantu saya suatu hari nanti.

49

REFLEKSI
Bagi kerja kursus pendek untuk mata pelajaran BMM 3101, saya perlu menyiapkan tugasan berkaitan dengan Pengajian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Apabila saya meneliti tugasan tersebut, saya kurang memahami kehendak soalan tugasan itu. Oleh yang demikian, Tn Hj Rosli b Ab. Ghani, pensyarah pembimbing bagi unit saya telah memberi taklimat mengenai kerja kursus ini dan sedikit sebanyak saya telah mendapat gambaran awal. Tugasan ini dalam bentuk kumpulan di mana setiap kumpulan mempunyai dua orang ahli. Kami perlu menganalisa berkaitan Sukatan Pelajaran. Untuk memudahkan kerja, kami telah membahagikan tugas masing-masing. Saya mulakan tugasan ini dengan mencari dan mengumpul bahan-bahan dan maklumat-maklumat yang sesuai dan berkaitan dengan kehendak tugasan Setelah maklumat-maklumat yang berkaitan diperolehi dan dikumpul, saya dan rakan membuat kolaborasi dengan pensyarah pembimbing terlebih dahulu supaya kerja kursus saya nanti mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pensyarah. Di samping itu, saya juga mendapat beberapa informasi tambahan yang boleh saya masukkan ke dalam tugasan ini nanti. Sepanjang saya menyiapkan tugasan ini bersama rakan saya, saya dapat menimba pembelajaran baru berkaitan tugasan ini. Ini adalah kerana untuk menghasilkan kerja kursus yang lengkap, saya perlu membaca dan memahami maklumat-maklumat yang saya perolehi terlebih dahulu.

50

Selain itu, tugasan ini mengajar saya untuk bekerjasama dengan rakan sekumpulan kerana tanpa kerjasama dan persefahaman, tugasan ini mungkin tidak dapat disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Ini adalah kerana, saya perlu berbincang dengan rakan sekumpulan sekerap yang boleh supaya masing-masing faham dengan tugas yang telah diberikan agar isi kerja kursus ini tidak tersasar daripada yang sepatutnya. Saya berharap agar kerja kursus ini dapat memuaskan hati pensyarah pembimbing. Sekiranya terdapat kekurangan, saya dan rakan ingin memohon maaf kerana mungkin kami tidak begitu teliti dan kurang maklumat dalam menyiapkan tugasan ini.

51

RUJUKAN

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn (2006). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hafizah Salleh ( 2005). Bahasa Melayu STPM Kertas 1 dan 2, Selangor : Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

http://www.tutor.com.my/stpm/indeks.htm

52

LAMPIRAN

53

Anda mungkin juga menyukai