Anda di halaman 1dari 1

Bagaimana Menyediakan Surat Wasiat Yang Baik?

Posted by zainin | Comments : (0) Category : Wasiat Tags: amanah raya malaysia, as salihin, as-, contoh surat wasiat, Faraid, rancang harta pusaka, surat wasiat, wasi wasiat, Wasiat

Surat wasiat yang baik wajar mengandungi perkara-perkara berikut: 1. Pewasiat mengikrarkan dokumen wasiatnya itu kepada bakal pewaris. 2. Pewasiat menamakan wasinya (pentadbir harta) dengan jelas. 3. Pewasiat memberi kuasa yang jelas dan penuh kepada wasinya selepas kematian pewasiat. 4. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi supaya menjelaskan semua hutangnya termasuk tunggakan zakat dan cukai sebelum harta diagihkan kepada pewaris. 5. Pewasiat menyenaraikan dengan jelas dan spesifik mengenai semua harta yang diwasiatkan (contoh: alamat banglo, nombor akaun bank, nombor akaun ASB dan akaun insurans hayat) 6. Pewasiat memberi kuasa kepada wasi memberikan semua aset seperti yang dinyatakan dalam wasiat kepada benefisiari-benefisiari (penerima wasiat) 7. Pewasiat menyatakan dengan jelas nama-nama pewaris atau benefisiari. 8. Pewasiat menentukan dengan jelas kadar pembahagian harta kepada pewaris-pewaris atau benefisiari (contoh: anak kandung 30%, anak angkat 30%, adik tiri 20% dan sedekah masjid di kampung anda 10%). 9. Pewasiat menyatakan dengan jelas kadar pembahagian harta sekiranya berlaku kematian ke atas pewaris-pewarisnya. 10. Pewasiat hendaklah mengistiharkan (jika ada) dalam wasiatnya sekiranya telah wujud perjanjian mengenai harta sepencarian. Ini bagi mempastikan pengagihan harta seperti dalam wasiat diagihkan setelah mengambil kira nilai harta sepencarian. 11. Pewasiat hendaklah mengistiharkan (jika ada) dalam wasiatnya sekiranya telah ada perjanjian pemberian hadiah (hibah). Ini bagi mempastikan pengagihan harta wasiat diagihkan setelah mengambil kira pembahagian hadiah (hibah). 12. Pewasiat hendaklah menyatakan dengan jelas cara pembahagian akan saki baki hartaharta yang tidak dinyatakan dalam surat wasiat kepada pewaris-pewarisnya. 13. Pewasiat wajar memberi nasihat kepada waris-waris supaya proses pembahagian harta selepas kematiannya dapat berjalan dengan lancar bagi mengelakkan sebarang pertelingkahan di kalangan pewaris. Sekiranya ada pertelingkahan, maka pewasiat mengingatkan pewaris akan pemakaian hukum Faraid sebagai jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut perebutan harta. 14. Pewasiat hendaklah menandatangani surat wasiat dengan sekurang-kurangnya dua orang saksi lelaki.