Anda di halaman 1dari 7

A Setiap penyelidikan yang dijalankan, bermula dengan permasalahan yang ditemui oleh pengkaji.

Berasaskan permasalahan tersebut, pengkaji perlu memilih pendekatan yang sesuai untuk mengumpulkan data-data berkaitan. Sehubungan itu pendekatan yang dipilih perlulah berdasarkan matlamat dan objektif kajian. Menerusi pendekatan kualitatif pengkaji dapat menerangkan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku dalam lapangan selain ia bersifat humanistik, induktif dan holistik. Melalui pemerhatian, hubungan pengkaji dan peserta kajian akan menjadi rapat dan dengan itu mereka boleh menjelaskan lagi hasil pemerhatian. Kaedah temubual pula, dapat menghasilkan data yang bersifat fleksibel kerana pengkaji boleh mengemukakan soalan bagi mendapatkan data yang menyeluruh. Begitu juga dengan penggunaan bukti dokumen , berupaya memperkukuhkan lagi data yang dipungut pada awal iaitu data pemerhatian dan temubual. Paling penting menerusi gabungan data pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dijalankan.

B Pendekatan kualittaif menekankan sumbangan yang banyak dalam bidang penyelidikan. Pendekatan ini juga memberikan keyakinan yang jelas terhadap kesahan, keputusan dan fakta. Tugas penyelidik kualitatif adalah membuktikan percakapan dan perbuatan manusia hasil daripada cara mereka menginterprestasikan kerumitan dunia mereka. Penyelidik kualitatif juga perlu memahami peristiwa kejadian dan perspektif responden. Dunia kehidupan respondenlah yang merangkumi bidang penyelidikan dan penyiasatan. Kebenaran dalam konteks ini tertakluk pada kecenderungan tidak menentu yang humanistik. Eisher (1979) menjelaskan, kaedah kualitatif menitikberatkan proses akibat dan keseluruhan yang tersusun bukannya pembolehubah bebas yang mementingkan maksud bukannya statistik berkaitan tingkah laku. Kaedah kualitatif lebih berminat pada kesmipulan yang berdasarkan konteks yang berpotensi mewujudkan polisi baru dan keputusan yang berbentuk kependidikan. Borton dan Lazarsfeld (1969) merumuskan kelebihan pendekatan kualitatif adalah seperti jaringa yang dibentangkan ke laut oleh nelayan laut dalam. Begitu jugalah penyelidikan kualititaif. Berbeza dengan kebanyakan kaedah tradisional terhadap pengujian pengalaman pendidikan, penyelidikan kualittif diklasifikasikan melalui pemilihan metodologi, orientasi yang bebas daripada hipotesis dan penerimaan implisit pada kejadian alam semula jadi bagi segala peristiwa. Penyelidik memperoleh pengertian berkaitan perspektif orang dalaman disebabkan keperluan mnenjalinkan dan mengekalkan hubungan rapat dengan responden dan aktiviti responden. Hubungan yang rapat ini membolehkan penyelidik melihat danb mendokumentasikan kualiti sosial dan interaksi pendidikan yang sering ditinggalkan oleh penyelidik yang menggunakan kaedah penyelidikan positivistik. Oleh kerana laporan kualitatif tidak dibentangkan sebagai penjumlahan statistik tetapi lebih kepada penerangan penyelidikan, ini mungkin memberikan faedah kepada pelatih. Guru biasa, pekerja sosial dan jururawat adalah antara mereka yang mungkin tidak mempunyai pengetahuan dalam teknik pengukuran yang canggih. Dengan itu, mereka mungkin cuba beralih kepada laporan kualitatif bagi

menguji pengetahuan yang mungkin tidak bernilai. Tetapi pada masa yang sama memperoleh pemahaman baru berkaitan usaha-usaha mereka.

Terdapat lima ciri penting dalam penyelidikan kualitatif seperti berikut: 1. Keaslian (Naturalistik) Penyelidikan kualitatif mempunyai kawasan yang berkaitan terus dengan data dan penyelidikan mempunyai kaitan terus dengan mengalami sendiri sejumlah masa di sekolah, keluarga, dan jiran dengan membuat beberapa tindakan seperti penggambaran, penyuntingan, temubual, lakonan, penceritaan dan lain-lain. 2. Penerangan Ringkasan Data (Description Data) Pengumpulan maklumat dalam bentuk perkataan atau gambar dan tidak dalam bentuk angka. Data yang didapati adalah dalam bentuk temubual, nota kerja, gambar, rakaman video, dokumen dan rekod rasmi. 3. Mengutamakan Kaedah Proses Penyelidik kualitatif mengutamakan kaedah atau proses daripada

mendapatkan keputusan atau hasil dan sangat berusaha dalam penyelidikan berkaitan pendidikan yang melibatkan guru dan pelajar dengan keberkesanan kaedah pengajaran dan pembelajaran, strategi-strategi kualitatif boleh diterjemahkan dalam kegiatan, peraturan dan perhubungan harian. 4. Induktif Penyelidikan membuat muktamad. 5. Bermakna (Meaning) Penyelidik menggunakan pendekatan bagaimana orang-orangf menyarankan kehidupan harian mereka seperti pendidikan anak-anak mereka. kualitatif menganalisa andaian data secara berjaya induktif membuat bermaksud keputusan

mendapatkan lebih banyak maklumat dalam tempoh masa yang panjang dan beberapa sehingga

C Antara kelebihan dan kekuatan pendekatan kualitatif adalah: 1. Pendekatan kualitatif dapat menerangkan keadaan sebenar menerusi kajian yang bersifat induktif, humanistik dan holistik serta mementingkan pandangan peserta kajian (Taylor & Bodgan) , dan dengan pendekatan ini membolehkan pengkaji menemui pembolehubah bermakna, menghasilkan pelbagai kesimpulan kajian kerana pendekatan ini tidak berasaskan teori, generalisasi dan hipotesis. 2. Data awal yang diperoleh pengkaji boleh mengubahsuai fokus dan soalan kajian. Cara ini berpotensi mengaplikasikan data yang berkaitan dengan konteks kajian yang lengkap danb mendalam (Glense & Peshkin 1992). 3. Pengkaji merupakan alat kajian yang boleh melakukan pertimbangan peribadi dan budi bicara sepanjang proses pengumpulan data iaitu dengan membina rumusan kajian yang bermakna (Crowson 1987). 4. Pengutipan data melalui pemerhatian, temubual dan bukti dokumen membolehkan proses triangulasi dilakukan. Dengan proses triangulasi dapatan data akan lebih tepat dan meyakinkan kerana ia berpunca daripada pelbagai maklmuat (Yin 1994) 5. Pendekatan kualitatif dapat membongkar dan memberi pemahaman terhadap apa yang berlaku di sebalik sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin 1990) 6. Marshall dan Rossman (1989) berpendapat pendekatan kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan data secara terperinci dan mendalam.
7. Menurut Patton (1990) data kualitatif mengandungi petikan secara tidak

langsung tentang perasaan, pengalaman, pendapat dan pengetahuan yang diperoleh melalui temubual. Perincian deskripsi tentang aktiviti, tingkah laku peserta kajian boleh diambil daripada pelbagai jenis dokumen.

D Pengumpulan data dalam sesuatu penyelidikan boleh dilakukan menerusi

pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Pendekatan kualitatif bersifat diskriptif, tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal, serta lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara yang dikaji. Pengumpulan data dalam pendekatan kualitatif boleh dijalankan menerusi kaedah pemerhatian, temubual dan analisis dokumen, Catatan nota lapangan yang dibuat semasa pemerhatian boleh membantu proses penganalisisan data manakala temubual yang dilakukan pula dapat mengesan data yang tidak dapat diperhatikan semasa sesi pemerhatian. Seterusnya penggunaan bukti dokumen pula membolehkan pengkaji membanding dan memperkukuhkan data yang diperolehi daripada pemerhatian dan temubual. Proses pengumpulan data dalam sesuatu kajian sama ada dalam kajian tindakan atau kajian berbentuk konvensional merupakan tahap yang paling rumit. Lebih-lebih lagi jika pengkaji merupakan seorang yang sibuk dan mempunyai tugas yang padat. Maksud Pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif Pendekatan kualitatif berasaskan kualiti. Ia bersifat deskriptif, kurang berstruktur dan lebih kepada penghuraian makna terhadap perkara yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal dan lebih menumpukan kepada proses kajian. Skop kajiannya pula melibatkan bilangan peserta kajian yang kecil dan penghuraian data bersifat deskriptif. Kaedah Pengumpulan Data dalam Pendekatan Kualitatif Terdapat beberapa kaedah pengumpulan data dalam menjalankan kajian

berasaskan pendekatan kualitatif. Antaranya kaedah pemerhatian, tembual dan bukti atau analisis dokumen. Kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif misalnya banyak kelebihan antaranya membolehkan pengkaji bertemu peserta kajian dan berinteraksi dengan mereka serta membuat pemerhatian dengan rasa empati (Lincoln & Guba 1985). Menurut Marohaini (1996), Penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif akan dapat membuahkan pemahaman yang lebih baik tentang perlakuan yang diperhatikan. Hal ini disebabkan pengkaji berperanan sebagai alat

penyelidikan yang sensitif dan berkeupayaan untuk bertindak balas kepada peserta dan konteks kajian. Untuk memahami perlakuan seseorang manusia, maka manusia adalah alat yang sebaik-baiknya digunakan. Sebagai manusia, ia akan dapat menggunakan pengetahuan dan pengalamannya untuk meneliti dan menelaah apa yang dikaji dengan bermakna. Pemilihan Tempat Kajian Menurut Bogdan dan Biklen (1989), penyelidik yang menggunakan pendekatan kualitatif akan menjalankan kerja lapangan dalam mengumpulkan data dan dengan itu pengkaji perlu menentukan tempat kajiannya seperti sekolah, kantin, pejabat dan lain-lain. Untuk memilih tempat kajian bagi melaksanakan penyelidikan seseorang penyelidik mempunyai alasa tersendiri (Spradley 1980). Taylor dan Bogdan (1984), Marshall dan Rossman (1995) telah mencadangkan empat kriteria utama dalam memilih tempat kajian iaitu (i) situasi, (ii) lokasi tersebut mudah dimasuki, (iii) kredibiliti dan kualiti data terjamin dan (iv) hubungan yang erat antara pengkaji dan peserta kajian boleh terjalin. Dalam pendekatan ini pengkaji juga perlu memikirkan kos penyelidikan, masa dan jarak tempat kajian iaitu seperti sekolah, pejabat dan lain-lain. Hal ini bertepatan dengan saranan Jorgeson (1989) yang mencadangakn pengkaji perlu menggunakan akal dan fikiransebagai langkah yang bijak semasa membuat keputusan menentukan tempoat kajian. Pengkaji juga perlu yakin akan data-data yang dikumpul terjamin mutunya. Jelasnya penentuan tempat kajian, minat, hubungan yang erat seperti dengan pihak sekolah dan peserta kajian serta kos penyelidikan akan menjamin dapatan data yang berkualiti. Pemilihan dan penentuan peserta kajian. Pemilihan peserta kajian dalam pendekatan kualitatif adalah berasaskan prinsip persetujuan dan kesanggupan mereka melibatkan diri dalam penyelidikan dan bukan berasaskan persampelan rawak. Penentuan dan pemilihan peserta kajian adalah berasaskan tujuan dan soalan-soalan kajian yang telah ditetapkan lebih awal. Sebagai contoh, pengkaji boleh menentukan empat orang guru yang mengajar sesuatu mata pelajaran dalam kelas dan melihat kaedah pengajaran yang diamalkan. Menurut Patton (1990) tidak ada satu peraturan tertentu untuk

menentukan saiz sampel dalam penyelidikan inkuiri. Walau bagaimanapun pada umumnya kajian yang dilakukan secara kualitatif memerlukan saiz yang sedikit dan dipilih secara bertujuan atau purposeful sampling. Kaedah Pengumpulan Data Kualitatif Pemerhatian Pemerhatian berasal